Alma Malika Asla, Cucu angkat keluarga Edward. Sejak dari umur dua bulan sudah diambil oleh Edward kerana kasihan dengan latar belakang ibubapanya. Disebabkan mereka sudi menjaganya sejak kecil, dia turutkan sahaja segala yang Edward arahkan. Termasuk berkahwin dengan Dhaffa Zulqarnain. Anak lelaki sulung keluarga David Muslim. Dhaffa menerima keputusan ibubapanya supaya berkahwin dengan Alma setelah sekian lama dia menutup hatinya untuk mana-mana perempuan. Jatuh cinta pandang pertama? Bagi Alma itu wujud kerana dari pertemuan pertama mereka, Dhaffa sudah berjaya menambat hatinya. Kekacakkan itu hanya tambahan, tapi kejujuran dan kesetiaannya yang buatkan dia kagum dengan seorang Dhaffa Zulqarnain. "I'm gonna working on this, for the sake of our marriage." Segala macam cara Alma lakukan untuk buatkan lelaki ini jatuh cinta padanya dan menerima dirinya sebagai seorang isteri. Bila bahagia mula bertandang, datang ujian yang besar harus mereka harungi. Mampukah mereka pertahankan rumah tangga mereka? Adakah sebegitu mudah cerita cinta mereka tamat? Mature content, inappropriate words, violence and disgusting scenes.