Bukan mudah untuk lalui kehidupan dengan tenang jika masa silam sering menghantui hidup kita. Itulah yang sering dialami oleh Alya. Namun semuanya berubah setelah Alya berkahwin. Bahagia yang disangka kekal hingga ke akhir hayat rupanya hanya sekerat jalan. "Aku nak kau berambus dari rumah ni dan dari hidup aku !! Jangan kau berani tayang muka kau lagi perempuan kotor !" - Farish "Terima kasih Tuan Farish Danial Lee. Mulai saat ini , saya takkan sesekali jejakkan kaki saya ke rumah ini lagi dan takkan buka pintu hati saya lagi untuk manusia yang bernama Farish Danial Lee!" - Alya Farish pada awalnya merasakan telah berputik bunga-bunga kemesraan dalam rumahtangganya yang dulunya hambar. Alya mula menunjukkan sifat manjanya kepada Farish namun hari demi hari Farish merasakan Alya takut mendekatinya apabila dia berada dalam bilik mereka. Apa yang pasti, Alya hanya akan masuk ke bilik untuk tidur, itupun apabila dia pasti Farish telah tidur lena. Alya berbuat demikian untuk menyelamatkan dirinya daripada Farish. Kalau boleh dia tidak mahu perkara yg sama berulang lagi. Nantikan kisah suka duka didalam Sentuhan Kasih ini 😘