[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•

By bmints

81.6K 8.8K 3.4K

Aku bukan ditiduri lelaki. Aku dirogol. Bayi ini mengingatkan aku kepada anak perogol yang aku kandungkan dul... More

INTRO
ONE
TWO
THREE
FOUR
FIVE
SIX
SEVEN
EIGHT
NINE
TEN
ELEVEN
TWELVE
THIRTEEN
FOURTEEN
FIFTEEN
SIXTEEN
SEVENTEEN
EIGHTEEN
NINETEEN
TWENTY
TWENTY-ONE
TWENTY-TWO
TWENTY-THREE
TWENTY-FOUR
TWENTY-FIVE
TWENTY-SIX
TWENTY-SEVEN
TWENTY-EIGHT
TWENTY-NINE
THIRTY
THIRTY-ONE
THIRTY-TWO
THIRTY-FOUR
THIRTY-FIVE
THIRTY-SIX
THIRTY-SEVEN
THIRTY-EIGHT
THIRTY-NINE
FOURTY
FOURTY-ONE
FOURTY-TWO
FOURTY-THREE
FOURTY-FOUR
FOURTY-FIVE
FOURTY-SIX
FOURTY-SEVEN
FOURTY-EIGHT
FOURTY-NINE
FIFTY
FIFTY-ONE
Novel and EBook
FIFTY-TWO
EPILOGUE
New Story

THIRTY-THREE

1.5K 175 58
By bmints

I'm sorry tak update, mint ada test minggu ni tu pun esok ada lagi dua subjek🤧

Kalau mint tak update lebih dari seminggu, fahamilah bahawa mint tengah writer block tak pun busy, tak boleh update selalu : )












"Papa! Papa kena balik sekarang juga! Tadi ada orang jahat baling batu kena tingkap rumah lepas tu dia baling lagi sampai kena lengan mama. Lengan mama dah berdarah! Papa kena balik, Chaerin takut orang jahat tu datang balik dan cederakan mama lagi!" bersungguh anak kecil itu mengadu kepada Jungkook.

Manakala Jungkook... terdiam lama dalam talian medengar aduan anaknya.

Beberapa garis kerutan terhias di dahi Jungkook menghadam kata-kata Chaerin tadi. Orang jahat? Tak pernah pula berlaku jenayah pecah masuk di apartment itu walaupun berkos rendah.

"PAPA!!!"

"Hah ya ya sayang," lekas Jungkook bangun dari tempatnya, langsung memeranjatkan Sunhye yang duduk di hadapannya.

"Sunhye-ssi, saya terpaksa balik ke rumah sekarang. Siapkan mana yang perlu malam ini juga. Sorry terpaksa tinggalkan awak," Jungkook mencapai blazernya lalu disangkut ke lengan.

Sunhye berkerut bengang. "Eo? Encik nak tinggalkan saya di sini seorang diri? Dah malam,"

"Okey kalau macam tu saya benarkan awak bawa pulang semua itu, sambung di rumah awak dan hantar kepada saya esok. Saya urgent, perlu balik sekarang,"

"Encik!" Sunhye lekas bangun pabila Jungkook sudah mula membuka langkah.

Tanpa hiraukan laungan Sunhye, Jungkook terus meninggalkannya sendirian di bilik itu.

Sunhye mendengus geram. "Haaiisshh! Tergamak dia tinggalkan aku seorang-seorang dekat sini? Apa punya boslah ish!" rambut dikuak kasar ke belakang.

Kertas-kertas kerja miliknya dipandang dengan rasa tak puas hati. Tak lama itu, bibirnya mengukir senyuman sinis sebelum matanya melilau ke sekeliling ruang bilik Jungkook tersebut.

"Aku tahu nak buat apa..." idea jahat mula menyinggah di fikiran. Sunhye ketawa jahat.






*****





Malam itu juga, Jungkook membawa Chaewon ke klinik dan ke balai polis bagi melaporkan kejadian tadi. Chaerin dihantar ke rumah pengasuh yang selalu menjaganya setiap kali Jungkook dan Chaewon keluar pada waktu malam.

"Nampaknya encik perlu lebih berhati-hati, rumah seperti ini memang senang dipecah masuk. Jangan biarkan anak isteri encik saja berada di rumah terlalu lama, lebih-lebih lagi pada waktu begini. Saya rasa penceroboh itu memang sengaja 'cari pasal'. Bukan sebab nak merompak atau apa-apa jenayah yang biasa berlaku," ujar salah seorang polis yang datang memeriksa keadaan rumah Jungkook.

Mereka juga bantu menutup semula lubang-lubang yang terdapat pada tingkap setelah melakukan siasatan.

Jungkook mengurut dahi. Fikirannya runsing memikirkan bagaimana mahu meninggalkan Chaewon dan anaknya di rumah jika rumahnya sudah diserang. Yang lagi merisaukan, si pelaku itu. Pasti ada sesuatu yang tak kena.

"Tak mengapalah, terima kasih atas bantuan kamu semua," Jungkook bow kepada beberapa polis tersebut. "Saya akan pastikan rumah ini tak diserang lagi,"

"Baiklah, kami pun takkan biarkan saja perkara ini berlaku. Siasatan akan dijalankan untuk mencari siapa pelakunya dan apa-apa yang perlu,"

"Baik," Jungkook mengangguk faham.

Pabila masing-masing mempamitkan diri dan bergerak pulang, Jungkook melangkah masuk ke bilik tidurnya. Buka saja pintu, kelihatan Chaewon sedang berbaring di sebelah Chaerin yang sudah terlena.

Jungkook duduk di birai katil, membelai kepala Chaerin sebelum pandangannya tertala ke arah lengan Chaewon yang berbalut.

"Sorry, aku terlalu yakin tinggalkan kau dan Chaerin di rumah sampai langsung tak terfikir boleh jadi begini," ujar Jungkook perlahan, tak mahu menganggu lena Chaerin.

"Tak apa, bukan salah awak," Chaewon tersenyum tipis meskipun masih menahan sakit.

Lengannya telah dijahit akibat luka yang besar. Cukup membuatkan Jungkook takut dan rasa bersalah yang teramat kerana membiarkan isterinya menjaga anak seorang diri.

"Aku akan cari rumah baru dalam masa terdekat, yang lebih selamat untuk kau dan Chaerin. Aku tahu, mesti ada sebab 'dia' serang rumah ni-"

"Tak apalah, Jungkook," Chaewon segera mencantas ayat Jungkok. "Jangan fikir lagi pasal tadi. Pergi mandi, lepas tu berehat, tidur. Awak tak penatkah?"

Jungkook terdiam seketika. Lambat-lambat dia bangun semula lalu mencapai tuala.






*****






Sunhye mengeluh bosan. Sudah setengah jam waktu bekerja bermula, namun batang hidung Presiden Jeon masih tak kelihatan. Bukankah lelaki itu selalu datang awal sebelum dia sendiri?

Tak mahu menunggu lagi, dia menghubungi Jungkook menggunakan telefon pejabat.

Tutt... tutt... tutt...

"Yeoboseyo?"

"Encik Jeon datang ke office atau tidak hari ni? Sudah setengah jam lewat..."

"Oh ya, saya lupa nak beritahu. Maaf,"

Sunhye berdecit geram.

"Saya tak datang hari ni, masalah saya belum selesai. Batalkan semua perjumpaan saya dengan klien hari ni, tunda ke hari lain,"

"Mwo?" Kening Sunhye bertaut. "Encik, saya baru saja siap susunkan jadual encik elok-elok... sekarang encik suruh saya batalkan pula?"

"Awak boleh gantikan saya kalau tak mahu batalkannya. Maaf sekali lagi, saya ada hal perlu diuruskan,"

"Bagaimana jika Tuan tanya? Dia tak bagi saya buat kerja sendirian," ujar Sunhye, nada percakapannya terdengar seakan membentak.

"Biar saya yang beritahu dia, awak tak perlu risau. Sekarang kerja awak, gantikan saya untuk berjumpa dengan klien atau batalkan semuanya. Selagi urusan saya tak selesai, selagi itu saya takkan masuk office. Boleh faham?"

Sunhye mendengus perlahan. "Baiklah,"

Laju dia meletakkan gagang telefon itu sebelum sempat Jungkook mengucapkan terima kasih. Nak beradab sopan dengan orang yang sudah menyusahkan dia? Itu bukan Ji Sunhye. Nasib Tuan Jeon sudah mengarahnya untuk mencuri hati si presiden itu saja, dia masih tidak melontarkan kata-kata kasar.






*****






"Eo? Papa nak beli rumah baru?" tanya Chaerin sebelum menjilat aiskrim coklat pada tangannya.

"Iya, rumah kita yang sekarang dah tak selamat. Papa tak boleh tinggalkan mama dengan Chaerin di rumah itu macam biasa," jawab Jungkook.

"Oh..." Chaerin memgangguk-angguk. "Kalau orang jahat tu ekori kita macam mana? Dia cari pula mana rumah baru kita..."

"No, ianya takkan berlaku. Rumah baru kita, papa akan upah pengawal. Tak ada orang boleh ceroboh sesuka hati lagi,"

"Wah, bukankah rumah yang ada pengawal biasanya rumah orang kayakah? Banyaknya duit papa nak upah mereka," petah si kecil itu menyoal, membuatkan Jungkook tersenyum kecil.

"Tak semestinya orang kaya saja. Asalkan mampu, tak ada masalah. Lagi satu, rumah tu lebih besar dari rumah sekarang. Chaerin akan ada bilik sendiri untuk bermain, belajar, apa-apa saja untuk keselesaan Chaerin. Mesti Chaerin suka kan?"

"Wahhhh jinjja?" Mata besar Chaerin membulat dengan wajah bersinar. "Yeay! Seronoknya!"

Chaewon sekadar berpandangan dengan Jungkook sambil tersenyum. Jungkook baru saja selesai mencari rumah yang sesuai untuk didiami, kemudian mereka bersiar-siar di bandar dan sekarang, melayan Chaerin mahu makan macam-macam.

Sudah dua hari mereka meluangkan masa begitu walaupun Chaewon masih cedera. Digagahkan juga mengikut ke mana Jungkook pergi di samping menjaga Chaerin.

Tanpa mereka sedar, seseorang sedang memerhati gelagat mereka.

"Anak-beranak ni masih lagi bergembira ya?"

Jeon Junghyun, mengumam perlahan di sebalik topeng hitamnya. Dialah yang menyerang rumah Jungkook tempoh hari sehingga Chaewon mengalami cedera parah pada lengannya.

Tangan menggenggam penumbuk kosong. Tatapan tajamnya terarah tepat kepada Jungkook dengan darah yang mendidih.

"Kau takkan lama jadi presiden, Jungkook,"







#abaikantypo

[4 Dec 2020 : 12.10 am]

Continue Reading

You'll Also Like

55.4K 5.7K 17
-Dia seorang perempuan yang dulu penah diejek,dimaki-hamun, di buat bahan lawak dan sebagainya. Tetapi itu dulu. Sekarang, dia dah slim lagi slim dar...
12.8K 2.6K 58
"Saya rindukan awak.." "Aku sentiasa ada dengan kau, Haneul. Aku tak pernah jauh dari kau.." "Saya rindu nak tatap wajah awak, saya rindu nak melihat...
241K 37.7K 155
"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuh...
76.3K 4.8K 25
Apa akan jadi pada rumah tangga Raeun dan jungkook bila kekasih lama Jungkook kembali untuk menagih kasih sayang lelaki itu , macam mana pula dengan...