[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•

By bmints

81.6K 8.8K 3.4K

Aku bukan ditiduri lelaki. Aku dirogol. Bayi ini mengingatkan aku kepada anak perogol yang aku kandungkan dul... More

INTRO
ONE
TWO
THREE
FOUR
FIVE
SIX
SEVEN
EIGHT
NINE
TEN
ELEVEN
TWELVE
THIRTEEN
FOURTEEN
FIFTEEN
SIXTEEN
SEVENTEEN
EIGHTEEN
NINETEEN
TWENTY
TWENTY-ONE
TWENTY-TWO
TWENTY-THREE
TWENTY-FOUR
TWENTY-FIVE
TWENTY-SIX
TWENTY-SEVEN
TWENTY-EIGHT
TWENTY-NINE
THIRTY
THIRTY-TWO
THIRTY-THREE
THIRTY-FOUR
THIRTY-FIVE
THIRTY-SIX
THIRTY-SEVEN
THIRTY-EIGHT
THIRTY-NINE
FOURTY
FOURTY-ONE
FOURTY-TWO
FOURTY-THREE
FOURTY-FOUR
FOURTY-FIVE
FOURTY-SIX
FOURTY-SEVEN
FOURTY-EIGHT
FOURTY-NINE
FIFTY
FIFTY-ONE
Novel and EBook
FIFTY-TWO
EPILOGUE
New Story

THIRTY-ONE

1.4K 181 46
By bmints

"Lain kali hati-hati tahu? Jangan fikir nak seronok saja," kata Jungkook sambil memeriksa luka di lutut dan tangan Chaerin yang telah dilekatkan dengan plaster.

Chaewon hanya memerhati, duduk di sisi Jungkook.

"Baik papa," perlahan saja suara Chaerin membalas. Takut melihat wajah Jungkook yang serius.

Chaerin tersembam ketika bermain berkejaran dengan kawan-kawannya di tadika sebab itulah tangan dan lututnya luka. Bukan mereka tidak dipantau oleh cikgu, Chaerin yang tersilap langkah, tiba-tiba dia tersadung ketika berlari.

"Ada kawan tolong Chaerin tadi?" Soal Jungkook.

"Ada. Lucy tolong Chaerin bangun semula lepas Chaerin jatuh. Lepas tu cikgu datang, bawa Chaerin pergi klinik. Dah balik Lucy terus tanya Chaerin okey ke tak,"

Jungkook tersenyum hambar seraya membelai kepala anaknya. Nasib baik Chaerin ada kawan yang baik walaupun mereka masih kanak-kanak.

"Chaerin tak menangis kan?"

"Tak," Chaerin menggeleng laju. "Chaerin kan anak papa yang comel dan kuat, mana boleh jatuh sikit dah menangis kan?"

Chaerin tersenyum kepada Jungkook dengan muka comelnya.

"Good," Jungkook mencuit pipi Chaerin. "Papa tak nak dengar cikgu mengadu kamu jatuh lagi. Kalau tak, papa suruh cikgu kurung kamu jangan bagi bermain langsung. Nak?"

"Tak nak!"

Chaewon tersengih melihat gelagat mereka walaupun dia sendiri takut Jungkook menjadi papa garang setiap kali Chaerin buat masalah terutama jika berpunca di tadika. Kasihan budak itu jika Jungkook benar-benar akan menghukumnya nanti.

"Dahlah, Chaerin pergi mandi sekarang," arah Chaewon sebelum dia berkata kepada suaminya. "Jungkook, lepas Chaerin mandi awak pula mandi ya? Saya nak siapkan makan malam,"

"Papa, jomlah teman Chaerin mandi!" Laju si kecil itu menarik tangan Jungkook menuju ke bilik.

"Aippp Chaerin dah besar, takkan nak minta papa teman lagi?" Jungkook terpaksa mengikut langkah kanak-kanak itu.

"Alaaaaa bukan selalu. Nanti Chaerin dah ada adik papa mesti tak layan Chaerin dah,"

Bukan saja Jungkook, malah Chaewon yang baru masuk dapur turut berhenti melangkah. Masing-masing terpana, terdiam, terkedu mendengar kata-kata Chaerin tadi.

"Chaerin kata... Apa tadi?" Soal Jungkook balik.

"Nanti kalau Chaerin ada adik, papa mesti tak layan Chaerin macam selalu dah. Papa mesti manjakan adik pula. Ramai kawan Chaerin yang dapat adik baru cerita dekat Chaerin, mak ayah mereka sekarang lebihkan adik sebab adik lagi kecil. Mesti papa dan mama pun sama kan?" Kata Chaerin panjang lebar.

Jungkook merenung wajah polos Chaerin lama. Tak sangka, umur lima tahun sudah pandai bercakap seperti itu.

"Jomlah mandi sama-sama," Chaerin menarik Jungkook semula.

Chaewon pula masih terkedu di dapur. Dia selalu dengar Chaerin bercerita mengenai kawan-kawannya yang ada adik, tapi tak ada pula kanak-kanak itu akan berkata sedemikian kepadanya.

Chaewon pun tersedar, mungkin dia dan Jungkook masih tidak berusaha mendapatkan anak kedua sehingga kini kerana Chaerin masih dahagakan kasih sayang dan perhatian mereka.







*****






Mata Chaewon bergenang tatkala kereta Jungkook memasuki kawasan rumah agam milik keluarga Han. Ya, Jungkook sudahpun mendapatkan kereta baru sebaik saja dia menjadi presiden. Bukan nak jaga imej ayahnya yang selalu mementingkan kemewahan, tetapi untuk kemudahan dirinya sendiri.

"Ni rumah harabeoji dan halmeonikah?" Bulat mata Chaerin memandang rumah agam yang tersergam indah di depannya. "Besarnya!"

Chaewon hanya tersenyum kecil melihat keterujaan Chaerin memandang rumah orang tuanya. Mereka pula masih tinggal di apartment kos rendah itu walaupun Jungkook sudah bergaji besar.

"Kaja," Jungkook memberhentikan enjin kereta.

Chaewon masih termenung sendiri. Jemarinya dimain-main menunjukkan wanita itu masih ragu mahu berjumpa dengan keluarganya.

"Sayang..." Jungkook menyentuh tangan Chaewon lembut.

Lambat-lambat Chaewon berpaling. Jungkook mengoyakkan senyuman manis kepadanya.

"Kaja, jumpa orang tua kita. Kau tak rindu mereka?"

Chaewon tersenyum hambar, memandang iris hazel itu cuba menghilangkan keresahannya.








*****








"Harabeoji?" Bulat saja mata Chaerin memandang Tuan Han.

"Iya," Tuan Han tersengih melihat wajah comel itu sedang terpegun melihatnya.

"Nak peluk," Chaerin mengangkat kedua-dua tangannya kepada Tuan Han.

Tuan Han tidak memeluk, malah diangkatnya kanak-kanak itu ke dalam dukungan.

"Yeay harabeoji dukung Chaerin!" Chaerin memeluk erat leher Tuan Han dan kakinya melingkari tubuh lelaki 50-an itu.

"Comel betul budak ni," Puan Han mencubit lembut pipi tembam Chaerin.

"Mestilah, Chaerin comel macam mama," Chaerin menyentuh muka sambil mengebil-ngebilkan mata besarnya.

"Omo...." Semua yang berada di ruang tamu itu merungut cair mendengar jawapan Chaerin. Comel sangat!

Chaewon pula tersenyum malu di sisi Jungkook. Lengan suaminya dipeluk seraya dia menyembamkan mukanya di situ.

"Mata dia cantik," Han Chaekyung turut mengusik wajah Chaerin, merenung anak mata hazel kanak-kanak itu.

"Mata Chaerin pula cantik macam papa," kata Chaerin lagi.

Jungkook tersengih suka. Ada-ada saja si kecil itu menjawab.

"Jom main dengan aunty dekat laman belakang. Ada taman mini tau," ajak Chaekyung mesra.

Sebenarnya, dia sukakan budak-budak. Dah lama dia geram dengan Chaerin sejak kali pertama berjumpa dengan kanak-kanak itu ketika hari perkahwinan Jungkook dan Chaewon. Cuma ego yang menguasai diri kerana mereka masih bersikap 'dingin' dengan Chaewon.

"Eo? Nak!" Laju saja Chaerin menghulurkan tangan kepada Chaekyung.

"Chaekyung, mereka baru saja sampai. Bagilah mereka berehat dulu, lagipun dah nak minum petang,"

"Jomlah minum di sana ramai-ramai,"  selamba Chaekyung mengambil Chaerin dari Tuan Han lalu membawa lari kanak-kanak itu.

"Bye bye mama! Bye bye papa! Chaerin nak pergi main!" Laung Chaerin sambil melambai kepada Jungkook dan Chaewon.









*****










"Papa kamu dah tahu kamu berkahwin dengan Chaewon?" Soal Tuan Han.

Malam itu, sekali lagi Tuan Han mengajak Jungkook berbual dengannya secara peribadi di kolam sementara yang lain sedang meluangkan masa menonton televisyen di ruang tamu.

"Dah, tapi Kook tak rasa papa tahu Chaewon anak daddy. Dia macam... Tak sukakan perkahwinan kami selepas dia tahu Kook dah berkahwin," jawab Jungkook, lirih saja suaranya.

Bukan dia tak kenal air muka Tuan Jeon setiap kali dia menyentuh hal anak dan isteri di depan orang tua itu. Sebut saja nama isteri, anak, terus ketat wajahnya.

"Kamu tak cerita apa yang menyebabkan kamu berkahwin dengan Chaewon?"

"Belum lagi. Papa tak suka Kook bercerita tentang keluarga Kook kepada dia. Dia tak nak ambil tahu,"

Tuan Han mengeluh berat. Dia dan Tuan Jeon memang saling mengenali dan pernah mengadakan kerjasama untuk syarikat tetapi mereka bukan kawan rapat. Agak susahlah dia mahu bertoleransi dengan Tuan Jeon nanti jika bukan melibatkan hal kerja.

"Tak apa, ikut saja rentaknya. Tapi kalau papa kamu ada lakukan sesuatu sampai Chaewon terasa hati atau sakitkan hati dia, daddy takkan berdiam diri,"









#abaikantypo
[22 Nov 2020 : 6.00 pm]

Continue Reading

You'll Also Like

39K 4.8K 36
Nightclub?Mabuk?Playboy? *Itu sudah biasa baginya...* ✈//Seorang lelaki berkulit bronze berasal dari Korea Selatan merupakan seorang pilot.Menjadi pi...
113K 8.1K 40
"aku just nk cakap yang kau cantik kalau kau tak pakai cermin mata kau yang tebal 10 inci tu" apa yang akan berlaku kepada sekumpulan yeoja yang nerd...
45.5K 5.1K 38
[ Completed ] + " Kalau betina sundal tu abang pilih dari adik kandung sendiri, okey ! Jungmi terima ! " - jeon jungmi a/n ; Dalam pemprosesan menged...
185K 5.3K 16
Kahwin dengan lelaki lurus bendul? Hanya Tuhan saja tahu apa yang aku rasa..