Memperkenalkan, buku pertama dalam K-LIT, iaitu genre baharu Alaf 21 oleh Grup Buku Karangkraf. Cik Red ada tulis pengenalan pasal genre ni di post baru. Boleh baca di sana. Sinopsis: KUALA Lumpur digemparkan dengan satu pembunuhan kejam. Tubuh mangsa dirobek dan organ dalamannya diambil. Inspektor Damia dan Sarjan Kassim dari Unit Jenayah Berat ditugaskan untuk menyiasat kes dan menangkap pembunuh itu. Pada mulanya, mereka merasakan ia hanya pembunuhan biasa, tetapi banyak kejadian aneh telah berlaku. Apabila berlaku dua pembunuhan lagi dengan cara yang sama, pasukan polis mulai panik.