Dia gadis yang kurang diberi pendedahan tentang agama. Membesar pula ditengah ibu kota yang sibuk dan urban. Lebih-lebih lagi selepas dia dikhianati kekasihnya, Adrian. Dia mula bertindak liar, meneroka dunia malam ibu kota. Takdir mempertemukan dia dengan seorang lelaki saat dia mengikuti sahabatnya pulang kekampung. Pertemuan mereka tidaklah indah seperti yang dibayangkan. Sangkanya, pertemuan mereka akan berakhir disitu. Nyatanya tidak, ada saja yang dilakukannya akan melibatkan lelaki itu. Ditambah pula, hatinya sudah terpaut dengan kecomelan anak saudara lelaki itu. "Kitorang minta Pak Ngah belikan," Hasil doa dan nasihat sekeliling. Hidayah terjentik dihatinya. Hatinya kian mencari Tuhan. Tekadnya bulat. Lelaki itu harus dilamar! "Saya rasa awak boleh jadi pembimbing saya. Jadi imam saya," Bahagia dikecapi. Namun kisah jahiliahnya masih menghantui. Membuatkan dia kurang yakin untuk terus berdamping dengan lelaki itu. Satu persatu ujian menimpa hingga dia merasakan ini adalah balasan atas dosanya yang lama.