Hikayat Sang Pencinta ✔

By _louvrees_

137K 7.3K 296

Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cum... More

✘ Bab 1 ✘
✘ Bab 2 ✘
✘ Bab 3 ✘
✘ Bab 4 ✘
✘ Bab 5 ✘
✘ Bab 6 ✘
✘ Bab 7 ✘
✘ Bab 8 ✘
✘ Bab 9 ✘
✘ Bab 10 ✘
✘ Bab 11 ✘
✘ Bab 12 ✘
✘ Bab 13 ✘
✘ Bab 14 ✘
✘ Bab 15 ✘
✘ Bab 16 ✘
✘ Bab 17 ✘
✘ Bab 18 ✘
✘ Bab 19 ✘
✘ Bab 20 ✘
✘ Bab 21 ✘
✘ Bab 22 ✘
✘ Bab 23 ✘
✘ Bab 24 ✘
✘ Bab 25 ✘
✘ Bab 26 ✘
✘ Bab 27 ✘
✘ Bab 28 ✘
✘ Bab 29 ✘
✘ Bab 30 ✘
✘ Bab 31 ✘
✘ Bab 32 ✘
✘ Bab 33 ✘
✘ Bab 34 ✘
✘ Bab 35 ✘
✘ Bab 36 ✘
✘ Bab 37 ✘
✘ Bab 38 ✘
✘ Bab 39 ✘
✘ Bab 40 ✘
✘ Bab 41 ✘
✘ Bab 42 ✘
NOTICE ALERT
✘ Bab 43 ✘
✘ Bab 44 ✘
✘ Bab 45 ✘
✘ Bab 46 ✘
TEASER
✘ Bab 47 ✘
✘ Bab 48 ✘
✘ Bab 49 ✘
✘ Bab 50 ✘
✘ Bab 52✘
✘ Bab 53 ✘
✘ Bab 54 ✘
✘ Bab 55 ✘
✘ Bab 56 ✘
✘ Bab 57 ✘
✘ Special I ✘
Special II
New Books!

✘ Bab 51 ✘

2.1K 94 0
By _louvrees_

Aku delete bab 51 yg mula mula tu sbb fuh aku pun malas nak baca panjang panjang so bab 52 pun sambungan bab 51 yg sebelum ni




~~~

Aku semakin tak senang duduk. Tak cukup betah. Berada di rumah ini berseorangan, jiwa aku semakin sesak memikirkan beratnya dugaan yang perlu aku hadapi sekarang. Memikirkan Fyraz yang pastinya sudah sampai di rumah nenda dan bertemu dengan Arin di sana.

Aku mula menyiapkan diri seringkas boleh. Kunci kereta yang tergantung di sebelah kabinet televisyen aku capai. Pintu rumah dan grille turut aku kunci. Baru saja ingin melangkah ke arah lif, aku teringatkan sesuatu.

Aku tak minta izin Fyraz lagi...

Mula ada rasa bersalah yang menular. Aku berfikir sejenak sebelum mengambil keputusan untuk menelefon Fyraz untuk meminta izinnya untuk keluar.

Namun hampa. Hampir tujuh kali panggilan, Fyraz tetap tidak mengangkat telefon. Aku lepaskan keluhan berat. Pasti Fyraz sedang bersama Arin sekarang. Putus asa ingin terus membuat panggilan, akhirnya aku hantarkan saja pesanan ringkas sebelum teruskan langkah.

Aku mulakan pemanduan menuju ke rumah ibu Zarina yang terletak tidak sampai satu jam perjalanan dari penthouse milik Fyraz.

Sebaik sahaja sampai, aku lihat ibu Zarina masih sibuk menyiram pokok pokok bunganya di laman tepi rumah.

Aku tergelak kecil.

Sayang betul ibu Zarina dengan bunga bunga tu.

Aku keluar dari kereta lalu menuju ke arah ibu Zarina yang sedang menyanyi kecil.

"Assalamualaikum ibu..." aku menegur ibu Zarina yang masih tidak sedar kehadiran aku di situ.

"Waalaikumussalam..." ibu Zarina berpaling ke belakang.

Aku tayang senyum.

"La...Hana datang kenapa tak bagitau ibu? Ibu tak masak makan tengah hari pun lagi." Aku menarik tangan ibu Zarina untuk bersalaman.

"Hana datang sorang je? Fyraz?"

Pertanyaan ibu Zarina membuatkan aku terkedu seketika.

"Err...Fyraz ada dekat pejabat. Sibuk sikit dua tiga hari ni." tanpa ragu, bibir mencipta alasan.

Tiada niat untuk aku menipu.

Tapi, aku sebolehnya tak mahu ibu Zarina tahu hal ini.

Ibu Zarina pula tidak memilih untuk bertanya lebih lanjut soal itu membuatkan aku tarik nafas lega.

"Jomlah masuk. Kejutkan Feeya dengan Afeef sekali. Matahari dah terpacak atas kepala pun terbongkang berdengkur lagi dalam bilik tu. Apa nak jadilah anak dara dengan teruna berdua tu. Bukannya nak tolong ibu masak ke, bancuh air ke, siram pokok bunga ibu ni ke..." panjang bebelan ibu Zarina buatkan aku mengerti, ibu sendiri kadang kadang mengalah dengan perangai kembar berdua tu.

Aku turuti langkah ibu Zarina masuk ke dalam rumah namun tingkat atas yang aku tuju.

Bilik Afeeya.

Pintu yang tidak berkunci itu aku tolak perlahan. Betul cakap ibu Zarina. Tak senonoh betul anak dara bangun lewat.

"Feeya, bangun. Kak Hana datang ni." ujarku sambil menepuk perlahan lengan Afeeya untuk mengejutkannya.

Afeeya ternyata mengeliat namun masih tidak membuka mata. Sudahnya, posisi tidurnya daripada menelentang ditukar kepada meniarap.

"Feeya, bangun!" kali ini aku kuatkan suara.

"Apa ni ibu? Jangan la kacau. Baru pukul 5 pagi kan? Pukul 6 nanti Feeya bangun." Afeeya menjawab dalam keadaan mamai.

Aku menggeleng kepala. Kadang kadang, terdetik juga rasa nak ketuk kepala si Afeeya ni bagi sedar diri sikit.

Dah pukul 12 tengah hari kot. Mana datang 5 paginya?

"Pukul 6 nanti ibu kejut okay?"

"Pukul 6 la sangat! Tadi yang ibu kejut Feeya subuh subuh tu apa? Ha, itulah siapa suruh tidur balik lepas subuh?" Afeeya yang nyata terkejut dengan suara jerkahan ibu Zarina spontan terbangun.

"Eh, kak Hana?"

Aku tahan ketawa melihat wajah Afeeya yang jelas kebingungan.

"Alah, apa ni ibu? Afeef pun tengah terbongkang lagi kan..."

Serentak dengan itu, muncul Afeef di muka pintu kamar Afeeya dengan rambut yang serabai dan wajah yang turut mamai.

"Bangun la Feeya. Kalau kau tak bangun, ibu nanti tarik telinga aku lagi. Jangan la seksa aku. Sakit tahu?" Afeef melangkah masuk sambil menggosok telinga kirinya lalu bertindak menarik tangan Afeeya, memaksa si gadis itu agar bangun dari katil.

Afeeya dengan muka tak rela, terpaksa juga bangun apabila ibu Zarina menjegilkan mata sambil sebelah tangannya naik memberi petanda telinga Afeeya pula yang akan jadi sasaran selepas ini.

"Jom ibu. Hana tolong ibu masak." aku nyatakan pelawaan untuk membantu sebaik sahaja bayang Afeef dan Afeeya tidak kelihatan.

Aku bangkit dari duduk lalu turun ke dapur bersama ibu Zarina.

Lengan baju aku sinsing sedikit sebelum mengeluarkan bahan bahan masakan dari peti sejuk. Ibu Zarina kata, semalam Afeef teringin sangat nak makan ayam masak merah.

Kalau dulu, mungkin aku menolak untuk melakukan kerja kerja dapur seperti ini. Namun, semakin dilewati masa, aku sudah cukup biasa dengan perkara ini. Langsung tak kekok.

"Ibu, sedapnya bau!"

"Amboi anak dara...ibu dah siap masak baru reti tunjuk muka?" Afeeya seperti biasa, cuma menayangkan sengih tak bersalah apabila ibu Zarina memerlinya.

"Err...akak datang sorang je?" Afeeya menyoal aku sambil kepalanya terjenguk jenguk ke ruang tamu.

Entah mengapa, seperti gelisahkan sesuatu.

"Haah. Abang Raz tengah sibuk dekat pejabat. Akak bosan, akak singgah la sini." aku mencipta alasan yang sama aku berikan pada ibu Zarina.

Afeeya angguk tanda mengerti sebelum lama dia berdiam bagai sedang memikirkan sesuatu.

"Kenapa Feeya tanya?"

Afeeya kelihatan tak senang duduk. Sempat dia menjeling seketika ibu Zarina yang sedang membersihkan peralatan memasak lalu tangan aku ditarik agar menjauhi kawasan dapur.

Bicara Afeeya separa berbisik. Sepertinya tak mahu ibu Zarina dengar isi perbualan kami.

"Tadi, Feeya ada jumpa gosip dekat internet. Baru je lagi."

Saat itu, rentak jantung aku mula bertukar laju.

Takkan la...tentang hal itu?

"Gosip pasal?" aku menyoal Afeeya walaupun sepertinya dapat aku agak tentang apa.

"Feeya pun tak pasti benda ni betul ke tak tapi..." Afeeya berjeda. Wajahnya benar benar menggambarkan riak bersalahnya.

"Gosip pasal?" aku menyoal dengan pertanyaan yang sama.

"Err...pasal..."

"Wah, ibu buatkan ayam masak merah ke?"

Bicara serius Afeeya langsung terhenti apabila Afeef memasuki ruangan dapur sambil menegur ibu Zarina.

"Nantilah Feeya cakap." Afeeya meninggalkan aku yang masih terpinga pinga.

"Semua dah ada ni. Jomlah makan dulu." ibu Zarina mempelawa dan Afeeya laju saja mengambil tempat di sebelah Afeef.

Hatta sebutir nasi yang melalui kerongkong aku seakan pahit untuk ditelan. Bukan aku tak perasan, Afeeya banyak kali memandang aku dengan riak bersalahnya membuatkan aku semakin penasaran.

Dengan tiba tiba, tekak mula terasa loya. Tidak dapat bertahan, laju aku berlari ke arah sink lalu memuntahkan segala isi perut yang belum sempat aku hadam.

"Ya Allah, Hana?" sekejap saja, ibu Zarina sudah berada di sebelah dan menepuk perlahan belakang badan aku membuatkan lebih banyak sisa makanan yang aku muntahkan.

Mata aku mula memerah pedih gara gara tidak dapat menahan rasa pahit yang melalui kerongkong hingga ke anak tekak.

Kenapa perit sangat ni?

"Kak Hana okay tak?" Afeef menyoal prihatin.

"Nak ibu temankan pergi klinik ke?" aku menggeleng perlahan dengan pertanyaan ibu Zarina.

Aku berkumur dengan air paip berkali kali untuk menghilangkan rasa payau.

"Hana mengandung ke?" serkap jarang ibu Zarina membuatkan aku terkelu.

Aku...mengandung?

"Takkan la? Hana tak ada rasa apa apa perubahan pun." aku cuba menyangkal walhal dalam hati terselit juga satu harapan.

"Kalau Hana tak nak pergi klinik, Hana cek la sendiri dulu. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak ada, tak apa la belum ada rezeki lagi."

Kata kata ibu Zariba membuatkan aku berfikir lama.

"Hana naik atas, solat lepas tu rehat la dulu. Muka tu pun dah pucat ibu tengok." aku hanya menurut memandangkan aku juga sudah muka tak sedap badan.

Selesai menunaikan solat, aku naik berbaring di atas katil. Mata aku pejam rapat. Dan perlahan lahan, tangan kanan naik menyentuh perut lalu aku usap lembut.

Andai kata benar sudah ada satu nyawa yang menumpang di dalam rahim ini, sungguh aku bersyukur atas nikmat Tuhan. Bohong kalau aku kata, perasaan untuk untuk menjadi seorang ibu itu sudah hilang semenjak pemergian Fayyadh.

Dan sekarang, perasaan itu malah makin meronta.

Lagi lagi di kala ini, sudah tiada lagi batas antara aku dan Fyraz.

Tapi...

Lagi 5 hari, apa yang diinginkan sangat oleh nenda Talita dan Arin akan tercapai. Nenda Talita atau Arin tak pernah sebut soal cerai. Tapi entah mengapa, aku dapat rasakan itu agenda mereka yang seterusnya. Dari riak wajah Arin, aku tahu dia takkan berdiam diri. Lihat sajalah betapa dia langsung tidak menyembunyikan niatnya yang ingin menjadikan Fyraz sebagai miliknya seorang.

Air mata aku mula gugur setitis.

Kalau benar ada nyawa yang sedang menumpang hidup di dalam ini...

Apa nasibnya juga seperti Fayyadh dahulu?

Lahir tanpa diazankan seorang bapa, dan membesar juga tanpa bapa?

Rasa itu, sumpah perit.

Aku turun semula dari katil lalu mengambil kit ujian kehamilan yang sudah lama aku simpan dalam tas tangan. Dah lama beli, tapi ragu ragu bila mahu digunakan.

Siapa tahu, ini masanya?

~~~

Terketar ketar tangan aku ketika memegang alat itu sebaik sahaja keluar dari tandas. Mata aku pejamkan rapat. Takut untuk melihat hasilnya.

Nafas panjang aku tarik. Lafaz basmalah meniti di bibir sebelum perlahan lahan aku buka mata.

Satu garis.

Negatif.

Serta merta, rasa berdebar tadi diganti dengan satu rasa sedih.

Air mata aku jatuh perlahan.

Ada lagi ke peluang aku untuk bersama Fyraz selepas ini? Macam mana kalau Arin berjaya buat apa yang dikatakannya di hospital semalam?

Arin yang buat Fyraz tersenyum, Arin yang menjadi peneman sewaktu tidurnya, dan Arin yang menjadi ibu kepada anak anaknya.

Tak, aku tak sanggup...

Apa salah aku dengan nenda Talita sampai dia berkeras sangat nak jauhkan aku dari Fyraz?

Aku lepaskan keluhan berat sebelum air mata aku seka kasar.

Jangan lemah, Sya. Allah tengah uji. Itu tandanya Allah masih pandang kau, Allah masih sayang kau.

Tak mengapa, satu hari nanti akan terlihat juga hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Aku naik semula ke atas katil lalu memejam mata. Entah bila masanya, aku sudah terbuai lena.

Continue Reading

You'll Also Like

2M 57.7K 121
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru di...
109K 4.8K 44
SOFEA ARIANA wanita yang cekal, tabah, baik hati dan menerima segala keputusan yang telah ibu Dan bapanya tetapkan buat dirinya untuk mengahwini jeja...
559K 18.9K 59
Siapa kata cinta pandang pertama itu tidak wujud? Hadirnya Aafiyah yang pernah terluka memberikan tekad kepada Zaim Ammar untuk memiliki wanita itu...
642K 24.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...