Hikayat Sang Pencinta ✔

By _louvrees_

137K 7.3K 296

Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cum... More

✘ Bab 1 ✘
✘ Bab 2 ✘
✘ Bab 3 ✘
✘ Bab 4 ✘
✘ Bab 5 ✘
✘ Bab 6 ✘
✘ Bab 7 ✘
✘ Bab 8 ✘
✘ Bab 9 ✘
✘ Bab 10 ✘
✘ Bab 11 ✘
✘ Bab 12 ✘
✘ Bab 13 ✘
✘ Bab 14 ✘
✘ Bab 15 ✘
✘ Bab 16 ✘
✘ Bab 17 ✘
✘ Bab 18 ✘
✘ Bab 19 ✘
✘ Bab 20 ✘
✘ Bab 21 ✘
✘ Bab 22 ✘
✘ Bab 23 ✘
✘ Bab 24 ✘
✘ Bab 25 ✘
✘ Bab 26 ✘
✘ Bab 27 ✘
✘ Bab 28 ✘
✘ Bab 29 ✘
✘ Bab 30 ✘
✘ Bab 31 ✘
✘ Bab 32 ✘
✘ Bab 33 ✘
✘ Bab 34 ✘
✘ Bab 35 ✘
✘ Bab 36 ✘
✘ Bab 37 ✘
✘ Bab 38 ✘
✘ Bab 39 ✘
✘ Bab 40 ✘
✘ Bab 41 ✘
✘ Bab 42 ✘
NOTICE ALERT
✘ Bab 43 ✘
✘ Bab 44 ✘
✘ Bab 45 ✘
✘ Bab 46 ✘
TEASER
✘ Bab 47 ✘
✘ Bab 48 ✘
✘ Bab 49 ✘
✘ Bab 51 ✘
✘ Bab 52✘
✘ Bab 53 ✘
✘ Bab 54 ✘
✘ Bab 55 ✘
✘ Bab 56 ✘
✘ Bab 57 ✘
✘ Special I ✘
Special II
New Books!

✘ Bab 50 ✘

2.2K 114 6
By _louvrees_

Ayuh la beramai ramai tekan vote.






~~~

Tiada niat ingin menyahut panggilan Arin, aku teruskan berjalan tanpa sedikit pun menoleh ke arahnya.

Namun ternyata, Arin lebih pantas menghalang langkah aku dengan menarik kasar hujung lengan baju blouse yang aku pakai.

"Apa benda kau nak? Buat apa datang sini?" aku menyoalnya kasar.

Tak ada masa nak berlembut.

Arin tayang senyum sinisnya tatkala dia berjaya mengalih perhatian aku untuk berbicara dengannya. Aku renung Arin atas bawah. Selamba saja mengenakan blouse lengan pendek separas lutut.

Ketat. Cukup untuk menonjolkan perutnya yang semakin membuncit.

Gaya macam ini yang nenda Talita percaya sangat untuk jadi cucu menantu dia?

"Kau dah pekak ke sampai tak dengar soalan aku tadi? Kau buat apa datang sini?" keadaan Arin yang terus terusan diam sambil memeluk tubuh dengan gaya yang paling sombong membuatkan aku bertambah sebal.

"Arisya, Arisya...kau lupa ke? Aku, kau dengan Sofea kan, sahabat baik. So, tak salah kan aku nak melawat dia? Nenda pun ajak aku ikut sekali. Maklumlah, tak lama lagi jadi cucu menantu kesayangan."

Cukup jelas nada sinis ketika dia berbicara. Arin tertawa palsu selepas itu sambil menekup mulut konon kononnya hal tersebut seakan menggeletek hatinya.

Selama mengenali Arin yang dulu, aku cukup masak dengan perangai masuk air dan ada masanya tercampur dos gedik.

Tak sangka pulak aku, setelah hampir lima tahun berlalu, sukatan dos gediknya makin bertambah.

Malah melampau.

"Okay, shoot. Kau bagitau aku apa benda yang kau tak puas hati sangat dengan aku sampai suami aku pun kau nak caras."

Aku tidak mampu lagi bertahan. Perkataan suami itu aku tekankan penuh sabdu. Biar Arin sedar siapa Fyraz dalam hidup aku.

Aku penat. Biarlah kali ini aku yang mempertahankan hubungan ini daripada dirosak parasit atau lebih tepatnya, Arin dan nenda Talita. Ada benar apa yang cuba dibicarakan Fyraz melalui pandangan matanya.

"Easy. Aku dapat Fyraz, aku dapat habuan aku."

Aku melihat Arin dengan pandangan tak mengerti.

Habuan?

Apa maksudnya?

Arin tertawa sinis sekali lagi.

Perlahan lahan dia melangkah ke arah aku sebelum bahu aku ditepuk tepuk perlahan.

"Aku tau kau tu lembab, Sya. But please, jangan tunjuk sangat okay?"

"Apa benda ni, Arin?!" tangannya di bahu aku, aku tepis kasar.

Dia kata aku lembab? Pergh, main kasar minah ni.

"Kau sendiri tahu Fyraz tu macam mana kan? Apa yang dia pernah buat? Siapa dia dulu? Drake. That's him."

Otak sedang cuba untuk mencantumkan segala perkara.

Drake. Jika nama itu yang disebut, bermakna hal ini berkaitan dengan dunia gelap Fyraz. Tapi, apa kaitannya?

"Ada orang tengah tunggu kau, Sya. Lebih baik kau pergi dekat dia. Jangan risau pasal Fyraz. Aku ada. Tak payah kita jadi madu. Tak payah susah susah kau makan hati bila aku dah jadi isteri Fyraz. Bayangkanlah, satu hari nanti, aku yang akan buat dia tersenyum, aku yang dia panggil sayang, aku yang jadi bantal peluk dia waktu tidur, aku yang jadi ibu untuk anak anak dia..."

PANGG!!

Nafas aku turun naik menahan marah.

Tak, aku takkan biarkan perkara itu jadi kenyataan sekalipun dalam mimpi.

Tak guna aku turutkan kata nenda kalau aku perlu yang mengalah, berundur diri dengan cara yang hina akibat dengki manusia macam Arin.

"Marah ke aku cakap macam tu? Hmm? Itulah, siapa suruh kau ikutkan sangat cakap nenda untuk paksa Fyraz kahwin dengan aku? Sekarang nenda dah percaya aku. Kau, boleh ready sebelum aku tendang kau keluar dari hidup Fyraz."

Aku tahan air mata daripada mengalir. Tak, aku takkan biar Arin nampak aku lemah.

"Kenapa kau buat aku macam ni?"

Arin menjeling aku tajam.

"Kau ingat aku nak diam? Susah payah aku cuba tarik perhatian Fyraz waktu dia tolong aku dulu, nama kau jugak yang dia sebut! Aku cuba goda dia malam tu, senang senang dia tolak aku tapi kau yang dapat dia! Kau ingat aku nak diam?! Aku sakit hati, aku sakit hati tengok kau bahagia dengan dia! Kalau ikutkan, aku nak bunuh kau terus. Mudah kerja aku!"

Arin bagaikan tidak dapat dikawal. Berkali kali dia maju. Tangannya bertindak menolak bahu aku kasar membuatkan aku terundur ke belakang.

"Perempuan murah! Kau dah mengandung anak haram, kau nak suruh suami aku jadi kambing hitam?"

Aku turut membalas tolakan Arin namun dia kali ini tersenyum sinis.

"Kau lupa? Kau pun, pernah bawak anak haram kan? Oh, tak aku yang lupa! Fyraz bapak dia. Mesti dia hebat kan atas katil? Sekali buat terus je boleh lekat. Macam mana la nanti aku dengan dia..."

"Kau dah melampau!"

Aku tolak kasar tubuh Arin hingga dia jatuh terduduk di atas lantai. Arin mengerang kesakitan namun sedikit pun aku tak hiraukan.

Kali ini aku benar benar bengang. Dada aku berombak menahan marah. Berani dia nak membayangkan imaginasi liar dengan Fyraz?

Sekali sekala, kan? Nak juga aku tunjuk taring.

"Hana Arisya, apa benda kau buat dengan Arin hah?!" belum sempat ingin menoleh ke arah suara yang menjerkah, kali ini pipi aku pula menerima tamparan padu.

Bukan sekali. Berkali kali dan akhirnya aku juga ditolak jatuh.

"Kau ni memang biadab!" nenda Talita menengking aku.

Tak cukup perit. Kerana apa yang aku nampak depan mata aku sekarang lebih memeritkan.

"Raz, tolong I! I takut jadi apa apa dekat baby ni!" Arin sudah mula teresak esak. Sebelah tangan dibawa ke perutnya manakala tangannya yang sebelah lagi memaut leher Fyraz yang turut menghulurkan tangannya untuk membantu Arin bangun.

"Kau tak layak masuk keluarga aku!" tengkingan nenda Talita berserta tunjalannya pada kepala aku seakan tak memberi kesan.

Air mata mula mengalir laju tanpa halangan.

"Raz, tolong angkat I...I sakit..."

"Tahan sikit, I bawak you jumpa doktor."

Dan Fyraz, tanpa banyak soal, tanpa rasa sedikit pun ingin meihat ke arah aku yang terus terusan disakiti nendanya sendiri mudah saja mencempung tubuh Arin lalu dibawa rapat ke dadanya.

Sumpah, hati aku hancur.

Sampai hati...

Langkah Fyraz terhenti.

"Jangan nak jadi budak tak tahu malu, bergaduh dengan orang dekat sini." ujarnya tanpa menoleh pandang ke arah aku sebelum meneruskan langkahnya.

Sampai hati, abang buat Sya macam ni...

Nenda Talita menjeling aku sebelum turut mengikut langkah Fyraz.

Dari jauh, dapat aku lihat kedua dua belah tangan Arin naik merangkul erat leher Fyraz.

Hati aku hancur lagi.

Tidak lama pun, tempat aku dalam hidupnya bakal disingkir dari hidup Fyraz.

Sebaik sahaja kelibat mereka mengilang, tangisan aku pecah tanpa suara.

Kenapa terlalu sakit?

~~~

Entah jam berapa baru aku sampai di rumah. Itupun dengan menaiki teksi selepas tertidur di lantai hospital hingga ada jururawat yang datang mengejutkan.

Perlahan lahan aku buka pintu bilik, tidak mahu mengganggu Fyraz yang mungkin sudah lena di dalam. Namun, sebaik sahaja pintu itu terbuka, kelibat Fyraz langsung tidak ada di mana mana.

Aku cari juga di dalam bilik kerjanya, di dapur dan bilik tetamu yang lain namun tak ada.

Hati aku sakit.

Fyraz pasti sedang menemani Arin di hospital.

Aku melepas nafas lelah. Tudung aku cabut sebelum mencapai tuala lalu ke bilik air untuk mandi.

Selesai mandi dan menunaikan solat, Fyraz masih belum pulang walhal jam hampir berdetik ke tengah malam. Terkelip kelip mata aku, tak mahu terus mengalirkan air mata namun tak mampu.

Arin belum lagi sah jadi isterinya, aku sudah dipinggirkan begini. Agaknya nanti, jeling aku pun dah tak mahu.

Memang mendapat lah kau, Sya. Kau juga yang paksa dia ikut cakap nenda supaya kahwin dengan Arin kan?

Sekarang, tanggunglah akibatnya.

Makan hati.

Sesudah itu, telekung aku lipat lalu naik ke katil. Ke kiri ke kanan sudah pusing namun mata belum mahu terlelap. Sudahnya, aku duduk menonton televisyen di ruang tamu untuk menunggu kepulangan Fyraz.

Namun hampa, sampaikan aku tersengguk sengguk di sofa itu pun Fyraz masih belum memunculkan diri.

Penat menunggu dan akhirnya aku terlelap di situ.

"I'm promise, everything will be alright. Tolong bertahan kalau Sya sayangkan abang."

~~~

"Abang!"

Aku terjaga dari tidur secara mengejut apabila bermimpi tentang Fyraz.

Bisikan yang aku dengar itu seakan benar.

Teringatkan Fyraz, spontan aku menoleh ke arah jam yang sudah menunjukkan jam 6.30 pagi. Bilik utama aku tuju. Baru dapat menghembus nafas lega apabila melihat Fyraz yang sedang nyenyak di atas katil.

Sampai hati dia balik tanpa mengejutkan aku untuk bangun dan tidur di dalam bilik. Apa dia tak terharu ke aku tidur dekat sofa tu semalam sebab tunggu dia?

Fyraz dah tak mahu pedulikan aku ke?

Perlahan lahan aku melangkah masuk untuk mengejutkan Fyraz supaya bangun menunaikan solat Subuh.

"Abang, bangun solat."
Tubuhnya yang tidak berlapik baju itu aku goncang perlahan untuk menyedarkannya.

Matanya terpisat pisat untuk dibuka. Namun sebaik sahaja Fyraz melihat aku, dia terus melepaskan dengusan kasar lalu memejamkan mata semula.

Aku terkedu dengan reaksinya.

Aku tahan sebak lalu perlahan lahan, aku buat cubaan kedua untuk mengejutkan Fyraz.

"Abang bangun la solat dulu. Nanti lepas solat Sya tak kacau kalau abang..."

"Solat jelah dulu, tau la nanti abang nak bangun!"

Bahu aku terhinggut apabila Fyraz meninggikan suaranya. Kali ini, dia berjaya membuatkan air mata aku mengalir.

"Marah sikit pun nak nangis."

Kata sinisnya membuatkan esak tangis aku makin kedengaran tanpa niat untuk aku tahan.

"Ab-abang tak nak ja-jadi i-imam Sya dah ke?" aku menyoalnya dengan suara tangisan yang tiada tanda untuk berhenti.

Fyraz mencampak kasar bantal yang ditekup ke mukanya tadi ke tepi sebelum bangun dari katil lalu terus masuk ke kamar mandi.

Aku hanya mampu memandang langkahnya.

Sumpah, aku terasa hati dengan Fyraz.

~~~

Fyraz tetap mengimamkan solat Subuh di pagi yang hening itu. Namun tidak seperti biasa, tak sempat aku mahu bersalaman dengan Fyraz, dia terlebih dahulu bangun tanpa melipat sejadah seperti selalu. Tidak terus ke katil, sehelai T shirt berjenama Polo dan seluar jeans diambil dari almari pakaian.

Hari ini bukan hari minggu. Nak ke pejabat pun hari masih awal. Tapi kalau ke pejabat, pasti baju kemeja yang akan dicapainya.

"Abang nak pergi mana?" aku menyoal apabila Fyraz sudah selesai menukar pakaiannya.

"Tengok Arin."

Perlakuan aku yang baru ingin melipat telekung itu langsung terhenti.

"Arin ada dekat mana?"

Masih di hospital ke? Apa teruk sangat ke aku tolak dia semalam sampai perlu ditahan wad?

"Rumah nenda. Hujung minggu nanti dah nak jadi cucu menantu nenda kan?" sinis bicaranya membuatkan hati aku kembali berdarah.

"Tengah hari tak payah masak. Abang tak balik. Nenda suruh pergi lunch dengan Arin."

Melampau!

Belum sempat aku buka mulut ingin menghalang, Fyraz terlebih dahulu melangkah keluar dari bilik. Langkahnya aku turutkan.

Tergesa gesa Fyraz mencapai helmet dan kunci MV Agusta miliknya namun kata kata aku mematikan pergerakannya.

"Abang marahkan Sya?"

"Tak payah tanya kalau Sya sendiri tahu apa jawapan abang."

Langkahnya diteruskan tanpa menoleh langsung ke arah aku yang sudah mengalirkan air mata.

"Abang kata, abang sentiasa maafkan Sya."

Aku mengingatkan Fyraz dengam kata kata yang dilafaznya malam semalam.

Abang dah lupa?

Ternyata, Fyraz menjeling aku tajam.

"Abang boleh maafkan Sya, tapi bukan kali ni! Sya yang teringin sangat tengok abang berubah sampai macam ni kan? Dah tu sekarang, pandai pandai la fikir! Sya suruh abang ikut cakap nenda? Fine, abang boleh buat! Puas hati?"

Aku ketap bibir menahan rasa tatkala telinga terpaksa menerima kata kata sinis dari Fyraz.

Kasutnya terus disarung pada kaki sebelum pintu rumah sengaja dihempas kuat.

Meninggalkan aku yang sudah melorot jatuh ke lantai.

Patut ke aku redakan saja segala apa yang bakal terjadi satu hari nanti?










Well, aku tak janji tapi aku try untuk complete kan cerita ni dalam lebih kurang...10 bab lagi kot?

Dah nak habis ni. So, happy ending ke...sad ending?

Kalau buat sad ending, aci tak??

Dah nak habis, rajin rajin la share cerita ni😭😭

Continue Reading

You'll Also Like

510K 15.1K 75
⚠Known As: MY TEARS!⚠ SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip m...
109K 4.8K 44
SOFEA ARIANA wanita yang cekal, tabah, baik hati dan menerima segala keputusan yang telah ibu Dan bapanya tetapkan buat dirinya untuk mengahwini jeja...
751K 42K 76
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus d...
3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...