Cereka Melur Binjawo ditinggalkan seorang diri saja selepas seluruh ahli keluarganya yang berjumlah 6 orang pergi sekelip mata dalam rusuhan di Paris. Ditemani hanya dengan Sandra, pembantu peribadi setia dia mereka berangkat ke Istana Bunga iaitu istana milik keluarga Melur. Seluruh keluarganya yang ada nama Binjawo di belakang layak untuk duduk di istana itu bila-bila masa mereka mahu dan setelah 12 Tahun rumah itu tidak pernah berpenghuni, Melur kembali untuk tenangkan fikiran. Namun fikirannya meleset. Dia terjumpa seorang gadis berambut wolf cut tersadai depan istana dia setelah diadu oleh pengawal keselamatan istana itu. Fikir mereka, gadis itu telah mati namun apabila Sandra melempar air ke mukanya, ternyata dia masih hidup dan hanya kelaparan. Tetapi dia ada banyak luka di tubuhnya. Gadis yang meminta agar dipanggil sebagai Matt itu misteri orangnya. Walaupun perangainya selenga dan sering bergaduh dengan Sandra tanpa sebab, dia tidak beritahu dari mana dia datang sebenarnya kecuali dia kata dia sebenarnya dipukul dan bila dia buka mata, dia sudah tersadai disini. Namun setelah sekian lama, Matt beritahu sebelum dia buka mata dan tiba disini, dia sebenarnya berada di Paris ketika rusuhan berlaku. Iaitu hari yang sama dimana keluarga Melur meninggal dunia. Ada kaitankah antara Matt dam keluarganya?
19 parts