Rahsia Takdir Antara Kita

Od scarletwani

1.8M 50.8K 2.4K

COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah... Viac

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69

Bab 40

27.1K 690 12
Od scarletwani

"Tahniah.. Puan mengandung. Dah 3 bulan.", Ucap doktor lelaki itu dengan senyuman.

Hanis bagaikan tidak percaya, dia menekup mulutnya memandang doktor di hadapannya.

"Betul ke doktor? Doktor tak tipu kan?", Soal Hanis membuatkan doktor itu tertawa kecil.

"Betul la. Buat apa saya nak tipu, Puan memang mengandung. Tapi pelik jugak saya, Puan tak perasan ke puan dah berbadan dua sekarang?", Hanis seperti hendak menangis mendengarnya. Hanis sekadar menggeleng.

Dia benar benar tak sangka. Keajaiban Tuhan. Patutlah dia merasakan perutnya membuncit sedikit. Tapi oleh sebab tubuhnya yang kurus itu, jadi tak nampak macam dia mengandung. Alahan pun takde sebelum ni. Ada pun sekadar muntah muntah biasa yang dia ingatkan masuk angin.

"Alhamdulilah.." ucapnya. Dia betul betul rasa bersyukur waktu itu. Ingin sahaja dia melakukan sujud syukur di situ.

"Tapi Puan kena jaga diri ya. Kandungan Puan masih awal lagi, kena sentiasa berhati hati, jangan buat kerja berat berat.", Nasihat doktor itu dijawab Hanis dengan anggukan.

"Terima kasih doktor. Saya minta diri dulu ya?", Dia bangun dan keluar dari bilik doktor.

Dia terus mendapatkan Puan Rozi dan Encik Samad di kerusi luar.

"Apa kata Doktor, Hanis?", Soal Encik Samad. Hanis menyembunyikan senyuman.

Puan Rozi yang melihat mata anaknya yang bercahaya itu seperti dapat mengagak apa yang hendak disampaikan.

Hanis menarik nafas panjang panjang, dihembusnya perlahan.

"Hanis mengandung!", Terlepas juga senyuman gembiranya.

Encik Samad tampak terkejut, dia memegang bahu anaknya itu.

"Betul ke? Abah dapat cucu la ni?", Hanis mengangguk, Encik Samad sudah menekup mulutnya dengan tangan.

"Wah Rozi, Kita dapat dua cucu la ni? Ya Allah gembiranya abah dengar, Hanis.", Tersenyum lebar mereka bertiga.

"Umi memang dah dapat agak dah yang Hanis mengandung. Daripada rumah tadi umi dah rasa. Rupanya betul, alhamdulilah.", Dia memegang tangan Hanis. Seronok betul dia bakal menimang dua cucu sekali gus.

Hanis tergelak kecil, kalau umi dan abah pun dah rasa gembira, Hanis yang mengandung ni pun tak terkata seronoknya.

***

Dahlia menepuk tangannya gembira, dia menjerit suka dengan berita yang didengarinya. Luqman di sebelah hanya membuat muka selamba, padahal dalam hatinya itu sudah berbunga bakal jadi Pak Long.

"Yeay! Kita geng lah Hanis. Cuma kita beza 2 bulan je.", Dahlia tersengih.

"Itulah, sebaya la anak kamu dua orang nanti.", Kata Encik Samad.

"Ha lepas ni jangan buat kerja berat berat dah. Duduk je rehat tau.", Hanis mengerutkan dahi.

"Habistu siapa yang nak tolong umi buat kerja ?", Soal Hanis.. Kasihanlah kalau Puan Rozi lakukan kerja rumah seorang diri.

"Abah kamu kan ada..", selamba Puan Rozi menjawab. Encik Samad yang berada di sebelah sudah terkejut dirinya disebut.

"Abah jugak yang kena..", rungut Encik Samad perlahan. Mengekek Puan Rozi ketawa.

Tiba tiba Hanis teringatkan sesuatu, abang..

"Umi, jom teman Hanis. Kita pergi rumah abang.", Air muka mereka berubah.

"Kenapa pula nak pergi sana Hanis?", Tanya Dahlia.

"Hanis nak bagitahu abang la yang Hanis mengandung. Mesti abang gembira.", Dia yakin kemarahan Huzair akan surut, apabila mendapat tahu yang dia bakal bergelar ayah.

"Ish tak payahlah. Abah takut dia masih marahkan kamu nanti. Buatnya dihalau kamu, kamu juga yang sedih. Ibu mengandung tak boleh sedih sedih nanti emosi terganggu.", Encik Samad bersuara. Dia tidak setuju dengan cadangan Hanis mahu ke rumah suaminya.

"Ala, dia kan suami Hanis. Dia berhak tahu, abah. Tolonglah hantar Hanis ke sana.", Rayu Hanis. Dia tidak kira, dia mahu juga ke sana untuk memberitahu berita gembira ini kepada Huzair.

Encik Samad sudah berdecit. Tak tahulah dia dengan kedegilan Hanis, entah perangai siapalah yang diikutnya.

"Hanis nak bagitahu jugak dengan abang. Hanis mengandung anak dia, dia patut tahu.", Ujar Hanis.

"Lagipun, abang marah tak lama. Dia mesti baik semula bila dapat tahu isteri dia mengandung anak dia.", Sambungnya lagi.

Encik Samad sudah menggeleng. Dia tak tahu ke kesalahan yang Huzair nampak padanya bukannya kesalahan kecil? Kesalahan yang amat besar yang tak dapat diterima oleh seorang suami.

"Tolonglah hantar Hanis ke sana.", Rayunya lagi.

"Yelah. Nanti umi hantar.", Akhirnya dia mengalah. Kasihan pulak dia pada Hanis.

"Eh apa pulak nanti umi. Sekarang la.", Hanis pantas bangun dari duduknya. Encik Samad pula sudah menggelengkan kepala.

Tak tahulah dia macam mana penerimaan Huzair tentang anak yang dikandung Hanis. Haraplah lelaki itu berlembut hati.

***

Butang loceng ditekan beberapa kali, hanya dia berseorangan yang naik ke tingkat atas. Dia tidak mahu Encik Samad dan Puan Rozi ikut sekali. Berkali kali juga mereka berkeras hendak ikut tapi dilarangnya. Biarlah mereka tunggu di dalam kereta.

Pintu tidak dibuka juga, dia menekan lagi sekali loceng rumah. Huzair tiada di rumah ke?

Tidak lama kemudian, kedengaran pintu rumah dibuka. Terjengul kepala Huzair di muka pintu, rambutnya juga terlihat kusut.

Hanis menghadiahkan senyuman pada Huzair.

"Kau nak apa lagi? Berani lagi ya kau datang sini. Aku dah halau kau semalam.", Huzair memeluk tubuh memandang Hanis di luar pagar.

"Abang, Hanis ada berita gembira nak bagitau abang.", Dia tidak mempedulikan kata kata Huzair.

"Aku taknak dengarlah berita kau tu. Kau pergi berambus sekarang."

"No, abang kena dengar jugak apa yang Hanis nak bagitahu ni.", Hanis cuba lagi untuk memujuk Huzair.

Huzair merengus kuat, dia memandang jengkel Hanis.

"Apa benda?", Soalnya.

"Bukaklah pagar ni dulu."

Seperti yang dipinta Hanis, dia membuka kunci pagarnya. Dia mahu perempuan itu bagitahu berita gembira dia dengan cepat lepastu pergi dari sini. Benci dia mahu menghadap mukanya lama lama.

Sejurus selepas pagar dibuka, Hanis terus menghampiri Huzair lalu menyalam tangan suaminya itu.

Huzair menepis kasar.

"Kau tak payahlah mengada nak salam aku. Kotor tahu tak!?", Jerkahnya. Hanis hanya tersenyum hambar, hatinya tergores sedikit.

"Ha cepatlah apa benda yang kau nak sangat bagitahu aku?", Hanis tersenyum simpul sambil memegang dadanya yang berdebar debar.

"Hanis pregnant!", Teruja dia menyampaikan ayatnya.

"Anak siapa?"

"Ha?"

"Anak jantan yang hari tu ke?" Senyuman Hanis mati. Keningnya bercantum, kerut dahinya.

"Apa abang cakap ni? Ni anak abang la.", Huzair tergelak besar.

"Mengarut! Itu bukan anak aku. Wah kau, dah main dengan jantan lain, lepastu mengandung, sedap kau kata tu anak aku kan?", Ujar Huzair.

Hati Hanis tersentap mendengar Huzair.

"Patutlah kau makan pil perancang hari tu kan? Sebab kau taknak kantoi kau mengandung anak orang lain! Rupanya dalam diam kau bersuka ria dengan lelaki lain.", Tuduh Huzair lagi.

"Perempuan apa yang aku pergi kahwin ni? Menyesal la!", Hati Hanis bagai disiat siat mendengar setiap biacara yang keluar daripada bibir Huzair.

"Entah entah, memang kau yang perangkap aku sampai aku kena kahwin dengan kau sebab kena tangkap basah. Memang kau kan!", Soal Huzair, kasar.

Tergeleng geleng kepala Hanis menafikan tuduhan Huzair terhadapnya.

"Geleng apa? Kau tak payah lagi nak nafikan yang kau tu memang jahat. Muka je baik tapi hati busuk!", Tengking Huzair.

Hanis sudah menitikkan air mata. Lidah dia bagai terkunci untuk berkata kata.

"Eii kenapalah aku pergi sentuh kau malam tu? Bila ingat balik, aku rasa jijik. Menyesal tahu tak?", Ujar Huzair lagi.

"Walau apapun, abang kena percaya yang anak dalam perut Hanis ni anak abang.. bukan anak orang lain.", Halus suara Hanis berkata kerana menahan sebak.

"Hanis berani sumpah! Hanis tak pernah curang dengan abang! Terlintas dalam kepala Hanis pun tak pernah. Kenapa abang sangsi dengan kesetiaan Hanis pada abang?", Wajah Hanis penuh dengan air mata. Rintih dia bertanya.

"Kau jangan nak sumpah sumpah bagai! Kalau kau betul setia dengan aku, habis.. apa yang aku nampak dalam bilik hari tu!!", Hanis ditengkingnya.

"Itu semua fitnah! Hanis difitnah!", Hanis sudah bersandar pada pintu rumah.

Huzair sudah mengalihkan pandangan pada tempat lain. Dia malas mendengar alasan yang dibuat oleh Hanis.

"Abang.."

"Jangan panggil aku abang la! Geli telinga aku dengar!" Hanis tidak mempedulikan kata kata Huzair.

"Abang pergilah tanya Rasya tu. Hanis rasa..dia..dia ada kene mengena dengan fitnah ni.", Huzair pantas memandang Hanis. Hatinya panas mendengar tuduhan perempuan itu terhadap adiknya.

"Kau nak tuduh adik aku yang buat semua ni dekat kau!?", Jerkah Huzair.

"Sebab Hanis terdenga.."

"Kau ni memang tak tahu malu! Dah buat salah, lepastu tundingkan salah tu pada orang lain!" Jerit Huzair.

"Kau dengan Tiara dulu sama jelah! Tak de beza, dua dua bodoh!" Habis arwah Tiara disebut sebutnya.

"Abang, janganlah cakap macam tu." Tutur Hanis, perlahan.

"Diam!!" Jerit Huzair.

"Aku dah taknak dengar apa apa lagi. Aku nak kau keluar dari rumah aku! Jangan kau cari aku lagi, aku dah anggap kau dah mati dalam hidup aku.", Hanis cuba meraih tangan Huzair tapi ditepis juga.

Macam manalah dia mahu meyakinkan Huzair yang dia tak salah. Bantulah aku ya Allah..

"Abang..jangan buat macam ni dekat Hanis. Tolong abang, percayalah cakap Hanis!", Rayunya.

"Abang sayangkan Hanis kan? Jangan seksa Hanis macam ni. Hanis tak sanggup hilang abang.", Pujuknya lagi.

Huzair menggeleng perlahan dengan senyuman sinis di bibir.

"Itu dulu Hanis..itu dulu. Tapi sekarang.. aku bencikan kau. Aku dah tak sayangkan kau, aku jijik dengan kau! Kau anggaplah kata kata cinta aku dulu itu hanya mainan aku. Aku tarik balik kata kata aku dulu, kau sekarang dah mati dalam hati aku! Jadi kau berambus dari sini!", Huzair menghalakan jari telunjuknya ke luar rumah.

Hanis diam tidak berkutik, hatinya sudah mendengar apa yang dikeluarkan daripada Huzair. Huzair memang sudah hancurkan perasaan dia.

Huzair sudah menolak nolak Hanis ke luar, tapi Hanis menahan dirinya. Dia tidak mahu keluar. Tapi apakan daya kudratnya yang lemah nak dibandingkan dengan lelaki itu.

Huzair terus menolak kuat Hanis menyebabkan Hanis tercampak ke luar pagar dan terhentak ke dinding.

"Pergi mampus! Aku tak nak tengok muka kau!", Tengking Huzair sebelum dia menghempas tutup pintu rumah.

"Ya Allah Hanis!", Jerit Puan Rozi yang melihat Hanis ditolak keluar. Dia mendapatkan Hanis yang teresak esak menangis.

Encik Samad sudah menahan marahnya melihat ke arah pintu rumah yang sudah ditutup.

Tiba tiba Hanis mengadu sakit, dia memegang bahagian perutnya. Rasa sakit yang teramat.

"Umi sakit.."

Puan Rozi memandang ke kain yang dipakai Hanis. Terkejut dia melihat darah yang banyak mengalir keluar melalui kainnya.

"Astaghfirullahalazim. Abang, cepat kita bawa Hanis ke hospital!", Gesa Puan Rozi. Panik dia melihat Hanis yang berdarah itu.

Sakit yang mencengkam bahagian itu menyebabkan matanya berpinar pinar, kepalanya terasa berat, dan akhirnya pandangan dia menjadi gelap.

*************



Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

1.8M 44.8K 45
Pertemuan antara Azwina Sofea dan Airul Syafiq telah mengubah hidup Azwina serta merta. Dari pekerja bawahan kepada seorang yang bergelar isteri. Ist...
445K 20.4K 45
[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berbeza perwatakannya. Dia lain, dia tak sam...
36.1K 4.1K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
848K 25.8K 44
Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Megat Hakeem yang sepatutnya melafazkan aka...