Hikayat Sang Pencinta ✔

By _louvrees_

141K 7.5K 305

Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cum... More

✘ Bab 1 ✘
✘ Bab 2 ✘
✘ Bab 3 ✘
✘ Bab 4 ✘
✘ Bab 5 ✘
✘ Bab 6 ✘
✘ Bab 7 ✘
✘ Bab 8 ✘
✘ Bab 9 ✘
✘ Bab 10 ✘
✘ Bab 11 ✘
✘ Bab 12 ✘
✘ Bab 14 ✘
✘ Bab 15 ✘
✘ Bab 16 ✘
✘ Bab 17 ✘
✘ Bab 18 ✘
✘ Bab 19 ✘
✘ Bab 20 ✘
✘ Bab 21 ✘
✘ Bab 22 ✘
✘ Bab 23 ✘
✘ Bab 24 ✘
✘ Bab 25 ✘
✘ Bab 26 ✘
✘ Bab 27 ✘
✘ Bab 28 ✘
✘ Bab 29 ✘
✘ Bab 30 ✘
✘ Bab 31 ✘
✘ Bab 32 ✘
✘ Bab 33 ✘
✘ Bab 34 ✘
✘ Bab 35 ✘
✘ Bab 36 ✘
✘ Bab 37 ✘
✘ Bab 38 ✘
✘ Bab 39 ✘
✘ Bab 40 ✘
✘ Bab 41 ✘
✘ Bab 42 ✘
NOTICE ALERT
✘ Bab 43 ✘
✘ Bab 44 ✘
✘ Bab 45 ✘
✘ Bab 46 ✘
TEASER
✘ Bab 47 ✘
✘ Bab 48 ✘
✘ Bab 49 ✘
✘ Bab 50 ✘
✘ Bab 51 ✘
✘ Bab 52✘
✘ Bab 53 ✘
✘ Bab 54 ✘
✘ Bab 55 ✘
✘ Bab 56 ✘
✘ Bab 57 ✘
✘ Special I ✘
Special II
New Books!
EBOOK

✘ Bab 13 ✘

1.8K 122 6
By _louvrees_

Rabu petang. Jam 4. Aku sudah berjanji dengan Fyraz untuk menyaksikan perlawanan bola keranjang yang disertainya sempena minggu sukan kolej. Aku rasa, mereka sudah mula bertanding dari pukul 3 petang tadi. Kelas petang hari ini baru saja selesai jadi tak dapat aku datang awal ke court basketball.

Aku ajak Sofea dan Arin. Pada mulanya Sofea tak mahu ikut tetapi Arin yang terkinja mahu lihat boyfriend spare partnya yang turut terlibat dalam pertandingan bola keranjang petang ini. Dah menyewa satu rumah dan Sofea yang jadi driver tak berbayar untuk Arin, terpaksa juga Sofea heret kaki sama. Arin itu, bukannya reti kalau nak tahan teksi sendiri.

Sedang dalam perjalanan, tiba tiba langkah kami terhenti apabila dua orang lelaki berlari dan berhenti betul betul di hadapan kami. Dengan memakai jersey sleeveless, aku dapat agak mereka dari court.

"Arisya, Raz bergaduh dengan opponent dekat court!" aku terkedu mendengar katanya. Bila dia mengangkat muka, baru aku dapat cam mukanya. Hazwan dengan seorang lagi yang aku tak tahu namanya.

"Ramai dah cuba leraikan diaorang, tak jalan jugak. Raz betul betul mengamuk kalini. I dah taktau nak minta tolong siapa. You rapat dengan dia, kan? Mana tau you boleh tolong?" dengan nafas yang tercungap cungap Hazwan meminta bantuan aku. Masih lelah mungkin kerana berlari tadi.

Tapi, aku nak tolong apa?

"Please, kalau dibiarkan lama, tak pasal pasal mati anak orang Fyraz kerjakan." dia benar benar meminta aku untuk menolong. Sofea menepuk bahu aku, mendorong untuk pergi.

"Fyraz ada dekat court ke?" Hazwan dan rakannya menghela nafas lega apabila aku bersetuju mengikut permintaan mereka.

~~~

"KAU NAK APA HAH?!" suara tengkingan Fyraz jelas bergema di seluruh dewan yang menempatkan court bola keranjang sewaktu kami baru tiba.

"BETUL KAN APA AKU CAKAP? KAU DAH BUAT KERJA HARAM, TAKNAK MENGAKU? BAIK MEREMPAT DALAM LOKAP LAH MANUSIA MACAM KAU!"

"Berani gila dia cari pasal!"

"Habislah, tamat jugak riwayat Ryan dekat tangan Fyraz." perbualan dua orang pelajar itu aku hanya dengar sekali lalu.

Dari jauh, aku dapat lihat tubuh Fyraz dan lelaki yang turut menengking Fyraz tadi ditahan oleh beberapa orang lelaki di sekeliling mereka.

Dengan mudah Fyraz melepaskan diri sebelum meluru ke arah lelaki itu dan dan akhirnya, bertubi tubi tumbukan hinggap pada wajahnya. Semua yang ada di court itu sudah menekup mulut, terkejut dengan adegan yang tak dijangka itu.

"Sya, takkan kau nak handle Fyraz dengan keadaan dia yang macam ni?" dalam keriuhan, Sofea menyatakan kerisauan dan dibalas dengan anggukan Arin yang turut bersetuju dengan Sofea.

Mampu ke aku?

"KAU TAK TAU APA APA BAIK KAU TUTUP MULUT KAU!" suara Fyraz menyentak aku dari lamunan.

Tanpa berfikir lama, aku terus berlari ke tengah gelanggang. Tubuh Fyraz yang sedang menindih lelaki tadi aku tarik kuat, menghalang pergerakannya sebelum tumbukan dilepaskan.

Raut wajahnya yang bengis tadi bertukar lembut apabila pandangannya singgah pada wajah aku. Rahang yang diketap kuat kembali mengendur. Jelas dia terkejut dengan kehadiran aku di sini. Pipi dan hujung bibirnya yang terpalit darah kelihatan membengkak. Pasti sebelum aku sampai, mereka sudah berbalas tumbukan.

"Weh perempuan, engkau boleh berambus! Aku tak habis lagi dengan manusia acah samseng ni!"

"Auch!" tak semena mena tubuhku ditolak kuat menyebabkan aku sendiri jatuh ke lantai. Aku mendesis perlahan. Sakit la tak guna!

"BANGSAT! KAU SIAPA NAK SENTUH DIA?!" suara itu keluar dari mulut Fyraz. Sekali lagi, penumbuknya dihayun padu menghentam muka lelaki tadi menyebabkan mulutnya memuntahkan darah.

Tak cukup dengan itu, tubuh Ryan yang sudah terjatuh itu dicekak lehernya, dipaksa untuk bangun sebelum tangan Fyraz yang sebelah lagi diangkat dan dihadiahkan pula penumbuk pada batang hidungnya.

Pak!

Aku yakin, rata rata mereka yang mengerumuni kami dapat dengar bunyi sesuatu patah. Dan aku tahu, cukup dengan satu tumbukan itu telah menjadikan hidung Ryan sebagai mangsa.

"Fyraz, sudah!" jeritan aku langsung tak diendahkannya malah dengan selamba cekakan Fyraz di leher Ryan dilepaskan kasar.

Fyraz mara lagi ke arah Ryan sebelum jeritan aku menghentikan segalanya.

"FYRAZ DANIAL, I SAID ENOUGH!"

Satu dewan memandang aku dengan riak tak percaya. Pasti terkejut, hak apa yang aku ada hingga mampu membuatkan langkah Fyraz terhenti.

"Kau berani sentuh dia lagi, mata kau aku butakan, tangan kau kudung, kaki kau dua dua belah lumpuh aku boleh buat!" suara penuh amaran itu Fyraz tujukan kepada Ryan yang sudah tidak bermaya.

Tangan Fyraz dihulurkan pada aku. Aku hanya menyambut sebelum dia membantu aku untuk bangun dan kemudiannya dia menarik aku, memaksa untuk mengikut langkahnya keluar dari dewan itu.

Hari ini, satu lagi sisi gelapnya ditunjukkan.

~~~

Aku bertindak memasukkan ketulan ais di dalam beg tuam untuk meredakan bengkak pada bibir Fyraz yang pecah. Tadi, dengan muka tak bersalah diheretnya aku ke bilik sakit dan menyuruh aku untuk merawatnya.

Dasar, aku bukannya budak medic nak suruh rawat bagai!

Dan alasan aku ditolak mentah oleh Fyraz. Katanya, cara untuk redakan bengkak itu pengetahuan umum. Aku akhirnya mengalah sebelum dia membebel lebih teruk.

"Kenapa you bergaduh dengan Ryan?" sambil itu tanganku melekapkan beg tuam tadi di tepi bibirnya.

Sungguh aku tak tenang. Keadaannya yang hanya memakai jersey sleeveless membuatkan aku cuba tahan mata daripada melihat biceps miliknya. Wahai mata...aku mohon bagi kerjasama!

"Sengaja. Dah lama tak bagi orang lain makan penumbuk I. By the way, kenapa you datang awal sangat? I baru ingat nak construct muka dia cukup cukup. Dia yang tak puas hati sebab kalah dengan team I, lepastu sesuka hati nak cari gaduh. So technically, Ryan yang salah!" jawapannya yang berunsur gurauan tak bertamadun itu menyebabkan aku tak mampu mengelakkan diri daripada menjeling Fyraz yang duduk di atas katil bilik sakit itu.

Construct? Apa dia ingat muka Ryan tu bangunan atau jalan tar agaknya?

Beg tuam itu sengaja aku tekap kuat sebelum Fyraz terjerit sakit. Padahal bukan aku tak tahu, dia memang sengaja tak mahu jawab jujur soalan aku memandangkan isu 'kegiatannya' yang menjadi taruhan.

"Buatnya koma takpun mati Ryan tu, apa you nak jawab dengan family dia?"

"Dia takkan mati kecuali kalau dia buat macam tadi."

"Buat apa?"

"Hurting you." saat itu, masa seakan terhenti apabila ayat itu meluncur keluar dari bibirnya dan pandangannya jatuh pada wajah aku.

Cepat cepat aku kalihkan pandangan apabila tersedar agak lama kami berkeadaan seperti itu. Aku perasan Fyraz juga nampak janggal dengan situasi itu. Dia pura pura batuk sambil menggosok perlahan belakang lehernya.

"You tunggu sini. I pergi toilet kejap." Fyraz hanya mengangguk. Cepat cepat aku keluar dari bilik sakit itu dan menuju ke arah tandas yang berdekatan.

Mata aku pejamkan sebentar dan bibir aku gigit perlahan. Cuba mengusir bayangan Fyraz dengan pandangan redupnya yang seperti asyik berulang tayang dalam fikiran.

~~~

"Masalah apa pulak kau buat harini?" terbantut niat aku mahu membuka pintu bilik sakit apabila terdengar suara lain di dalam bilik itu. Telinga aku dekatkan pada pintu, mahu mencuri dengar perbualan mereka.

"Nasib baik kolej ni atas nama nenda. Kalau tak, sia sia kau kena tendang keluar."

"Kau ingat aku nak sangat sambung belajar?"

"Dah tu kau nak jadi apa? Come on, Raz! It's already freaking eight years! Takkan tak settle lagi masalah kau?"

"Kau tak ada dekat tempat aku, better kau senyap!" bahuku terhinjut mendengar tengkingan Fyraz. Dahiku berkerut mendengar bicara mereka.

Pintu aku tolak sedikit apabila mereka mula senyap. Mata aku membulat terkejut apabila melihat Fyraz membuka kasar bajunya dari tubuh.

Aku berdehem kecil sekadar memberitahu kewujudan aku di situ. Kedua dua mereka menoleh ke arah aku. Aku hanya lihat sekilas wajah Fyraz sebelum mencari wajah lelaki yang berdiri sambil bersilang tangan di hadapan Fyraz.

Hah, Sir Irham?

"Maaf mengganggu. Saya nak ambik beg saya." kata kata itu aku tujukan pada Sir Irham apabila wajahnya jelas keliru apabila aku ada di situ.

"Awak buat apa dekat sini? Maksud saya, awak sakit jugak ke?"

"Saya..."

"Am, kau jangan sibuk boleh tak?" laju Fyraz memotong bicara aku sebelum aku sempat memberi jawapan. Sumpah aku nak tahu apa hubungan dua orang manusia ni.

"Awak tolong Fyraz ke?" kata kata Fyraz sebentar tadi seperti sengaja dibiarkan apabila dia masih menyoal dan aku hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Err...sir buat apa kat sini?" aku menyoal pula Sir Irham apabila keadaan kembali senyap.

Aku perasan dengan hujung mata, Fyraz sedang elok menjeling aku tajam.

"Sengaja nak melawat pelajar saya. Yeah, he's my beloved cousin anyway." katanya dengan tangan sengaja menolak kasar bahu Fyraz. Fyraz hanya menjulingkan mata ke atas tanda menyampah.

Sekejap! Cousin? Sepupu?

Dahi aku berkerut semula apabila ayat Sir Irham sudah dapat aku cerna dengan baik. Sir Irham ketawa kecil apabila melihat reaksi aku yang sedang mengalami kepelikan itu.

"Saya balik dulu, sir. Sekali lagi, maaf mengganggu." beg tangan yang aku letakkan di atas katil Fyraz aku ambil sebelum meminta diri untuk pergi. Bertambah janggal dengan adanya Sir Irham dalam bilik ini.

"Sya, you stay here! Kejap lagi I hantar you balik!" bicara Fyraz yang berupa arahan diktator itu menghentikan langkahku.

"Am, ada baik kau blah dulu."

"Ye, aku blah!" kata kata Sir Irham jelas menunjukkan tanda mengalah.

"Hana, thanks sebab jaga manusia terencat akal macam cousin saya tu."

"Kau diam la mangkuk!"

Sir Irham tersengih pada Fyraz sebelum melangkah keluar dari bilik sakit ini.

~~~

Tubuh aku rebahkan terus di atas katil sebaik saja kaki melangkah ke dalam bilik.

"I'm sorry, but this is not the right time for you to know the whole story about me."

Kata kata Fyraz sebelum aku keluar dari keretanya tadi terngiang dalam fikiran. Bicaranya membuatkan aku semakin ingin tahu lebih tentangnya apatah lagi setelah mendengar perbualan Fyraz dengan Sir Irham tadi.

Kalau aku dapat tahu tentang apa yang pernah berlaku dalam hidupnya dan ternyata ianya bukan perkara baik, mampu ke aku untuk terus berkawan dengan Fyraz?

Argh...Fyraz Danial, siapa you sebenarnya?

 

Continue Reading

You'll Also Like

116K 6.1K 68
(ART-ROMANCE) °2 ND BORN° Kepala dibotakkan, bekas cucuhan puntung rokok di segenap tubuh, lebam biru di merata-rata, parut dan torehan, kering air m...
381K 10.7K 80
MYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seor...
345K 22.6K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...