AREESH | ARLUNA ( Still Ongoing ) Kisah mengenai Danny Areesh yang mempunyai masa lalu di zaman sekolah menengahnya berkaitan dengan kes buli. Bukan kes buli biasa namun telah meragut nyawa sahabat baiknya sendiri. Sejak kejadian tersebut dia mula sedikit berubah. Setelah tamat sekolah menengah dan mula masuk ke COSAA, dia mula menghadapi situasi yang hampir sama. Dia bertemu gadis gemuk yang sering dibuli di COSAA. Danny Areesh mula bertekad ingin membantu gadis tersebut daripada terus menjadi mangsa buli bagi menebus rasa bersalah atas kematian kawan baiknya yang juga disebabkan kes buli. " Kenapa awak nak tolong saya daripada kena buli ? " - Huwaina Arluna. " Kenapa aku nak tolong kau ? Hmm aku ada sebab aku sendiri..." - Danny Areesh. Awalnya hanya pertolongan namun mula menimbulkan perasaan cinta di hati seorang Danny Areesh. Namun itu tidak semudah disangka apabila si gadis menyukai lelaki lain. Malah lebih teruk lelaki yang disukai si gadis adalah orang yang telah menyebabkan kawan baiknya tewas di masa lalu. Apakah pengakhiran cerita Danny Areesh ? Teruskan membaca cerita " DANNY AREESH " yaaa ? P/s : Jangan lupa vote selepas baca ya. - Hak cipta terpelihara ! Jangan sesiapa pun copy ya ? Please be honest 😊 [ 29/11/22 - ]