" Yang mereka lihat, raganya masih lagi utuh. Namun yang dia rasakan, jiwanya telah lama mati ..." 𝐴𝑟𝑖𝑓𝑓 𝐻𝑎𝑟𝑖𝑡ℎ || 𝐴𝑢𝑛𝑖 𝐴𝑧𝑎𝑙𝑒𝑎 Ariff seorang lelaki berusia 24 tahun yang telah kehilangan ibu bapanya 3 tahun yang lalu, bertemu dengan Auni. Seorang gadis berusia 25 tahun yang berperwatakan ceria dan tegas serta senyumannya yang mampu memikat sesiapa sahaja yang memandangnya. Kehidupan mereka begitu berbeza ibarat langit dengan bumi. Ariff dengan bayang-bayang kesedihan yang tidak pernah sirna dan Auni dengan semangatnya yang tidak pernah pudar. Perlahan perasaan cinta di antara mereka mulai tumbuh. Ariff sempat menolak pada awalnya, kerana tak ingin Auni kecewa dengan keadaan dirinya. Tapi, melihat kesungguhan Auni yang selalu berusaha membuatnya bahagia telah meluluhkan hati lelaki itu untuk menerima cinta dari gadis itu. Namun, langit itu tidak selalunya cerah. Keadaan Ariff semakin memburuk ditambah pula dengan trauma dari masa lalunya yang masih menghantuinya , membuatkan Auni harus memilih sama ada tetap setia berada disamping lelaki yang dicintainya atau pun merelakannya demi kebahagiaan Ariff sendiri. " Auni, jangan sia-siakan masa depan kau untuk lelaki gila macam aku ." - ARIFF HARITH " Ariff janji dengan saya, jangan biarkan saya hanya ditemani dengan bayangan awak. Saya... tak sanggup ."- AUNI AZALEA Lalu bagaimana kesudahan kisah cinta mereka ? Adakah Ariff dan juga Auni dapat mengecapi kebahagiaan yang selama ini mereka inginkan...? Start : 1 February 2024 Ending :