Hikayat Sang Pencinta ✔

By _louvrees_

141K 7.5K 305

Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cum... More

✘ Bab 1 ✘
✘ Bab 2 ✘
✘ Bab 3 ✘
✘ Bab 4 ✘
✘ Bab 5 ✘
✘ Bab 6 ✘
✘ Bab 7 ✘
✘ Bab 8 ✘
✘ Bab 9 ✘
✘ Bab 10 ✘
✘ Bab 11 ✘
✘ Bab 12 ✘
✘ Bab 13 ✘
✘ Bab 14 ✘
✘ Bab 15 ✘
✘ Bab 16 ✘
✘ Bab 17 ✘
✘ Bab 18 ✘
✘ Bab 19 ✘
✘ Bab 20 ✘
✘ Bab 21 ✘
✘ Bab 22 ✘
✘ Bab 23 ✘
✘ Bab 24 ✘
✘ Bab 25 ✘
✘ Bab 26 ✘
✘ Bab 27 ✘
✘ Bab 28 ✘
✘ Bab 29 ✘
✘ Bab 30 ✘
✘ Bab 31 ✘
✘ Bab 32 ✘
✘ Bab 33 ✘
✘ Bab 35 ✘
✘ Bab 36 ✘
✘ Bab 37 ✘
✘ Bab 38 ✘
✘ Bab 39 ✘
✘ Bab 40 ✘
✘ Bab 41 ✘
✘ Bab 42 ✘
NOTICE ALERT
✘ Bab 43 ✘
✘ Bab 44 ✘
✘ Bab 45 ✘
✘ Bab 46 ✘
TEASER
✘ Bab 47 ✘
✘ Bab 48 ✘
✘ Bab 49 ✘
✘ Bab 50 ✘
✘ Bab 51 ✘
✘ Bab 52✘
✘ Bab 53 ✘
✘ Bab 54 ✘
✘ Bab 55 ✘
✘ Bab 56 ✘
✘ Bab 57 ✘
✘ Special I ✘
Special II
New Books!
EBOOK

✘ Bab 34 ✘

2.1K 135 8
By _louvrees_

Dengan berbekalkan sedikit keberanian, aku melangkah masuk penuh yakin ke bangunan pejabat 14 tingkat itu. Aku cuba untuk tidak menghiraukan pandangan orang di sekeliling. Sejak minggu lepas lagi memang begini perhatian yang aku dapat.

Kalau minggu lepas, pekerja pekerja di pejabat ini kenal aku sebagai seoarang tea lady yang dikejar bos besar tapi hari ini sebagai setiausaha peribadi kepada Tengku Muhammad Fyraz Danial Ar-Rifqi.

Ya, jawatan itu terpaksa juga aku terima gara gara Fyraz yang tak sudah sudah mengugut. Mungkin juga, separuh lagi datangnya dari kerelaan aku sendiri. Ada benarnya juga kata kata Fyraz tempoh hari. Lagipula, tak mungkin aku mahu terus berhenti kerja dan menganggur semula.

"Amboi orang tu...dah jadi P.A tengku bukan main lawa sekarang!" aku hanya tersenyum pada Shahirah yang mengusik.

"Sebelum kak Safina berhenti kerja lagi dah ada orang offer nak jadi P.A dia tapi tengku tu senang senang je tolak tapi dekat Hana, dia sendiri offer jawatan tu. Hana dengan tengku betul betul bercinta ke?" kali ini aku tayangkan wajah bosan dengan soalan serkap jarang Shahirah. Mulalah tu nak jadikan bahan gosip.

"Mana ada..dulu Hana dengan Fyraz memang rapat tapi kitaorang kawan je."

Shahirah pandang aku dengan wajah tak percaya.

"Tak kisahlah bercinta ke tak. Yang penting, Adira tu menggelabah teruk bila dapat tau tengku offer untuk jadi P.A dia dekat Hana. Padan muka perempuan gedik tu! Sikit hari lagi, memang meroyan la jawabnya." kali ini kata kata Shahirah disertakan kutukan terhadap Adira.

Memang itu hakikatnya. memandangkan gosip dalam FDR Corporation ini tersebar lebih cepat berbanding koronavirus, hari yang sama Fyraz menawarkan posisi setiausaha peribadinya pada aku dan hari itu juga perkara tersebut diketahui para pekerja. Aku pun tak faham apa mereka ini berkerja atau hanya bergosip 24 jam?

Kata Shahirah, Anggun si kaki jilat Adira itu yang tukang bawa ribut gosip pada staf yang lain dan tentunya, Adira yang paling panas mendengar berita ini. Sampai hari ini, kalu berselisih dengan aku, jelingannya bagai nak tembus tapi tidak pula dia serang aku.

"Tak apalah Shirah, Hana masuk kerja dulu." aku meminta diri pada Shahirah apabila jam sudah menghampiri angka 9 dan Shahirah mengangguk mengiakan.

~~~

Hari pertama sebagai pembantu peribadi Fyraz, tidak ada lagi apa apa masalah pada aku memandangkan sebelum kak Safina berhenti ada beberapa perkara yang telah diajarkan tentang bagaimana mahu menyusun jadual harian Fyraz di pejabat walaupun aku masih sedikit kekok. Mujur Fyraz tak ada mengamuk pada aku apabila ada masa yang aku agak 'blur' dengan arahannya.

Untung juga kawan baik jadi bos besar.

"Sya, I nak pergi lunch. You nak ikut tak?" Fyraz muncul di pintu ruangan kerja aku dengan kata pelawaan.

"No need. Sekejap lagi I ingat nak beli nasi lemak kak Bib je." aku menolak ajakan Fyraz. Tak mahu aku cetus kontroversi lagi. Cukup la kejadian di kafe minggu lepas.

"Lepas lunch hour nanti you kena ikut I pergi tengok site. Make sure bagi kenyang. Alang alang tu, you tolong carikan file contract Alpha Resort dengan ring book I warna hitam dalam laci then letak atas meja I." Fyraz menitipkan pesan sebelum hilang dari pandangan.

Aku mengeliat bagi meregangkan semula otot sebelum melangkah ke arah ruang kerja Fyraz yang berhadapan dengan ruangan aku. Fail fail di dalam rak aku cari satu persatu untuk mendapatkan fail yang diminta Fyraz. Aku beralih pula ke meja Fyraz. Aku menunduk membuka laci mejanya. Tidak susah untuk mencari buku tersebut memandangkan kedudukannya terletak dalam laci paling atas.

Aku menarik keluar buku tersebut dari laci namun apa yang aku lihat benar benar menarik perhatian. Pada gegelang buku itu diselitkan satu rantai. Rantai berloket peluru. Persis dengan yang pernah Fyraz hadiahkan pada aku. Cuma yang lainnya peluru ini tidak diukir dengan nama sesiapa.

Rasa ingin tahu semakin kuat lantas halaman pertama buku itu aku selak.

"I've hurt her so much
But I can't heal the pain
And that was a big mistake in my life"
-2:35 a.m 11 July-

Halaman kedua...

"Andai masih wujud ruang dan masa antara kita
Benar, hanya kemaafan yang aku mahu
Maaf...maaf kerana pernah menghilang dalam waktu yang sulit itu"
-1:57 a.m 15 September-

Halaman ketiga...

"The night is getting older
I'm standing alone
Staring at the moon
Then I hope to be someone you love with all your heart
But somehow
I'm the one who broke the promises between us"
-4:12 a.m 26 December-

Halaman keempat...

"Apa masih ada batas peluang buat sang pendosa ini?"
-1:51 a.m 27 December-

Setiap halaman disertakan tandatangan Fyraz diakhirnya. Barisan tinta yang dicoretnya itu tanpa sedar, berjaya mengalirkan air mata aku. Tapi mengapa?

"Sya?" panggilan yang menjengah gegendang telinga itu membuatkan aku tersedar dari lamunan.

Melihat wajah Fyraz di hadapan, kelam kabut aku memasukkan semula buku yang aku jumpa tadi ke dalam laci. Air mata yang mengalir aku lap sebelum sempat dikesan Fyraz.

"Cepatnya you makan?" aku bertanya pada Fyraz yang seolah memandang aku dengan wajah keliru.

"You menangis ke?"

"Mana ada, rak tu yang banyak habuk!" spontan aku berdalih sambil menggosok kedua dua belah mata kemudian ketawa kecil sekadar menutup janggal.

"Tadi sebelum keluar, I pergi pantri. Bib kata dia tak jual nasi lemak hari ni. Tapi I ada bungkuskan nasi untuk you. Nah!" ujar Fyraz sambil menghulurkan plastik berisi polisterin makanan dari kafe pejabat.

"Err...turun kafe tadi I tak makan pun. Jom makan sekali?" Fyraz mempelawa namun cepat cepat aku mengambil plastik yang dihulurnya.

"I nak pergi toilet. You makan la dulu. Kalau tunggu I lambat pulak nanti." aku menolak lalu mengucapkan terima kasih pada Fyraz sebelum buru buru keluar dari bilik itu.

Aku tak yakin aku mampu kuat untuk duduk makan berdua dengan Fyraz di ruangan ini. Tambahan pula, aku tak mahu Fyraz bertanya lebih mengapa mata aku masih berair begini. Tak mungkin nak kantoikan sendiri yang aku baca buku peribadinya?

Aku kembali ke bilik lalu menghempas duduk di atas kerusi. Bungkusan nasi tomato yang dibeli Fyraz, sayang sekali tidak mampu menggugat selera.

Fikiran seolah terbang mengingatkan apa yang aku baca sebentar tadi. Bait perkataan yang ditulis Fyraz itu entah mengapa buatkan aku rasa sesuatu.

Apa yang terjadi pada Fyraz? Mengapa dia seperti terlalu rasa bersalah terhadap sesuatu?

Her...

Siapa yang Fyraz maksudkan? Boleh jadi Zahira, atau juga orang lain tapi siapa?

Kalau benar Fyraz memaksudkan Zahira dalam madah puisinya itu, apa mungkin kerana Fyraz menyesal tidak berjaya menyelamatkan gadis itu dari dibunuh musuhnya?

Ah, untuk apa aku bersusah payah memikirkan hal ini?

~~~

Pulang dari tapak projek, Fyraz mempelawa untuk menghantar aku ke rumah memandangkan waktu kerja sudah tamat untuk hari ini. Berkali kali aku tegah kerana pagi tadi aku pergi ke pejabat dengan kenderaan sendiri namun Fyraz tetap Fyraz dengan keras kepalanya.

Katanya, di pejabat tadi aku sudah menolak ajakannya untuk makan sekali jadi kali ini giliran aku yang perlu menurut katanya.

Macam mana aku nak buang perasaan aku pada Fyraz kalau begini jadinya?

Sepanjang perjalanan, hanya bunyi dj dari radio yang asyik bercoleteh lalu dimainkan lagu ke udara. Aku lihat Fyraz dari ekor mata. Sebelah tangannya yang direhatkan pada peha sesekali diketuk perlahan mengikut rentak lagu.

4 tahun lepas, gaya ini juga yang aku pernah lihat. Memang hobi Fyraz agaknya. Kalau dulu, ada waktu waktu Fyraz mengajak aku berkaraoke sama apabila lagu kegemarannya dimainkan di corong radio.

Tak pernah aku sangka, keadaan seperti dulu seolah olah dejavu untuk hari ini.

Fyraz memberhentikan kereta apabila sampai di lampu isyarat berwarna merah. Namun tiba tiba, Fyraz membalas pandangan aku yang jadi leka memerhatikannya.

Cepat cepat aku toleh ke arah lain apabila Fyraz menayang senyumannya.

"So...how is he?" suara Fyraz memecah sunyi.

"Siapa?" aku bertanya apabila kurang jelas dengan maksud soalannya.

Pandangan Fyraz memanah tepat pada anak mata aku.

"Muhammad Fayyadh."

Buat seketika, jantung seolah berhenti  berfungsi apabila sebaris nama seseorang yang benar benar aku rindu itu meniti di bibirnya.


































Vote gaisss thank you 3000000 😘

*Grammar cam banyak salah je hmm



Continue Reading

You'll Also Like

354K 22.7K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
39.7K 2.5K 71
[𝓢𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu sekolahlah pelajar lelaki yang sukakannya...
443K 14.8K 105
#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila me...
381K 10.7K 80
MYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seor...