Notice; Banyak typo Hidupnya kelihatan sempurna dari mata kasar, namun secara dalamnya, hidupnya penuh lopak dan cacat cela. Dihantui dengan kisah silam yang dia cuba untuk lupakan, Hani Aleesya kini cuba mencari cahayanya dan membaiki kehidupannya yang penuh dengan warna kelam itu. "He is red flag, Hani Aleesya. A green flag guy won't ask you to go on a trip with him, knowing that you and him are not married. He will never consider inviting you on a trip, saying that you and him can share the room or he will sleep outside. He will never said, that he won't do anything in the first place. How can he ask me to go on a trip with him? He crossed the line." Menerima berita tentang kecurangan tunangnya sendiri bukanlah sesuatu yang baharu dalam hidupnya. Dan menerima gambar-gambar mesra tunangnya bersama perempuan lain juga bukan sesuatu yang baharu dalam hidupnya. Baginya, itu adalah jalan keluar untuk dia tamatkan pertunangan ini. Cuma masanya belum tiba. Masanya untuk dia menghadap ibunya untuk memaklumkan bahawa dia ingin putuskan pertunangan ini. Pertunangan yang digelar gadaian. Pertemuannya dengan Ris membuatkan dia tertanya-tanya mengapa dia masih menunggu waktu yang tepat untuk memutuskan pertunangannya. Mengapa dia perlu fikirkan bahagia orang sekirannya dia yang sengsara di akhir hari? Mengapa perlu dia menggadaikan bahagia dia demi sebuah kemaafan ibunya? Kehadiran Ris mula menceriakan hari-harinya. Sikap prihatin Ris sedikit sebanyak mengusik hatinya yang sudah lama rapuh. Kehadiran lelaki itu ibarat payung yang melindunginya ketika hujan lebat. ""Let's get married." -Ris "Kenapa awak nak kahwin dengan saya? Kita kenal baru sebulan." - Hani Aleesya "Sebab saya suka awak, Hani. Saya suka. Dan suka tu jadi sayang, dan sekarang saya cintakan awak. Remember when I said, I tried to take care of my heart. Ini yang saya maksudkan. Mencintai awak. Merindui awak. Dan even worse, thinking about you." -Ris Cover Credit: Pinterest