Hikayat Sang Pencinta ✔

By _louvrees_

141K 7.5K 305

Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cum... More

✘ Bab 1 ✘
✘ Bab 2 ✘
✘ Bab 3 ✘
✘ Bab 4 ✘
✘ Bab 5 ✘
✘ Bab 6 ✘
✘ Bab 7 ✘
✘ Bab 8 ✘
✘ Bab 9 ✘
✘ Bab 10 ✘
✘ Bab 11 ✘
✘ Bab 12 ✘
✘ Bab 13 ✘
✘ Bab 14 ✘
✘ Bab 15 ✘
✘ Bab 16 ✘
✘ Bab 17 ✘
✘ Bab 18 ✘
✘ Bab 19 ✘
✘ Bab 20 ✘
✘ Bab 21 ✘
✘ Bab 22 ✘
✘ Bab 23 ✘
✘ Bab 24 ✘
✘ Bab 25 ✘
✘ Bab 26 ✘
✘ Bab 27 ✘
✘ Bab 28 ✘
✘ Bab 29 ✘
✘ Bab 30 ✘
✘ Bab 31 ✘
✘ Bab 32 ✘
✘ Bab 33 ✘
✘ Bab 34 ✘
✘ Bab 35 ✘
✘ Bab 36 ✘
✘ Bab 37 ✘
✘ Bab 38 ✘
✘ Bab 39 ✘
✘ Bab 40 ✘
✘ Bab 41 ✘
✘ Bab 42 ✘
NOTICE ALERT
✘ Bab 43 ✘
✘ Bab 44 ✘
✘ Bab 45 ✘
✘ Bab 46 ✘
TEASER
✘ Bab 47 ✘
✘ Bab 48 ✘
✘ Bab 49 ✘
✘ Bab 50 ✘
✘ Bab 51 ✘
✘ Bab 53 ✘
✘ Bab 54 ✘
✘ Bab 55 ✘
✘ Bab 56 ✘
✘ Bab 57 ✘
✘ Special I ✘
Special II
New Books!
EBOOK

✘ Bab 52✘

2.3K 109 6
By _louvrees_

"Ibu kecewa dengan kamu! Dari awal lagi ibu tak harap kamu kahwin dengan dia! Tengok sekarang, apa dah jadi? Tak fikir ke macam mana perasaan di kalau dia tengok semua ni?"

Aku terjaga dari lena apabila terdengar suara ibu Zarina yang seakan menengking dari tingkat bawah.

Ada apa hal tu?

Cepat cepat aku capai tudung di kepala katil sebelum membuka pintu bilik dan bergegas turun ke tingkat bawah.

Baru saja kaki ingin menjejak ke anak tangga terakhir, langkah aku terus kaku.

Ada ibu Zarina, ada papa yang sedang bermuka bengis dengan sebelah tangan mengepal penumbuk dan...

Fyraz yang sedang tunduk menekur lantai.

"Papa harapkan Fyraz, tapi kenapa buat anak papa macam ni? Haritu dah sakitkan hati dia, harini pun sama jugak. Bagitau papa, sejak bila masalah ni datang? Sya tau ke tidak pasal benda ni?" keras suara papa menyoal.

"Dari minggu lepas. Sya pun tau..."

PANGG!!

Pipi Fyraz terteleng ke kiri. akibat menerima tamparan papa.

Hati aku dihambat sayu apabila melihat Fyraz yang berhadapan dengan kemarahan papa.

Suah tentu papa tidak mampu bertahan apatah lagi selama ini papa sudah cukup bersabar tentang hal aku yang dirogol Fyraz empat tahun lalu.

"Sya tau, tapi apa usaha Fyraz untuk hentikan semua ni? Suka sangat tengok Sya menangis sebab hal ni?"

Fyraz diam.

"Jawab la aku tanya kau ni!"

Tangan papa sekali lagi naik ingin menampar Fyraz.

"Papa jangan!" jeritan aku menghentikan perlakuan papa.

Aku bawa langkah ke arah Fyraz yang masih menunduk. Pipinya aku pegang lembut supaya dia turut memandang ke arah aku. Air mata aku jatuh setitis apabila terpalit darah kering di pinggir bibirnya.

"Papa kenapa pukul suami Sya?" lembut aku menyoal papa. Papa mendengus kasar.

"Kak Hana, Feeya minta maaf tapi..." Afeeya datang kepada aku dan ditunjukkan telefon pintarnya.

Aku baca tajuk utama artikel itu

Pengarah FDR Corporation Bakal Melangsungkan Perkahwinan Kedua

Aku tahan bibir dari melepaskan carutan.

Inikah gosip yang ingin ditunjukkan Afeeya kepada aku tadi?

Nenda Talita dah janji takkan hebahkan perkara ni.

Dasar penipu. Sengaja nak buat aku mengalah dalam hal ni.

"Sya bagitau papa, betul ke tidak semua ni?"

Aku pandang Fyraz sekilas namun pandangannya tidak tertumpu pada aku.

Perlahan lahan, aku anggukkan kepala.

"Astaghfirullahaladzim..."

"Ta-tapi pa, Fyraz tak salah. Sya yang paksa Fyraz untuk kahwin lain..."

Papa dan yang lain nyata lepaskan keluhan berat.

"Kenapa ni Sya? Orang dekat luar sana, mati mati nak pertahankan rumah tangga masing masing. Sya pulak macam tu aje nak lepaskan Fyraz dekat orang lain?"

Aku tertunduk. Sumpah, aku tak ada jawapan untuk soalan ibu Zarina. Ya, aku yang bersalah. Terlalu takutkan sangat ugutan nenda Talita.

"Papa pernah cakap dengan Fyraz, kalau Fyraz tak boleh jaga anak papa baik baik, Fyraz boleh pulangkan..."

"No way! That won't ever happen!" tengkingan Fyraz memotong bicara papa yang belum sempat dihabiskan.

Lengan aku ditarik supaya berdiri di belakangnya. Cara posesif. Kuat dia mencengkam lengan aku membuatkan aku mendesis sakit.

Aku cuba leraikan cengkamannya namun Fyraz menjeling aku tajam. Dadanya berombak laju dan urat di dahinya mula timbul tanda dia sedang menahan marah.

"Sya pun nak mintak abang lepaskan Sya?" bisikan tegas Fyraz membuatkan aku menggeleng laju sambil menahan air mata.

Tidak, perkara itu yang paling aku tak mahu dalam hubungan ini.

"Berhenti seksa perasaan anak papa, Raz."

Kata kata papa bagai menyimbah minyak pada api kemarahan Fyraz.

"Papa kalau nak belasah Raz, silakan. Raz takkan melawan tapi kalau papa sendiri yang suruh Raz lepaskan Sya..."

Fyraz berjeda lalu bibirnya melepaskan tawa hambar.

"I won't."

Dalam bicaranya, terselit satu amaran.

"Sampai  Raz mati pun, Sya tetap akan jadi isteri Raz. Fyraz dah janji dengan papa, Raz nak genggam tangan ni sampai syurga. Please, bagi Raz tunaikan janji tu."

Spontan, tangannya turun menggenggam erat jari jemari aku membuatkan aku terbuai dengan satu rasa yang hadir dalam jiwa.

"Pergi ambil barang dekat atas kalau ada. Kita balik sekarang." Fyraz mengeluarkan arahan lalu aku turutkan.

Aku turun semula ke tingkat bawah selepas mengambil tas tangan. Selepas bersalaman dengan papa dan ibu Zarina, aku turutkan langkah Fyraz ke arah kereta. Pedal minyak ditekan sebelum kereta yang dipandunya bergerak meninggalkan perkarangan rumah ibu Zarina.

"Sya minta maaf. Sebab Sya, abang kena tampar dengan papa."

Fyraz buat tak endah dengan permintaan maaf aku. Rasa terbunuh dengan kebisuan Fyraz, sudahnya sebelah tangan aku naik memegang pipi Fyraz.

"Sakit lagi?"

"Tak payah sentuh la!" aku terkedu apabila tiba tiba sahaja Fyraz menengking lalu menepis kasar tangan aku yang melekap di pipinya.

Aku tundukkan wajah sebelum air mata mula mengalir laju.

"You asked me to put my trust in you. Sya betul betul percayakan abang. But why, you hurt me again?"

Fyraz kekal diam.

"Tell me, abang..."

Streeettt!!

Kereta diberhentikan mengejut membuatkan aku urut dada sendiri akibat terkejut.

"You've hurt me too. Then tell me, why can't I?" Fyraz menyoal dengan nada yang cukup sinis.

"You asked for this. Abang dah cakap, tanggung la akibat dia sendiri."

"Siapa cakap Sya nak sangat hadap semua ni?!" aku mula membalas lantang apabila Fyraz meletakkan segala kesalahan di bahu aku.

Baik, aku mengaku aku yang salah. Tapi apa masalah dia sampai perlu berdingin dengan aku sampai macam ni sekali?

Aku ketap bibir tanda geram. Dia fikir aku tahan sangat nak hadap kedinginan dia?

Fyraz tersenyum sinis menandakan dia langsung tak terkesan dengan kemarahan aku.

"Tak apalah kalau bukan Sya yang mintak. Arin, kawan Sya kan? Tak salah kita tolong dia daripada kena hina dengan orang dekat luar sana."

Fyraz keluarkan bicara pedasnya dengan memerli aku dengan kata katanya. Pedal minyak ditekan sebelum perjalan diteruskan.

Aku tahan rasa sakit dalam hati.

Fyraz...seperti sengaja ingin menambah jarak dalam hubungan ini.

~~~

"Dah, keluar sekarang."

"Ab-abang nak pergi mana?" terketar aku menyoal Fyraz.

Mana tidaknya, dia bukannya bawa aku pulang ke rumah kami namun sebaliknya, ke rumah nenda Talita.

Fyraz langsung tidak menghiraukan pertanyaan aku. Apa motif dia bawa aku ke sini dan suruh keluar begitu saja?

"Abang..."

Tokk! Tokk!

Aku palingkan wajah apabila tingkap sebelah aku diketuk seseorang dari luar.

Arin...

"Ab-abang nak keluar dengan A-Arin?" aku menyoal pada Fyraz.

Air mata seakan ingin gugur lagi melihat kebisuan Fyraz walhal betapa aku berharap dia mengatakan tidak.

Fyraz bertindak membuka lock kereta sekaligus menjawab pertanyaan aku.

Arin terus membuka pintu kereta sebelah pemandu tanpa riak bersalah.

"Hai Sya! Sorry kacau korang dating. Tapi, aku kena pergi butik dengan Fyraz nak ambik baju untuk wedding kitaorang. So, kau tak payah ikut la eh? Mengganggu aku dengan Fyraz pulak nanti. Kan?" akhirnya, Arin menjawab lengkap segala persoalan aku.

Sumpah, hati aku boleh hancur kalau berterusan begini.

"Tak apa lah kalau macam tu." sempat aku seka air mata sebelum mengambil tas tangan di tempat penumpang belakang.

Tangan Fyraz aku tarik untuk bersalaman dengannya. Fyraz ternyata agak terkejut dengan sentuhan aku.

Aku keluar dari kereta dan terpaksa membiarkan Arin mengambil tempat duduk di sebelah Fyraz.

Aku tak cukup kuat untuk mempertahankan hak aku sendirian jika Fyraz juga seakan tak mahu berjuang.

Arin melambai mesra dengan senyuman manis yang cukup plastik.

Tak, itu tak cukup menyakitkan.

Yang lebih menyakitkan, sikit pun Fyraz tidak mahu mengalih pandangannya ke arah aku yang semakin kalah dengan air mata.

Well then, he chose her over me that is hurt.

~~~

"Lah, dah sampai dah cucu menantu nenda ni!" aku terkebil kebil di muka pintu itu apabila nenda Talita menyambut aku dengan wajah ceria.

"Nenda..." walaupun terasa janggal, aku menegur juga nenda Talita dan bersalaman dengannya.

"Ni, Fyraz dengan Arin dah gerak pergi butik dah?"

Niat nenda Talita memang tak dapat disorok lagi. Sengaja dia nak menyakitkan hati aku.

Aku sekadar angguk.

"Oh, baguslah kalau macam tu. Arin tu dari tadi merengek cari Fyraz. Itu yang Fyraz nak pujuk, cepat cepat dia datang sini bawak Arin cuba baju kahwin."

Aku hanya mampu menahan rasa dengan kata kata nenda. Tak ada talian hayat ke untuk aku dekat sini?

"Nenda, Sya nak naik rehat dekat atas. Pening kepala sikit." aku meminta diri. Bukan niat ingin berkurang ajar, tapi lebih baik daripada aku sakit hati sendiri.

"Pening? Mengandung ke?" pertanyaan nenda kedengaran biasa, namun dapat aku tangkap kesinisannya.

"Tak, Sya tak mengandung pun..."

"Kalau tak mengandung, buat apa tergedik gedik nak rehat macam orang mengandung? Arin tu, aktif aje lagi. Sepatutnya dia yang banyak berehat tapi itulah, majlis dah dekat kan?"

Nenda Talita tertawa membuatkan aku terasa kerdil.

Sumpah aku nak tahu, apa sebenarnya salah aku dengan nenda sekarang ni?

"Dah, sekarang ni pergi dapur, masak tengah hari untuk nenda. Yelah, nanti Arin dah kahwin dengan Fyraz mana tahu Sya berpisah pulak dengan Fyraz, tak merasa nenda masakan Sya."

Nenda menuturkan ayat itu tapa sedikit pun rasa bersalah, tanpa langsung tidak memikirkan hati aku yang sudah separa hancur dek terluka dengan kata katanya.

"Nenda nak makan apa?"

Nenda Talita tersenyum sinis.

"Suka hati. Asal jangan letak racun sudah." nenda terus berlalu naik ke tingkat atas.

Kalau aku ni memang betul jahat, tak fikir aku akan masuk neraka kerana berniat membunuh dengan sengaja, memang dari awal aku racunkan nenda Talita.

"Ya Allah, kak Hana masak? Seronoknya!" aku agak terkejut apabila Dania menyergah dari belakang.

Pada Dania, aku lontarkan senyuman agar dia tidak mengesan perit yang aku rasa sekarang.

"Nia baru habis kelas ke?" aku menyoal Dania sekadar berbasa basi.

"Haah. Ni, abang mana? Nia tak ada nampak kereta dia pun dekat garaj tu?"

Aku terdiam.

"Oh, mesti nenda paksa abang keluar dengan perempuan tu kan?" Dania menjawab sendiri pertanyaannya bersama dengusan kasar.

"Nia tak faham la apa kena dengan nenda tu. Nak sangat perempuan tu jadi isteri abang. Perempuan tu pun satu, terang terang abang dah ada isteri sibuk je nak menyondol rumah tangga orang. Macam la lelaki bujang tak ada dekat dunia ni." Dania membebel bersama wajah menyampah menandakan dia juga tak suka hal itu terjadi.

Siapa aje yang suka? Lainlah spesies tak tahu malu macam Arin tu. Lagi lagi nenda Talita.

"Nenda Abdullah tak ada ni, boleh la nenda lagi sorang tu naik kepala. Kalau nenda Abdullah tahu, silap silap kena halau perempuan tu dari rumah ni. Nia pun rimas tau tengok muka dia dekat sini!"

"Nenda Abdullah pergi mana?" aku menyoal Dania. Padanlah lama tak nampak.

"Outstation ke Jepun. Tak sabar Nia nak tunggu nenda balik sini. Nak jugak tengok nenda Talita kena marah dengan nenda Abdullah tu." ujar Dania bersama senyuman mengejek.

"Mama pun tak ada dekat rumah ke?"

"Haah, mama pun tengah busy dekat pejabat. Yelah, abang Am kan tak masuk kerja lagi, sibuk jaga kak Sofea dalam pantang."

Aku mengangguk faham. Dalam diam, aku kagum dengan mama dan nenda Abdullah. Dalam usia mereka yang semakin meningkat, masih lagi larat buat kerja kerja pejabat dan terlibat dengan kerja luar.

"Nia naik tukar baju sekejap. Nanti Ia turun, Nia tolong akak masak tau!"

Aku sekadar tersenyum dan selepas itu, Dania terus menghilangkan diri ke tingkat atas. Agak lama aku perhatikan langkahnya.

"Auch!" aku tersedar dari lamunan apabila pisau yang aku gunakan untuk memotong sayur akhirnya menghiris jari telunjuk aku.

Darah mula menitik dengan banyak membuatkan aku mendesis sakit. Cepat cepat aku buka paip air untuk membersihkan luka tersebut.

Namun, belum sempat jari aku menyentuh air, satu tangan lain menyambar tangan aku dan luka di jari aku itu dibersihkan lembut. Tangan aku terketar. Bukan kerana menahan pedih, tapi kerana hangatnya tangan itu memegang tangan aku.

"Sakit sangat ke?" dia menyoal lembut sambil membelek luka aku yang sudah siap dibasuh.

"Tt-tak..." terketar aku menjawab pertanyaannya.

"Nampak dalam. Tunggu sini sekejap." sesudah itu, Fyraz bertindak mengambil kotak first aid dari dalam sebuah almari.

Alcohol swab diambil dan cecairnya dituang sedikit pada luka itu sebelum ditampal dengan plaster.

Sumpah aku rasa janggal.

"Dah, tak payah masak. Tinggal je situ. Bibik ada kan?"

"Tt-tak apa. Lagipun, nenda yang suruh Sya masak untuk..."

Keluhan berat Fyraz menghentikan bicara aku.

Kedua dua bahu aku dipegang dan anak mata kelabunya memanah tepat terus ke anak mata aku.

"Please, for your own sake, berhenti dengar cakap nenda. Sya sendiri tahu kan nenda sengaja nak sakitkan hati Sya?"

Aku tunduk mendiamkan diri apabila Fyraz sudah berura ura untuk memarahi aku.

"Are you okay?"

Soalannya ternyata berjaya membuatkan air mata aku mengalir. Soalan mudah, Sya. Kenapa sensitif sangat ni?

"Are you okay, sayang?"

Sayang. Perkataan yang ditutur lembut itu membuatkan air mata aku mengalir makin lebat namun aku anggukkan juga kepala sebagai jawapan.

Sedangkan, aku langsung tak okay. Siapa aje boleh berlagak okay kalau hadap situasi macam ni?

Sekali lagi keluhan Fyraz kedengaran.

Sebelah tangannya menarik dagu aku menjadikan mata aku yang merah ini terlihat jelas pada pandangannya.

"Then your eyes told me the lies."

Kali ini aku tak dapat lagi menahan diri. Esakan aku mula kedengaran dan tangan aku memukul dadanya berkali kali.

"Kenapa abang suka marah marah Sya sekarang? Abang dah tak sayang Sya? Abang tahu tak, Sya sakit hati dengan abang? Abang buat Sya macam orang tak ada perasaan. Sya tau abang marahkan Sya sebab paksa anang, tapi kenapa abang yang macam sengaja nak jauhkan diri-hmph!"

Fyraz berjaya mematahkan bicara aku dengan kucupan garangnya. Dadanya aku tolak kasar untuk menjauhkan diri namun Fyraz langsung tak terkesan. Kucupannya lama, membuatkan aku tak berdaya apabila Fyraz menarik aku semakin rapat dan akhirnya aku terkulai dalam pelukan Fyraz.

Fyraz melepaskan kucupan dan kami sama sama tercungap cungap mencari nafas. Aku renung lama mata Fyraz.

"She loves you, abang. What if one day..."

Tangan aku naik memegang dada kirinya. Ternyata, denyutan jantung itu tidak berentak normal. Halkumnya juga turun naik menandakan Fyraz sedang menahan rasa.

"She could make you heart beating fast like this?"

Air mata aku jatuh setitis. Sumpah, aku takut memikirkan andai perkara itu terjadi.

"Boleh tak kita make love sekarang?"

Spontan, mata aku membulat mendengar bicara Fyraz.

"Ap-apa dia?"

"Tak dapat dekat bilik, dekat sini pun boleh." hujung bibirnya terjungkit dengan senyuman nakal mebuatkan pipi aku merona kemerahan.

Gila ke apa nak buat hal dalam kelambu tengah tengah alam macam ni?

"Apa benda abang merepek ni?"

"Told you already. Never, takkan ada sesiapa yang boleh buat nafsu abang melonjak naik macam sekarang. Dan tak ada siapa yang layak untuk rasa apa yang abang bagi pada Sya."

"Tapi, kita tak tahu masa depan. Tak lama dah pun, abang akan kahwin dengan Arin. Abang tetap lelaki. Macam mana kalau nanti...abang dah tak perlukan Sya?" aku menutur kata sambil masih teresak esak.

Tubuh aku ditarik rapat ke dalam pelukannya.

"I need you, sayang. I swear, I will always need you...more than the night needs moon and stars." bisikannya itu ditekan satu persatu menandakan dia benar benar serius.

Aku pegang janji Fyraz.

Tidak lama kemudian, Fyraz lepaskan pelukannya.

"Boleh kita sambung?"

"Hah?"

Pertanyaan aku tidak dibalas malah tubuh aku dikepung Fyraz ke dinding.

"Abang rindu kita macam ni." Fyraz berbisik lembut.

Lama dia merenung aku dengan pandangan mata helang sebelum bibirnya turun mencari sasaran.

"Abang, behave la kita dekat rumah nenda ni kan?" ujarku dengan nafas yang tersekat namun Fyraz buat tak peduli dengan amaran aku malah makin galak bibirnya berlabuh di seluruh wajah aku.

Sebelah tangannya memegang belakang kepala aku agar aku tidak menjarakkan diri. Aku cengkam kuat bahunya tatkala dapat aku rasa sebelah tangannya lagi menyeluk masuk ke dalam baju aku. Perlahan lahan naik dan...

"Fyraz Danial, what are you doing?!"

Kucupannya dilepaskan namun Fyraz masih tidak menoleh ke arah suara yang menyergah itu.

"Shit!" sempat aku dengar carutan yang keluar di bibirnya.

"Fyraz!"

Kedua dua belah tangannya naik melekap di pipi aku.

"I'm promise, everything will be alright. Tak lama pun lagi, Sya dah boleh berhenti sakit hati dengan benda ni." aku anggukkan saja kepala walaupun aku kurang mengerti maksud bicaranya itu.

"Sampai hati you buat I macam ni..." tangisan Arin mula bergema di ruangan dapur itu lantas menarik perhatian nenda Talita untuk melihat drama sebabak itu.

Sebaik sahaja nenda Talita memunculkan diri, cepat cepat aku betulkan semula aku yang sudah dikeronyokkan Fyraz tadi.

"Apa benda ni Fyraz? Fyraz cakap apa sampai Arin nangis macam ni?"

Fyraz mendengus kasar lalu menjulingkan matanya ke atas.

"Raz tak buat apa pun. Perempuan ni yang tiba tiba datang salah timing waktu orang tengah beromen dengan isteri..."

Aku tekup laju mulut Fyraz. Tak sanggup membiarkan dia menghabiskan ayat itu walhal maksudnya saja dapat ditangkap mudah.

"Jaga la jugak hati Arin. Arin ni bakal isteri Fyraz kan?" nenda Talita tidak berdiam diri membidas kata kata Fyraz.

"Oh, hati perempuan tu kena jaga? Habis, yang nenda dengan Arin sakitkan hati Sya, boleh pulak? Sya ni bukan isteri Fyraz ke?"

"Fyraz! I tak ada niat pun nak sakitkan hati Sya. Semua benda I cakap dekat dia tu semua benda betul. Takkan itu pun nak terasa?"

"Eh, kau senyap boleh tak? Kau belum lagi jadi isteri aku. Belum tentu lagi pun jadi isteri aku. So please, stop playing victim." bicara Fyraz terselit amaran.

"Fyraz jangan berani cakap dengan nenda yang Fyraz nak batalkan..."

"Yeah, I'll keep my mouth shut." Fyraz menjawab kasar lalu terus menarik tangan aku agar keluar dari situasi tegang itu.

Aku yakin dengan firasat aku. Ada perkara yang sedang dirancang Fyraz.

Tapi persoalannya, apa?







So gaiss, okay tak tu?

Ada yg muntah ke hewhew

Continue Reading

You'll Also Like

565K 19.1K 59
Siapa kata cinta pandang pertama itu tidak wujud? Hadirnya Aafiyah yang pernah terluka memberikan tekad kepada Zaim Ammar untuk memiliki wanita itu...
39.6K 2.5K 71
[𝓢𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu sekolahlah pelajar lelaki yang sukakannya...
354K 15.7K 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan...
832K 32.8K 56
#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang perta...