15 tahun yang lalu, Noah berusia 13 tahun pada masa itu telah bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan yang muda setahun darinya. Pertemuan yang singkat itu menjadikan Noah seorang yang berpegang kepada janjinya apabila berlaku satu kejadian yang tidak disangka terjadi terhadap Noah dan kanak-kanak perempuan itu. Kini, Noah telah meningkat dewasa menjadi seorang lelaki yang beku dan dingin serta tidak mesra dengan orang yang dia tidak kenal. Noah lebih suka menyendiri dan hanya bercakap dengan Daneen, setiausahanya dan Hasif, kawan baik merangkap doktor peribadinya. Datuk Khairi, bapa Noah mahu menjodohkan Noah dengan Tengku Alisa, puteri kepada Tengku Junaidi atas tujuan mahu mengembangkan lagi syarikatnya. Noah tidak mahu lalu menjadikan Daneen sebagai mangsanya bagi mengelakkan pertunangan itu terjadi. Sudahnya, rahsia yang cuba disimpan oleh Tengku Ismail, atuk Noah terpecah dan bahaya menanti Noah dan Daneen. Apakah rahsia yang cuba dirahsiakan oleh Tengku Ismail? Kenapa Noah dan Daneen menjadi mangsa??
1 part