"Sekali abang lepaskan Adra, jangan harap abang akan bagi Adra bawak Nara. Dan sekali Adra dah keluar dari rumah ni, Adra tak akan pernah jumpa anak-anak lagi. Jangan cabar abang!" - Nazriel Tak pernah Adra sangka, pada usia perkahwinan yang baru mencecah lima tahun ujian mula datang menguji hubungannya dan Nazriel. "Tak payah nak nasihatkan saya. Awak lagi tak guna! Curang dengan bekas isteri sendiri."-Adra Sofea aka Kak Zura! Keputusan wanita itu untuk kembali menetap di Malaysia menjadi punca segala-galanya. Adra bersangka baik tapi dalam diam dia diperbodohkan! Dia lupa antara Sofea dan Nazriel mereka ada tali pengikat yang kuat. Nufail. Anak mereka. "Abang sebenarnya tak nak anak, kan?" - Adra Hancur hati Adra saat menyedari selama ini hanya dia yang beria-ria mahu mempertahankan rumah tangganya. Demi dua anak mereka Nufail dan Inara, dia bertahan lagi sehinggalah... "Awak cari dia sampai dapat. Kalau apa-apa jadi pada anak saya, sampai mati saya tak akan maaafkan awak." -Adra Akhirnya ujian yang paling besar melanda buat Adra jatuh terduduk. Semuanya sudah berakhir. "Ceraikan saya!" - Adra Tiada apa yang perlu dipertahankan lagi saat hati sudah tawar terhadap sebuah perkahwinan. Namun, mampukan Nazriel untuk melepaskan Adra? Benarkan apa yang difikirkan Adra selama ini tentang Nazriel dan Sofea? Dan Sofea, benarkan kemunculan wanita tu untuk menghancurkan rumah tangga Adra? #bilahatimemilihdia2 Adaptasi drama Samarinda TV 3 28 mac 2022
12 parts