79

166 24 2
                                    

"Kau lepaskan dia!" jerit Shu Wu JI sambil meronta-ronta. Ketua lanun itu ketawa.

"Apakata kau jadi saksi perkahwinan antara Wang He Lan dan aku pada malam ini Shu Wu Ji?"usik ketua lanun itu. Sara dan tentera itu masih memerhatikan keadaan dalam diam.

"Aku Shuang er, kau?"bisik Sara.

"Zhen Hwang Di," jawab lelaki lewat 20an yang bertocang satu. Sara menelan ketawanya kerana nama itu bermaksud "Akulah Maharaja".

"Zhen de?"bisik Sara tersenyum. Tentera itu menjeling kepada Sara kerana itu bukanlah pertama kali orang menggelakkannya. "Siapa ketua lanun tu?"tanya Sara lagi.

"Yong LIu,"jawab Zhen Hwang Di.

"JIang jun, kau mahu semua ini tamat dengan segera tapi susah atau lambat tetapi mudah?"tanya Sara. Lama Zhen Hwang Di memandangnya.

"Susah yang bagaimana?"tanya Zhen Hwang Di.

"Di hadapan kita ada lebih kurang 80 orang dan di kapal maharaja lebih kurang 100 orang yang masih hidup."

"Aku tahu."

"Baiklah, untuk menamatkan ini kita hanya perlu menangkap ketua mereka. Kau pergi ke hujung kapal dan kau buangkan bom kecil ini itu untuk plan B. Aku akan terus menangkap Yong LIu. itu plan A"

"Kenapa mesti aku? Aku jiangjun untuk armada maharaja," bantah Zhen jiangjun.

"Aku Zheng Shuang, ketua misi kali ini. Kau tak ingat tu?"tanya Sara. Kata-kata Sara itu membuatkan Zhen jiangjun terdiam terus. Aku akan menukarkan diri aku untuk Wang Xiaojie dan aku akan lumpuhkan Yong LIu sekaligus. Sekiranya aku tertangkap, kau akan selamatkan aku ok?"

"Sangat bahaya!" bisik Zhen jiangjun. "Aku tak setuju!"

"Ini adalah arahan," bantah Sara. "Bila kau nampak aku sudah menewaskan Yong LIu aku nak kau mengebom belakang kapal ini. Pergi sekarang," arah Sara. Dalam keterpaksaan Zhen Hwang Di berlalu ke hujung kapal.

Yong Liu tersenyum melihat ketakutan gadis rupawan itu. Dia cuba mencium pipi gebu Wang He Lan. Shu Wu JI cuba untuk melepaskan dirinya tetapi ikatan itu terlalu ketat.

"Shu Daren, tak luak pipi ini kalau aku cium sekalipun,"sindir Yong Liu.

"tchet tchet tchet," desis Sara keluar dari himpunan tong-tong di atas tempat pemanduan kapten kapal. Sara menguap dan melonggarkan otot-ototnya,

"Shei!" jerit Yong Liu.

"Shi wo," jawab Sara. Dua orang lanun terjun dan cuba memegangnya tetapi Sara mengelak dan menolak mereka ke bawah. Shu Wu JI terkejut melihat Sara di situ. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah kerana Sara membahayakan dirinya sekali lagi.

"Lai ren!" jerit Yong LIu.

"Fang xin ba, aku tak bersenjata. Tengok," balas Sara memusingkan badannya. Dia melompat ke bawah. Dan kini Yong Liu terpegun melihat seorang gadis yang lebih cantik dari Wang He Lan.

"Kunyang, ni-" tegur Yong Liu. Penasihat Yong LIu berbisik kepadanya. "Zheng He Nu haizi?"tanya Yong Liu. Sara mengangkat hormat.

"Betul. Wang He Lan ialah seorang gadis yang lemah-lembut. Apa kata kau lepaskan dia?"sapa Sara tersenyum. Yong Liu memerhatikan gadis genit ini di hadapannya.

"Rugilah aku,"jawab Yong Liu.

"Kau ada aku," balas Sara. Shu Wu JI meronta dengan lebih kuat. Dia ingin menjerit tetapi mulutnya sudah disumbat kain. Sara menjeling kepada Shu Wu JI menyuruhnya berdiam diri. Yong Liu ketawa. Dia menghampiri Sara. "Hah! Yong LIu gongzhi, apa tu?"tegur Sara teruja menunjukkan kepada rantai Yong LIu. Yong Liu melihat rantai emasnya dan buah loketnya zamrud yang besar berbentuk burung Phoenix.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now