SALJU KYOTO

SALJU KYOTO

59.6K Reads 3.7K Votes 22 Part Story
Sara Aisha By sara_aisha Updated Jun 20

'When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.'

Musim dingin 2015. Kyoto.

Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang.

A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran.

"Stay away from him."

Tetapi, bagaimana mungkin aku lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya?

"She's my woman. You touch her... and you die." - A.K.

Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini?

"If you feed an evil soul, he'll become a devil." - Badri

Bila dua pilihan terhampar depan mata, aku akhirnya membuat keputusan muktamad. Tinggal di Kyoto dan berjuang... dengan status sebagai isteri kepada Arjuna Kaede.
Dari awal, aku sedar bahawa menjadi isteri kepada lelaki itu bukan mudah. Nyawa sentiasa di hujung tanduk. Namun, aku ialah Nailah Farafisha. Seperti agungnya cinta Nailah al-Farafishah, srikandi Islam buat suaminya, Khalifah Uthman Ibn Affan, seperti itu juga tingginya darjat Arjuna Kaede di mataku. Mereka boleh datang menyerang, tetapi bukan semudah itu untuk aku menyerah kalah. Pantang maut sebelum ajal!

"Masanya sudah tiba untuk aku jadi singa betina." - Nailah

Tetapi, mampukah aku terus bertahan dihimpit dunia gelap yakuza? Mampukah aku menjadi penyelamat tatkala Arjuna hampir tersungkur antara prinsip dan nyawa? Apa pula yang akan terjadi kepada Badri?

Ini bukan kisah cinta semata-mata. Ini tentang pilihan, pengorbanan dan akibat. Ini... kisah aku.

jaybeegurl jaybeegurl Jul 15
Cerita yg pling besttt... SA tak nk sambung ker citer AK nie?
FathiahMohdAyet FathiahMohdAyet Aug 18, 2015
AK ckp melayu @sara_aisha -san? huhuhu sy mohon n3 yg panjangggg lg.. sekian ~
Fiesha Fiesha Aug 18, 2015
AK boleh ckp melayu?? owh *fiesha dah jatuh chenta.. #eh??? hihihihi..
DhieyaNadiah DhieyaNadiah Aug 18, 2015
alàaa mcm tgk drama pastu hbs tgu next epsde..hahhaha  berdebor...
DhieyaNadiah DhieyaNadiah Aug 15, 2015
kalo saya dh pengsan kt situ awai2 hahhaha...mujur la ada samurai kastria hitam mai selamat nailah oii..hihihi... best akak...sila sambung lagi