Rahsia Takdir Antara Kita

De scarletwani

1.8M 51K 2.4K

COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah... Mais

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69

Bab 64

29.3K 650 1
De scarletwani

Pintu almari yang terbuka itu direnungnya lama. Sejak malam tadi dia membiarkan pintu almari itu terbuka. Tidak ada rasa untuk menutupnya.

Bangun pagi tadi dia terus mencapai telefonnya untuk menelefon Huzair, tetapi tidak dapat. Telefonnya tutup. Berkali kali juga dia cuba untuk call lelaki itu tapi masih tak dapat.

Hatinya diserang hiba, dia tidak menyangka suaminya itu dalam dia menyimpan penyakit kanser.

Patutlah selama ini dia perasan Huzair selalu sakit kepala dan muntah muntah. Malah wajahnya juga turut pucat.

Perasaannya yang sedih dan bercampur marah sebelum ini automatik hilang dan diganti dengan perasaan takut dan risau dalam hatinya apabila dia mendapat tahu tentang sakit Huzair.

Dia terus melupakan tentang kejadian lepas, dia juga turut melupakan marahnya pada Huzair.

Dia menyesal kerana mengusir Huzair keluar dari rumah dalam keadaan dia yang tidak sihat itu. Dia rasa dirinya tidak berguna. Sepatutnya sebagai isteri, dia seharusnya sentiasa berada di sisi suami yang sedang berlawan dengan sakit. Tapi tidak, sebaliknya dia selalu marah marah dan tidak mempedulikan Huzair.

Rambutnya yang dibiar tidak berikat itu dicengkam perlahan. Dia risau akan suaminya itu. Entah di manalah lelaki itu berada.

Janganlah apa apa berlaku pada dia..

"Hanis minta maaf abang. Hanis tak patut buat abang macam tu..", wajahnya jelas menzahirkan rasa kesal dalam hatinya.

Berjuraian air matanya mengalir dibiarkan tidak berlap. Menangis teresak esak dia.

"Cepatlah balik abang..", bisiknya sambil matanya mengerling ke arah jam di dinding.

Bunyi ketukan di pintu mematikan tangisan Hanis, segera dia mengelap air matanya dengan tapak tangannya. Dia menoleh ke arah pintu.

"Umi? Macam mana umi? Abah dah jumpa ke dengan abang?", Puan Rozi menggeleng lemah. Sudah puas Encik Samad mencari keberadaan Huzair tapi sampai sekarang tidak jumpa jumpa lagi.

"Macam mana boleh tak jumpa umi.. kampung kita ni kecik aje", Hanis kembali teresak esak.

Pantas Puan Rozi menghampiri Hanis lansung dipeluk bahu anaknya itu.

"Sabarlah nak.. Insha Allah nanti dia balik la tu. Dia dah janji kan nak pujuk Hanis sampai Hanis baik semula dengan dia.", Tangisan Hanis semakin menjadi jadi. Tak usahlah abang nak pujuk Hanis lagi.. Hanis dah maafkan abang dah pun.

"Hanis dah maafkan abang dah, umi.. tolonglah bawak abang balik sini. Hanis banyak salah dengan suami Hanis, umi.", Ujar Hanis. Dia menggoncang goncangkan tangan Puan Rozi.

"Ye umi tahu. Tapi mana lagi abah kamu tu nak cari Huzair? Merata dah dia cari, tapi tak jumpa jumpa. Hanis sabar lah kejap. Mesti Huzair balik nanti.", Berusaha dia memujuk anaknya itu.

Ke manalah menantunya yang satu itu pergi. Harap haraplah dia baik baik saja. Getus hatinya.

Hanis masih lagi menangis teresak esak, kalau ikutkan hatinya. Mahu saja dia keluar malam tadi untuk mencari Huzair memandangkan lelaki itu tidak menjawab panggilannya. Tapi dilarang oleh Encik Samad.

"Hanis takut.. Hanis takut kalau Hanis tak sempat nak minta maaf pada abang.", Hanis sudah mula berfikiran negatif.

"Hisy! Nauzubilahiminzalik! Jangan cakap bukan bukan Hanis. Insha Allah Huzair pandai jaga diri dia. Tak usahlah kamu bimbangkan dia.", Kata Puan Rozi. Tapi hakikatnya dia juga turut risau.

"Macam mana Hanis tak risaukan dia umi? Kalau tiba tiba dia sakit, lepastu takde siapa nak tolong macam mana?", Hanis sudah memandang Puan Rozi di sebelahnya.

"Sudahlah. Jangan fikir apa apa lagi. Sekarang ni, Hanis banyakkan berdoa supaya Allah sentiasa lindungi dia.", Hanis mengangguk cuma. Dia melentokkan kembali kepalanya di bahu katil.

Dia benar benar berharap Huzair tidak apa apa diluar sana.

***

Hanis sedang menunaikan solat zohor ketika Puan Rozi masuk ke dalam bilik tidurnya dengan membawa hidangan makan tengah hari.

Puan Rozi duduk di birai katil menanti Hanis menghabiskan solatnya itu.

Dia harus memujuk lagi anaknya itu untuk menjamah makanan. Pagi tadi pun langsung tak disentuhnya roti canai yang dibeli Encik Samad. Dipujuk makan, bukan main susah. Hanis memang banyak termenung sambil berulang kali menelefon Huzair.

Tidak lama kemudian, Puan Rozi mendengar suara Encik Samad memanggilnya daripada luar. Terus dia bangun melangkah ke luar bilik.

"Kenapa awak?", Tanya Puan Rozi.

"Tu ha. Anak sulung awak balik.", Kata Encik Samad sambil bibirnya dimuncungkan ke arah luar pintu.

Tergesa gesa Puan Rozi melangkah ke arah pintu rumah, di bibirnya sudah terukir senyuman gembira.

"Assalamualaikum.", Luqman memberi salam ketikan dia menutup pintu kereta.

"Waalaikumusalam.", Jawab serentak Puan Rozi dan Encik Samad.

Pintu di sebelah juga terbuka, kelihatan Dahlia keluar bersama perutnya yang kelihatan memboyot sedikit itu.

"Ya Allah rindunya umi dengan kamu berdua ni.", Ujar Puan Rozi sambil mencium pipi Luqman dengan Dahlia.

"Montel dah bakal ibu ni..", usik Puan Rozi sambil memeluk Dahlia.

"Yeke umi? Alamak. Tak boleh jadi ni.", Dahlia menyentuh wajahnya itu. Kemudian dia ketawa.

"Mari masuk.. panas kat luar ni.", Ajak Encik Samad selepas bersalaman dengan anak dan menantunya.

"Mana Hanis, abah?", Soal Luqman sambil matanya melilau mencari adiknya itu.

"Ada ha dalam bilik tu. Termenung je.", Jawab Encik Samad yang sudah duduk di sofa ruang tamu itu.

"Laa tak baik baik lagi ke Hanis tu? Masih lagi teringat suami dia?", Puan Rozi memandang suaminya di sebelah apabila diajukan soalan itu.

"Ya Luqman. Tapi kali ni berbeza sikit.", Luqman mengerutkan dahinya.

"Apa yang berbeza tu?"

"Kali ni Hanis teringat dan rindukan Huzair. Huzair datang sini hari tu. Cari Hanis.", Luqman terkejut.

"Dia datang sini? Berani betul dia datang cari Hanis lepas apa yang dia buat. Yang si Hanis tu pulak kenapa nak rindu rindu bagai?", Jengkel Luqman mendengar.

"Hisy Luqman. Jangan buat andaian melulu. Huzair datang sini nak minta maaf pada Hanis. Menyesal dengan kesilapan dia dulu.", Ujar Puan Rozi.

Luqman mencebik. Menyesal konon!

"Habistu Hanis maafkan ke? Senang senang macam tu je?", Tanya Luqman.

"Takdelah dia terus maafkan. Bukannya kamu tak tahu keras kepala adik kamu. Susah tau nak dipujuk Hanis tu." Puan Rozi menyangkal kata Luqman.

"Jadi kenapa dia bersedih kat dalam tu? Huzair mana?", Banyak pulak soalan Luqman ni.

Kelihatan Puan Rozi mengeluh perlahan. Tak tahulah dia nak beritahu bagaimana.

"Semalam, Hanis terjumpa satu Surat daripada pihak hospital dekat almari baju." Puan Rozi berhenti seketika. Luqman masih setia mendengar.

"Huzair hidap kanser otak."

"Astaghfirullahalazim.", Dahlia menekup mulutnya. Dia memandang Luqman di sebelah yang sudah terkedu itu.

"Jadi sebab itulah Hanis sekarang nak cari Huzair semula. Tapi masalahnya sekarang, daripada petang semalam sampai ke sekarang ni tak balik balik lagi dia.", Luqman hanya mendiamkan diri.

"Dah cuba call dia ke?", Soal Dahlia.

"Banyak kali dah call tapi tak dapat. Telefonnya tutup. Abah pun dah cari merata tempat dah tapi tak jumpa.", Beritahu Encik Samad.

"Assalamualaikum! Pak Samad oh Pak Samad!", Terdengar suara orang menjerit jerit daripada luar rumah.

Encik Samad memanjangkan lehernya melihat gerangan yang memanggilnya itu. Terus dia bangun menghampiri.

"Waalaikumusalam.. ha apahal ni Fuad? Terjerit jerit panggil aku?", Encik Samad memerhatikan Fuad yang termengah mengah kepenatan itu.

"Macam ni pak Samad. Kecoh orang kampung jumpa menantu Pak Samad pengsan kat tepi sungai. Huzair kan?",  Terkejut besar Encik Samad mendengar berita itu.

"Kamu ni biar betul Fuad? Yeke Huzair tu?", Terangguk angguk Fuad.

"Ya Pak Samad. Sekarang orang kampung dah bawak Huzair tu ke hospital dah. Berbuih mulut dia, pak Samad.", Beritahu Fuad. Sampai berbuih mulut dah teruk sangat dah tu. Terkena sawan mungkin.

"Astaghfirullahalazim. Yelah baiklah. Nanti aku pergi. Terima kasih ya Fuad.", Ujar Encik Samad sebelum menghantar pandangan Fuad yang telah berlari beredar dari situ.

"Ya Allah abang.. jom lah kita ke hospital. Cepat bang.", Gesa Puan Rozi yang sememangnya dengar perbualan antara Fuad dengan suaminya tadi.

"Ye ye jom. Awak pergi bagitahu Hanis.", Puan Rozi sudah berlari mendapatkan Hanis di dalam bilik.

"Luqman ikut abah.", Mengangguk Encik Samad.

Continue lendo

Você também vai gostar

79.3K 5K 28
A desperate new mother must piece together her memories from the most violent night of her life - and confront the truth about the ghosts that have b...
288K 18K 38
Larkin Knolls is a superhero. Combine that with being a sophomore in high school, and she's got her calendar booked. Homework, crime fighting, and th...
Camera De none

Aventura

277K 8.9K 60
My escape from Springfield, Massachusetts, came in the form of an exchange program to New Delhi, India, one plane ticket for 11:00 am on the thirteen...
13.1M 276K 46
*Wattpad Featured Story* While forbidden fruit is said to be sweeter...it usually is. Elliot Monroe always found herself tangled when it comes to lov...