[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•

بواسطة bmints

81.7K 8.8K 3.4K

Aku bukan ditiduri lelaki. Aku dirogol. Bayi ini mengingatkan aku kepada anak perogol yang aku kandungkan dul... المزيد

INTRO
ONE
TWO
THREE
FOUR
SIX
SEVEN
EIGHT
NINE
TEN
ELEVEN
TWELVE
THIRTEEN
FOURTEEN
FIFTEEN
SIXTEEN
SEVENTEEN
EIGHTEEN
NINETEEN
TWENTY
TWENTY-ONE
TWENTY-TWO
TWENTY-THREE
TWENTY-FOUR
TWENTY-FIVE
TWENTY-SIX
TWENTY-SEVEN
TWENTY-EIGHT
TWENTY-NINE
THIRTY
THIRTY-ONE
THIRTY-TWO
THIRTY-THREE
THIRTY-FOUR
THIRTY-FIVE
THIRTY-SIX
THIRTY-SEVEN
THIRTY-EIGHT
THIRTY-NINE
FOURTY
FOURTY-ONE
FOURTY-TWO
FOURTY-THREE
FOURTY-FOUR
FOURTY-FIVE
FOURTY-SIX
FOURTY-SEVEN
FOURTY-EIGHT
FOURTY-NINE
FIFTY
FIFTY-ONE
Novel and EBook
FIFTY-TWO
EPILOGUE
New Story

FIVE

1.8K 205 35
بواسطة bmints

Assalamualaikum💜

Mint dengar ada orang menangis sepanjang baca chapter yang mint triple update haritu.

Tabah ya, nama pun sad romance kan hehe

Enjoy🌿










"Keadaan pesakit sekarang hanya 50-50,"

Ahjumma Ryu terasa lututnya seakan longgar. Nak rebah bila mendengar keadaan sadis Chaewon. Gadis itu sedang koma dengan kepala berbalut bersama wayar yang berselirat menghiasi tubuhnya.

"Bagaimana pula dengan anaknya?"

"Anak pesakit selamat, tapi dia hampir mati ketika kami cuba keluarkan tadi disebabkan pendarahan itu. Mujur masih tak terlambat,"

Ahjumma Ryu termenung pula. Anak perempuan Chaerin yang baru saja lahir beberapa jam lalu sudahpun diletakkan di wad bayi. Di depan matanya sekarang hanyalah seorang gadis yang terlantar menunggu takdir memberitahu sama ada dia akan selamat atau akan 'pergi' tanpa sebarang kata selamat tinggal.

"Doktor, boleh tak kalau saya nak doktor serahkan anak tu kepada sesiapa yang memerlukan?" Ahjumma Ryu bersuara semula.

"Kenapa pula?"

"S-saya tak sanggup nak jaga anak tu tanpa ibunya. Budak ni entah tak tahu lagi bila akan sedar. Saya pula masih bekerja dan saya orang miskin. Saya tak boleh sara diri saya kalau saya tak bekerja. Nak tanggung kos rawatan dia lagi..."

"Baiklah, kami akan uruskan hal itu. Tapi bagaimana dengan pesakit bila dia sudah sedarkan diri nanti?"

"Itu saya yang akan uruskan. Doktor kata dia akan menghidapi amnesia kan? Saya tak nak membebankan dia menjaga anaknya jika dia masih belum kuat mentalnya menerima semua ni. Serahkan saja kepada sesiapa yang nakkan anak yang tak ada ibu. Tapi..."

Ayat Ahjumma Ryu terjeda seketika sebelum dia menyambung.

"Tolong namakan anak itu Han Chaerin,"









*****







"Terima kasih," wanita cantik di hadapan Ahjumma Ryu menayangkn senyuman manis ketika bayi bernama Han Chaerin sudah berada dalam pangkuannya.

"Sama-sama. Tolong jaga anak ni dengan baik ya?" Pesan Ahjumma Ryu.

"Eung," wanita itu mengangguk.

Ada seorang lagi wanita yang merupakan adik kepada wanita itu, memandang serius saja kepada kakaknya. Lagak seperti tak sukakan kakaknya mengambil tindakan mendapatkan anak angkat yang baru lahir.

"Kami pergi dulu," wanita itu mempamitkan diri kepada Ahjumma Ryu sebelum berjalan pulang diikuti oleh adiknya.

"UWEKKK!!!!"

Tiba-tiba bunyi tangisan bayi itu bergema sehingga membingitkan suasana hospital yang sunyi itu. Semua orang yang lalu-lalang di situ memandang je arah dua orang wanita tersebut.

Ahjumma Ryu turut memandang pelik ke arah mereka yang mula cemas memujuk bayi bernama Han Chaerin itu namun tangisan anak kecil itu tiada tanda mahu berhenti.

"Aku syak budak ni tak nak berpisah dengan ibu dialah. Ibu dia ada lagi dekat sini tahu?" Ujar si adik.

Serba salah dia mahu biarkan kakaknya mengambil anak yang masih belum kehilanagan ibunya.

"Ibu dia pun tak tahu lagi masih selamat ke tak. Lebih baik aku ambil awal sebelum mak cik tadi merangkak cari ibu angkat untuk budak ni nanti" balas si kakak pula.

Si adik pun mengalah. Cepat- cepat mereka pergi dari situ sebelum lebih ramai tertumpu kepada mereka.






*****






Saja aku berikan namanya Han Chaerin. Aku harap Chaewon akan berjumpa semula dengan anaknya pada masa yang sesuai. Tapi aku tak sangka pula mereka hanya terpisah selama tiga bulan saja.

Melihatkan Chaewon masih mampu menjaga anak itu walaupun susah, aku tak pernah menghalang mahupun menyuruh dia agar serahkan anak itu kepada orang lain. Aku rasa aku tak ada hak lagi nak memisahkan mereka buat kali kedua.

Jadi, hanya dua perkara saja yang aku harapkan. Berharap agar kehidupan Chaewon dan anaknya menjadi lebih baik. Aku juga berharap agar lelaki yang menjadi punca penderitaan hidup Chaewon akan datang berlutut meminta ampun dengannya.

Chaewon menoleh ke arah Chaerin yang sudah menerak dari pembaringannya. Anak matanya sudah bergetar memandang anak kecil itu dengan lidah yang kelu tak boleh bercakap.

Han Chaerin ialah anak kandungnya?

Diari Ahjumma Ryu diletak semula ke dalam kotak tersebut. Perlahan-lahan, dia bangkit sebelum merapati anaknya. Tubuh kecil itu diangkat seraya bibir Chaewon mengoyakkan senyuman.

"A-awak memang anak mama...." Laju anak kecil itu didukung erat langsung air matanya jatuh.

Patutlah selama ini dia amat menyayangi anak itu sejak kali pertama dia menjumpai Han Chaerin. Dia berfikir, mungkin perasaan ini disebabkan dia terlalu rindukan anaknya yang dikatakan telah meninggal dunia walhal Han Chaerin darah dagingnya.

"Ahjumma... Dah tipu Chaewon..." Tiba-tiba Chaewon melirih kesal.

Sungguh dia tak perasaan apa-apa yang curiga mengenai Ahjumma Ryu. Pandai sungguh wanita itu membuat helah sehingga apa yang disembunyikannya selama ini tertutup dengan sempurna.

"Patutlah awak langsung tak nak dijaga oleh ahjumma. Awak marahkan dia jadi punca kita berpisah eung?" Belakang Chaerin diusap lembut.

Chaewon mengangkat tubuh Chaerin agar menghadapnya.

"Anak mama..." Chaewon tersengih lebar langsung anak kecil itu turut menguntum senyuman.

Pipi tembam Chaerin dikucup berkali-kali membuatkan anak kecil itu tertawa geli.







*****







Chaewon membuka peti sejuk. Serentak dengan itu, mulutnya ternganga luas. Kosong. Tak ada satupun makanan mahupun sayuran di dalam peti.

"Sibuk sangat sampai tak beli barang dapur," omel Chaewon perlahan.

Bahagian beku pula Chaewon bukan. Hanya ais batu saja yang ada. Chaewom melepaskan keluhan.

"Aigoo.. Nak masak apa ni," Chaewon menggaru kepalanya.

Sudah seminggu dia tinggal di rumah lelaki yang hanya tahu namanya saja. Dia tidak memasak langsung di rumah itu kerana bekalan makanannya sendiri masih ada.

Sekarang dia sendiri tak tahu nak makan apa, barulah dia menjenguk ke dapur lelaki itu. Lauk pula tiada.

Chaewon pergi ke kabinet dapur. Salah satu pintu dibuka menampakkan sebuah tong besar berisi beras yang berbaki sesuku.

"Beras ada lagi. Bolehlah buat nasi goreng je,"

Chaewon menyelongkar lagi apa yang ada di dapur itu. Minyak masak, bahan-bahan lain masih ada.

"Fuhhh nasib baik ada juga benda aku boleh masak," Chaewon bercakap sendirian sebelum lengan bajunya disingsing ke siku.









*****









"UWEKKKK!!!"

"Ah sudah, dia dah bangun," Chaewon mulalah gelabah pabila mendengar anaknya meraung dari dalam bilik sehingga terdengar ke dapur.

Chaewon mengacau-ngacau nasi goreng di dalam kuali sebelum api ditutup. Dia lekas membasuh tangan sebelum mengatur langkah ke bilik.

Tengok-tengok pintu biliknya sudah terbuka luas. Tangisan Chaerin tidak lagi kedengaran.

"Eo? Bukan aku dah tutup pintu tu rapat-rapatkah?" Gumam Chaewon lalu menapak masuk.

Terasa badan telah direnjat elektrik selepas itu. Chaewon terpaku pabila melihat susuk tubuh Jungkook sedang mendukung Chaerin. Bayi itu tidak lagi menangis malah elok saja melentokkan kepala di atas bahu lelaki itu.

"B-bila masa awak balik?" Tanya Chaewon langsung Jungkook berpaling.

"Hmm... Dalam beberapa minit lalu?" Jawab Jungkook.

"Oh..." Chaewon hanya meng'oh'kan saja.

"Pergilah settlekan hal di dapur. Aku jaga budak ni,"

"Eh tak apa tak payah," laju Chaewon membalas. "Saya dah siap masak nasi goreng. Kalau awak nak makan pergilah, tinggalkan untuk saya sikit,"

"Tak nak, aku dah makan di luar," selamba saja Jungkook berjalan melintasi gadis itu bersama Chaerin dalam dukungannya.

Chaewon terdiam seketika sebelum dia menyedari lelaki itu telah membawa anaknya keluar dari bilik tersebut.

"YAHHHHH ANAK SAYA AWAK NAK BAWA PERGI MANA!!!!!!"









#abaikantypo

Macam ni panjang rambut Jeykey... Ni gambar edit ya.

[26 Oct 2020 : 10.55 am]

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

10.5K 885 11
[SHORT STORY] Dulu dia lemah, now? Aku je ke yang tak perasan? Aku takut ada perasaan nih.. WARNING📣 BANYAK KATA KATA KASAR K. MAAF Start:1 July 20...
83.7K 5.9K 24
[ C O M P L E T E ] Entah lah ,aku rasa ff ni hambar gila
4.8K 404 23
Haechan merupakan seorang bomba yg amat hebat.Dh hebat handsome pulak tu,so ramailah suka kt dia.Tapi hati terpikat pd seorang gadis yg masih berseko...
2.6K 251 14
Dani Inayat X Fareehal Dahlia