Hikayat Sang Pencinta ✔

By _louvrees_

137K 7.3K 296

Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cum... More

✘ Bab 1 ✘
✘ Bab 2 ✘
✘ Bab 3 ✘
✘ Bab 4 ✘
✘ Bab 5 ✘
✘ Bab 6 ✘
✘ Bab 7 ✘
✘ Bab 8 ✘
✘ Bab 9 ✘
✘ Bab 10 ✘
✘ Bab 11 ✘
✘ Bab 12 ✘
✘ Bab 13 ✘
✘ Bab 15 ✘
✘ Bab 16 ✘
✘ Bab 17 ✘
✘ Bab 18 ✘
✘ Bab 19 ✘
✘ Bab 20 ✘
✘ Bab 21 ✘
✘ Bab 22 ✘
✘ Bab 23 ✘
✘ Bab 24 ✘
✘ Bab 25 ✘
✘ Bab 26 ✘
✘ Bab 27 ✘
✘ Bab 28 ✘
✘ Bab 29 ✘
✘ Bab 30 ✘
✘ Bab 31 ✘
✘ Bab 32 ✘
✘ Bab 33 ✘
✘ Bab 34 ✘
✘ Bab 35 ✘
✘ Bab 36 ✘
✘ Bab 37 ✘
✘ Bab 38 ✘
✘ Bab 39 ✘
✘ Bab 40 ✘
✘ Bab 41 ✘
✘ Bab 42 ✘
NOTICE ALERT
✘ Bab 43 ✘
✘ Bab 44 ✘
✘ Bab 45 ✘
✘ Bab 46 ✘
TEASER
✘ Bab 47 ✘
✘ Bab 48 ✘
✘ Bab 49 ✘
✘ Bab 50 ✘
✘ Bab 51 ✘
✘ Bab 52✘
✘ Bab 53 ✘
✘ Bab 54 ✘
✘ Bab 55 ✘
✘ Bab 56 ✘
✘ Bab 57 ✘
✘ Special I ✘
Special II
New Books!

✘ Bab 14 ✘

1.7K 117 2
By _louvrees_

"Raz, you boleh menyanyi kan?" aku menyoal Fyraz yang duduk di sebelah. Sejak kami semakin rapat, hobi baru aku adalah melepak di hadapan tasik kalau tak ada kelas petang dengan Fyraz. Selagi belum pukul 6 petang, memang aku tak akan balik ke rumah.

"Soalan apa you tanya ni? Menyanyi, semua orang boleh. Kalau you tanya suara I sedap ke tak, confirm I dah jawab."

Mentang mentang suara dia tahap boleh buat album, dia nak riak dengan aku.

"You nak suruh I menyanyi ke apa?" Fyraz bertanya apabila dia melihat aku yang seperti tengah tahan diri daripada membaling batu pada dia.

"Menyanyi satu lagu untuk I, boleh tak?" Fyraz pandang aku pelik apabila aku menyatakan permintaan.

"Nak buat apa?"

"Satu lagu je. I teringin nak dengar. Tak kisah you nak nyanyi apa. Boleh la..." muka aku comelkan sehabis baik dengan mata yang terkelip berserta pakej suara yang meleret dan pipi yang sengaja aku kembungkan.

Serta merta, ketawa Fyraz terhambur kuat.

"Gedik nak buat muka macam tu kenapa? Ingat comel?" mulutnya selamba mengutuk aku sambil jari telunjuk kanannya menunjal perlahan dahi aku. Kurang ajar ini anak!

Langsung aku tak pandang wajah Fyraz apabila dia masih mentertawakan aku. Bibir aku cebik dan tangan aku silangkan ke dada.

Tidak pernah ku sesali
Merindui begini
Masih jelas sehingga kini
Walau tak lagi di sisi

Bibir aku mengukir senyum kecil.

Aku mahu dikau tahu ketulusan cintamu
Satu keindahan rasa di kalbu
Tersimpan dalam hayatku

Namun hatiku reda
Ketentuan yang Esa
Jodoh bukan milik kita
Untuk melayari cinta

Andai ada waktu andai kasih dipertemu
Cinta pasti menunggu untuk dia dan aku

Aku perlu menerima
Pasrah dengan segalanya
Biarpun makin lemah denyut jiwa
Melihat kau membawa hati ini bersamanya

Aku kalihkan pandangan pada Fyraz.

Bahagialah kau cinta
Kasih sampai ke syurga
Walau diriku bukanlah pilihan
Kau tetap di jiwaku

Namun hatiku reda
Ketentuan yang Esa
Jodoh bukan milik kita untuk melayari cinta

Matanya terpejam rapat. Fyraz seolah tenggelam dalam dunianya sendiri. Dan entah kenapa, hati aku rasa sesuatu dengan nyanyian penuh perasaan itu.

Andai ada waktu andai kasih dipertemu
Cinta pasti menunggu untuk dia dan aku

Aku perlu menerima
Pasrah dengan segalanya
Biarpun makin lemah denyut jiwa
Melihat kau membawa hati ini...

Fyraz menyudahkan nyanyian namun matanya masih dipejamkan. Dia tersenyum senang. Seperti lega apabila rasa hatinya dapat diluahkan walaupun hanya melalui lagu. Apa yang aku lihat, Fyraz benar benar menunjukkan emosinya saat bait lirik lagu itu meniti di bibirnya.

"Lagu favourite you ke?"

"She was just seventeen back then, when I started to fall in love on the day my eyes laid on hers."

"She?"

"Cinta pertama I. She's the only girl that I really love. Of course, after my mom." bibirnya terukir senyum. Dan melihat senyum itu, kenapa aku yang terasa sakit?

"Dia ada dekat mana sekarang?" cepat cepat aku usir segala rasa yang tak enak sebelum sempat dikesan oleh Fyraz.

"I've found her. Tapi sayang, dia dah berpunya." sikit pun senyuman pada bibirnya tidak terhakis walaupun ada keperitan yang cuba disorok.

"Kalau suka, kenapa you tak confess dari dulu?"

"Dia budak lagi masa tu. Lagipun kalau dia tahu siapa I, you rasa dia boleh terima ke?"

"I boleh terima you!"

Fyraz seperti terkedu dengan kata kataku.

"No, I mean...I boleh jadi kawan you, kenapa dia tak boleh?" cepat cepat aku menerangkan sebelum sempat dia berfikir yang bukan bukan.

Macam mana aku boleh terlepas cakap macam tu? Atau, memang itu hakikatnya?

"I confess untuk jadikan dia milik I. Kalau boleh, for the rest of my life. Tapi semua tu...mustahil. You sudi kawan dengan I sebab you tak tahu apa yang pernah jadi dalam hidup I, kan?" bibir aku ketap kuat.

Saat itu aku sedar, aku mahu tahu segala perkara tentang Fyraz dan aku rela untuk terima, asalkan aku terus ada dengannya.

"Sya, pinjam phone." Fyraz meminta sambil tangan kanannya dihulurkan pada aku.

"You nak buat apa?"

"Bagi jelah, jangan kedekut!"

Setelah itu, tangan aku selukkan ke dalam beg untuk mencari telefon, sekadar mahu memenuhi permintaanya.

"Jangan bukak macam macam!" aku bagi amaran pada Fyraz sebelum menghulurkan telefon aku padanya.

"Password?"

"Bak sini I bukak."

"Aip, tak payah! Bagi tau je apa password you." dengan muka tak malu dia buat tak peduli siap menjauhkan telefon itu pada aku. Amboi, ingat harta milik dia agaknya.

"4 nombor belakang nombor telefon I." Fyraz tersenyum kemenangan apabila aku layankan saja kata katanya. Dan selepas itu, aku tak tahu apa yang digodam Fyraz kerana setiap kali aku dekatkan diri dengannya, dengan selamba dia menolak bahu aku supaya menjuh.

"Lepas ni, password phone you, FYRAZHENSEM. Caps lock tau!" Fyraz memberitahu sambil tangannya menari di atas papan kekunci. Entah apa lagi yang dibuatnya. Aku hanya menggelengkan kepala. Nak mengamuk sekarang? Jangan harap! Tak pasal pasal dahi aku ditunjal lagi nanti.

"Nah, balik rumah baru bukak tau!" Fyraz menghulurkan semula telefon pada aku.

"Raz, hantar I balik. Dah lewat, nanti papa I bising." aku mengerling jam tangan. 6.15 petang. Memang sudah lewat pun.

"Eleh, cakap la nak tengok apa I dah buat dekat phone you!" Fyraz meloyar buruk dengan aku. Bila aku menjelingnya tajam, baru dia mahu mengalah.

~~~

"Thanks hantar I balik."

"Eh, kejap! Tu papa dengan tunang you ke?" aku menoleh ke arah yang ditunjukkan Fyraz.

Ah, sudah! Syafiq tak cakap pun nak datang?

Tanpa sempat aku berkata apa, Fyraz sudah keluar dari kereta. Apa pulak dia nak buat ni?

"Assalamualaikum, uncle. Saya Fyraz, kawan Arisya. Maaf sebab lewat hantar dia balik." sambil itu, Fyraz menghulurkan tangan untuk bersalam dengan papa namun papa hanya pandang sekilas. Mujur Syafiq menyambut baik huluran tangan Fyraz.

"Kenapa Sya balik lambat? Syafiq tunggu lama tau tak?" aku mengeluh berat. Dah mula dah api kemarahan papa...

"Uncle, it's okay. Sya tak tahu pun Fiq datang singgah hari ni."

"Lain kali jangan nak melepak dengan jantan entah mana mana. Jaga sikit hati Fiq, dia tunang Sya!" kata kata Syafiq papa buat tak endah kemudian dengan rasa tak bersalah dia mengutuk Fyraz depan depan.

"Saya balik dulu uncle. Minta maaf sekali lagi." Fyraz berlagak tenang tanpa menunjukkan riak terasa dengan kata kata lancang papa. Kali ini seperti memahami, dia hanya menunduk hormat pada papa. Mujur Syafiq tak ikut berdingin dengan Fyraz.

"Fiq balik dulu, uncle. Hari lain Fiq datang lagi."

"Sya tunang Syafiq. Sikit hari lagi nak jadi isteri orang." papa berbicara sebaik saja kereta Syafiq hilang dari pandanga.

"Sya tau jaga batas. Papa jangan la risau."

"Papa bukan tak percayakan Sya, tapi Fyraz tu baik ke budaknya?"

"Sya tau la dia macam mana. Dia cuma kawan Sya. Papa jangan nak judge macam macam." aku membidas kata kata papa sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Sesuka hati je nak kata Fyraz begitu.

~~~

FYRAZHENSEM. Patah perkataan itu aku tekan satu persatu. Serta merta aku tergelak kuat.

Wallpaper aku turut ditukar dengan gambar Fyraz yang sengaja mengembangkan hidung dan mata yang dijuling ke atas. Dia ni, tak padan dengan bengkak dekat bibir!

Jangan sampai aku lebamkan biji mata dia esok. Dasar tak senonoh!

Continue Reading

You'll Also Like

704K 27.2K 71
Book 2 of The Faith. Romance | General Fiction "Kejujuran..Itu penting." "Saya sayangkan awak." "Pilih je lah dia apa masalah kau ?!" "Kalau kau ka...
190K 11.7K 46
Segalanya bertitik tolak daripada kerja paling gila aku pernah buat. Melamar Diff, kawan sendiri sebagai suami. "Kau nak kahwin dengan aku tak?" -Le...
824K 32.6K 56
#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang perta...
260K 14.1K 43
Previously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✔️) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik...