"Siapapun yang jadi isteri awak memang malang." - Hyreen Nelisa "Nasiblah lelaki yang dapat kau, tak bernyawa dia." - Amzar Karsyn Amzar Karsyn merupakan seorang jejaka misteri yang sentiasa digeruni. Hanya seorang sahaja yang berani melawan dan 'menjatuhkan' dirinya. Hyreen Nelisa. Namun, Hyreen merupakan wanita misteri yang tidak pernah 'wujud'. Amzar cuba mendekati Hyreen, dia cuba mengorek rahsia yang disembunyikan oleh wanita itu namun usahanya gagal. Seolah-olah, ada seseorang yang sedang 'melindungi' Hyreen. Hyreen mempunyai masa silam yang dia tidak ingin ungkapkan. Penyakit yang dia mahu sorokkan daripada semua orang. "Siapa kau sebenarnya Hyreen Nelisa?" "Siapa saya tak penting. Awak bukanlah sesiapa pada saya, kenapa awak kena ambik tahu tentang saya?" "Sebab aku cintakan kau Hyreen Nelisa." "Cinta adalah perkara terakhir yang saya nak dengar keluar dari mulut awak. Jujur, saya belum bersedia untuk semua ini." Hyreen menyembunyikan segala maklumat dirinya daripada Amzar. Dia tidak mahu Amzar terjebak dalam permainan kotor ayah kandungnya. Dia tidak mahu lelaki yang dianggapnya istimewa itu mencintai dirinya. Namun apakan daya kerana akhirnya, dia jatuh ke dalam 'perangkap' cinta Amzar Karsyn. "Kau boleh bersama aku, tapi kau kena tahu lebih banyak cabaran yang kita akan hadapi selepas ini." "Asalkan ada awak, mati pun saya sanggup." Adakah cinta Hyreen dan Amzar dapat diperjuangkan bersama? Atau mungkin mereka akan mengambil haluan masing-masing? Mula: 1/7/2022 Tamat:-