71

230 28 1
                                    

Zhu Liang mengetuk pintu bilik di mana Shu Wu Ji berada.

"Shu Daren, Zheng gonggong di sini," panggil Zhu LIang. Shu Wu JI yang kelemahan dalam kesedihan duduk di lantai memeluk pakaian Sara memandang pintu bilik itu. Dia hanya meneguk air bila perlu dan tidak menjamah makanan. Dia mahu membukanya tetapi segenap tubuhnya seperti kaku.Zhu Liang mengetuk pintu sekali lagi. Shu Wu JI merangkak dari tempatnya ke pintu. Dia perlahan-lahan berdiri bersandarkan pintu dan membuka pintu itu.

"Zheng gonggong," sapa Shu Wu Ji. Betul sangkaan pelaut terkenal itu. Shu Wu Ji nampak begitu lemah dan keadaannya amat menyedihkan.

"Wu Ji nin-" belum sempat Zheng gonggong menghabiskan kata-katanya Shu Wu JI pengsan di situ. "Wu JI!!!" Terkejut orang tua itu melihat Shu Wu JI tiba-tiba pengsan di hadapannya. Zhu Liang cepat-cepat mengangkat Shu Wu JI ke katil. Ren Ji datang berlarian ke bilik itu. "Panggilkan taiyi cepat!" arah Zheng gonggong kepada Ren JI. Dengan pantas Ren Ji pergi dari situ. 'Wu JI, kalau aku tak cepat ke mari apa akan jadi dengan kamu ini?'bebel Laksamana Zheng He. Dia duduk di sisi katil melihat Shu Wu Ji yang terus tidak sedarkan diri. Taiyi sampai beberapa lama kemudian.

"Maafkan saya gonggong, biar saya periksa nadi Shu Daren sebentar," pinta tabib itu. Zheng gonggong pergi duduk di bangku dan melihat sahaja tabib itu memeriksa keadaan Shu Wu Ji. Selepas habis memeriksa Shu Wu Ji, dia pergi mengadap Laksamana Zheng He.

"Gonggong, Shu Daren terlalu keletihan. Saya ingin bertanya bilakah kali terakhir Shu Daren makan?"

"Saya pun baru tiba ke mari," jawab Laksamana Zheng He. Tabib mengangguk. "Bagaimana teruk keadaan Shu Daren?"tanya Laksamana Zheng He. Tabib itu memandang kepada Shu Wu JI di katil.

"Dia hampir mati. Keadaan sekarang terkawal tetapi jika dia terus begini, mungkin akan memudaratkan," kata tabib tersebut. Zheng gonggong mengerti kata-kata tabib itu. "Baiklah saya akan memberikan senarai herba untuk direnih kepada Ketua rumah Ren JI," tambah tabib itu lagi. Zheng gonggong mempersilakan tabib itu pulang ke kliniknya. Zheng gonggong berdiri di tepi katil dan menggelengkan kepalanya. Segala yang berlaku ini hanya menentukan satu perkara. Betapa Sara begitu bermakna kepada Shu Wu JI. Xiao LIan masuk dan menyapa Zheng gonggong dengan hormat.

"Xiao LIan mengucapkan selamat pulang kepada Zheng gonggong," sapa Xiao Lian. Laksamana Zheng He memandang gadis muda yang selalu bersama Mo LI Hua sebelum ini.

"Ini Xiao Lian bukan," tegur Laksamana Zheng He.Xiao LIan yang datang dengan mata yang bengkak menangis berhari-hari apabila Mo LI Hua dikatakan hilang tiba-tiba.

"Zheng gonggong, Zheng xiaojie tinggalkan surat ini bersama dengan surat pembebasan Xiao LIan dari menjadi seorang hamba."

"Zheng xiaojie membebaskan kamu?"tanya Laksamana Zheng He. Xiao LIan mengangguk. Dia memberikan kedua surat itu kepada Zheng gonggong. Zheng gonggong membaca tajuk surat itu. Satu surat menceraikan Shu Wu JI dan satu surat pembebasan Xiao Lian. "Aku teka, Shu Daren belum membaca surat ini lagi bukan?"tanya Zheng gonggong merujuk kepada surat cerai itu. Xiao LIan menggelengkan kepalanya. "Na, sekarang apa rancangan kau?"tanya laksamana itu. Xiao LIan menggelengkan kepalanya sekali lagi.

"Xiao LIan tidak tahu gonggong. Ini terlalu mengejutkan," jawab xiao Lian.

"Apa kau tidak gembira dengan surat merdeka ini?"tanya Laksamana Zheng He.

"Hidup Xiao LIan dari kecil hanya bersama Mo xiaojie. Xiao LIan tidak pernah berfikir mahu meninggalkannya," jawab xiao LIan ikhlas. Zheng gonggong mengerti perasaan Xiao Lian itu.

"Na, kalau begitu kau terus bekerja di sini. Aku akan naikkan pangkat kau kerana kau bukan lagi seorang hamba," kata Laksamana Zheng He. Xiao LIan menitiskan airmatanya tanpa rela.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now