SELEBU

Da longxkelana

1.2K 53 20

Puisi-puisi kemelayuan. Altro

Rahmat Empat Puluh
Tanamelayu Dilanggar Kelawar
Riwayat Saka Penjajah
Pengemis Haloba Disusukan, Peribumi Mati Perlahan-Lahan
Biar Engkau Mati, Bukan Panji
Seri Wijaya Beka Melayu
Bayangan Kebayanan
Malayar Mahardika
Seloka Musibat Keparat
Angka-Angka Ungka
Tembah Hari Kurung Banua
Syair (ricau) Panji Hitam
Surat-Surat Tersurat
Syair Keris Pengantin
Jawi Jiwa Jawa
Dirgahayu Melayu, Daulat Tuanku!
Sembah Lebaran, Ampun Luar dan Dalam
Hikayat Layar Wangsa
Gurindam Akhir Zaman

Dondang Si Badut Gendut

65 1 0
Da longxkelana

Beduk sumbing dipalu sumbang
menari bertelanjangan menguak wewengan
bagaikan anjing ditambat hidung
menyalak-nyalak menggonggong-gonggong.

Kecil-kecil tak kena tampar
sudah besar membuat onar
kecil-kecil tak mahu kojol
sudah besar menyondol-nyondol
barangsiapa berjiwa Kitol
elok diacukan mukanya terakol!

Jangan dipecahkan perut
biar pecah berlerai di mulut
biar tak termakan seribu hasut membusut.

Gendang gendut tali barut
badut penghasut penjilat buntut
kalau tak mati terjerut
pasti semput tersedut kentut sendiri
pasti dah terlupa diri
hilang berandang peridiri
tak mahu tahu dan tak mahu mengaji
sampai terbabas jauh nun di gohong kiri!

Panji bangsa dirampus bertubi-tubi
menjadi rendeng penagih kesepuhan
tangan kanan hanyalah bayangan kabur menggapai Tuhan
keruhunan terbang jauh melayang-layang
hilang berterawangan dari pandangan
dilahap kelam agam.

Kepatihan ketuju ratu luluh tenggelam tidak berangkat
tangkap dan pasung pengkhianat laknat!
pancung jemalanya dengan Si Cura
bedilkan badan dengan rentaka
sampai hancur berkecai!
biar sampai relai lunyai
dan campak bangkainya ke sungai
buat sarapan buaya luncai.

(Tampoi, 2020)

Continua a leggere

Ti piacerà anche

238K 11.9K 50
Puisi jalanan yang perlu diluahkan dan hanya mampu diluahkan melalui penulisan.
19.6K 930 20
PERKAHWINAN YANG DIPAKSA OLEH KELUARGA SENDIRI MEMBUATKAN HATI AZIRA BERBELAH BAHAGI UNTUK MENERIMA KEHADIRAN HARITH DALAM HIDUPNYA. YANG DIA BENCI...
1.9K 342 64
Buat kamu yang sedang lelah. Tetap kuat ya? Jika kamu merasakan hari-harimu segelap langit dimalam hari, ingat langit yang gelap itu akan kembali cer...
1.8K 207 55
Sarcasm atau dalam erti kata lain teguran kasar. Content berunsurkan sindiran. Tak dikhususkan kepada sesiapa. Siapa rasa terkena percikan minyak pan...