Hikayat Sang Pencinta ✔

By _louvrees_

137K 7.2K 296

Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cum... More

✘ Bab 1 ✘
✘ Bab 2 ✘
✘ Bab 3 ✘
✘ Bab 4 ✘
✘ Bab 5 ✘
✘ Bab 6 ✘
✘ Bab 7 ✘
✘ Bab 8 ✘
✘ Bab 9 ✘
✘ Bab 10 ✘
✘ Bab 11 ✘
✘ Bab 12 ✘
✘ Bab 13 ✘
✘ Bab 14 ✘
✘ Bab 15 ✘
✘ Bab 16 ✘
✘ Bab 17 ✘
✘ Bab 18 ✘
✘ Bab 19 ✘
✘ Bab 20 ✘
✘ Bab 21 ✘
✘ Bab 22 ✘
✘ Bab 23 ✘
✘ Bab 24 ✘
✘ Bab 25 ✘
✘ Bab 26 ✘
✘ Bab 27 ✘
✘ Bab 28 ✘
✘ Bab 29 ✘
✘ Bab 30 ✘
✘ Bab 31 ✘
✘ Bab 32 ✘
✘ Bab 33 ✘
✘ Bab 34 ✘
✘ Bab 35 ✘
✘ Bab 36 ✘
✘ Bab 37 ✘
✘ Bab 38 ✘
✘ Bab 39 ✘
✘ Bab 40 ✘
✘ Bab 41 ✘
✘ Bab 42 ✘
NOTICE ALERT
✘ Bab 43 ✘
✘ Bab 44 ✘
✘ Bab 45 ✘
✘ Bab 46 ✘
TEASER
✘ Bab 47 ✘
✘ Bab 49 ✘
✘ Bab 50 ✘
✘ Bab 51 ✘
✘ Bab 52✘
✘ Bab 53 ✘
✘ Bab 54 ✘
✘ Bab 55 ✘
✘ Bab 56 ✘
✘ Bab 57 ✘
✘ Special I ✘
Special II
New Books!

✘ Bab 48 ✘

1.9K 86 1
By _louvrees_

Tuk...tuk...

Pintu bilik kerja Fyraz aku ketuk perlahan, sekadar memberitahu keberadaan aku di sini. Fyraz menoleh dan riaknya seakan terkejut melihat aku.

"Erm, boleh Sya masuk?" takut takut aku menyoal. Manalah tahu dia masih perlukan masa untuk bersendirian.

"Masuklah." lembut tutur nadanya. Pintu yang sedikit tertutup itu aku buka luas agar dapat memboloskan diri ke dalam.

Perlahan lahan, aku duduk mengambil tempat di sebelahnya. Fyraz mengangkat keningnya, menyoal mengapa aku tiba tiba terjaga dan terus ke sini.

Tanpa menunggu lama, tangan kanannya aku capai dan aku kucup lama. Air mata terasa jatuh setitis tatkala sebelah tangannya lagi dibawa mengusap lembut ubun ubunku.

Wajah aku angkat, mencari sepasang anak matanya.

"Maafkan Sya..Sya sepatutnya tak perlu ragu untuk terus percayakan abang."

Bibirnya melorek senyum. Air mata aku diseka dengan ibu jarinya sebelum dia menarik aku ke dalam dakapannya

Cukup erat.

"Sya tak salah. Abang memang banyak buat dosa. Abang terima kalau Allah nak balas perebuatan buruk abang dengan cara ni supaya abang beringat, manusia tu cuma hamba yang lemah. Abang pun bersalah. Abang tak cukup sempurna sebagai suani untuk sayang..."

Sayang...

Jarang sekali perkataan itu meniti di bibirnya.

Hanya sesekali, namun cukup untuk buat aku jatuh dalam lubuk paling dalan.

"Nobody's perfect. Sya yang tak cukup bersyukur. Sudahlah tadi Sya tinggi suara pada abang, Sya sengaja cabar limit abang..."

Pantas jari telunjuknya ditekan lembut ke permukaan bibir aku, menghalang aku untuk terus bersuara.

"Cukup abang tahu Sya masih kuat untuk percayakan abang. That's all I want."

"Cuma..."

Aku menarik nafas dalam. Mungkin yang ini agak sensitif.

"Boleh abang cerita apa sebenarnya yang jadi? Pasal Arin?"

Fyraz agak terkedu.

"Sya betul nak tahu?" agak lama dia mengambil masa untuk bersuara. Itupun soalan aku dibalas kembali dengan soalannya.

"I'll put my trust in you. Just show me your flaws, I'm ready to face it, and to live with it. Nothing to be worried cause all I want is you."

Kedua dia belah tangan aku naik melekap di pipinya, cuba menyuntik sedikit keyakinan.

"Apa yang Arin cerita?"

"Dia bagitahu Sya, empat tahun lepas abang pernah selamatkan dia daripada kena rogol. Abang selalu ada dengan dia untuk bantu dia hilangkan trauma dia but end up, abang yang buat dia jadi macam tu. Dan dia kata, kalini dah masuk tiga kali dia mengandung atas perbuatan abang." cerita Arin yang kini aku yakin hanya sekadar rekaannya itu aku ringkaskan.

Memang benar dulu Fyraz tersasar jauh. Tapi kali ini aku yakin, suami aku tidak seteruk itu.

"Astaghfirullahaladzim..." Fyraz meraup wajahnya, nampak benar benar tergamam dengan apa yang aku katakan.

"Abang mengaku, memang abang pernah selamatkan dia. You know what? Sebab dalam fikiran abang masa tu teringatkan Sya. Macam mana Arin minta tolong, macam tu jugak Sya merayu supaya abang lepaskan Sya. Tapi sikit pun abang tak peduli. That's why abang nekad nak tolong dia. Abang pun tak expect yang Arin orang tu."

"Memang betul, abang selalu temankan dia sejak hari tu. Arin masih beruntung sebab tak ada siapa yang sempat sentuh dia lebih lebih tapi trauma tu tetap ada. Silap abang, abang terlalu cuba buat dia rasa selesa sampaikan dia anggap abang bagi harapan pada dia. Sedangkan masa tu abang cuma teringatkan Sya. Abang menyesal, sebab tu abang tak nak biarkan orag lain menderita, rasa macam mana yang Sya rasa atas sebab kekejaman seorang lelaki macam abang."

Rasa cemburu mula menular. Kiranya Arin tak menipu bila dia kata dia cintakan Fyraz.

"Tak lama lepas tu, dia confess pada abang. Abang reject dia baik baik. Abang bagitahu dia abang nak tunggu Sya. Abang ingatkan dia okay. Dia ajak abang makan sekali. Abang tak berani nak hampakan dia, tapi tak sangka dia sempat letak dadah dalam minuman abang."

Aku tahan diri daripada meletuskan kemarahan. Kenapa dia baik hati sangat dengan Arin masa tu?!

"Sumpah, abang tak sedar apa masa tu. Bangun pagi, abang dah ada atas katil..."

Ah, sudah.

"Dengan Arin..."

Hati aku terkoyak. Jadi, betullah Fyraz betul betul pernah...

"Don't worry. Nothing happened that night."

Aku tarik nafas lega. Tapi...

"Macam mana abang yakin sedangkan malam tu pun abang dah mabuk?" kali ini, aku sedikit ragu.

"Arin langsung tak ada bukti untuk tuduh abang. Banyak kali abang pancing dia pergi hospital untuk check semua tu tapi dia berkeras tak nak buat. Tiba tiba satu hari, dia datang dekat abang dan tunjuk report hospital. Abang syak that the report was fake. Abang siasat dengan Mika and yes, memang palsu. Unfortunately, she's not that clever to do that. Lagipun, Arin tak pandai untuk menipu lebih lebih depan abang." di akhir katanya, sengaja dia melorek senyum sinis seakan perkara itu terlalu remeh dan begitu mudah untuk diselesaikan cuma celah kukunya saja.

"Tapi Sya tak rasa Arin menipu bila dia kata yang dia mengandung kali ini." yang itu entah mengapa, aku cukup pasti.

Aku nampak perbezaan yang agak ketara pada tubuhnya.

"Dah nama pun sundal, memang la macam tu. Sah, anak jantan lain." bicara Fyraz bertukar kasar.

Tapi tulah, memang patut pun.

"Abang dah kata, Arin tak cukup bijak untuk buatkan abang nampak bodoh dan masuk dalam perangkap tikus dia tu. Dia tak tahu dia berurusan dengan siapa. Anak buah abang ramai yang abang dah arahkan untuk pantau dia dari jauh dan boleh dikatakan, semua pernah nampak dia keluar dengan jantan entah mana mana."

Kali ini aku benar benar terkejut. Ya Allah, Arin...apa dah jadi dengan kau sampai macam tu sekali?

"Satu je perkara yang abang tak boleh nak confirmkan lagi. Ada masa, memang dia licik. Sampai sekarang, abang tak dapat kesan dengan siapa dia komplot. Mustahil Arin buat kerja ni sorang sorang."

Terangguk angguk aku mendengar penjelasan sebenar Fyraz. Haih, Sya...nasib baik Arin tak sempat menghasut lebih lebih.

Kalau tidak, entah pergaduhan yang bagaimana pula terpaksa aku hadapi dengan Fyraz.

Nauzubillahiminzalik...

"Tapi macam mana kalau dia datang lagi, cakap yang bukan bukan pasal abang?"

Fyraz melorek senyum nipis.

"Sya percayakan abang?"

Aku mengangguk yakin.

"Then, you don't have to be worried too. Selagi Sya percayakan abang, dia takkan mampu buat apa apa. Kalau dia berani buat jugak, tahulah apa nasib dia nanti."

Terselit amaran keras dalam ayatnya.

"Abang tak ada niat nak bunuh dia, kan?" dengan polos aku bertanya.

Bagaimana kejam sekalipun perkara yang Arin cuba lakukan untuk hancurkan rumah tangga aku, aku tetap takkan biarkan Fyraz buat perkara di luar jangkaan. Seboleh bolehnya, aku tak mahu Fyraz terlibat lagi dengan hal hal sebegitu.

Lagi lagi, aku masih ada rasa belas terhadap Arin.

Dan ternyata, tawanya terletus merdu.

"No, I won't do that, sayang.  Abang pun taknak kotorkan tangan abang dengan buat kerja macam tu lagi. Mika dengan Wan ada, diaorang boleh tolong abang settlekan."

Entah mengapa, satu lagi persoalan yang masih berlegar dalam fikiran aku kini makin mengasak untuk aku bertanyakan kebenaran pada Fyraz.

"Sya nak tanya something. Tapi...abang jangan marah tau!"

"Tanyalah. Kenapa pulak abang nak marah?"

Aku ketap bibir, masih memikirkan ayat yang sesuai supaya tidak menggores perasaannya.

"Sebenarnya, erm..."

Fyraz mengangkat sebelah keningnya, penuh sabar menunggu aku menghabiskan bicara.

"Sebenarnya, abang jumpa siapa masa malam kita bergaduh dekat Spain dulu tu?" nada suara aku rendahkan.

Wajahnya bertukar riak.

Mula ada rasa bersalah dalam hati. Salah timing ke soalan aku tadi tu?

"Ab...abang kalau taknak jawab pun tak apa Sya tak paksa pun." tergagap lidah aku ketika itu apabila wajahnya semakin beku.

"Arman." senafas jawapannya itu membuatkan aku tersentak.

Hakikatnya, malam itu juga aku nampak siapa lelaki yang ditembak oleh Fyraz.

Ya, memang Arman.

Cuma waktu itu, aku buat tak endah saja kerana dulu Mika sendiri pernah meyakinkan aku bahawa Arman yang paling kenal rapat dengan Fyraz. Jadi sangkaan aku, tak mungkin Arman yang menikam belakang Fyraz.

"Kenapa?"

"Jujur, abang rasa bodoh sebab tak sedar dia yang khianat abang. Pasal kes Zahira dulu pun, dia yang tolong Nigel. "

Suaranya bertukar sayu. Siapa yang tak sedih? Rakan baik sendiri ada niat tak baik terhadap kita.

Sama juga macam kes aku dan Arin.

"Tak apalah. Abang pergi la sambung mengaji ke apa. Sya nak solat Isyak terus." lama masing masing berdiam sebelum aku bersuara untuk meminta diri.

"Sya nak pergi mandi kan? Okay, jom abang teman!" laju laju tangannya menarik aku untuk bangun.

"Tak payah nak mengada! Pergi mengaji lah!" aku membantah keras ajakannya.

Tak mahu cari pasal.

"Nak mengaji apanya? Wuduk dah batal, Sya duk pegang pegang abang dari tadi." nakal dia menyindir membuatkan pipi aku bertukar panas.

Cepat cepat pegangan tangan aku pada tangannya aku lepaskan.

"Okay, kalau macam tu..."

Sengaja aku meleretkan bicara.

"Abang pergi ambik wuduk dekat tempat lain!"

"Sya, mana boleh! Tunggu la abang dulu!"

Tanpa menunggu lama,  aku berlari masuk ke dalam bilik sebelum pintunya aku kunci apabila tersedar Fyraz mengejar dari belakang.

Dari dalam bilik, aku dengar ketawa Fyraz.

Ketawa mengusik.

Aku tersenyum senang.

Semoga kebahagiaan ini, tidak berpenghujung.

~~~

Beberapa minggu sudah berlalu selepas kejadian itu berlaku. Mungkin benar kata Fyraz, Arin takkan berani mengganggu kami lagi.

Hari minggu itu seperti biasa, aku menyelesaikan kerja kerja rumah sementara Fyraz berada di pejabat.

Bosan dengan siaran televisyen yang langsung tidak menyiarkan cerita cerita menarik hampir saja membuatkan aku terlelap di sofa.

Entahlah, kebelakangan ini aku cepat letih.

Jam yang digantung pada dinding aku kerling seketika. Baru pukul 2 petang. Masih berbaki lebih kurang 4 jam sebelum Fyraz pulang. Baru sebentar tadi Fyraz menghantar pesanan mesej, mengatakan dia tidak dapat pulang makan tengah hari bersama aku di rumah kerana perlu menghadiri mesyuarat penting selepas waktu lunch hour.

Jujurnya, aku mengharapkan Fyraz tetap pulang untuk memberi kejutan pada aku.

Haih, tiba tiba saja rindu...

Aku mula mengeluh bosan. Apa lagi aku nak buat ni?

Aku tersedar dari lamunan apabila pintu rumah diketuk dari luar berkali kali. Dalam hati mula melonjak riang.

Kan dah kata Fyraz nak buat kejutan? Hehehehe...

Tidak membuang masa, laju kaki membuka langkah. Dengan senyuman lebar, pintu aku buka luas.

Senyuman aku mati.

Bukan hanya kerana melihat nenda Talita yang tiba tiba muncul.

Tapi kerana di sebelah nenda Talita, ada Arin yang mengukir senyum sinisnya pada aku.

Kurang ajar...

"Nenda..." tidak mahu menunjukkan sebarang perubahan emosi aku di depan nenda, tangan kanan aku hulur untuk bersalaman namun hanya dipandang sepi sebelum nenda melangkah masuk dengan penuh gaya angkuhnya.

Sabar, Sya. Cuma parasit yang datang nak buat huru hara.

"Ada apa nenda datang? Fyraz tak balik kerja lagi."

Nenda Talita memandang aku atas bawah dengan pandangan penuh jelik.

"Kenapa? Kau nak halau aku? Suka hati akulah bila aku nak datang. Ini, rumah cucu aku." perkataan cucu itu sengaja ditekan seolah ingin memberitahu bahawa aku sekadar orang luar.

"Tak, Sya tak cakap pun macam tu. Cuma, kalau nenda bagitahu nak datang, boleh Sya siapkan makan tengah hari." aku masih cuba berlembut dengan nenda walhal terang terangan dia cuba menyakitkan hati aku.

Sementara rasa hormat aku masih ada.

"Buat apa aku nak rasa masakan kau? Silap silap, kau racunkan aku lepastu biar aku mati kan? Cucu aku pun, macam macam kau dah letak dalam makanan dia. Sikit pun aku tak hingin, lagi lagi air tangan perempuan kotor, perempuan murah macam kau."

Aku agak tersentak dengan gelaran yang keluar dari mulut nenda Talita namun aku masih mendiamkan diri walaupun jari telunjuk nenda Talita sudah naik menunjal kasar kepala aku.

Belum sampai masa lagi untuk kau meletup, Sya.

"Nenda macam banyak benda nak cakap. Tak apalah nenda duduk dulu, Sya pergi buat air sekejap. Nanti haus, tak cukup air liur."

Selamba aku menyindir namun tidak dihiraukan oleh nenda.

"Aku nak kau pujuk Fyraz, suruh dia bertanggungjawab dekat Arin."

Langkah aku mati.

Aku menarik nafas dalam dalam. Bercakap dengan orang macam ni, otak perlu jadi bijak dan kesabaran haruslah tinggi.

"Kenapa pulak Fyraz, suami Sya yang kena bertanggungjawab?"

"Apa ni Sya? Kau sendiri dah tengok gambar gambar tu kan? Kau anggap aku menipu?"

Ha, itu dia. Syaitan betina dah tayang tanduk.

Sengaja dia berkata dengan air mata palsu, ingin meraih simpati kononnya.

"Oh, gambar tu? Cukup kukuh ke? Setakat gambar, kalau nak edit berjuta orang boleh buat. Nampak sangat la kau tergolong dalam kalangan orang tak bijak tu!"

Pang!!

"Kau tak layak nak hina Arin kalau kau pun betina sundal! Selama ni kau bagi benda tak elok dekat cucu aku, kan?!"

Akhirnya, pipi aku pijar menerima tamparan hebat dari nenda Talita. Ini baru sikit aku bersuara.

"Kenapa pulak nenda nak kata Sya perempuan sundal? Habis perempuan ni, perempuan yang nenda bela sangat ni, tak sundal ke kalau dah mengandungkan anak luar nikah?!"

Aku hamburkan kemarahan aku dan natijahnya, satu lagi tamparan padu singgah di pipi aku.

Arin menangis teresak esak.

Bapak kurang ajar betina ni. Berani dia tampar aku?

"Apa ni Sya? Sampai hati kau! Aku anggap kau kawan baik aku. Kau ingat aku nak sangat ke kena rogol? Eh, kalau bukan sebab Fyraz yang tiba tiba masuk rumah aku malam tu, semua ni takkan jadi!"

"Sabar, Arin. Tak apa, nenda ada dengan Arin."

Aku tersenyum senget melihat lakonan mantap Arin yang akhirnya berjaya meraih simpati nenda Talita.

Come on, what a joke!

"Dah habis dah? Kalau dah, silalah keluar. Banyak lagi benda Sya boleh buat sementara tunggu Fyraz balik."

Nenda Talita menjeling aku tajam.

"Taknak balik? Okay tak apa. Arin, kau nak sangat kahwin dengan Fyraz kan? Tunggu la dia balik nanti cakap sendiri dengan dia. Aku taknak masuk campur."

Sengaja aku mencabar Arin. Aku yakin, Fyraz takkan mudah mudah untuk terpedaya.

"Kau nak aku bukak aib kau dekat satu dunia?"

Air muka aku berubah. Apa maksud nenda?

"Kalau kau nak, dengan senang hatinya aku boleh canang dekat satu Malaysia ni, isteri tercinta pemilik FDR Holdings, Tengku Muhammad Fyraz Danial Ar-Rifqi sebenarnya pernah mengandungkan anak luar nikah, selalu menyundal dengan jantan lain selain suami sendiri?"

Aku telan air liur yang seakan pahit.

Jadi kerana ini, nenda membenci aku?

Dia tak tahu agaknya cucu dia jugak yang pernah aniaya aku dulu.

"Tak payah nak buat muka terkejut. Arin dah cerita semua.
dekat aku. Pasal, siapa nama budak tu? Fayyadh? Padanlah mati awal, tak sanggup nak hidup dengan mak yang kotor macam ni..."

"CUKUP!!"

Tengkingan aku mematikan bicara nenda, namun tak mampu memudarkan senyum sinisnya. Aku sakit. Sakit hati. Fayaydh sudah tak ada, kenapa perlu diungkit lagi?

Air mata mula gugur.

Arin reka cerita pasal aku. Padanlah nenda sanggup buat macam ni.

"Aku nak kau buat apa yang sepatutnya kau buat. Kalau tak, nama kau yang busuk. Kau sanggup ke tengok, suami kesayangan kau terima cacian orang sebab isteri dia ni?"

Aku terkedu. Kalau nenda berani buat, Fyraz pasti turut terkena tempias. Namanya sudah cukup gah dan dikenali orang sebagai seorang usahawan. Nescaya, kalau keluar berita tak baik, pasti cukup teruk kejian yang bakal dilemparkan padanya.

Manusia, memang kerjanya menghukum orang kan?

"Cakap banyak banyak pun tak guna. Sudahlah Arin, kita tengok dulu, mampu ke tidak perempuan ni bertahan. Arin sabar sikit, ya?"

Arin tersenyum pada nenda Talita. Nampak bahagia apabila dia berjaya menghasut orang penting dalam hidup Fyraz.

Nenda Talita dan Arin melangkah keluar namun pintu sengaja dihempas kasar. Sejurus selepas itu, aku jatuh terduduk tanpa mampu bertahan lagi.

Bantu aku Ya Allah...

Air mata makin laju menuruni pipi.

Apa jua pilihan yang aku buat, segalanya melibatkan maruah aku dan Fyraz.

Perlu ke, aku buat satu lagi pilihan yang bakal menghancurkan hati aku sendiri?

Continue Reading

You'll Also Like

295K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
641K 24.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
301K 18.8K 54
~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 •...
704K 27.2K 71
Book 2 of The Faith. Romance | General Fiction "Kejujuran..Itu penting." "Saya sayangkan awak." "Pilih je lah dia apa masalah kau ?!" "Kalau kau ka...