RASMI MILIKKU

By LaylaInhara

737K 16.6K 1.9K

Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah... More

CAST
Prolog
1 •• Nikah
2 •• Resah
3 •• Sakit
4 •• Borang
5 •• Pergi
6 •• Pulang
7 •• Interview
8 •• Effa Amalin
9 •• Kerja
11 •• Bincang
12 •• Ayah
13 •• Diari
14 •• Pecah
15 •• Pinangan
16 •• Staff
🌹 GOOD NEWS 🌹
🎊 EBOOK SALE 🎊

10 •• LRT

21.2K 854 137
By LaylaInhara

"Dira, nanti waktu balik aku tunggu kat bawah." Hadif berkata perlahan selepas kami makan tengah hari bersama-sama. Hadif dan aku berbeza department.

Aku mengangguk setuju dan melangkah keluar dari lift yang tiba di aras sebelas. Ruang kerja aku kini di bahagian Research and Development. Dan aku belum bertemu dengan boss R&D kerana dia ada meeting di luar awal pagi tadi.

Duduk di meja, jari ku ketuk perlahan kerana tak tahu nak buat apa. Aku belum mendapat sebarang tugasan dari boss, jadi aku hanya merenung borang kursus lanjutan yang ditawarkan padaku dan Hadif oleh Puan Azniza tadi. Menurut Puan Azniza, kursus itu memang ditawarkan pada staff yang baru masuk bekerja dan bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan dalam skop kerja masing-masing.

Akhirnya, pen aku capai dan aku mula mengisi butir-butir peribadi aku di ruang yang disediakan.

"Eh, Nadhira kan?" Aku mengangkat kepala memandang ke arah suara yang menegurku.

"Ya. Ya.. Panggil Dira je." Aku bangun dan tersenyum.

"Boss panggil. Pergi sekarang ye." Dia memberitahu aku sambil menilik aku atas dan bawah. Riaknya seperti menyinis sedikit. Terus mata aku menghala ke bilik boss yang sudah terang benderang. Tadi sebelum keluar lunch, bilik itu memang gelap.

Terus aku jadi kecut perut untuk melangkah. Sebuah fail yang mengandungi segala butiran mengenai diriku dan sejarah pendidikanku aku bawa menuju ke bilik tersebut.

"Assalamualaikum."

Lelaki yang sedang duduk di meja itu mengangkat kepala dan memandang ke arahku tapi tak menjawab salamku. Lama aku berdiri tercegat di tepi pintu itu hingga akhirnya dia berdehem perlahan.

"Waalaikumsalam. Ehem.. Sila duduk." Dia menutup fail di hadapannya dan bersandar di kerusinya memerhatikan aku. Aku yang gementar hanya mampu menghulurkan senyuman.

"Nadhira Sofea.." Dia menyebut namaku perlahan sambil menghulurkan tangan meminta fail yang berada di tanganku. Terus aku hulur tanpa ragu-ragu.

Lelaki ini kelihatannya seperti berumur dalam lingkungan 30 an. Dia kelihatan matang dan berkarisma. Jambang halus di sekitar pipinya memang sangat menarik perhatian gadis-gadis untuk memerhati lebih lama. Gayanya smart, tapi tak dapat menandingi aura kekacakkan Raez Rafael. Penuh dingin dan dominan. Raez mempunyai sepasang mata yang sangat memukau. Matanya itu mampu menakluki jiwa seseorang. Matanya mempunyai daya untuk menguasai hati seseorang. Itu yang aku rasakan setiap kali memandangkan mata itu.

Ish!

Kenapa aku nak bandingkan lelaki ini dengan Raez pula? Aduhhh..

Segera ku balik ke realiti asal. Lelaki ini masih meneliti dokumen milikku dengan penuh kekusyukkan.

"So, nama I Hudzairi. Boleh panggil Hud. You akan berada di bawah seliaan I hingga tempoh perkhidmatan you confirm iaitu selama setahun." Suaranya perlahan dan matanya masih fokus memandangku.

"Ya.. baik Encik Hud." Aku hanya mengangguk kecil.

"I tak nak you panggil I Encik. Ia terlalu formal. Cukup dengan Hud. Nanti susah kita nak bekerja kalau terlalu formal. You akan kekok. Kalau kekok, macam mana nak ada kesefahaman kan?" Wahh! Gayanya kini sangat santai dan lebih mesra. Aku berasa sangat lega.

"O- okey Hud." Aku pula rasa segan. Dia ketua aku kot. Macam biadap pula hanya memanggil nama saja.

"So, Nadhira atau sofea?"

"Dira."

"Okey, Dira asal dari Ipoh? Sekarang menyewa?"

"Tak. Saya tinggal dengan ibu saudara saya."

"Oo.. Okey. You mengisi kekosongan tempat untuk administration of strategy and innovation. Jadi untuk permulaan ni, you hanya buat test untuk semua pelan-pelan inovasi yang telah ada. Boleh?" Mukanya serius memandang ke arah ku.

"Boleh. Boleh.."

"Okey, ni semua fail yang you perlukan. Oh, ya.. I dah minta cleaner bersihkan bilik sebelah ni. So, start from tomorrow you akan duduk di bilik sebelah and we'll work together as a good team. Allright?" Aku menganggukkan kepala.

"Good then. That's all."

"Thanks, Encik- I mean.. Hud." Aku tersenyum menutup segala kegugupanku.

"Er- Diraa.. You.." Dia kelihatan seperti ingin mengatakan sesuatu padaku. Aku yang telah berpusing menghadapnya masih menanti. "Nothing. Forget it." Tiba-tiba dia tidak jadi melanjutkan bicaranya.

Duduk di meja, aku teliti semula fail-fail yang baru diserahkan kepadaku sehingga bunyi deringan telefonku mengangguku.

"Hello..."

"Petang ni abang jemput Dira."

"Saya balik dengan kawan." Aku membidas cadangannya. Sebenarnya bukanlah cadangan. Dia lebih kepada memberi arahan.

"Abang jemput! Tunggu kat bus stop tepi office." Suaranya kedengaran keras. Seperti memaksa. Malas aku memanjangkan bicara, talian itu terus ku matikan.

Kenapa bus stop? Bukan lobi? Ye lah.. Takkan nak kantoikan diri dia dengan tunang sendiri. Aku tergelak perlahan menyedari kepintaran dan kecerdasan otakku. Lulusan oversea kut. Riak sekejap.

Teringatkan Hadif, segera aku hantar mesej kepadanya memneritahu bahawa aku tak pulang dengannya. Balasannya, dia menghantar emoji sedih dengan ayat kecewa. Aku tergelak lucu.

Hari pertama yang membosanku akhirnya tamat. Mahu tak bosan? Aku belum mendapat seorang pun kawan pada aras ini. Kebanyakkan yang menegurku hanyalah atas urusan kerja. Lebih kepada borak yang formal. Mungkin baru hari pertama. Bahu aku jatuh perlahan. Menarik tas tangan dan bersedia untuk pulang.

"Balik dengan siapa Dira?" Tiba-tiba Hud yang kebetulan mahu keluar dari biliknya menegurku.

"Hah? Err- I balik dengan sepupu." Aku berbohong. Sudah semestinya aku tak akan jelaskan bahawa aku sudah berkahwin dan pulang dengan suami kerana di borang resume yang aku isi sewaktu belum pulang ke Malaysia, aku nyatakan statusku adalah 'single'. Dan aku tak ada keinginan untuk betulkannya sekarang.

"Ohh. Okey. Jumpa esok." Dia terus berlalu ke bilik belakang. Mungkin mahu menemui kerani.

Aku pula terus melangkah ke lift. Dengan fikiran kosong aku menapak perlahan menuju ke bus stop di tepi office.

Tiga puluh minit menunggu, kelibat kereta Raez belum kelihatan. Aku jadi takut-takut pula. Memandangkan kawasan ini sedikit sunyi apabila menginjak ke petang.

Telefonku bergetar menandakan bunyi mesej masuk, pantas aku tarik telefon keluar dari tas tangan.

Raez:
Dira.. Sorry, abang ada hal. Urgent. Abang minta Khalid ambil Dira, ya.

Huh! Kalau aku tau macam ni, baiklah aku balik dengan Hadif tadi. Arghhh!! Menyesalnya!

Khalid adalah pemandu peribadi bapa mertuaku. Haruslah aku tak mahu. Tak memasal abang Khalid tu nak datang sini ambil aku pula.

Me:
Ok. No need. Saya balik dengan kawan.

Hanya itu yang aku hantar sebagai balasan. Kawan mana? Hesh. Masalah besar sekarang ni, aku kena cepat-cepat godek encik Grab.

Baru sahaja aku menaip lokasi, time tu jugak la bateri phone nak habis. Tu la padahnya menipu Dira oi!

'Sudah jatuh ditimpa tangga'

Tepat sekali peribahasa tu untuk aku sekarang ni. Telefon aku ni rasanya memang patut aku tukar baru. Soalnya, bateri hanya tahan hingga ke tengah hari saja.

Ke salah aku? Dari pagi aku tak ada kerja, jadi aku baca wattpad je. Mahunya bateri tak habis. Kuat jugak wattpad ni makan bateri.

Jadi, kesimpulannya salah wattpad. Aku perempuan kut. Perempuan mana pernah salah. 🤣 Dasyat, time-time macam ni pun aku boleh buat lawak sendiri dan sendiri gelak. Kesiannnnnnn.

Kepala aku dongak memerhati kalau-kalau ada teksi yang lalu. Meliar mataku memandang sana sini.

Duduk mengelamun sambil memikirkan apa yang perlu aku lakukan, bunyi hon kereta mematikan lamunan aku.

"Nadhira! Tunggu siapa?" Puan Azniza menegur aku sebaik sahaja menurunkan cermin kereta.

"Puan.. Saya tunggu teksi. Nak ke stesen LRT."

"Eh, mari la saya hantarkan. Hari nak hujan ni. Teksi memang susah dapat area sini."

Aku menggaru tengkuk sedikit menghilangkan rasa segan dan malu. Tapi aku rasa ini salah satu bentuk pertolongan dari tuhan. Dia hantarkan Puan Azniza untuk bantu aku. Aku hapuskan rasa segan, dengan rasa bersyukur aku meloloskan diri masuk ke kereta Puan Azniza.

Aku hanya berborak simple sahaja dengan Puan Azniza hingga tiba di stesen LRT. Hampir pukul 8 malam juga aku tiba di rumah ibu bapa mentuaku. Dengan berjalan kaki dari stesen LRT yang agak jauh dari rumah lebih kurang 3KM, keseluruhan baju dan seluarku basah juga kerana hujan sangat lebat. Jauh la kan, 3KM tu sebab jalan kaki. Kalau naik kereta rasa dekat je. Itulah, lain kali sediakan payung lipat dalam beg tangan.

'Sediakan payung sebelum hujan!'

Aku memilih untuk masuk melalui pintu dapur memandangkan bajuku yang basah teruk. Aku tak mahu kotorkan ruang tamu rumah.

"Puan! Ya ampun.. Kenapa sih basah-basah gini?" Bik Icha terkejut melihat keadaanku.

"Bik, tolong ambilkan tuala boleh?" Aku mula kesejukkan sehingga menggigil tubuhku. Bik Icha seperti lipas kudung berlari keluar dari dapur untuk mengambil tuala. Seketika kemudian, dia datang semula bersama dengan sehelai tuala kering.

Sambil mengelapkan baju dan seluar yang basah lencun, aku dipaksa minum air suam dari bibik supaya tidak demam katanya.

"Saya naik dulu, bik. Terima kasih untuk tualanya." Aku tersenyum pada bibik.

Saat ingin melintasi ruang tamu, langkahku terhenti di balik dinding yang menjadi laluan menuju ke anak tangga.

"Dira tak balik sekali ke, abang?" Tanya ibu mertuaku kepada Raez yang kedengaran sedang menutup pintu utama.



"Hah? Dia belum sampai ke? Abang minta dia balik dengan Khalid tadi, tapi dia beritahu yang dia balik tumpang kawan. "

"Belum sampai lagi. Dari tadi mama kat bawah ni. Makan malam pun cuma mama, papa dan Raiq je." Aku melihat Raez kalut menekan-nekan telefon pintarnya. Wajahnya kelihatan tegang dan berkerut.

"Tak dapat call dia lah. Pergi mana pulak tak sampai lagi?"

"Kenapa abang tak jemput dia? Dia kan baru lagi kat KL ni. Kawan mana satu yang dia tumpang?"

"Effa tiba-tiba bleeding tadi, mama. Banyak sangat darah. Abang bawakan dia pergi klinik. Semalam tak pergi kimo. Degil." Raez mengeluh berat.

Oh.. bawakan kekasih hati pergi jumpa doktor. Seharusnya lah isteri yang tak diingini ini ditinggalkan.

Dan untuk kali ke berapa entah hati aku terus disakiti. Hingga aku terlupa bagaimana rasa bahagia sewaktu aku meminatinya dalam diam dahulu. Menghapuskan air mata yang baru hendak bertamu, aku terus menghayun langkah kaki mendaki anak tangga menuju ke bilik.

Masuk saja ke bilik, aku terus mandi dan bersihkan diri. Moga saja aku tidak demam mahupun selsema.

Siap mendirikan solat, aku keringkan rambut dengan pengering rambut untuk hilangkan rasa sejuk.

Kedengaran pintu bilik dikuak kasar dari luar. Sudah ku jangka itu adalah Raez. Dia berdiri tercegat di hadapan muka pintu sambil memerhatikanku dengan mata yang tak berkelip. Aku langsung tak hiraukannya.

"Bibik kata Dira kena hujan? Balik dengan apa?" Tanya dia kerisauan. Risau ke? Aku langsung tak tolehkan muka memandangnya.

"LRT." Jawab aku pendek seraya bangun nak keluar dari bilik tersebut. Perut yang berkeroncong kerana aku tak sempat untuk makan malam harus aku utamakan sebelum nak bertekak dengannya. Aku perlukan tenaga yang banyak untuk bergaduh dengannya. Hahaha. Macam nak berperang pulak kan? Dah beberapa hari ni makan aku jadi tak menentu. Mesti berat aku makin susut.

"Dira.. Sorry. Tadi abang hantar-" Dia menapak untuk menghalang pergerakan aku.

"Tak apa.. Saya dah dengar semua tadi. It's okay." Aku mengelak apabila dia mahu menyentuh tanganku. Mata... tolong bertahan. Biarkan hati di dalam sana sahaja yang menangis.

Tak sangka, sebegini sekali rasa sakitnya perasaan yang jatuh pada tempat yang salah. Tapi rasa sakit yang aku rasakan dulu juga sedikit sebanyak mengajar aku untuk menjadi lebih kuat. Mencipta benteng ketahanan sendiri untuk nampak tegar. Padahal aku tak tidaklah sekuat itu.

"Tolong ya. Lepas ni kalau rasa tak boleh nak tunaikan sesuatu, jangan buat apa-apa pun untuk saya. Saya okey jer, dah biasa buat sendiri. Lagipun... ada Hadif." Sakit dan geram yang aku kumpulkan tadi aku lepaskan dengan setiap bait kata untuknya. Dan aku memang memaksudkannya kerana aku sememangnya benar-benar tak mengharapkan bantuannya.

Berlalu turun ke bawah, aku tengok atas meja makan memang dah licin. Rumah ini memang macam tu. Sebaik habis saja masa makan, pembantu rumah akan cepat-cepat clearkan meja. Kalau ada lauk tak habis pun akan disimpan di atas meja lauk di dapur.

Membongkok aku di kabinet bawah, mencari maggi cup yang aku pernah nampak. Tapi malangnya perisa kari kegemaran aku tak ada. Yang ada hanyalah perisa ayam.

Tak berfikir panjang, hanya untuk mengalas perut yang memedih sejak tadi, aku terus buka dan masukkan air panas.

Duduk di island table, aku hanya termenung sementara menanti maggi lembut.

"Kak Dira? Buat apa ni tak buka lampu?" Rubiena menegur aku. Baru aku perasan, aku memang tak nyalakan lampu. Hanya ada biasan cahaya lampu dari ruang makan dan belakang dapur saja yang menerangi sedikit ruang itu. Tidaklah terlalu gelap.

"Hai Ruby. Akak nak makan maggi. Nak join? Kak Dira lupa nak buka lampu tadi." Aku bangun dan terus memetik suis lampu. Rubiena seperti kehairanan memandang ke arah ku.

"Akak belum dinner ke? Kenapa makan maggi je? Ada lagi lauk dinner tadi. Kejap Ruby panaskan lauk."

"Eh, tak payah. Akak memang teringin nak maggi malam ni. Ruby nak makan jugak ke?"

"Tak, tak. Ruby nak ambil chips je. Malam-malam macam ni, Ruby kena mengunyah jugak. Padahal baru jer dinner tadi. Cookies yang akak buat hari tu dah habis." Dia mempamerkan memek muka sedih.

"Eh? Cepatnya habis. Sekali hadap je ke?" Aku tergelak melihat kesedihan yang sengaja dibuat-buat olehnya. Manja!

"Bukan lah! Abang dah kidnap balang tu.. Selamba jer dia masuk bilik Ruby diam-diam curi cookies."

"Ooh-- Err.. takpe, nanti akak buatkan yang baru untuk Ruby." Aku tak tahu ayat apa yang sesuai sebagai balasan. Selebihnya, aku terkejut biar betul Raez suka makan cookies aku?

Melihat aku mengelamun jauh seperti berfikir, Rubiena menghampiriku. "Akak... Sorry tau."

"Eh? Kenapa?" Aku pelik kenapa tiba-tiba dia minta maaf pula.

"Kemarin tu, yang majlis tu.. err.." Dia seperti gagap nak bercerita. Aku pulak gementar menanti sambungannya.

"Abang kan keluar awal pagi ganti papa jumpa wakil MIDEC. Dia memang tak dapat pergi majlis rumah kak Effa sebab meeting tu sampai ke malam. Tapi, petang tu papa minta abang pergi jugak rumah kak Effa sebab ada urusan bussines yang nak bincang dengan daddy Kak Effa. Kita orang ingat abang akan balik ambil akak. Sampai sana jer, terus abang tanya mana akak? Sebab dia ingat kita orang bawak akak sekali. Sama-sama salah sebab tak contact. Sorry tau... Lepas tu abang terus mengamuk, marah-marah dan terus balik." Jelas sekali rasa bersalah yang terbit dari wajahnya. Jatuh rahangku mendengar penjelasannya.

Aku pula terkedu hilang kosa kata untuk bertutur. Aku memang rasa lega mendengar semua penjelasan itu, tapi rasa marah dan geram untuk Raez tetap menghuni hatiku. Sebabnya dia terlalu relaks sehingga tak reti nak buka mulut untu bercerita denganku. Dan aku rasa seperti diabaikan.

"Tak apalah.. Dah lepas pun." Hanya itu yang aku jawab sambil tunduk memandang maggi yang dah terlalu mengembang penuh dalam cup hingga tak nampak supnya. Terus terasa hilang selera. Tapi sebab Rubiena ada di sebelahku, risau pula dia kata aku ni membazir. Terus aku bacakan doa dan menyuap maggi kembang.

"Akak bergaduh dengan abang ke?" Tanya Rubiena separuh berbisik.

"Eh, tak lah. Kenapa tanya macam tu?" Hal rumah tangga sedaya upaya aku sorok rapat. Supaya semua aib tertutup. Aku sedar, apa jua masalah tak seharus aku mencanang permasalahan yang bergolak itu kepada orang lain. Bukankah pakaian suami itu adalah isterinya. Begitulah sebaliknya. Itu yang ayah nasihatkan sebelum akad nikah dulu.

"Tak ada lah. Muka abang pagi tadi sebelum pergi office berkerut semacam je. Dia kata akak pergi dengan kawan. Ingatkan, akak bergaduh dengan abang." Rubiena tersengih panjang.

"Oh.. Akak memang tumpang kawan sebab kawan akak pun kerja situ. Lagi pun jauh pula abang nak hantar akak." Aku cuba meyakinkan Rubiena dengan alasanku. Garpu plastik di tangan aku hanya putar-putar sahaja. Serius aku seorang yang tak gemar maggi kembang!

"Akak buat lawak apa? Resort abang tu 500 meter jer dari office akak. Jalan kaki pun boleh sampai."

Gulp!

Sudah.. Dah terkantoi nak membohong. Aku memang tahu resort milik keluarga bapa mertuaku adalah Raviera Resort. Tapi aku tak tahu di mana locationnya dan aku sendiri pun tak cuba untuk mencari tahu. Tempat di KL ni memang aku failed, apatah lagi nama jalannya.

"Ehm.. Err-"

"Buat apa ni?" Sedang aku bergelut dengan otak sendiri untuk mencari alasan apa lagi untuk diputar, kendengaran suara Raez yang baru tiba di ruangan itu. Rubiena yang membelakanginya kelihatan terkejut. Sedikit sebanyak aku bernafas lega kerana jika lebih lama lagi, pasti Rubiena akan mengorek lebih dalam tengang permasalahan dalam hubungan kami suami isteri.

"Abang ni! Buat orang terkejut jer.. Ni tengok isteri kesayangan abang ni makan maggi jer untuk dinner. Teruk betul abang ni, langsung tak ada sensitiviti."

"Ruby yang ajak Kak Dira makan maggi kan? Kan ni makanan ruji Ruby?" Raez mengenakan adiknya.

"Mana ada! Ruby makan maggi sekali sekala je la!" Ruby sudah mula mencubit perut Raez yang giat mengusiknya. Raez melambakkan tawa.

"Kenapa makan maggi? Tadi petang makan apa?" Raez berbisik perlahan bertanya kepadaku. Ruby disebelahnya hanya diam memerhati.

"Tak sempat makan." Pendek jawapan aku dan aku tunduk memandang maggi. Tapi tangan Raez cepat menarik cup maggi milik aku dan menjenguk isinya.

"Ni dah kembang. Kenapa makan jugak?" Suara Raez kedengaran sedikit keras seperti ingin memarahi aku. Dan entah kenapa, ianya menghadirkan rasa sedih yang sedari tadi mencengkam hatiku.

Tepi meja aku genggam kuat, cuba menahan mata yang kian membahang untuk menurunkan hujan lebat sebentar lagi. Aku tak mahu dia lihat kesedihan aku, tapi perlakuannya sungguh agak melampau.

'Aku balik naik LRT sebab kau! Aku sorang-sorang sebab kau! Aku jalan kaki jauh-jauh sebab kau! Aku redah hujan sebab kau! Aku lambat dinner sebab kau! Dan kau boleh tanya aku macam tu lagi!'

Tak menjawab soalannya, aku tarik semula cup maggi dan garpu plastik itu aku putar untuk menyimpul maggi. Dan dengan tiba-tiba Raez rampas cup maggi itu dan dibawa ke tong sampah. Aku terus tercengang.

Aku lapar kot! Nak aku makan kau ke?!

"Pergi bersiap! Kita pergi makan." Dia bersuara kembali di sebelahku. Pantas aku menoleh kepadanya dengan pandangan geram yang teramat.

Dengan hela nafas yang sudah hilang rentaknya, aku mengacip gigi kuat. Langsung tak hiraukan Ruby yang sedang memerhatikan kami.

Mataku mula bergenang. Dia tak hiraukan aku satu hal, sekarang ni mengarah aku itu ini macam aku ni pekerjanya. Kalau cakap tu elok-elok tak apa la jugak. Kepala yang kian berdenyut membuatkan aku tak berdaya nak bertegang urat. Mungkin sudah ada tindak balas tubuhku akibat terkena hujan tadi. Pantas aku bangun dan menuju ke tingkat atas.

"Dira!" Panggilannya aku tak hiraukan. Biarlah apa jua persepsi Ruby terhadap kami. Kami memang dalam masalah.

Naik ke atas aku terus ke bilik air. Menghamburkan tangis yang menggila. Terasa nak balik rumah ayah jer. Tapi kalau aku balik sorang-sorang sudah tentu banyak soal jawab dari ayah. Terhenjut-henjut bahu aku mengeluarkan semua kesedihan sejak tadi.

"Dira! Kenapa ni? Mari keluar. Kita bincang..." Ayatnya sudah mengendur dan tonasinya sudah lembut. Tapi aku masih tak berdaya nak berhadapan dengannya. Dia yang penuh dengan rahsia itu sangat menyebalkan hatiku.

'Oh hati, kenapa kau masih tak mahu lepaskan lelaki ini untuk pergi menjauh. Aku sudah letih dan lelah berperang dengan perasaan ini.'

"Diraaaa.. buka pintu ni. Dengar cakap abang, please..." Dia masih mengetuk perlahan pintu bilik air tersebut. Tapi tangisanku tak ada tanda-tanda mahu berhenti.

Sedih yang cuba aku tahan sejak pagi tadi, aku lepaskan semuanya. Harapan aku agar segala rasa yang menyesakkan ini akan hilang selepas aku menangis sepuasnya.

Rasa lapar yang mengeroncong kuat tadi sudah hilang entah ke mana. Tak dapat nak menandingi rasa sakit, sedih dan kecewa yang sedang aku rasakan sekarang.

Hampir setengah jam aku bertapa dalam bilik air. Ketukan dari Raez juga sudah tidak kedengaran. Mungkin dia sudah tidur atau sudah keluar dari bilik ni. Merah dan sembap mataku akibat menangis terlalu banyak. Hidungku juga merah seperti badut. Aku basuh muka agar nampak lebih segar. Tapi langsung tak dapat hilangkan kesan tangisan aku sebentar tadi.

Merenung diriku yang penuh dengan ujian. Aku beristighfar agar aku tidak mengeluh. Pasti ada hikmahnya. Dengan perlahan, aku buka pulas tombol bilik air.

Terkejut aku bukan kepalang apabila melihat Raez tetap berdiri di hadapan pintu bilik air tersebut dengan mata memandang tepat ke arahku. Tangannya menahan tepi jenang pintu itu seperti sedang mengepungku.

"Raez... Saya dah penat. Tolonglah ceraikan-" Ayat aku belum habis, tapi tubuhku seperti melayang ditarik olehnya masuk ke dalam pelukannya.

Di hadapan bilik air itu, Raez memeluk aku kuat dan erat. Aku pula terkaku dengan perlakuannya. Tapi dalam keadaan lemah seperti ini, aku terasa dadanya sangat mendamaikan aku. Menghilang rasa sakit tadi dan menyerapkan satu rasa aneh didadaku. Tubuhku menggigil dan sekali lagi tangisanku pecah.

Lama aku menangis di pelukannya dan dia langsung tak melonggarkan jarak kami. Tetap erat seperti tidak mahu dilepaskan. Hingga akhirnya tangisanku berhenti sendiri.

"Kita makan ya. Nanti sakit perut." Dalam keadaan pelukan yang masih erat, dia memujukku lembut.

"Tak nak.. saya tak larat." Aku bersuara perlahan. Kedua tanganku yang berada disisiku sejak tadi aku cuba untuk menolak tubuhnya agar kami sedikit merenggang. Tapi langsung tak berhasil mencipta jarak.

"Okey, abang masak kat bawah. Sekejap lagi abang bawa naik atas. Boleh?" Dia masih memujukku lembut. Aku tak berdaya nak menjawab pertanyaannya. Yang pastinya aku ingin segera menjauh dari tubuh itu kerana harumannya sungguh mengkhayalkan aku ketika ini dan membangkitkan sesuatu di dalam tubuhku.

Aku pun pelik dengan tindak balas tubuh aku hari ni! Memusykilkan.

___________________________

🌹 Ebook dah ready. Pembaca boleh whatsapp saya untuk pembelian.

🌹 Happy ending

🌹 43 chapter

🌹 Jom ramai-ramai beli ebook Rasmi Milikku

Continue Reading

You'll Also Like

1.9K 55 5
"Aku suka kau!" "Awak cakap apa ni? Jangan merepek boleh tak? Saya nak tidur." "Aku tak merepek, sayang." *Gulp* Siapa sangka pertengkaran bagai anji...
38K 231 5
🐬PAID VERSION. DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 "You disgust me Grey Lawson!" "How is it when you sleep with my husband in the night our anniversary?" *****...
TABAH (U) By Mizz

Teen Fiction

294K 8.3K 38
#6 in romance (23/05/16) (EXANDERAWARD THE POPULAR AWARD) Sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis yang di sahkan hamil secara mendadak. dia ingin...
97K 2.7K 10
꧁༒•COMPLETE•༒꧂ 🌼 *•.¸♡ SHORT STORY ♡¸.•* 🌼 Perkahwinan 3 tahun tanpa zuriat sendiri? Suami kahwin senyap². Terlalu memilih kasih...