Ayden Al-Haq dan Airin Zahratul bercinta sejak dari zaman sekolah lagi. Siapa sangka cinta monyet mereka akhirnya ke jinjang pelamin juga. Namun, rumah tangga mana yang tak ditimpa badai. Hampir dua tahun melayari bahtera rumah tangga, tiada angin, tiada ribut... Ayden Al-Haq tiba-tiba berubah laku. Pertemuan Ayden Al-Haq secara tidak sengaja dengan Atika, membuatkan keinginannya untuk menunaikan impian semasa zaman kecilnya kembali berkobar-kobar. Tanpa Ayden Al-Haq sebenarnya impian itu sudah pun tercapai. Teganya dia menyakiti hari Airin Zahratul, sehingga wanita itu semakin jauh dan menjauh darinya. Sehingga satu hari dia akhirnya tersedar bahawa gadis impian masa kecilnya adalah Airin Zahratul, bukannya Atika. Namun, ternyata hati isterinya itu sudah berantakan seribu rasa. WARNING ⛔ NO PLAGIAT!