"Jika mereka buang awak 100 kali, saya akan kutip awak 1000 kali." Kehidupan yang disangka indah mula berubah arah apabila ibunya membuat keputusan untuk berkahwin semula. Ayah tiri yang diharapkan mampu menggantikan tempat seorang ayah... hanyalah mimpi di siang hari. Aleeya Sofea diperlakukan seperti sesuatu yang boleh dijual beli. Tanpa pilihan. Tanpa suara. Sejak kehilangan ayah kandungnya, dia sudah tidak tahu ke mana arah hidupnya. Sehinggalah suatu hari... tempat dia bekerja diserbu oleh pihak berkuasa. Dan buat pertama kali, hidupnya berubah. Dia dihantar ke sebuah rumah kebajikan, tempat yang sepatutnya menjadi permulaan baru, tetapi luka lama masih setia menghantui. Namun tanpa dia sedari, takdir sedang membuka satu lagi halaman dalam hidupnya. Seorang lelaki mula mendekatinya, anak kepada pemilik rumah kebajikan itu. Lembut. Tenang. Dan terlalu baik untuk dunia yang pernah dia kenal. Tetapi... Adakah lelaki itu hadir kerana simpati? Atau ada sesuatu yang telah ditulis untuk mereka...
More details