[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•

By bmints

81.9K 8.8K 3.4K

Aku bukan ditiduri lelaki. Aku dirogol. Bayi ini mengingatkan aku kepada anak perogol yang aku kandungkan dul... More

INTRO
ONE
TWO
THREE
FOUR
FIVE
SIX
SEVEN
EIGHT
NINE
TEN
ELEVEN
TWELVE
THIRTEEN
FOURTEEN
FIFTEEN
SIXTEEN
SEVENTEEN
EIGHTEEN
NINETEEN
TWENTY
TWENTY-ONE
TWENTY-TWO
TWENTY-THREE
TWENTY-FOUR
TWENTY-FIVE
TWENTY-SEVEN
TWENTY-EIGHT
TWENTY-NINE
THIRTY
THIRTY-ONE
THIRTY-TWO
THIRTY-THREE
THIRTY-FOUR
THIRTY-FIVE
THIRTY-SIX
THIRTY-SEVEN
THIRTY-EIGHT
THIRTY-NINE
FOURTY
FOURTY-ONE
FOURTY-TWO
FOURTY-THREE
FOURTY-FOUR
FOURTY-FIVE
FOURTY-SIX
FOURTY-SEVEN
FOURTY-EIGHT
FOURTY-NINE
FIFTY
FIFTY-ONE
Novel and EBook
FIFTY-TWO
EPILOGUE
New Story
THE BABY CLEAR STOCK

TWENTY-SIX

1.5K 188 101
By bmints

Double update💜










Chaewon terkebil-kebil memandang wajah Jungkook yang merona merah. Lama lelaki itu terpana dan terdiam mendengar permintaan isterinya.

"Anak baru?"

"Eung," Chaewon mengangguk beberapa kali. Wajah dia terlihat sangat polos, tapi permintaannya itu....

Lain macam.

"Awak macam tak nak je... Tak apalah," Chaewon mengemam bibirnya seraya menyimpan semula pakaian lama Chaerin.

"Bukan tak nak, tapi-"

"Tak apa, saya faham," laju Chaewon memintas ayat Jungkook. "Carilah duit banyak-banyak dulu untuk dapatkan anak kedua. Saya tunggu," Chaewon mencuit hidung Jungkook sambil tersenyum manis.

Jungkook turut tersenyum. "Boleh tahan nakal bini aku ni,"

"Saya bukan gatal nak buat benda tu, saya cuma nak anak," balas Chaewon  Sama macam kahwin, saya cuma tak sabar nak kita jadi family dengan ikatan yang sah. Bukan sebab lain. Awak faham maksud saya kan?"

"Faham," Jungkook mengangguk. "Kita tunggu Chaerin besar sikit lagi, biar dia dah boleh urus diri sendiri tanpa bantuan kita lagi, barulah kita ada masa untuk fokus kepada anak baru. Eung?"

Chaewon mengangguk setuju.

"Okey sekarang berhenti mengemas sekejap. Dah masuk waktu makan," Jungkook meraih tangan Chaewon keluar dari bilik.








*****





Maaf, mint nak skip boleh? Nak bagi konflik datang sksksksk.

Pada tahun berikutnya...

Bbuummm!!

Tangan Tuan Jeon menghentam kuat meja kerjanya sehingga berdentum. Dia benar-benar geram dengan sikap Junghyun yang semakin menjadi-jadi. Dia baru dapat tahu anak sulung kesayangannya itu melaburkan banyak duit syarikat dalam perjudian.

Kalau banyak menang tak apa juga, tapi hasilnya sia-sia! Namun Junghyun masih tak serik.

"Sudah! Papa tak mahu dengar lagi alasan kamu, Junghyun. Papa dah bagi banyak peluang tapi kamu makin naik lemak! You're fired! Tiada lagi jawatan presiden untuk kamu, sila angkat kaki sekarang dan jangan jejak lagi ke syarikat ni!" Hambur Tuan Jeon dengan wajah merah padam.

"Seriously?" Mata sembap Junghyun memandang papanya dengan wajah pana.

"Ada nampak papa main-mainkah? Get out now! Kemas barang-barang kamu sekarang, kosongkan bilik pejabat itu sebelum waktu balik. Papa dah tak ingin nak membela kamu lagi. Hisap dadah, laburkan duit syarikat untuk berjudi, I'm fucking done with you!"

"Jadi papa nak mula cari Jungkook untuk gantikan Hyun nanti?" Soal Junghyun. Wajahnya kekal tenang, namun tangannya menggenggam penumbuk kosong.

"Yeah, papa akan cari dia nanti... Kembali ke keluarga Jeon. Dan kamu... Blah dari rumah papa malam ini juga. Guna saja harta yang kamu masih ada untuk sara hidup sendiri, atau papa rampas kesemuanya seperti papa buat kepada Jungkook dulu. Faham?"

Junghyun mengetap rahang kuat. Dia mendengus kasar sebelum menapak keluar dari pejabat Tuan Jeon. Pintu dihempas kuat selepas itu.

Apa ingat Junghyun boleh mengangkat kaki semudah itu? Dia ada rancangan...

Mahu mengancam hidup Jungkook apabila adiknya itu sudah kembali.

Tuan Jeon mengeluh panjang. Tubuh dihempas ke kerusi sebelum tangannya mengurut dahi. Pening. Tak larat lagi nak bagi muka kepada Junghyun. Sejak lahir, Jeon Junghyunlah paling dibanggakan sementara Jeon Jungkook mendapat nasib yang sebaliknya. Disisihkan dari kecil.

Inilah yang selalu jadi kepada ibu bapa jika mereka bukan jenis lebihkan bongsu. Dapat anak pertama, kemain sayang. Maklumlah, teruja sangat sebab kali pertama ada anak. Dapat saja anak kedua dan seterusnya, tak terurus macam anak pertama dulu.

Namun, Tuan Jeon tidak berasa malu mahu mengambil semula Jeon Jungkook bagi menggantikan jawatan presiden. Dia tak mahu sesiapa pun mendapat jawatan itu selain anaknya. Mungkin juga boleh mengembalikan senyuman dan kegembiraan Puan Jeon. Sudah lama isterinya murung dan bersikap dingin dengannya kerana membuang Jungkook.

Tuan Jeon mencapai telefonnya, mendail nombor seseorang.

"Helo Tuan Jeon," jawab seseorang dalam talian.

"Helo. Saya nak kamu cari anak saya, Jeon Jungkook. Siasat di mana dia tinggal sekarang dan jika dia bekerja atau apa-apa mengenai dia, siasat juga. Siasat kesemuanya," Tuan Jeon mengarah.








*****







"Chaerin nak makan apa?" Soal Jungkook. Tubuh Chaerin didukung agar anak kecil itu boleh melihat menu yang terpapar di kaunter.

"Nak ayam!" Jawab Chaerin teruja. Jarinya menunjuk ke arah set ayam goreng.

"Nak ayam semua? Tak nak makanan lain?"

"Eung! Yin nak ayam je," jawab si kecil itu lagi.

Jungkook pun membuat pesanan kepada cashier. Memandangkan hari ini dia cuti dan baru dapat gaji, dia membawa anak dan isterinya makan di luar walaupun hanya McD.

Sesekali Jungkook melirik ke arah Chaewon yang setia menunggu di tempat duduk mereka. Takut benor biar bini duduk seorang-seorang. Chaewon tersengih saja melihat gelagat Jungkook. Comel bila lelaki itu banyak kali menoleh ke belakang mahu melihatnya.

"Chaewon-ah, tolong ambil makanan," pinta Jungkook sesudah cashier tadi menyediakan makanan mereka.

Chaewon segera bangun menuju ke kaunter. Mereka sama-sama membawa makanan mereka ke meja makan.

"Yeay ayam!" Chaerin terkinja-kinja dalam dukungan mahu mencapai ayam goreng namun tangannya dicepuk oleh Jungkook.

"Aipppp basuh tangan dulu," tegur Jungkook langsung si kecil itu mencemik.

"Sakitlah..." Rengek Chaerin seraya menggosok tangannya yang terasa sakit.

"Padan muka. Papa dah ajar kan, sebelum makan kena basuh tangan dulu,"

"Eung," Chaerin pasrah saja mendengar leteran ringkas dari Jungkook sebelum dia dibawa ke sinki.

Chaewon hanya tersengih melihat dua beranak itu. Dia pun tak setegas Jungkook dalam mendidik anak. Nak buat muka garang pun tak reti.

Setelah membasuh tangan, barulah mereka menjamu selera. Namun tidak untuk Jungkook, lelaki itu tekun mencubit ayam untuk Chaerin. Si kecil itu kalau dibiar makan sendiri memang punah jadinya. Chaerin pula ayam sudah dicubit untuknya laju dia menyuap ke dalam mulut. Jungkook tak habis cubit semua lagi dah menganga.

"Chaerin-ah, makan tu perlahan sikit. Kasihan papa tak dapat makan lagi sebab kamu melantak macam tu," tegur Chaewon lembut.

"Hehe," Chaerin hanya tersengih dengan muka comotnya akibat terkena sos. "Papa nah," Chaerin menyuakan ayam kepada Jungkook.

"Makan jelah," ujar Jungkook.

"Tak nak, papa makanlah,"

Jungkook menganga juga membiarkan Chaerin menyuapnya.

Tanpa mereka sedar, senyap-senyap Chaewon mengambil gambar Jungkook disuap oleh Chaerin. Dah jadi habit, apa saja momen Jungkook dan Chaerin, Chaewon akan mengambil gambar dua beranak itu. Comel baginya.









*****









Jungkook berehat di ruang tamu. Chaewon pula sedang menemani Chaerin tidur di dalam bilik, si kecil itu sudah kepenatan setelah berjalan sejak pagi tadi.

Jungkook termenung memikirkan hal anak dan isteri. Chaerin sudah belajar di tadika memandangkan umurnya sudah lima tahun, percakapannya juga lancar dan tidak pelat lagi.

"Kalau awak rindu, jomlah buat anak baru,"

"Carilah duit banyak-banyak dulu untuk dapatkan anak kedua. Saya tunggu,"

Ayat-ayat Chaewon itu selalu terngiang-ngiang di telinga Jungkook. Sudah setahun berlalu, wanita itu tidak lagi menyoal soal anak. Tapi dia tahu, Chaewon masih mengharapkan cahaya mata kedua mereka.

Tok tok tok!!

Jungkook tersentak tatkala pintu rumah diketuk kuat secara tiba-tiba. Dia pun bangkit lalu membuka pintu tersebut.

Serentak dengan itu, tubuh Jungkook bagai terkena renjatan elektrik. Jantungnya bertukar rentak, berdegup sangat laju secara drastik.

"P-papa?"

#abaikantypo

[21 Nov 2020 : 12.00 am]

Continue Reading

You'll Also Like

125K 14.5K 60
[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dar...
83.7K 5.9K 24
[ C O M P L E T E ] Entah lah ,aku rasa ff ni hambar gila
476K 24.1K 38
Highest ranking: #5 in fanfiction -tak berapa byuntae. kisah tentang hara seorang yeoja byuntae dan pasangannya jeon jungkook. Seorang artis terkena...
56.8K 2.4K 67
Appa Aku Nak Bayar Hutang Judi Tapi. Appa Tak Punya Duit Untuk Bayar Hutang Itu Dan Akhirnya. Appa Aku Jual Aku Dekat Seseorang Pemuda Yang Kaya D...