"Lee Juyeon! Kenapa kau lap meja tu guna kain pasang customer aku? Kau tahu tak kain tu mahal? Eee!" "Tadi kau suruh lap je kan? Kau tak cakap pun kena lap guna kain apa. So, bukan salah aku." "Ah, tak kira! Kau kena bayar ganti rugi kain ni! Aku nak tengok esok pagi dah ada duit masuk dalam akaun bank aku. Tak ada, siap kau!" "Okey, boleh. Tapi kena tolak separuh gaji bulan ni lah. Deal?" "Lee Juyeon!" Sehari tak bercakar macam anjing dengan kucing memang tak sah. Iklil kadang-kadang tak faham kenapa perangai Juyeon tak ubah seperti kanak-kanak riang. Asal berjumpa saja mesti akan ada isu berbangkit yang mampu meningkatkan tekanan darahnya. Sebab itu Iklil menyampah dengan Juyeon. Lantaklah berjuta-juta perempuan di luar sana cakap muka dia hensem mengalahkan Hun Haqeem atau Merqeen sekalipun, Iklil tetap tak suka Juyeon! - "Ili, kalau pakej pelamin, baju sanding sekali dengan hias bilik tidur kira macam mana eh?" "Ikut demand yang client nak. Kalau dia nak pelamin grand, gaun labuh sampai satu kilometer, bilik tidur cadar benang emas, kena bayar harga setimpallah." "Oh..." "Apa hal tiba-tiba kau tanya ni?" "Saja survey dulu. Hujung tahun ni aku nak kahwin." Rasa nak tercabut jantung Iklil mendengar kenyataan Juyeon. 'Crush Tanpa Sengajanya' tu bakal menamatkan zaman bujang? Oh, Iklil kecewa! Tahap kecewa dia tu sampai rasa nak bakar butik bajunya sendiri! Biar terbang pergi segala kenangan antara mereka selama ini. Iklil sedar bahawa antara dia dan Juyeon, ada satu garisan yang bernama 'kawan baik'. Tak mungkin terpadam atau terhapus atas nama 'cinta'. Pedih, namun dia perlu terima hakikat. Lee Juyeon bukan ditakdirkan untuknya. - "You're my best friend, my human diary and my other half. You mean the world to me and I love you." ⚠️ Warning: Clichè