[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•

By bmints

81.5K 8.8K 3.4K

Aku bukan ditiduri lelaki. Aku dirogol. Bayi ini mengingatkan aku kepada anak perogol yang aku kandungkan dul... More

INTRO
ONE
THREE
FOUR
FIVE
SIX
SEVEN
EIGHT
NINE
TEN
ELEVEN
TWELVE
THIRTEEN
FOURTEEN
FIFTEEN
SIXTEEN
SEVENTEEN
EIGHTEEN
NINETEEN
TWENTY
TWENTY-ONE
TWENTY-TWO
TWENTY-THREE
TWENTY-FOUR
TWENTY-FIVE
TWENTY-SIX
TWENTY-SEVEN
TWENTY-EIGHT
TWENTY-NINE
THIRTY
THIRTY-ONE
THIRTY-TWO
THIRTY-THREE
THIRTY-FOUR
THIRTY-FIVE
THIRTY-SIX
THIRTY-SEVEN
THIRTY-EIGHT
THIRTY-NINE
FOURTY
FOURTY-ONE
FOURTY-TWO
FOURTY-THREE
FOURTY-FOUR
FOURTY-FIVE
FOURTY-SIX
FOURTY-SEVEN
FOURTY-EIGHT
FOURTY-NINE
FIFTY
FIFTY-ONE
Novel and EBook
FIFTY-TWO
EPILOGUE
New Story

TWO

2K 237 34
By bmints


Han Chaerin

Tarikh lahir : 2 April 20XX

Chaerin kuat menangis. Kalau awak saja yang menjaganya, kemungkinan besar dia tak boleh bersama orang lain. Dia akan menangis selagi awak tak ambil dia. Awak perlu berikan sebanyak perhatian yang boleh kepadanya supaya dia tak meragam.

Maafkan saya jika bayi itu membebankan awak

Satu lagi nota dijumpai oleh Chaewon tika gadis itu membelek-belek segala pakaian dan keperluan Chaerin. Dia melirik ke arah Chaerin yang masih nyenyak tidur di sebelahnya.

Dia pun perasan, malam tadi dia tak boleh langsung bergerak jauh sedikit daripada Chaerin ketika tidur. Bayi itu akan tersedar dan merengek. Mujurlah Chaewon tak mudah rimas dengan suara bayi menangis.

Klerk-

Chaewon membuang pandang ke arah pintu. Kelihatan Ahjumma Ryu seakan tersentak pabila melihat seorang bayi sedang tidur di sisi gadis itu.

"Dari mana kamu dapat baby tu?" Soalnya.

"Ada orang letakkan dia di depan pintu rumah malam tadi. Chaewon ambillah,"

Ahjumma Ryu terdiam seketika. Bagaimana malam semalam dia tak sedar Chaewon membawa masuk bayi ke rumahnya? Mungkin selesai saja makan malam dia terus berehat di dalam bilik, dia tak dengar dan sedar apa yang berlaku di luar.

"Ahjumma marah ke kalau Chaewon nak jaga dia?" Soal Chaewon.

"T-tak, tak marah. Tapi kamu kan masih belajar. Ahjumma bekerja. Siapa boleh jagakan dia bila kita tak ada di rumah?"

Chaewon pula yang terdiam.

"Tak lama lagi kamu nak exam untuk akhir semester,"

"Chaewon akan cari jalan penyelesaian," Chaewon kembali bersuara. "Tapi, setiap kali Chaewon hadir ke peperiksaan akhir nanti boleh ahjumma tolong jagakan budak ni buat sementara?"





*****




Beberapa hari kemudian...

"UWEKK!!!!"

Tangisan Chaerin bergema ke seluruh rumah kecil itu. Puas Ahjumma Ryu memujuk Chaerin namun tak menjadi malah makin kuat anak kecil itu meraung.

Chaewon bergegas keluar dari bilik air menuju ke bilik tidurnya. Maklumlah rumah Ahjumma Ryu hanya terdapat satu tandas saja sekali dengan shower.

Dengan tubuh masih bersarungkan tuala mandi, Chaewon mendekati Chaerin langsung menepuk-nepuk tubuh anak kecil itu. Tangisan Chaerin tidak lagi kedengaran namun bunyi keluhan Ahjumma Ryu pula menyapa halwa telinga Chaewon.

"Macam manalah ahjumma nak menjaga budak ni seorang diri kalau kamu tak ada?"

Chaerin hanya tersenyum tipis. "Tak apa, ahjumma cuba dulu biasakan diri dengan Chaerin. Lama-lama dia naklah dengan ahjumma kalau Chaewon  tak di rumah,"

"Yalah. Ahjumma nak ke dapur pula, nak sediakan makanan tengahari. Terbantut niat ahjumma tadi bila dengar Chaerin menangis,"

Chaewon tersengih. "Chaerin ni tak boleh langsung Chaewon tinggal dia. Kalau tinggal tengah tidur pun cepat je dia sedar,"

Ahjumma sekadar menggeleng seraya bangkit meninggalkan Chaewon bersama 'anak angkatnya'.

Chaewon menyeka air mata yang bersisa di muka Chaerin. Wajah comel itu ditenung sehungga menimbulkan perasaan kasihan dalam dirinya.

"Kasihan awak. Mesti awak jadi begini sebab terlalu dahagakan perhatian dan kasih sayang ibu bapa awak kan?" Gumamnya.

Chaewon membiarkan jari telunjuknya digenggam kemas oleh Chaerin. Sesekali anak kecilnya itu cuba menyumbat jari Chaerin ke dalam mulutnya.

Tak semena-mena, Chaewon teringatkan anak yang pernah dikandungnya dulu. Kata ahjumma, dia mengalami kemalang semasa perut sudah memboyot. Tunggu masa dia nak bersalin namun sayangnya, anak itu tidak dapat diselamatkan.

Pendarahan yang teruk membuatkan kandungannya lemas dalam perut. Dia pula tidak sedarkan diri ketika itu. Tambah pula dengan amnesia kesan daripada kemalangan tersebut. Setiap kali dia teringat, setiap kali itulah dia berasa sebak.

Jiwanya terseksa mahu melihat bagaimana rupa anaknya. Pasti sudah cukup sifat jasad dan fizikalnya.

"Mama tetap rindu anak mama walaupun mama tak pernah lihat apatah lagi memegang kamu," lirih Chaewon dengan mata yang berkaca.






*****





"UWEEKKK!!!"

"Sabar sayang..." ujar Chaewon.

Terkocoh-kocoh dia mengemas barangnya di atas meja belajar. Dia baru saja selesai belajar secara dalam talian bersama pensyarahnya.

Duit tambang bas dan duit poket sudah dikorbankan untuk keperluan Chaerin jadi Chaewon tak mampu untuk membelanjakan duitnya ke kampus.

Semua pensyarah yang mengajarnya sudah tahu dia kini hanya seorang gadis yang menumpang hidup orang susah. Tak pelik jika gadis itu kekurangan wang mahu belajar seperti orang lain.

Chaewon mendekati Chaerin yang terlantar di atas katilnya. Tubuh anak kecil itu ditepuk-tepuk namun tangisannya masih belum berhenti. Tahulah dia bahawa Chaerin sudah kelaparan.

"Sekejap ya, mama buatkan susu," Chaewon bangkit menuju ke kabinet kecil khas untuk keperluan pakaian dan susu Chaerin.

Tangannya pantas menyediakan apa yang patut sementara tangisan Chaerin belum reda. Kemudian, dia kembali duduk di sisi Chaerin sebelum menyumbat puting susu je dalam mulut anak kecil itu.

Diam. Hanya air mata saja yang masih berjuraian.

"Maaf, mama baru habis kelas sayang," ujar Chaewon lembut. Bukan sengaja dia biarkan Chaerin menangis lama.

Anak mata hazel Chaerin merenung tepat ke wajah Chaewon. Tangan Chaewon yang sedang memegang botol susu disentuh dengan tangan kecilnya.

"Cantik betul mata kamu," puji Chaewon.

Pasti ibu bapanya ada yang beriris hazel sehingga genetiknya diturunkan kepada Chaerin.

"Mama dulu suka sangat pakai contact lens warna hazel. Dalam banyak-banyak warna, warna hazellah yang paling sesuai dengan mama," spontan Chaewon bercerita kisah lamanya.

Memori mengenai waktu sebelum dia dibuang keluarga, dia masih ingat. Bagaimana cara hidupnya sebagai anak orang kaya, duit dan barangan mahal ibarat petik jari saja. Terlalu mewah.

Tahu-tahu saja, sekarang dia hidup melarat bersama seorang wanita separuh abad yang hidup miskin.

Wajah comel Chaerin kembali ditenung. Baru dia perasan, botol susu Chaerin sudah kosong namun anak kecil itu masih menghisap puting tersebut.

"Tak cukup lagikah?" Soal Chaewon. Dia menarik botol itu seraya meletakkannya di kaki katil.

Tubuh Chaerin diangkat lalu dia menepuk-nepuk belakang bayi itu sehingga Chaerin mengeluarkan sendawa halus.

Kemudian, Chaewon mengangkat Chaerin menghadapnya.

"Dua minggu lagi mama nak exam. Chaerin duduk diam-diam dengan ahjumma ya. Jangan cengeng-cengeng eung? Jadi budak baik,"

Pipi gebu Chaerin dikucup lembut. Walaupun anak kecil itu sedang dibesarkan oleh seorang gadis yang masih tak tentu masa depannya, Chaewon akan memastikan kebajikan Chaerin tetap terjaga seperti orang lain.

"Mama rasa, mama patut ambil diploma saja buat masa ini. Ada lagi setahun beberapa bulan sebelum mama akan graduate. Doakan mama murah rezeki ya? Mama nak cari duit lebih. Nak dapatkan kerja yang layak dengan diploma mama untuk sara awak,"

Chaewon tahu dia takkan dapat belajar lebih tinggi lagi. Ambil diploma saja sudah membuatkan Ahjumma Ryu bermati-matian bekerja demi menampung wang pengajiannya. Cukuplah sekali dia merasa menyambung pelajaran di menara gading.

Tamat saja diploma nanti, dia akan terus bekerja.






#abaikantypo

Maaf bosan, lambat lagi hero nak masuk dalam cerita ni. Satu lagi chapter mint fokuskan kepada Chaewon dulu sebelum Jungkook kesayangan korang masuk❤

[25 Oct 2020 : 4.35 pm]

Continue Reading

You'll Also Like

22K 2K 16
'→complete←' + Benarlah, cinta boleh membutakan kita. " Saranghae Park Jimin. " - Choi Ae Ra " Jjebal.. jangan cintakan saya. " - Park Jimin P/s : Fi...
55.1K 258 18
kisah seorang ustazah sekolah agama terjebak ke pelacur
473K 47.9K 36
Semuanya perlu berada di dalam genggamannya. Gelar si dia, Jeon Jungkook. Si Mr Sexy. Start: 18/10/2018 End: 02/12/2018 Photo [Using For Cover]: Cred...
67K 2.1K 28
ROAD TO 50K 💜 [BOOK EDISI K-POP] Jom berimaginasi bersama abang-abang kesukaan kamu semua. Cast : (Y/N) as Your name, reader. Bts - Jung Hoseok, Je...