Hikayat Sang Pencinta ✔

By _louvrees_

141K 7.5K 305

Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cum... More

✘ Bab 1 ✘
✘ Bab 2 ✘
✘ Bab 3 ✘
✘ Bab 4 ✘
✘ Bab 5 ✘
✘ Bab 6 ✘
✘ Bab 7 ✘
✘ Bab 8 ✘
✘ Bab 9 ✘
✘ Bab 10 ✘
✘ Bab 11 ✘
✘ Bab 12 ✘
✘ Bab 13 ✘
✘ Bab 14 ✘
✘ Bab 15 ✘
✘ Bab 16 ✘
✘ Bab 17 ✘
✘ Bab 18 ✘
✘ Bab 19 ✘
✘ Bab 20 ✘
✘ Bab 21 ✘
✘ Bab 22 ✘
✘ Bab 23 ✘
✘ Bab 24 ✘
✘ Bab 25 ✘
✘ Bab 26 ✘
✘ Bab 27 ✘
✘ Bab 28 ✘
✘ Bab 29 ✘
✘ Bab 30 ✘
✘ Bab 31 ✘
✘ Bab 32 ✘
✘ Bab 33 ✘
✘ Bab 34 ✘
✘ Bab 35 ✘
✘ Bab 36 ✘
✘ Bab 37 ✘
✘ Bab 38 ✘
✘ Bab 39 ✘
✘ Bab 40 ✘
✘ Bab 41 ✘
✘ Bab 42 ✘
NOTICE ALERT
✘ Bab 43 ✘
✘ Bab 44 ✘
✘ Bab 46 ✘
TEASER
✘ Bab 47 ✘
✘ Bab 48 ✘
✘ Bab 49 ✘
✘ Bab 50 ✘
✘ Bab 51 ✘
✘ Bab 52✘
✘ Bab 53 ✘
✘ Bab 54 ✘
✘ Bab 55 ✘
✘ Bab 56 ✘
✘ Bab 57 ✘
✘ Special I ✘
Special II
New Books!
EBOOK

✘ Bab 45 ✘

2.4K 127 4
By _louvrees_

3749 words. Ready la menghadap 'kemerepekan' sebab bab ni nak flashback apa yg jadi

~~~

Sya, please...maafkan abang!" aku sekadar pekakkan telinga dengan rayuan Fyraz yang entah sudah kali ke berapa itu.

Tangan aku yang dalam pegangannya aku rentap semula tanpa sedikit pun memandang ke arahnya.

Hati masih sakit.

"Abang baliklah. Sya taknak tengok muka abang buat masa ni." aku tahan perit yang berlagu ketika kata kata itu meniti di bibir sendiri.

"No, I won't!" Abang taknak balik selagi Sya tak maafkan abang." suara keras dari Fyraz kala itu berbaur amaran.

Mata aku kerdipkan beberapa kali, tidak mahu air mata terus gugur.

Semua orang layak untuk sebuah peluang kedua. Tapi kenapa hati aku terlalu keras untuk memaafkan dia?

Kerana bukan sekadar kata maaf yang aku mahu dengar..

Aku mungkin menolak ketika dia ingin memberi penjelasan sebelum pulang ke Malaysia, tapi kali ini aku betul betul mahu dengar penjelasannya tentang semua perkara yang pernah terjadi dulu.

Walaupun pada hakikatnya, Fyraz memang bersalah atas segalanya. Dan walaupun nanti, penjelasannya pasti bakal menghancurkan aku lagi.

"Sya..."

Panggilan Fyraz aku tak hiraukan malah kaki terus melangkah naik ke bilik. Pintu aku tolak sebelum dikunci.

Seketika, sebelum tubuh jatuh melorot di situ. Tangisan aku mula nenjadi jadi.

Ya Allah, berdosakah aku kerana ingkar dengan janji pada diri sendiri? Bantu aku untuk terus kuat walaupun hakikat ini terlalu memeritkan. Sungguh, hamba yang kerdil ini telalu lemah...

Aku cuba menenangkan diri dengan duduk bersandar di sebalik pintu. Langsung tak sedar mata akhirnya terlelap dengan keadaan kedua dua belah lutut rapat ke badan.

Leher yang sedikit lenguh aku urut. Sejurus selepas itu, aku terus bilik air untuk mengambil wuduk apabila menyedari waktu Maghrib sudah masuk beberpa minit yang lalu.

Aku cuba tanamkan khusyuk, ingin melupakan masalah dunia buat sementara waktu.

Sebaik sahaja salam kedua diberi, pandangan aku jatuh pada sehelai kertas bersaiz A4 di tepi pintu bilik.

Abang mengaku salah abang. Abang takkan tenang selagi Sya tak maafkan abang. Jangan biarkan abang tanggung rasa bersalah ni sampai mati.

Bait ayatnya tanpa sedar membuatkan aku mengeluh sendiri. Sudah beralahkan Fyraz untuk memberikan penjelasan atas segalanya?

Seketika, perasaan takut seakan membelit. Kalau benar Fyraz menikahi aku hanya kerana diturutkan rasa bersalahnya dan sekadar untuk menunggu kata maaf dari aku, tak mustahil bila segala kebenaran sudah terbentang, dia akan melepaskan aku dari hidupnya...kan?

Dada terasa ketat. Cukuplah dulu aku pernah hilang mama dan Fayyadh sebagai orang yang aku sayang...

Apa Fyraz juga mahu berundur dari hidup aku?

Hati cuba menanam benci terhadapnya, tapi ternyata...aku belum kuat untuk membenci orang yang aku cinta.

Tidak, aku tak mahu hilang Fyraz. Seharusnya aku memberi peluang kepada dia. Ya, aku sedia untuk dengar penjelasannya.

Tersedar akan hal itu, aku buka telekung dari tubuh sebelum dilipat kemas. Aku melangkah keluar dari bilik untuk mencari Fyraz di tingkat bawah. Hampa, kelibatnya langsung tidak kelihatan.

Fyraz dah tinggalkan aku?

"Sya?" lamunan aku terhenti apabila kedengaran suara papa memanggil.

Langkah aku bawa ke arah papa yang sedang duduk santai di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen. Aku labuhkan duduk di sebelah papa namun fikiran aku benar benar kosong kala ini.

Bagai mengerti rasa gelisah dalam hati seorang anak, tubuh aku papa tarik ke dalam pelukannya. Hati terasa tenang. Jujur, pelukan papa juga salah satu perkara yang benar benar aku rindu.

"Mahu tak Sya dengar nasihat papa?"

Aku sekadar mengangguk.

"Papa bukan berniat nak menyibuk atau campur tangan dalam hal rumah tangga Sya. Tapi sebagai seorang ayah, papa rasa papa bertanggungjawab untuk tegur anak menantu papa sama walaupun papa tahu, papa sendiri bukan papa yang baik untuk Sya."

Aku angkat wajah ketika papa menutur kata. Aku tahan sebak. Cukup tahu apa yang bakal diperkatakan oleh papa.

"Fyraz Danial, dia suami Sya. Papa tahu perbuatan dia dulu memang melampau. Tapi tak salah, kan kalau Sya maafkan dia?"

"Tapi macam mana kalau dia kahwin dengan Sya sebab nak hilangkan rasa bersalah dia pada Sya? Hati Sya hancur, bila dapat tahu dia yang buat semua tu." pada papa, aku luahkan apa yang aku rasa.

Papa tersenyum pahit.

"Papa dah lama tahu pasal perkara ni, sejak empat tahun lepas lagi." aku tersentak mendengar kata kata papa. Mata papa aku renung dalam, mencari kebenaran di sebalik kata katanya.

"Maksud papa?"

Papa dah lama tahu. Padanlah papa seolah tak terkejut dengan situasi yang berlaku sekarang.

"Lepas Sya jejak keluar dari rumah ni, Fyraz tak pernah gagal jenguk papa setiap minggu. Dan kalau bukan kerana Fyraz, belum tentu rumah ni ada dengan kita sekarang."

Jantung seakan terhenti segala fungsi. Apa semua ni? Aku tahu dulu papa nyaris muflis, tapi apa kaitannya dengan Fyraz?

"Lepas Sya pergi, setiap hari Fyraz telefon papa dan beritahu apa yang Sya buat dekat kolej. Mood Sya baik atau tak, Sya dah makan ke belum, semuanya papa tahu dari Fyraz. Papa mengaku, papa betul betul rimas dengan semua tu. Tapi papa bersyukur, akhirnya papa sedar yang papa betul betul rindukan anak papa. Baru papa faham, perbuatan Fyraz tu semua untuk sedarkan papa, betapa bernilai dan berharganya Sya dalam hidup papa." papa mencuit lembut hidung aku, dilayan persis seperti aku masih kanak kanak berusia lima tahun.

Mata tua papa kelihatan berkaca. Jelas masih ada rasa perit pada air mata jernih itu.

"Tak lama lepas tu, dia langsung tak datang jenguk papa. Hampir sebulan. Satu malam tu dia datang, muka dia pecah sana sini. Dia menangis, melutut, merayu pada papa untuk maafkan dia. Dia kata, dia dah berdosa besar pada Sya."

Dan akhirnya, air mata yang aku tahan jatuh juga. Cukup mengerti apa yang dimaksudkan di sebalik cerita papa.

"Fyraz terus terang tentang semua perkara pada papa. Papa mengamuk marahkan dia. Sikit lagi papa nak belasah dia. Tapi bila tengok rayuan dia yang betul nampak bersungguh, papa tahu dia betul betul menyesal buat Sya macam tu."

Papa menarik nafasnya dalam dalam bagai mencari semangat untuk terus bercerita.

"Setiap hari, dia jumpa papa. Dia cuma cakap yang dia berdoa supaya Allah kuatkan dia untuk mohon maaf pada Sya. Empat tahun, bukan tempoh masa yang sekejap untuk dia ubat rasa kecewa atas perbuatan dia sendiri."

"Papa tak tahu macam mana, tapi akhirnya dia dapat tahu Sya tinggal di mana. Sejak hari tu, dia cuma berani perhatikan Sya dari jauh."

"Satu hari...Adan, kawan Fyraz telefon papa. Fyraz terlalu tertekan bila dapat tahu Sya mengandungkan Fayyadh sebab dia. Papa tak sangka, dia terlalu cuba untuk lupakan tekanan sampai pergi cucuk tatu, hampir penuh belakang badan dia. Papa ajak dia tinggal sini. Sejak hari tu, tak ada satu malam pun tidur dia lena."

Air mata aku mengalir laju. Jadi tatu helang di belakang badannya itu...

"Cukup setakat tu papa boleh cerita. Selebihnya, Sya minta Fyraz terangkan, biar tak ada rahsia langsung dah lepas ni."

Papa seka air mata aku dengan ibu jarinya.

"Terima kasih, pa..."

"Impian papa cuma untuk tengok anak menantu papa bahagia. Dah, Sya naik berehat dulu. Nanti papa telefon Fyraz, suruh dia datang sini balik."

Aku anggukkan kepala sebelum bawa langkah. Masih berbaki lebih kurang 20 minit sebelum masuk waktu Isyak. Ingat mahu melelapkan mata. Sekejap pun jadilah. Kepala aku sudah cukup sakit akibat seharian menangis.

"Fikirkan, Sya. Kalau Fyraz hanya turutkan rasa bersalah dia, dari dulu lagi dia akan cari Sya. Tapi kenapa lepas empat tahun, sedangkan dari dulu lagi dia dah tahu Sya ada dekat mana."

Langkah aku terhenti seketika mendengar kata kata papa. Ya, aku perlu percayakan Fyraz.

~~~

Tak dapat melelapkan mata, akhirnya aku mandi membersihkan diri. Lega seketika apabila air mencurah ke seluruh tubuh.

Selesai mandi, aku keluar dari bilik air dengan hanya bertuala menutupi dada hingga paras lutut. Almari aku buka. Sehelai baju lengan panjang berserta tracksuit aku ambil.

Helaian baju yang aku ambil terlepas dari tangan apabila pintu bilik dibuka seseorang dari luar. Aku terkedu melihat wajah Fyraz yang jelas kepenatan menghiasi pandangan. Fyraz juga yang seperti terkejut melihat keadaan aku begitu, laju laju tubuhnya dipusingkan semula seakan mahu keluar dari bilik.

"Abang..."

Langkahnya mati.

"Ab-abang minta maaf. Papa yang suruh masuk bilik ni."

"Abang masuk jelah. Mandi dulu. Nanti Isyak jadi imam Sya." aku cuba buang rasa segan semata mata mahu berbaik semua dengan Fyraz. Tak mahu keadaan yang keruh ini berterusan.

Tapi masalahnya kenapa situasi kami seperti terbalik? Bukan ke dia yang sepatutnya pujuk aku?

Ergh.

Fyraz seakan teragak agak untuk masuk semula. Beg sandang yang dibawanya diletakkan di tepi pintu sebelum sehelai tuala diambil dari beg. Langkahnya terus dibawa ke bilik air tanpa memandang walau sekilas ke arah aku.

Apa masalah Fyraz nak segan sampi macam tu sekali padahal lebih daripada ni pun dia dah pernah tengok, kan? Acah suci!

Astaghfirullahalazim, Sya!

Cepat cepat aku beristighfar apabila satu bisikan seperti menabur racun dalam fikiran.

~~~

Fyraz benar benar seakan mahu mengelak dari aku. Selepas solat, tangannya tidak dihulurkan untuk menyalami aku seperti selalu.

Hampir saja dia ingin bangun dari duduk, cepat cepat aku tarik tangan kanannya dan belakang tangan itu aku kucup lama.

Air mata jatuh setitis saat terasa usapan lembutnya pada ubun ubunku.

Aku angkat wajah, mencari anak matanya namun pandangan aku mula kabur dengan air mata yang masih bertakung di tubir mata.

"Sya...Sya sedia nak dengar semuanya."

Fyraz nampak terkejut dengan permintaan aku.

"Abang tak sanggup tengok Sya sakit hati bila dengar semua ni."

Kepala aku geleng perlahan. "Tak, lebih baik Sya sakit sekarang daripada Sya simpan salah faham dengan abang sampai bila bila. Please, abang...tell me. Everything."

Fyraz memejamkan mata. Nafasnya ditarik dalam. Jelas masih teragak agak untuk memulakan cerita. Apabila dia membuka mata, tubir matanya sudah berkaca.

Ternyata, Fyraz juga menyimpan perit yang sama. Malah mungkin, lebih teruk daripada yang aku rasa.

"Malam tu..."

"Ya Allah, Fyraz! Apa benda kau buat ni?!" Mika yang terlebih dahulu ternampak kelibat Fyraz di dalam kelab malam itu terus menyergah apabila tersedar akan botol minuman keras di tangan Fyraz.

Sebagai kawan, jujur hatinya sakit apabila Fyraz berkelakuan sebegitu.

Fyraz yang semakin khayal dek kerana minuman keras yang diteguknya itu langsung buat tak endah dengan kehadiran Hazwan dan Mika di sebelahnya.

Dari tadi bibirnya hanya menggumam satu nama.

Zahira...

"Raz, sudah sudah lah tu kau nak salahkan siapa lagi? Kau hidup tak terurus macam ni kau ingat Zahira boleh hidup balik semata mata untuk kau?" Hazwan yang terdengar bicara perlahan Fyraz terus mencelah.

Niatnya cuma satu. Dia mahu rakannya sedar akan hakikat nan satu itu.

Zahira. Takkan. Kembali.

Mika dan Hazwan bertindak menarik Fyraz keluar dari kelab malam yang semakin membingit itu. Tubuh Fyraz yang sedang dipapah itu benar benar lemah.

Fyraz tak pernah teguk alkohol. Dan ini kali pertama.

"Depan mata aku, Wan...depan mata aku Zahira kena seksa. Depan mata aku...Nigel buat dia macam orang tak ada maruah. Depan mata aku..."

Tangisan Fyraz mula pecah.

"Nigel kelar leher dia..."

Mika dan Hazwan sekadar diam, mahu membiarkan Fyraz meluahkan rasa kecewanya.

"KENAPA DIA SENTUH PEREMPUAN KESAYANGAN AKU?!"

Fyraz mula mengamuk. Pegangan tangan Mika dan Hazwan mudah saja dilepaskan.

"Raz, aku janji. Aku tolong kau cari Nigel." Hazwan cuba menenangkan Fyraz dengan janjinya walaupun hakikatnya memang itu yang dia juga mahukan.

Nigel perlu mendapat balasan setimpal.

Fyraz jatuh terduduk di atas jalan. Air mata jantannya masih tak henti mengalir.

"Raz, takkan kau nak lemah macam ni? Ini ke Fyraz yang kuat, yang aku kenal? Ingat family kau, ingat apa yang Nigel dengan bapak dia dah buat dekat arwah papa kau." kali ini Mika cuba meniup semangat.

Kerana Fyraz Danial bukan seorang yang lemah begini.

"Lagipun, kau lupa Arisya? Kau kata kau nak bahagiakan dia kan? Kau nak lindungi dia daripada Syafiq, manusia parasit tu kan?" kali ini Mika memetik nama Arisya. Tahu benar rakannya itu sudah jatuh cinta dengan Arisya.

Manakan tidak. Kebelakangan ini, nama Arisya kerap sangat disebut Fyraz. Apa apa hal, Arisya yang akan didahulukan Fyraz. Dalam setiap perkara yang Fyraz lakukan bersama Arisya, akan dipastikan gadis itu senang dengannya.

Lagi lagi apabila Fyraz sendiri dapat tahu lebih awal, Syafiq memang ada perempuan lain belakang Arisya.

Dalam erti kata lain, Syafiq curang.

Dan tentu saja, Fyraz takkan biarkan Arisya pula yang menjadi sasaran Nigel.

Tangisan Fyraz terus terhenti. Wajahnya diangkat dan pandangan kelabunya bertukar gelap. Ada sesuatu yang ingin dilangsaikannya.

Itulah Drake.

"Ya...Sya, aku punya. Nigel takkan senang senang boleh sentuh dia walau dengan hujung jari."

Hazwan dan Mika sama sama tersentak dengan perubahan Fyraz ditambah dengan kata kata penuh kesumat itu.

Tanpa sempat ditahan, Fyraz bangun menuju ke arah Ferrari Enzo miliknya.

"Fyraz, takkan kau nak drive mabuk mabuk macam tu? Kau nak mati atas jalan ke?" kata amaran dari Hazwan langsung tidak dipedulikan.

"Fyraz, kau nak pergi mana?"

"Jadikan dia milik aku."

Hazwan dan Mika sama sama mati kata. Masing masing sudah merasa tak enak. Dapat diagak apa yang bermain dalam fikiran Fyraz, tapi seolah menolak. Masih ingin meletakkan prasangka baik terhadap rakan mereka itu.

"Aku tak sedap hati. Kita kena follow dia jugak. Call Arman suruh ikut sekali." Hazwan mengarah sebaik sahaja kereta yang dipandu Fyraz hilang dari pandangan.

Mika mendengus kasar. Seakan benci apabila nama Arman disebut oleh Hazwan.

"Kau tak rasa Arman ada kaitan dengan semua ni ke? Sebelum ni lagi aku dah rasa dia tu macam ada something yang tak kena."

Mika meluahkan apa yang dia perasan tentang Arman.

"Takkanlah dia yang jadi tali barut Nigel. Fyraz percayakan dia dari dulu lagi." Hazwan cuba menafi walhal sebenarnya hal itu juga seakan menjadi tanda tanya dalam fikirannya.

"Kau tak perasan ke? Dah berapa lama dia hilang lepas kes Zahira haritu?"

Hazwan mengeluh berat. Sedikit sebanyak, mengiakan andaian Mika. Tapi dia tak mahu bertindak menuduh melulu. Selama ini pun, Arman sudah terlalu banyak membantu Fyraz.


Fyraz memerhati dari jauh kelibat seorang gadis yang melangkah keluar dari rumah sebelum menaiki teksi, menuju ke suatu tempat.

Arisya...

"Kau akan jadi milik aku, Sya. Aku takkan biarkan Nigel sakiti kau walaupun sikit." Fyraz menggumam seorang diri.

Di tangannya, sebotol cecair kloroform dipegang kemas dalam pegangan.

Bibirnya menarik senyum sinis.

Enjin kereta dihidupkan semula. Pedal minyak ditekan sebelum keretanya meluncur laju di atas jalan raya, cuba menjejak semula teksi yang dinaiki Arisya sebentar tadi.

Entah berapa lama perjalanan, teksi yang dinaiki Arisya berhenti di sebuah rumah.

Melihat Arisya yang mula melangkah masuk ke dalam rumah itu, Fyraz mengetap rahangnya dan stereng dihentak geram.

"Kau pergi rumah jantan tu, Sya?
Sumpahlah dia tak layak untuk kau!" Fyraz bersuara dengan nada suara yang ditahan tahan.

Lama menunggu di situ, Arisya akhirnya keluar sebelum berjalan seorang diri tanpa hala tuju.

Dari jauh, Fyraz dapat menangkap air mata Arisya yang jatuh membasahi pipinya. Serta merta, hati Fyraz turut merasa sakit.

Sehelai sapu tangan dikeluarkan dari dashboard dan diletakkan di dalam poket seluar bersama dengan cecair kloroform tadi. Langkahnya dibawa keluar dari kereta dan Arisya diekori secara senyap.

Agak lama Arisya berjalan di lorong gelap itu. Sengaja mahu membiarkan gadis itu leka dengan dunianya.

Nanti juga, dia yakin jeratnya baal mengena.

Melihat Arisya yang seakan tersedar dirinya diekori, tanpa menunggu lama sapu tangan yang sudah dituang dengan cecair kloroform itu ditekap ke hidung Arisya. Meronta ronta gadis itu minta dilepaskan namun tidak dipedulikan Fyraz.

Tidak lama, sebelum mata Arisya tertutup sepenuhnya.


Tubuh Arisya dicempung Fyraz masuk ke bilik hotel yang ditempahnya. Perlahan lahan dibaringkan ke katil. Kedua dua belah tangan Arisya diikat kemas menggunakan tali pinggangnya pada kepala katil.

Sesekali, jari jemarinya naik menyentuh wajah mulus milik Arisya.

Sungguh, tubuh itu benar benar berjaya menaikkan nafsu lelakinya.

Apabila Arisya tersedar dan meronta untuk dilepaskan, Fyraz ikut terkesan dengan rontaan itu namun nafsunya menghalang, menjadikan dia langsung tak peduli dengan Arisya yang sudah terkulai lemah akibat perbuatan kejam seorang Fyraz Danial.



"You better watch your mouth!"

Terngiang ngiang di telinga Fyraz tengkingan Arisya sebulan lalu. Pipi juga seakan masih terasa pijarnya akibat tamparan Arisya.

Dia benar benar marah apabila dibangkitkan tentang hal itu.

Kau bodoh, Fyraz!

Dah sah sah hati dia hancur lepas kejadian tu.

Perasaan kesal semain membelit.

Kau kata kau cintakan dia, tapi kau yang hancurkan dia. Kau sendiri yang lanyak dia macam perempuan tak bermaruah malam tu.

Fyraz tertawa perit. Ketawa dengan kebodohannya sendiri. Tanpa dipinta, air matanya mengalir jatuh sebelum akhirnya Fyraz teresak sendiri.

Mana mungkin Arisya mampu memaafkan dirinya.

"Raz, kau okay tak ni?"

Fyraz memalingkan wajah dari dilihat Adan, suami arwah Zahira.

Dengan lelaki ini dia juga rasa bersalah yang teramat menggunung. Mika dan Hazwan seakan tidak mahu mempedulikanya setelah mereka sendiri menangkap perbuatan tak wajar Fyraz terhadap Arisya.

Sungguh, kebisuan Mika dan Hazwan membunuhnya dalam diam.

Semenjak kebelakangan ini, cuma Adan yang selalu menjadi penasihatnya. Mendorong agar 'kembali'.



Fyraz tahan sebak apabila melihat Arisya keluar dari klinik itu. Wajah itu kelihatan sugul.

Untuk itu, Fyraz seakan dapat menangkap apa yang terjadi.

Sudah lebih sebulan, dia hanya mampu mengekori Arisya dari jauh. Diam diam, ingin tahu perkembangan Arisya yang dikatakan sudah berhenti kolej.

Fyraz tersenyum pahit.

Semua ini kerana dia.

Tujuh bulan selepas itu, Fyraz masih mengekori Arisya. Waktu dinihari itu, perasaannya berkecamuk apabila melihat Arisya yang sedang menahan kesakitan itu dipapah keluar dari rumah.

Beberapa jam Fyraz ikut menunggu di hospital. Terpaksa dia menyembunyikan diri semata mata ingin tahu keadaan Arisya.

"Tahniah, puan. Anak puan selamat melahirkan bayi lelaki."

"Alhamdulillah..."

Telinga Fyraz terangkat mendengar kata kata seorang nurse perempuan kepada seorang wanita yang dia tahu nama panggilannya ibu Zarina.

Sebaik sahaja kelibat ibu Zarina menghilang ke dalam wad persendirian Arisya, kaki Fyraz ikut sama melangkah ke situ.

Hanya mampu melihat dari jauh.

Hati Fyraz berdetak perit saat melihat bayi lelaki yang digendong Arisya.

Lebih perit, apabila terlihat air mata Arisya mengalir jatuh saat bayi lelaki itu diazankan seorang remaja lelaki.

Pasti saat ini, Arisya mengharapkan kehadiran seorang lelaki bergelar suami di sisinya.

Fyraz terus berlalu pergi dan air matanya mengalir serta merta. Tak sanggup ingin melihat air mata keperitan Arisya sekali lagi.

Tengah malam keesokan harinya, Fyraz menyelinap masuk ke wad Arisya. Niatnya cuma satu.

Ingin menjenguk Muhammad Fayyadh.

Tangannya terketar apabila jemarinya bermain dengan pipi gebu si kecil itu. Lama jarinya di situ sebelum dagu yang sedikit terbelah, persis dengan dagu miliknya itu dicuit perlahan, tidak mahu tidur anak itu terganggu.

Fyraz tahan rasa sakit dalam dada.

Ini anaknya.

Anak yang terhasil atas perbuatan kejamnya.

"Assalamualaikum, sayang...papa datang ni..." perlahan kata itu ditutur pada telinga si kecil.

"Maafkan papa. Papa tak layak untuk ummi Fayyadh..." air mata Fyraz yang jatuh pada pipi si kecil itu diseka.

Tidak menunggu lama, dahi Fayyadh dikucup lama, menyalurkan rasa sayangnya terhadap si kecil itu.

Lena Fayyadh sedikit terganggu. Cepat cepat tubuh Fayyadh ditepuk semula dan mujur, Fayyadh kembali lena.

Melihat Arisya yang sedang polos tidur itu, hatinya seakan meronta ingin melakukan sesuatu. Lantas, ubun ubun yang berlapik dengan kain selendang itu dikucup lembut.

"Ya Allah, andai ini definisi bahagia, sungguh aku tak sanggup untuk melepaskan mereka." hatinya berbisik sayu namun impiannya itu takkan mampu diluahkan.

Andai saja dia punya kekuatan yang cukup, sekarang juga dia mahu memohon maaf pada Arisya.

Tapi, tidak. Untuk seorang Fyraz, dia belum cukup kuat.

Arisya terlalu banyak menderita. Kerana itu, dia perlu ubah dirinya menjadi seorang lelaki yang baik, yang lebih bertanggungjawab supaya satu hari nanti dia layak untuk memiliki Hana Arisya.

Kucupan syahdunya dilepaskan. Ingin sekali wajah mulus itu dibelainya namun perlakuannya terhenti apabila akal warasnya menghalang.

Perlahan lahan, kaki melangkah keluar dari wad itu.

'One day, I'll find you. And I won't let you go.'

Itu janji dan tekad seorang Fyraz.

"Lepas dari hari tu, abang dah tak tengok Sya dari jauh. Abang dengan Adan selalu cari ustaz untuk tuntut ilmu agama. Abang bersyukur, Adan sentiasa jadi pendorong abang."

Fyraz berjeda seketika.

"Dan Sya, penyebab abang kuatkan diri untuk tempuh semua ni."

Fyraz mencempung tubuhku lalu didudukkan di birai katil. Duduknya berlutut di hadapan aku. Kedua dua belah tangan aku digenggamnya erat. Kepalanya langsung tidak diangkat sejak tadi.

Dan aku tahu, dia sedang menahan esakannya.

Aku lepaskan sebelah tangan dari genggamannya. Air mata yang tak henti mengalir aku seka sebelum turun menyentuh rambutnya.

"Sya maafkan abang." tiga patah kata dari aku berjaya membuatkan Fyraz mengangkat wajahnya.

"Waktu hari pengebumian Fayyadh, abang ada dekat situ. Abang dengar cakap orang yang mengata Sya. Sumpah, abang teringin nak cakap yang Sya langsung tak bersalah. Fayyadh anak abang tapi abang tak mampu..."

Tangisannya pecah lagi.

"Terima kasih untuk semua tu. Tapi cuma satu yang Sya sangat sangat terkilan. Sya tak dapat tunaikan impian Fayyadh sebelum dia pergi."

Air mata aku jatuh lagi.

"Ba...ba...baba..."

Bagai terngiang ngiang di telinga aku sepatah perkataan yang disebut Fayyadh ketika ajalnya menjemput.

Fayyadh sayang...ummi rindu anak ummi.

Terlalu rindu...

"Sekurang kurangnya, Fayyadh merasa ciuman abang untuk dia." aku cuba memujuk Fyraz dengan kata kata itu.

"Demi Allah, abang tak pernah tipu bila abang kata abang cintakan Sya. Abang tak pernah tipu bila abang janji untuk pegang tangan Sya, sampai syurga."

Hati berlagu indah. Pada setiap patah katanya, aku temukan sebuah keikhlasan.

"Abang nak jumpa Fayyadh dalam syurga. Tapi abang rasa tak layak untuk berdoa supaya Allah temukan abang dengan Fayydh di sana nanti." suaranya benar benar sayu tika ini.

Fayyadh...

Fayyadh nampak, kan?

Baba sayangkan Fayyadh.

"Maafkan abang..."

Aku mengukir senyum.

Beban yang pernah memberat di bahu satu ketika dulu seakan hilang serta merta.

Hati terasa tenang.

Terima kasih Tuhan...

Kedua dua belah pipi Fyraz aku pegang, mengarahnya untuk bertentang mata dengan aku.

Air matanya aku seka dengan ibu jari sebelum dahinya aku kucup lama.

"Sya maafkan abang. Taknak nangis nangis dah, tak macho la suami Sya macam ni." aku lepaskan tawa, cuba untuk menceriakan Fyraz.

Fyraz masih senyap. Tidak menunggu lama, aku mengambil langkah mengucup lama kedua dua belah pipinya. Dahi aku temukan dengan dahinya.

Perlahan, aku berbisik lembut.

"You know what? I'm ready to be yours..."

Kali ini aku nekad. Aku mahu robohkan satu lagi tembok yang tertinggal antara kami.

"Sya, please serious and abang taknak Sya menyesal once abang dah buat..."

Bibir merahnya aku kucup sekilas, menghentikan bicaranya.

"No regrets. I'm promise."

Fyraz masih nampak teragak agak.

"Taknak sudah. Offer datang sekali je." sengaja aku ingin menjual mahal dengan Fyraz.

Aku bergerak bangun dari katil. Pura pura merajuk dengan tingkahnya.

Belum sempat beberapa langkah, lengan aku ditarik dari belakang. Sekejap saja tubuh terasa melayang apabila Fyraz bertindak mencempung aku rapat ke dadanya.

"No regrets, huh? Well yeah, then I'll do it."

Aku sembunyi senyum.

Perlahan lahan, tubuhku dibaringkan ke katil sebelum Fyraz bertindak menindih dan kedua dua belah tanganku ditekan rapat ke tilam.

Pandangan mata Fyraz bertukar liar. Cukup menceritakan segala keinginannya. Bibirnya hinggap di seluruh wajah aku. Tidak menunggu lama, sentuhannya aku balas.

Fyraz menarik senyum dalam kucupannya.

Air mata aku jatuh setitis.

Tidak, ini bukan air mata penyesalan.

Aku bahagia, kerana lelaki ini benar benar ikhlas untuk memiliki aku.

"I love you. Only you. And forever, it's you." Fyraz berbisik rapat di telinga aku sebelum sepotong doa dibaca dan ubun ubunku ditiup lembut.

Dan segalanya berubah malam itu.










Tell me, your opinion about Fyraz

Continue Reading

You'll Also Like

366K 9.9K 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah...
368K 14.5K 76
Satu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tida...
565K 19.1K 59
Siapa kata cinta pandang pertama itu tidak wujud? Hadirnya Aafiyah yang pernah terluka memberikan tekad kepada Zaim Ammar untuk memiliki wanita itu...
6M 311K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...