1

869 41 1
                                    

Recap:

"I'm sorry this happened on your wedding day,"kata Ketua Li. Sara tersenyum tanpa berkata apa-apa. Hatinya terdetik jika Wu Ji sudah kembali ke asalnya.

"Li duizhang,"tegur Wu Ji.

"Ni xing le (kau dah jaga)?"tanya Ketua Li.

"Wu Ji,"panggil Sara. Dia menghampiri katil Wu Ji.

"Nǐ shì shéi,(awak siapa)?"tanya Wu Ji.

"Kau betul-betul tidak kenal siapa ini?"tanya Ketua Li. Wu Ji menggelengkan kepalanya. Sara mengambil langkah ke belakang. Igauannya menjadi kenyataan.

"Sara,"panggil Andrew. Sara menoleh ke belakang. Airmatanya hampir jatuh. "Kau ni kenapa?"

Ketua Li menghampiri mereka dan membawa mereka keluar.

"Nampaknya Wu Ji tidak mengingati apa-apa terutama tentang kamu Sara,"kata Ketua Li.

"Miss Li, wo dong. Tak perlu penjelasan apa-apa,"kata Sara. "Kami balik dulu. Mari Andy,"ajak Sara. Andrew yang masih terpinga-pinga mengikut sahaja Sara di belakang.

"Shuang er aka Sara kau tak apa-apa?"tanya  Andrew menghidupkan enjin kereta.

"At least dia masih hidup. Aku rasa Wu Ji sudah pulang ke zamannya. Sebab itu aku tidak terlalu terkejut tadi."

"Bersyukur juga mak kau dan mamatok akan mengerti keadaan ini,"kata Andrew. Sara mengangguk lemah.

"Hantarkan aku balik. Aku terlalu letih."

Wu Hen atau Andrew yang setia menghantar Sara ke rumahnya. Selepas menjelaskan perkara yang terjadi, Sara balik ke bilik pengantin berhias indah. Dia melihat telefon bimbit di atas mejanya. Seharian sibuk dengan persiapan dia langsung tidak memeriksa mesej-mesej yang ada. Tiba -tiba dia ternampak mesej dari Wu Ji.

"Qin ai de, hari ini kita akan menjadi suami isteri yang sah. Wo ai ni. Walau apapun terjadi."

Sara menangis semahu-mahunya keseorangan.  Dia melihat mesej itu masuk 10 minit sebelum kemalangan itu berlaku.

Dia membalas mesej itu biarpun dia tahu Wu Ji, Shu Wu Ji tidak akan dapat membacanya.

"Aku juga mencintaimu. Terlalu mencintaimu walau apapun terjadi."

Dia menghantar mesej itu. Dia melihat selfie-selfie dan video-video di telefonnya. Di saat itu dia merindukan Zheng gong gong, Abang Ishak. Wu Ji si muka stone yg hampir menjadi suaminya. Kalaulah aku boleh kembali ke zaman itu semula hanya untuk memastikan Wu Ji selamat.Alangkah baiknya. Dia terlalu kepenatan dan tertidur di meja soleknya

(Di saat itu rantai mutiara merah jambu yang berada dalam kotak kayu di meja solek mengeluarkan cahaya dan bergetar)

*********************"*"""*""

"Tok! Tok!Tok!" Pintu bilik Sara diketuk. "Sara, mak ni, buka pintu ni." Sara masih berada di katil. "Sara buka pintu ni sekarang,"arah Puan Salina. Dia merasa begitu gusar sejak Sara pulang dari hospital dan Wu Hen atau Andrew telah menceritakan segalanya.  "Sara!" Panggil maknya kali ni menampar pintu dengan lebih kuat.

Sara memandang rantai mutiara itu berkilau. Dia bangun dan menyentuh rantai itu. "Kenapa kau bergetar?"tanyanya perlahan.  Dia memandang imej di cermin. Solekan dan pakaian pengantin masih dikenakannya. Dia tersenyum pahit. Dia mengambil rantai itu dan memakainya. "Wu Ji, aku rindukanmu,"bisiknya perlahan.

"Sara!!" Tempik Salina. Itu mengejutkan Sara. Sara menyapu saki baki airmata yang turun. Dia membuka pintu biliknya. Puan Salina memeluknya erat.

"Mak,"kata Sara perlahan sambil menepuk belakang emaknya. Airmatanya dapat ditahan dan perasaannya seperti terubat setelah memakai rantai itu. Rantai itulah yang membawanya bertemu Shu Wu Ji.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now