Setiap manusia di dunia ini banyak dugaan yang perlu dilalui.. Sama juga dengan Kim Soo Jung, seorang perempuan yang kental melalui dugaan tanpa dipimpin sesiapa walaupun dia mempunyai abang kandungnya, Kim Se Jun.. Setiap hari persekolahan Soo Jung tak lengkap jika dia tidak mengacau seorang rakan kelas nya, Byun Baekhyun.. Dia suka akan Baekhyun tapi Baekhyun tidak layan pun dia.. Namun begitu beberapa hari kemudian Soo Jung menghilang tanpa sebab.. Mulanya Baekhyun tidak mengesahkan kehadiran Soo Jung tapi lama-kelamaan Baekhyun mula rasa sunyi tanpa kehadiran Soo Jung.. Dia merasakan sesuatu yang janggal apabila bertemu dengan Soo Jung.. Seperti Soo Jung ingin mengelakkan dirinya untuk berjumpa dengan Baekhyun walaupun ia satu kebetulan.. Akibat sebab-sebab tertentu Se Jun tidak membenarkan Soo Jung bertemu, bercakap atau berbuat apa-apa dengan Baekhyun kerana dia takut sesuatu akan terjadi pada adiknya.. "Aku tak suka kau dekat sini?! Biarlah adik aku mati sekalipun aku tak nak anak pembunuh datang rumah kami! Sekarang aku nak kau keluar! Kau jangan dekat dengan adik aku lagi! Kalau tak aku akan bunuh kau pulak!" Dengan kasar Baekhyun ditolak.. Soo Jung hanya memandang ke arah Baekhyun yang sedang ditolak kasar oleh abangnya.. Apakah sebabnya Se Jun benci akan Baekhyun? Mengapakah Soo Jung berperangai pelik? Nantikan! (Only 15 part)