She fell first and he fell but... Kisah ini cliche' seperti kisah yang lain di mana seorang gadis menyukai seorang lelaki yang kacak dan berjaya menawan hatinya. Lelaki itu pula? Semestinya pura-pura untuk tidak suka pada gadis yang tergilakan dia. Syed Nezhan Maliki, seorang lelaki tinggi lampai mempunyai struktur badan yang tegap dan menawan. Semuanya tampak indah dan sempurna kecuali satu... Dia. Buta. Apakah guna semua itu jika penglihatannya tiada. Tetapi butanya itu pilihan dia yang enggan merawat penyakit sendiri. Butanya bersebab, dan sebabnya hanya dia yang tahu. Orang kata dia gila, sudah elok celik selepas kemalangan buta pula, bila dapat peluang untuk celik semula dia tolak peluang itu. Pedulikan kata manusia, Nezhan tak pernah ambil peduli dengan kata-kata nista mereka. Nur Eryka Sayang, gadis yang pendek dan comel. Peminat tegar strawberi, apa-apa sahaja yang berasaskan strawberi menjadi kegemarannya. Takdir menemukan mereka dalam satu sintuasi yang tidak di duga. Eryka di jodohkan dengan Nishran cucu kepada bekas komando askar aka rakan baik atuknya. "Sejak bila atuk jadi ejen pencari jodoh? Ryka tak nak!" Doanya di jawab apabila Nishran sudah ada teman wanita tetapi lain pula dengan Eryka. "Saya nak kahwin dengan Nezhan." Adik di tolak abang di pinang. Pedulikan Nezhan yang buta dia mahukan lelaki itu. Masih dia ingat waktu kecil dia pernah menaruh hati pada Nezhan. "Kau gila?" Nezhan yang dingin bergabung dengan Eryka yang periang. Tetapi jika sudah tertulis jodoh mereka siapakah dia untuk menolak takdir. "Kahwin dengan aku. Aku akan jaga kau." Keadaan mendesak Nezhan untul melamar gadis itu. Kerana si Dia yang sentiasa mencari masa untuk memusnahkan dia. "Remember Han, you need to pay for your father mistake or..." Hidupnya tidak pernah aman dan sekarang isteri dan adiknya yang sudah lama di ambil mereka menjadi taruhan. "Choose wisely, Han."