"The sky full of stars, but I was staring at your eyes." Tuan Elyas Al-Fakhri. Kaya. Kacak. Berpangkat. Semua orang suka akan lelaki seperti dia. Terutama sekali apabila orangnya dingin sedingin salju. Tetapi, dalam seumur hidup tidak pernah dia senyum pada kaum yang bernama wanita. Lelaki pun dia jarang beri senyuman, apatah lagi kaum wanita? Disebabkan peristiwa lama, membuatkan dia jarang melakarkan senyuman. Qaisara Irdina. Murah sahaja senyumannya. Walaupun begitu, perangai dia sungguh jauh dari sangkaan orang. Nama yang bermaksud 'Permaisuri', sungguh lain dari perwatakan. Suka berlumba. Ganas. Tetapi walau bagaimanapun, ramai lelaki yang ingin menjadikan dia sebagai bidadari kerana rupanya yang cantik. Masalah yang ditimpanya setiap tahun, membuatkan dia terpaksa menyembunyikan isi hatinya. Tetapi apa akan terjadi apabila kedua orang manusia itu bertemu? "Tuan Elyas!" - Qaisara Irdina. "Jangan kacau aku boleh tak." - Tuan Elyas Al-Fakhri. "Alah jangan lah marah. By the way aku dengar minah tu datang office kau lagi." - Qaisara Irdina. Bertemu secara tidak sengaja? Oh, bukan. Gadis itu yang ingin mendekati lelaki itu sendiri. Bukan sebab rupa, harta mahupun pangkat. Tetapi disebabkan layanan dingin lelaki itu membuatkan dia selesa. Karenah Qaisara setiap hari membuatkan dia serabut. Tetapi semakin lama mengenali gadis itu, muncul satu perasaan asing dalam hatinya. "Every stars that I've seen can't compare to your beauty." Warning ⚠️ Cerita ini mempunyai banyak kesalahan ejaan, grammar berterabur and bosan.