Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)

By lindaazhar2010

24.9K 2.9K 128

Sara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di bilikny... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
95
96
97
98
99
100 Finale
Special Chapter

94

190 27 0
By lindaazhar2010

Ann Di melihat Sara tidur dengan mata yang bengkak. Dia pergi membasahkan sehelai kain pengelap muka dan menekap-nekap di sekitar mata. 'Takkan aku nak biarkan matanya bengkak macam ni,'kata Ann Di. Dia bangun dan pergi ke dapur mencari sesuatu untuk menurunkan bengkak mata Sara. Dia mencari timun dan memotongnya nipis-nipis. Dia berjalan ke bilik.

"Ann Di,"panggil Shu Wu Ji dari satu sudut. Dia menoleh.

"Ge,"sambutnya. Hatinya begitu geram dengan Shu Wu Ji.

"Sara dah tidur?"tanya Shu Wu Ji teragak-gak.

"Hmm,"balas Ann Di.

"Dia tak apa-apa?"tanya Shu Wu Ji. Ann Di melihat Shu Wu Ji di hadapannya. Nampak seperti kekusutan.

"Ge, aku nak bagi amaran. Kalau kau tak tahu membawa diri bersama Sara,aku takkan teragak-agak bawa dia jauh dari sini,"kata Ann Di mendatar.

"Kau ingat aku pengemis!"desis Shu Wu Ji."Aku suami Sara dan kau hanya kawan dia,"balas Shu Wu Ji. 'Ego,ego,ego,'bentak hati Ann Di.

"Teruskanlah perangai macam ni. Kau akan jadi Li Yang Jian tanpa banyak campurtangan orang luar. Percayalah,"balas Ann Di menunduk hormat dan berlalu. Shu Wu Ji ditinggalkan di situ berseorangan. Ann Di masuk ke bilik dan meletakkan hirisan timun tadi ke mata Sara.

"Thank you best friend,"ucap Sara tanpa membuka matanya. Ann Di tersenyum sendiri. 'Aku di sini kerana kau Sara,'kata hatinya. Sebelum ayam berkokok Sara bangun. Walaupun malam tadi seperti sangatlah membencikan tapi dia merasa ringan seperti sehelai daun. Dia melihat Ann Di tidur di bangku panjang dan dia pergi membetulkan selimut Ann Di. Dia pergi ke cermin dan melihat matanya tidak terlalu bengkak.

"Thank you Ann Di"katanya berbisik. Dia keluar dan melihat Pipit baru tiba dari masjid.

"Cempaka,"tegur Pipit. Dia mendengar cakap-cakap orang bagaimana Sara dan Shu Wu Ji bertengkar.

"Temankan aku jogging pagi ni,"pinta Sara ringkas. Pipit mengangguk. Sara memulakan dengan pemanasan badan dan dia mula berlari keluar dari rumah tumpangan itu. Cuaca agak sejuk kerana fajar baru sahaja menyinsing. Pipit berlari di sebelahnya. Sara perasan Pipit asyik mencuri pandang.

"Kau ni dahnya kenapa?"tanya Sara sambil berlari. Pipit tidak menjawab. "Pit aku kena tanya banyak kali ke?"tanya Sara lebih tegas.

"Pipit patut berada bersama Cempaka malam semalam,"jawab Pipit. Sara menghentikan lariannya.

"Kenapa kau bilang begitu?"tanya Sara.

"Pipit takkan biarkan Shu daren melayan Cempaka sedemikian,"jawab Pipit berterus-terang.  Sara merasa terharu dengan kata-kata Pipit.

"Shu daren bukan orang yang jahat apatah lagi suami yang tidak baik. Ada juga salah aku di situ,"kata Sara tersenyum. Sara menepuk bahu Pipit. "Tak perlu dirisaukan. Inikan Cempaka,"kata Sara meyakinkan Pipit. Pipit mengangguk. "Jomlah. Aku nak berlari agak lama hari ini. Berlari di kapal tidak sama di atas daratan,"sambung Sara menyambung lariannya. Selepas berbatuan berlari, Sara dan Pipit singgah di sebuah warung. Bau nasi lemak semerbak. "Kita makan di sini dulu. Nanti kita bungkuskan untuk Ann Di dan yang lainnya,"ucap Sara. Dia malas hendak menyebut nama Shu Wu Ji.

"Shuang er,"panggil satu suara ketika Sara baru hendak menjamah makanan. Dia dan Pipit menoleh lalu berdiri. "Abang Ishak,"tegur Sara.

"Duduklah Sara, Pit,"pelawa Tun Ishak.

"Abang dari masjid ya?"tanya Sara. Tun Ishak mengangguk. Pekedai itu meletakkan sepinggan nasi lemak di hadapan Tun Ishak. "Mari makan. Bau nasi lemak ni harum dari jauh dah dapat hidu,"kata Sara ceria. Mereka makan dengan penuh berselera.

"Ehmm, abang dan Syahida akan jemput Sara selepas Asar? Abang nak bawa Sara ke pasar dagang,"kata Tun Ishak sambil meneguk teh.

"Elok tu bang. Pagi ni Sara, Ann Di dan Pipit nak tengok keluarga Cengal lepas tu Sara nak pergi tengok kedai ubat jiaofu. Lepas asar tu ngam lah,"balas Sara.

"Ngam?"tanya Tun Ishak. Sara ketawa.

"Maksudnya sangatlah bersesuaian,"terang Sara. "Ok hari pun dah cerah, sara balik dulu ya bang,"kata Sara meminta diri. Dia dan Pipit memberi hormat.

"Pulanglah, biar abang bayar makanan,"ucap Tun Ishak. Sara bertepuk kecil.

"Abang tak nak pun Sara paksa abang bayar,"gurau Sara. Tun Ishak ketawa. "Sara dan Pipit minta diri dulu ya,"sambung Sara dan berjalan pergi bersama Pipit.

"Siapa tu datuk? Rupawan sungguh,"tegur pekedai warga emas itu.

"Adik hamba, pakcik,"jawab Tun Ishak tersenyum. Dia membayar makanan dan berlalu dari situ. Sara bersiap dan oleh kerana dia ingin menyembunyikan matanya seperti menangis teruk semalam dia bersolek lebih sedikit. Dia menocang dua rambutnya seperti  telinga Mickey Mouse.

"Sara, I don't think wanita yang sudah berkahwin elok bersanggul begitu,"tegur Ann Di.

"Kau betul tapi ini aku..peduliklah orang nak cakap apa,"jawab Sara melihat wajahnya di cermin. "Kau tahu Ann Di, Mo Li Hua ini memang cantik,kan? Aku memuji wajah aku sendiri. Onz tak onz?"kata Sara ketawa. Dia mengenakan kemeja labuh dan seluar sepasang yang dijahit oleh Ann Di. Talipinggang lebar kulit mengemaskan lagi penampilan Sara.

"Kau memang sengaja,kan?Perangai macam ni yang buat Da ge meroyan tu kau tahu?"balas Ann Di meletakkan sepiring kuih di meja. Sara menjeling. "Tu kau pakai talipinggang nampak kerampingan tu nanti boleh jadi isu tau!"bebel Ann Di. Sara menjelirkan lidahnya kepada Ann Di.

"Nak pakai hanfu, berlapis-lapis. Panas kot. Nak pakai baju kurung, kau gila nanti aku berlari kain tercabut lagi haru!Dahlah ikat talipinggang perak je tu. Aku tak kuasa,"balas Sara ingin mengambil sekeping kuih tapi ditampar tangannya oleh  Ann Di.

"Ini untuk Cengal,"kata Ann Di. Sara memandang dan merasa sungguh terharu. Dia memeluk Ann Di kuat-kuat.

"Aku doakan kau jadi perempuan,"kata Sara mengusik. Ann Di ketawa.

"Cempaka, Ann Di, Pipit bawa Cengal ni,"sapa Pipit dari luar. Ann Di dan Sara keluar menerima Cengal. Tiada lagi debu di tubuh Cengal. Bersih.

"Wah! Segak Cengal kakak tengok,"puji Ann Di. Sara mengangguk. Cengal  berlutut dan mengangkat hormat.

"Cengal terhutang budi,"balas Cengal sebak. Sara membantu Cengal berdiri.

"Ayuh, kita makan kuih dulu selepas itu kita berjumpa nenek Cengal,ya?"kata Sara membawa Cengal menikmati sarapan. "Dah kenyang?"tanya Sara. Ann Di mengambil mangkuk tingkat yang dibawanya tadi. Cengal mengangguk-angguk. "Mari kita pergi,"ajak Sara. Mereka berempat keluar dari bilik itu. Liu Lu,Shu Wu Ji sedang berbincang apabila mereka melihat ramai di situ memandang ke satu arah.

"Inilah kali pertama melihat dua wanita cantik seperti dalam lukisan,"kata salah seorang pahlawan di situ. Liu Lu tersenyum.

"Betul tidak pernah tidak menawan,"ucapnya masih lagi memandang Sara dan Ann Di dari jauh. Shu Wu Ji berdiri dan pergi mendapatkan mereka.

"Shuang er, Ann Di,"panggil Shu Wu Ji.

"Shu daren,"sambut Sara, Ann Di dan Pipit memberi hormat. Shu Wu Ji  melihat ramai yang memerhatikan mereka di situ. Sara sengaja tidak memanggilnya suami di hadapan semua orang.

"Kamu semua hendak ke mana?"tanya Shu Wu Ji.

"Shu Daren, izinkan Cengal membawa kakak Shuang er ke rumah Cengal,"jawab Cengal. Sara tersenyum melihat Cengal. 'Sungguh bijak,'pujinya dalam hati.

"Oh, macam tu. Kalau begitu saya ikut,"kata Shu Wu Ji.

"Tun Daim perlu jagaan rapi,"ucap Ann Di. "Shu Daren jangan risau kami akan pulang semasa makan tengahari,"tambahnya lagi. Sara mengenyit mata kanannya kepada Ann Di. Shu Wu Ji dapat merasakan yang Ann Di dan Pipit tidak begitu menyukainya. "Kami pergi dulu,"kata Ann Di dan semua menunduk hormat. Sara hanya berjalan meninggalkan Shu Wu Ji tanpa apa-apa reaksi. Senyum tidak, pandang tidak  apatah lagi ingin menegur.

"Zheng xiaojie,"kedengaran ada yang memanggil Sara. Mereka semua menoleh. Zhen Hwang Di sedang tersenyum berdiri di situ.

"Xiao Di,"tegur Sara. Shu Wu Ji masih tidak jauh dari situ. Zhen Hwang Di menghulurkan sekuntum bunga raya merah menyala kepada Sara yang dipetiknya di belakang rumah tumpangan. "Untuk saya?"tanya Sara. Zhen Hwang Di mengangguk. Shu Wu Ji memerhatikan saja walau tidak senang. "Terima kasih, xiao Di,"ucap Sara ceria. "Warna merah ini sesuai dengan warna pakaian saya hari ni,"tambah Sara. Dia memberi balik bunga itu kepada Zhen Hwang Di. Shu Wu Ji merasa gembira kerana Sara tidak menerima pemberian Zhen Hwang Di. Zhen Hwang di terkejut Sara menolak pemberian ikhlas darinya. Sara menunjukkan ke salah satu sanggulnya. Zhen Hwang Di ketawa.

"Hao,"ucap Zhen Hwang Di dan meletakkan bunga raya itu berhati-hati ke rambut Sara. Liu Lu berjalan perlahan-lahan kepada Shu Wu Ji.

"Hou kan me(cantik tak)?"tanya Sara kepada Xiao Di.

"Xiao Di hanya menganggap Zheng Xiaojie sebagai seorang kakak,"kata Liu Lu memandang Shu Wu Ji. Shu Wu Ji tidak langsung memandang Liu Lu.

"Kita terus perbincangan di dalam,"kata Shu Wu Ji berlalu dari situ.

Sara tiba di pondok buruk yang kecil beratap rumbia dan berlantaikan tanah. Nenek Cengal terbaring di katil tanpa tilam.

"Nek, kakak Shuang er datang bersama kakak Ann Di,"kata Cengal mengejutkan neneknya. Nenek Cengal yang baru sahaja baik dari demam bangun.

"Eh, nenek jangan bangun. Nenek tak sihat lagi sepenuhnya,"tegur Sara menghampiri wanita tua itu dan bersalaman.

"Cu, nenek tak terbalas budi baik,"tegur nenek itu terketar-ketar menahan sebak.

"Kami datang dengan ikhlas nenek,"kata Ann Di. "Ini sedikit juadah. Nenek dan cucu-cucu makanlah nanti ya?"

Cengal mengambil mangkuk tingkat itu dan membawanya ke dapur. Sara melihat dua adik perempuan Cengal sedang memerhatikan mereka dari sudut dapur.

"Itu adik Cengal?"tanya Sara kepada nenek. Nenek mengangguk lemah.

"Itu Merak dan adiknya Kenanga. Merak, Kenanga mari bersalam dengan kakak ,"suruh orang tua itu. Kanak-kanak 6 tahun dan 5 tahun itu merapati mereka. Sara sedih melihat pakaian mereka yang berlubang sana-sini.

"Nenek, Shuang er dan Ann Di datang nak minta izin Cengal bekerja dengan kami." Nenek itu mengalirkan airmatanya.

"Apalah kecerdikan Cengal untuk membantu bangsawan seperti Cik Muda,"balas nenek. Sara memegang tangan nenek Cengal.

"Cengal baik budinya nenek. Jika diasuh cerah masa depannya,"pujuk Sara. Nenek memandang dua gadis asing yang berbudi bahasa. "Cengal akan membantu Pipit,"terang Sara lagi.

"Alhamdulillah. Jika cik muda benar-benar berhajat. Nenek izinkan,"kata nenek Cengal.

"Kita makan bersama hari ini ya nenek?"pelawa Sara. Nenek Cengal sangat berbesar hati menerima pelawaan  Sara dan Ann Di. Mereka memasak dan Pipit mengemas apa yang perlu di rumah itu dibantu oleh Cengal dan adik-adiknya. Selesai memasak mereka makan bersama seperti sebuah keluarga.

"Shuang er minta diri nenek. Kami masih ada urusan di kota. Sudah berjumpa nenek terasa gembira,"ucap Sara.Nenek Cengal mengangguk. "Hari ini hari pertama Cengal bekerja bersama kami ya nenek. Izinkan Cengal mengikut kami,"pinta Sara.

"Baiklah. Nenek nak ucapkan terima kasih atas budi baik,"ucap nenek. Mereka pergi dari situ. Perjalanan pulang ke kota sebentar sahaja kerana mereka menaiki kereta kuda.

Mereka disambut hebat oleh orang-orang Zheng He. Masing-masing teruja melihat anak perempuan Zheng He yang terkenal mengunjungi mereka.

"Zheng xiaojie selamat datang,"sapa Lee Taiyi. Sara mengangguk. Selepas acara memasang mercun dan sesi perkenalan,Sara memanggil ketua kedai rempah dan kedai ubat untuk satu mesyuarat ringkas.

"Lee taiyi, Tan gongzhi, Shuang er mahu melihat buku lejer dua kedai ini. Tolong hantarkan ke rumah tumpangan ya?"pinta Sara.

"Shi xiaojie,"sambut mereka.

"Ini tangan kanan Shuang er, Ann Di dan ini tangan kiri Shuang er,Pipit dan ini pembantu Pipit Cengal,"perkenal Sara. "Apa-apa rancangan akan Shuang er beritahu selepas meneliti buku lejer,ya?"

"Baik, xiaojie,"kata Lee Taiyi dan Tan Gongzhi.

"Kami pulang dahulu,"ucap Sara memberi hormat. Mereka pulang ke rumah rehat selepas itu.

Continue Reading

You'll Also Like

15K 2.1K 101
Kisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila And...
88.2K 5K 37
Kisah ini menceritakan tentang Swanda yang terpaksa dihalau oleh penduduk sekampungnya kerana telah membunuh 3 ekor shwan,makhluk pemakan manusia sem...
519K 1.2K 17
Mula mula
22.2K 2.5K 25
❝ Men are trash! ❞ Kisah aku yang asyik ditinggalkan lelaki. •Lee Eunsang •Short Part Start: 03.08.19 End: 05.11.19