Hikayat Sang Pencinta ✔

By _louvrees_

141K 7.5K 305

Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cum... More

✘ Bab 1 ✘
✘ Bab 2 ✘
✘ Bab 3 ✘
✘ Bab 4 ✘
✘ Bab 5 ✘
✘ Bab 6 ✘
✘ Bab 7 ✘
✘ Bab 8 ✘
✘ Bab 9 ✘
✘ Bab 10 ✘
✘ Bab 11 ✘
✘ Bab 12 ✘
✘ Bab 13 ✘
✘ Bab 14 ✘
✘ Bab 15 ✘
✘ Bab 16 ✘
✘ Bab 17 ✘
✘ Bab 18 ✘
✘ Bab 20 ✘
✘ Bab 21 ✘
✘ Bab 22 ✘
✘ Bab 23 ✘
✘ Bab 24 ✘
✘ Bab 25 ✘
✘ Bab 26 ✘
✘ Bab 27 ✘
✘ Bab 28 ✘
✘ Bab 29 ✘
✘ Bab 30 ✘
✘ Bab 31 ✘
✘ Bab 32 ✘
✘ Bab 33 ✘
✘ Bab 34 ✘
✘ Bab 35 ✘
✘ Bab 36 ✘
✘ Bab 37 ✘
✘ Bab 38 ✘
✘ Bab 39 ✘
✘ Bab 40 ✘
✘ Bab 41 ✘
✘ Bab 42 ✘
NOTICE ALERT
✘ Bab 43 ✘
✘ Bab 44 ✘
✘ Bab 45 ✘
✘ Bab 46 ✘
TEASER
✘ Bab 47 ✘
✘ Bab 48 ✘
✘ Bab 49 ✘
✘ Bab 50 ✘
✘ Bab 51 ✘
✘ Bab 52✘
✘ Bab 53 ✘
✘ Bab 54 ✘
✘ Bab 55 ✘
✘ Bab 56 ✘
✘ Bab 57 ✘
✘ Special I ✘
Special II
New Books!
EBOOK

✘ Bab 19 ✘

1.8K 114 0
By _louvrees_

Agak lambat Fyraz menghantar aku malam itu. Sikit lagi menjengah tengah malam. Fyraz memarkir Audi R8 miliknya di seberang rumah aku. Fyraz keluar dahulu dari kereta sebelum membukakan pintu untuk aku.

"Esok you pergi kelas ke tak?"

"Kalau rajin I pergi." Fyraz hanya mengangguk.

Kami sama sama diam sebelum mata aku menangkap sosok tubuh seseorang-tak, dua orang! Mereka masuk ke dalam pagar rumahku dalam keadaan berpelukan. Si lelaki nampak mabuk manakala perempuan yang memakai pakaian yang cukup seksi itu memapah masuk lelaki di sebelahnya. Mereka kelihatan ketawa mesra sebelum lelaki itu bertindak mencium pipi si gadis membuatkan gadis itu terjerit suka.

Mata terasa hangat. Itu, papa aku...

Tiba tiba, tubuhku terasa ditarik ke dalam pelukan. Kepala aku dirapatkan agar bersandar pada dadanya. Haruman daripada tubuh Fyraz terasa masuk ke dalam rongga hidung.

"No, jangan tengok sana!" Fyraz menahan tubuh aku apabila aku cuba menolak dadanya.

"Raz, tak payah halang I! I dah nampak semuanya!" dalam pelukannya aku bersuara. Aku berusaha untuk jauh daripadanya.

Hidung aku terasa sesak dengan wangian tubuhnya. Jantung berdegup kencang apabila sebelah tangannya merangkul erat pinggang aku manakala tangannya yang sebelah lagi diletakkan pada belakang kepala aku.

"If that so, jangan tengok lagi. Just close your eyes. I don't want you to get hurt." pujukan lembutnya membuatkan kolam mata terasa panas. Dengan serta merta, tangisan aku berderai dalam pelukannya.

"Kenapa papa buat I macam ni..." aku bersuara lirih. Sakit. Terlalu sakit melihat adegan di hadapan mata sebentar tadi.

"Raz, bawak I jauh dari sini." dalam tangisan aku meminta pada Fyraz.

"But..."

"Just, take me away from here!" dalam tak sedar, aku menengking Fyraz.

Fyraz membuka pintu bahagian sebelah penumpang sebelum dia bergerak masuk ke dalam kereta.

Tangisan aku masih belum reda. Masih terbayang apa yang aku baru lihat tadi. Selama ini, bukan aku tak tahu perangai papa sebagai seorang kaki judi dan kaki botol itu. Tapi hari ini, aku betul betul tak sangka papa sampai berani bawa perempuan masuk rumah.

"Jerit kalau you nak." aku menggeleng.

"Jerit kalau you nak." suaranya ditekan sedikit tapi aku masih memilih untuk berdiam diri.

"Jerit sampai you puas!" desakannya kali ini membuatkan aku tak mampu bertahan.

Berkali kali aku menjerit nyaring dalam tangisan hingga aku berhenti apabila tekak terasa sakit.

"You nak tumbuk sandbag lagi?" Fyraz bertanya apabila tangisan aku mula reda sedikit demi sedikit.

"No need. Bawak I pergi tempat yang tenang sikit." Fyraz hanya mengangguk dan Audi R8 miliknya ini membelah kegelapan malam.

~~~

Aku tak tahu ke mana Fyraz bawa aku. Sepanjang perjalanan aku hanya memejamkan mata. Di hadapan aku sekarang ada sebuah tasik. Keadaan gelap malam tidak mampu menjejaskan pandangan aku. Kawasan sekitar ini nampak cantik dan bersih seperti begitu terjaga. Fyraz menarik tangan aku untuk duduk di atas rumput bersebelahan dengannya.

"If you want to cry, just cry on my shoulder." aku menggeleng tanda tidak mahu.

Fyraz dengan selamba menarik perlahan kepala aku agar bersandar pada bahunya. Serta merta aku menangis. Di dalam kereta tadi aku sudah berjanji untuk tidak menangis lagi. Tapi dengan hanya satu sentuhan lembutnya mampu membuatkan aku lemah sekali lagi.

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
Saat kau mulai terjatuh aku datang menyelamatkan mu
Ini syurga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertakhta

Tenang sayang ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemput mu
Jangan menangis hapus air matamu
Yakinlah ku tetap milikmu

Lagu itu dengan suaranya yang merdu benar benar membuai aku ke alam mimpi. Dengan keadaan angin yang menyentuh wajah, aku rasa tenang di samping Fyraz.

"I think I've fallen in love with you."

Bisikan lembut itu aku dengar hanya samar samar.

Mungkin, bisikan itu hanya dalam mimpi.

Mungkin...

~~~

Aku tersedar apabila Fyraz menggoyangkan bahu aku. Mata aku buka perlahan. Terasa berat untuk dibuka.

"Dah berapa lama I tidur?" aku menyoal dengan suara serak sambil menahan diri daripada menguap di hadapannya.

"Dekat sejam."

Terus mata aku segar!

"Sejam?" aku pandang Fyraz tak berkelip dan Fyraz hanya mengangguk.

"Sorry, mesti bahu you sakit tahan kepala I." aku menyatakan rasa kesal sebelum mengurut perlahan bahunya.

"It's okay. Dah, jom balik." Fyraz mengajak sebelum kami bangun dan menuju ke arah kereta.

~~~

"You nak I hantar you balik rumah ke?" teragak agak Fyraz bertanya namun cepat cepat aku menggeleng.

"No, I tak sanggup nak tengok apa yang jadi dekat rumah tu." aku menyatakan sebab aku tidak mahu pulang.

"Then? Ke, you nak stay rumah I untuk malam ni?"

"I telefon Sofea sekarang!" lagi laju aku geleng, menolak pelawaannya sambil tangan terus menyeluk beg tangn mencari telefon. Gila nak tidur rumah dia? Ada jugak yang kena tangkap basah nanti.

Berkali kali aku dail nombor Sofea tapi tidak berjawab. Aku mula mengeluh apabila lihat jam sudah menginjak pukul 2 pagi. Memang wajiblah dia terbongkang atas katil sekarang ni.

"Number Arin?"

"Dia kata dia baru tukar number."

"Kakak Sofea?" sekali lagi Fyraz mencadangkan memandangkan dia juga tahu Sofea itu adik kepada rakan sekelasnya.

"I tak ada number kakak dia. Lagipun kakak Sofea tak duduk satu rumah sewa dengan dia." aku menjawab sambil tangan masih cuba mendail tapi hampa apabila semuanya tidak berjawab.

Aku pejamkan mata seketika sebelum membuat keputusan.

"Raz, kalau I stay rumah you...you tak kisah ke?"

Streeettt!

Fyraz brek keretanya mengejut dan membuatkan kepala aku terhantuk di dashboard.

"Serius you nak stay rumah I?" Fyraz bertanya dengan nada tak percaya. Aih, tadi dia yang offer.

"Kalau you tak kisah..."

"Takpe, I okay!" bicara aku dipotong laju sebelum keretanya dipecut semula.

Fyraz membelok masuk ke sebuah kawasan penthouse apartment mewah. Dia memberhentikan kereta di tempat parkir bertingkat sebelum mengajak aku keluar.

"You tinggal dengan family you ke dekat sini?"

"Tak, I tinggal sorang."

Masuk ke dalam lif, Fyraz menekan angka 12. Tidak lama kami menunggu sebelum lif tiba di tingkat itu. Aku ikut saja langkah Fyraz hingga dia berhenti di hadapan sebuah pintu rumah. Fyraz mengambil dompet dan mengeluarkan kad akses masuk.

Pintu terbuka lalu Fyraz mempelawa aku untuk masuk dan aku terlopong sesaat dua. Ini, betul ke rumah orang bujang? Hiasan dan susun atur perabotnya nampak begitu kemas.

"You masuk la bilik ni. Nak mandi, tuala dalam wardrobe. Nak air buat la dekat dapur. I nak keluar kejap." Fyraz berpesan sambil membuka pintu sebuah bilik sebelum keluar dari rumah.

Aku duduk di atas katil sambil memerhatikan hiasan bilik ini. Simple but nice. Kemas dan tampak bersih. Aku bergerak ke arah wardrobe. Ada beberapa helai tuala yang berlipat. Niat mahu mandi. Badan terasa melekit selepas puas bermain di Berjaya Times Square tadi.

Aku ambil sehelai tuala sebelum melangkah ke bilik air yang tersedia di dalam bilik ini tapi kemudian, baru aku teringatkan sesuatu.

Gila ke nak mandi tak ada baju untuk ditukar?

Aku terus mengeluh. Aku tak biasa tidur sebelum mandi. Tapi malam ini, tak mengapalah. Tak mungkin mahu pinjam baju Fyraz. Dah sah sah dia itu lelaki.

Akhirnya aku kembali duduk di atas katil bujang itu. Mati kutu. Tak tahu mahu buat apa.

Ketukan kedengaran pada pintu. Aku buka dan Fyraz menghulurkan satu paper bag pada aku.

"Apa ni?" dalam kehairanan aku menyoal.

"Baju kalau you nak mandi." Fyraz menjawab tanpa memandang ke arah aku sambil menggosok belakang tengkuknya.

Selalunya kalau dia bercakap dengan gaya seperti ini, itu tandanya dia sedang tahan malu.

"Oh, thank you." aku berterima kasih sebelum menutup pintu bilik.

Aku memunggah isi paper bag itu. Ya, aku tabik dengan Fyraz. Bila dia kata baju, memang lengkap sekali dengan pakaian dalam. Spontan darah terasa menyerbu ke muka.

Tolong jangan cakap Fyraz yang pilih semua ni!

Arghh, malu lagi!

~~~

Selepas mandi, aku keluar dari bilik untuk mencari sesuatu yang boleh mengalas perut yang semakin lapar. Ya, 3 pagi. Pada awalnya aku rasa tak mahu keluar dari bilik. Segan dengan Fyraz tapi aku juga lapar dan perut aku perlu dimanjakan pada waktu waktu begini jadi aku putuskan untuk buat tak tahu saja.

"Milo 3 in 1 ada dalam rak dekat atas tu." aku terkejut melihat Fyraz di belakang. Aku langsung tak sedar bila masa dia masuk ke ruangan dapur ini.

Aku melihat rak yang dimaksudkan. Kaki terjengket jengket sebelum satu tangan lain lebih mudah mencapai paket paket milo di dalam rak tersebut.

"Dasar pendek." aku sempat dengar bibirnya menggumam.

"Buatkan untuk I sekali." Fyraz meminta dan aku hanya turutkan. Dia tuan rumah, takkan aku nak bantah pulak.

Tangan terasa menggeletar apabila Fyraz langsung tak berganjak daripada tempatnya berdiri. Masih di belakang aku dan aku rasa nak pengsan bila kedua dua belah tangannya mengunci aku diantara dirinya dengan kabinet dapur.

"Ni, air you dah siap." tergagap aku menutur sambil berpusing perlahan. Wajah Fyraz betul betul dihadapan aku dan hanya dipisahkan jarak beberapa inci.

Aku nampak bibirnya melirik senyuman nakal.

Aku hampir terjerit apabila dia semakin merapatkan wajahnya pada aku. Tangan yang memegang mug terasa menggeletar sebelum Fyraz bertindak mengambil mug itu dan diletakkan di atas kabinet dapur.

"You're so beautiful, girl." Fyraz berbisik betul betul di tepi telinga aku.

"You...you nak buat apa ni?" jelas getaran pada suara aku ketika menyoalnya. Makin luruh terasa jantung aku apabila Fyraz semakin mendekat. Apatah lagi dengan keadaannya yang hanya memakai wife beater berwarna hitam dengan seluar pendek, sumpah aku rasa sesak nafas.

Anehnya, aku seperti tak terdaya untuk menolaknya agar dapat melepaskan diri.

"Nothing, dear. Just...enjoying the beauty of you."

Dan suara husky itu sengaja dileretkan. Tangannya pula dengan selamba memintal mintal hujung rambut aku yang baru kering selepas mandi tadi.

Aku memejamkan mata apabila wajah Fyraz semakin mendekat. Takut untuk memikirkan apa saja kemungkinan yang boleh dia lakukan.

"Sya, kenapa blushing teruk sangat ni?"

Aku membuka mata apabila terdengar suara Fyraz yang seakan akan menahan ketawa.

"Hah?" aku blur. Sumpah.

Serentak, tawa Fyraz terhambur kuat. Langsung tak ingat untuk berhenti apabila dia makin galak ketawa sambil menekan perutnya.

Tersedar yang dia hanya mempermainkan, aku terasa seperti ada asap yang keluar dari telinga.

"You sengaja kan?!" aku menjerit padanya sambil menumbuk dadanya berkali kali.

Apa dia tak tahu ke aku hampir terlupa cara mahu bernafas tadi?!

"Tahulah tergoda!" aku mendengus kuat. Alahai, bodohnya statement...

"Sudahlah you!" aku menjerit padanya sebelum mengambil mug untuk dibawa ke bilik. Fyraz menahan dengan bertindak menarik tangan aku.

"Hei, tunggu la kejap!" aku hanya menoleh dengan pandangan malas.

"Yang you pakai tu, muat ke tak?"

"Hah?" sekali lagi aku blur.

"I tanya, muat ke tak?"

"Apa yang muat?"

"Tu..."

Aku mula tersedar apa benda yang dia maksudkan apabila renungannya memandang aku atas bawah dan akhirnya terhenti pada...dada?!!

"Pervert, pervert, pervert!" sekali lagi aku pukul kuat dadanya. Rasa geram lebih mengatasi perasaan malu ketika ini.

"Betul lah apa I tanya! Kalau tak muat you jugak tak selesa!" Fyraz masih menjawab tanpa aku berhenti memukulnya.

"Masalahnya tak payah tanya pun boleh, kan?!" ayat itu aku sudahkan dengan tumbukan paling kuat. Fyraz mendesis. Tahu pun sakit!

Baru beberapa tapak aku melangkah, sekali lagi tangan aku ditarik lantas mendorong aku ke belakang.

"Teman I tengok tv." aku baru mahu menjerit pada Fyraz tetapi laju saja dituturkan ayatnya itu.

"Dah pukul 3 you nak tengok tv lagi buat apa? I mengantuk nak tidur sekarang!" dah tentu tentu aku menolak keras apalagi setelah banyak kejadian yang memalukan aku di ruangan dapur ini.

"Tak payah mengada nak tidur. I tau you tak mengantuk, dah berapa jam you tidur dekat bahu I tadi tak campur lagi you tidur dalam kereta." Fyraz menjawab. Macam tahu tahu yang mata aku sememangnya tengah segar sekarang.

"Fine!" aku akhirnya mengalah dan Fyraz tersenyum kemenangan.

~~~

Fyraz membuka filem Fast and Furious 8. Cerita aksi tapi aku kurang berminat. Tapi bila tengok lama lama, seronoklah pula.

"Esok kelas I pagi. So, you macam mana?"

"You hantarkan I balik boleh, tak?" aku menyatakan permintaan.

"Serius you nak balik rumah?" Fyraz bertanya seperti tidak percaya.

"I nak ambil baju then pergi rumah sewa Sofea dengan Arin. Tak sanggup nak tengok muka papa dengan perempuan tu dekat rumah." aku menjawab tenang.

"Pergi rumah sewa nak I hantarkan ke tak?" Fyraz mempelawa.

"Takpe, nanti I cari teksi." aku memutuskan untuk menolak. Sudah terlalalu banyak aku menyusahkan dia.

Fyraz hanya bersetuju sebelum kembali fokus pada televisyen. Tiba tiba, mata aku terlihat satu bingkai gambar yang diletakkan pada kabinet televisyen. Tangan aku mencapai bingkai gambar itu. Gambar Fyraz dengan seorang gadis. Fyraz nampak sangat ceria dengan senyuman itu sambil tangannya memaut bahu gadis itu dan membuat gaya peace.

Gadis itu, sangat cantik...

"Adik you ke ni? Cantiknya dia!" aku bertanya sambil menunjukkan gambar itu pada Fyraz.

Fyraz seperti tergamam sebelum dihulurkan tangannya pada aku, meminta gambar yang aku pegang itu.

Fyraz merenung lama gambar ditangannya.

"My first love..." setelah beberapa lama menunggu baru Fyraz menjawab soalan aku.

"Beautiful." itu saja respon yang aku berikan sebelum kembali melihat skrin televisyen.

Mungkin aku terlalu tekun melihat televisyen hingga tak sedar orang di sofa sebelah sudah berbaring dan memejamkan mata dengan keadaan bingkai gambar tadi terletak elok dalam pelukannya. Aku bangun sebelum kembali duduk di lantai, bersebelahan sofa tempat Fyraz berbaring.

Kesempatan itu aku ambil untuk melihat wajah Fyraz dengan lebih dekat. Wajahnya nampak tenang dalam tidur. Benar kata orang, wajahnya hampir sempurna sebagai seorang lelaki kacak.

Kening yang agak tebal, mata yang tidak terlalu sepet dan tidak juga terlalu bulat, bibir yang cantik kedudukannya. Cukup merah untuk menandakan dia bukan seorang perokok. Wajah yang tiada cacat cela dengan jawline yang agak tajam. Dagunya sedikit berlekuk dan lekuk itu seperti menambahkan kekacakan wajahnya.

Baru aku perasan, di bawah mata kanannya ada satu tahi lalat kecil. Spontan tangan memegang tahi lalat pada wajah aku yang sama kedudukannya seperti Fyraz. Cuma bezanya, tahi lalat aku nampak lebih jelas berbanding miliknya.

He looks beautiful with that mole...

"Sleep well, Fyraz Danial." kata kata itu aku ucapkan perlahan sebelum menutup televisyen yang masih terpasang kemudian membawa langkah ke bilik.

Aku mengeluh kecil. Aku sendiri tidak mengerti dengan perasaan aku. Apa aku...sudah jatuh cinta pada Fyraz?

Tidak! Mungkin aku sayangkan Fyraz, tetapi tidak lebih sebagai seorang abang atau kawan. Walaupun dia terlalu baik dengan aku, mustahil aku perlu jatuh cinta padanya kerana dia juga menganggap aku sebagai teman baiknya.

Tapi sebentar tadi, aku tidak mengerti mengapa aku seperti cemburu melihat Fyraz merenung gambar gadis cantik itu.

Renungannya, renungan penuh cinta walaupun hanya pada sekeping gambar yang ditatap. Renungannya, lebih lembut dan redup daripada renungan yang selalu dihadiahkan untuk menenangkan dan mampu melemaskan aku.

Untuk itu, hati aku...terasa hancur.




Continue Reading

You'll Also Like

373K 14.7K 76
Satu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tida...
51.2K 3.7K 46
- Jarum masa itu ibarat satu petunjuk yang menyelak lembaran duka. - Oleh kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya, Kasih Amalin berubah men...
453K 21.3K 49
[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara...
311K 19.1K 54
~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 •...