Mohon baca book 1,Famas series, Prince Mask terlebih dahulu. Book 2 of Famas Series (Oneside POV) Adhwa Crystal Qaisara, sahabat Amisya Summayah seorang gadis yang hidupnya biasa biasa sahaja sebelum dirinya berjumpa sekaligus terjebak dengan kehidupan seorang jejaka yang agak dingin. crystal atau lebih dikenali sebagai Ryn, tidak menyangka yang hidupnya akan berubah seratus peratus apabila dia mengenali sang jejaka, sehinggakan dia terpaksa duduk di bawah satu bumbung bersama jejaka tersebut! Hairil Rizky, kawan baik kepada Izwan Rafiqi, seorang lelaki yang dingin, beku dan keras perlakuannya. Insan yang bertanggungjawab mengubah jalan cerita Crystal. Rizky berwatakan dingin hanya disebabkan satu perkara, namun tidak sekali pun dia menceritakan sebabnya kepada sesiapa melainkan kepada kawan baiknya. Kisah cinta yang terjalin apabila kedua dua insan yang saling tidak mengenali ini duduk di dalam satu rumah yang sama. Apa yang terjadi kepada pengakhiran kisah mereka? Apa yang berlaku kepada Rizky sehinggakan dia menjadi manusia yang bersikap dingin? *kalau para pembaca ada jumpa mana ii typo masa baca story ni,boleh tak korang komen typo tu?sebab senang utk author betulkan typo tu,kalau nak check setiap chapter typonya,author risau kalau author terleps pandang. Hehe,kerjasama drpd para pembaca amatlah dihargai. Start:17/05/2020