Hikayat Sang Pencinta ✔

By _louvrees_

137K 7.3K 296

Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cum... More

✘ Bab 1 ✘
✘ Bab 2 ✘
✘ Bab 3 ✘
✘ Bab 4 ✘
✘ Bab 5 ✘
✘ Bab 6 ✘
✘ Bab 7 ✘
✘ Bab 8 ✘
✘ Bab 9 ✘
✘ Bab 10 ✘
✘ Bab 12 ✘
✘ Bab 13 ✘
✘ Bab 14 ✘
✘ Bab 15 ✘
✘ Bab 16 ✘
✘ Bab 17 ✘
✘ Bab 18 ✘
✘ Bab 19 ✘
✘ Bab 20 ✘
✘ Bab 21 ✘
✘ Bab 22 ✘
✘ Bab 23 ✘
✘ Bab 24 ✘
✘ Bab 25 ✘
✘ Bab 26 ✘
✘ Bab 27 ✘
✘ Bab 28 ✘
✘ Bab 29 ✘
✘ Bab 30 ✘
✘ Bab 31 ✘
✘ Bab 32 ✘
✘ Bab 33 ✘
✘ Bab 34 ✘
✘ Bab 35 ✘
✘ Bab 36 ✘
✘ Bab 37 ✘
✘ Bab 38 ✘
✘ Bab 39 ✘
✘ Bab 40 ✘
✘ Bab 41 ✘
✘ Bab 42 ✘
NOTICE ALERT
✘ Bab 43 ✘
✘ Bab 44 ✘
✘ Bab 45 ✘
✘ Bab 46 ✘
TEASER
✘ Bab 47 ✘
✘ Bab 48 ✘
✘ Bab 49 ✘
✘ Bab 50 ✘
✘ Bab 51 ✘
✘ Bab 52✘
✘ Bab 53 ✘
✘ Bab 54 ✘
✘ Bab 55 ✘
✘ Bab 56 ✘
✘ Bab 57 ✘
✘ Special I ✘
Special II
New Books!

✘ Bab 11 ✘

1.9K 116 0
By _louvrees_

Kejadian minggu lalu membuatkan aku dan Syafiq tidak bertegur sapa hingga sekarang. Masing masing tidak mahu menghulurkan kata maaf terlebih dahulu. Katakan saja aku seorang yang lebih mementingkan ego, tapi Syafiq sendiri ada salahnya. Sampai sekarang, aku masih tidak tahu siapa perempuan yang bergandingan dengannya.

"So, betul la ni pakwe baru you?"

"So, dia la punca you melenting bila I cakap pasal kahwin? Kenapa, you dah janji nak kahwin dengan dia jugak ke?"

Aku perasan Syafiq mengetap kuat rahangnya sambil mata merenung aku tajam.

"You don't know anything so please, shut your mouth!" kelihatan timbul urat urat di tangan Syafiq sewaktu ditudingkan jarinya pada aku.

"Same goes like you. You tuduh I keluar dengan boyfriend baru, habis perempuan ni siapa?" aku memulangkan paku buah keras pada Syafiq sebelum dia membidas semula kata kataku.

Agak lama kami bertekak di situ sebelum Fyraz menarik tanganku untuk berlalu pergi dari situ sebelum terjadi perkara yang tidak diinginkan. Apatah lagi, orang ramai sudah menoleh berkali kali untuk melihat drama swasta tanpa pengarah kami.

Dalam perjalanan pulang juga, Fyraz memarahi aku dengan alasan, tak sepatutnya aku dan Syafiq bergaduh di tempat terbuka begitu. Tak matang katanya. Sudah la masing masing salah faham. Tetapi kalau situasi Syafiq dengan perempuan tu, sesiapa saja akan salah faham. Tak pasal pasal air mata aku mengalir lagi kerana dimarahi Fyraz. Fyraz pun, bukan nak minta maaf

"Sya, asal termenung je dari tadi?" Arin yang duduk di tempat sebelah pemandu menegur. Sofea hanya menjeling sekilas dengan melihat cermin pandang belakang.

Aku hanya menggeleng sebagai jawapan. Tentang papa yang beriya memaksa aku menyuruh Syafiq masuk meminang saja aku ceritakan pada mereka. Hal di KLCC tempoh hari aku diamkan saja. Aku tidak mahu Sofea atau Arin salah faham soal aku dan Fyraz.

Dengan Fyraz pun aku lancarkan perang. Sakit hati aku apabila dimarahi begitu. Dia mesej pun, langsung aku tak mahu balas. Biar dia tahu, aku merajuk dengan dia!

"Lama lagi ke nak sampai?"

"Tak lama dah, lebih kurang 10 minit macam tu."

Aku menghela nafas lega. Sengal satu badan apabila terlalu lama duduk di dalam kereta. Memandangkan cuti mid sem baru bermula, satu kelas telah merancang untuk bercuti di Pantai Teluk Dalam, Terengganu. Aku tak berminat, tapi memandangkan majoriti bersetuju untuk ke sana, terpaksa juga aku mengalah. Bukan apa, aku bukannya tahu berenang. Jadi, di sana nanti aku hanya mampu bermain di tepi tepian saja.

~~~

"Sya, nanti tolong angkatkan meja lipat tau!" Sofea memberi arahan dengan kedua dua belah tangan yang penuh bahan makanan segera seperti sosej dan daging burger. Arin awal awal sudah melarikan diri. Terlalu teruja apabila dapat melihat pantai di depan mata.

Setelah mengunci bonet kereta Sofea, aku mula berjalan ke arah satu tempat di bawah pohon yang agak rendang, di mana rakan rakanku semuanya sudah berkumpul di situ.

Amran dan Bad sudah menghidupkan api di atas pemanggang bbq. Rata rata yang perempuan sedang sibuk bergambar, tapi ada juga yang membantu membentang tikar untuk dijadikan alas. Akulah orangnya!

Aku duduk di atas tikar sebelum mengeluarkan telefon. 1 mesej daripada papa.

Papa :
Kalau sya taknak pujuk syafiq, minggu depan jugak papa suruh Tan Sri datang meminang

Butang off aku tekan. Sungguh, aku serabut dengan desakan papa. Ingat senang nak pujuk Syafiq dengan keadaan kami yang sedang melancarkan perang dingin seperti ini? Tak dinafikan, aku juga mahukan hubungan yang lebih serius dengan Syafiq. Tapi apa yang terjadi minggu lalu benar benar membuatkan aku mula curiga dengan Syafiq.

Telefon aku letakkan di dalam beg tangan. Aku mula bangun dari duduk, membawa kaki ke arah pantai.

Well...I just need some distraction.

Tanpa sedar, kaki melangkah kebih jauh ke tengah laut. Ombak yang menghentam aku biarkan saja. Entah mengapa, aku seperti langsung tidak memikirkan kelemahan aku yang langsung tidak tahu berenang. Pelik. Selalunya aku tak pernah berani untuk pergi sejauh ini.

Seluruh badanku sudah tenggelam sepenuhnya. Lama aku biarkan keadaan aku begitu. Aku dapat rasakan tanganku ditarik kasar sebelum pandangan mula kelam dan gelap.

"Fyraz, Sya macam mana?" aku dengar suara Sofea cemas bertanya. Tapi kenapa, aku tak mampu buka mata?

"Totally drowned." suara garau Fyraz menyentak gegendang telinga. Fyraz ada di sini? Tapi bagaimana?

Aku dapat rasakan tubuhku yang dicempungnya diletakkan perlahan lahan di atas tanah.

"Ya Allah...macam mana Sya boleh lemas?"

"Kesiannya!"

"Dah lama ke dia lemas? Kenapa sorang pun tak perasan?"

Suara rakan rakan aku...

"Sya, wake up please..." tangan kasar Fyraz menampar lembut pipiku, berusaha untuk menyedarkan aku. Malangnya, aku masih kaku. Kenapa aku tak boleh buka mata langsung?

"Wan, takde cara lain ke?"

"Raz, kau pandai buat cpr, kan?"

"Tapi, aku.."

"Dah tu kau nak duduk diam je? Buatnya paru paru dia penuh dengan air, silap silap boleh mati tahu tak? Bukannya sekejap dia lemas!" suara itu seperti sedang marah. Tangan Fyraz yang menggenggam tanganku sedikit menggeletar sebelum daguku didongakkan dan bibirku ditekap dengan sesuatu.

Aku tersedar dan air laut yang tak sengaja aku telan mengalir keluar dari mulut. Terbatuk batuk aku dibuatnya apabila kekurangan nafas.

"Thank god you're safe! Nak tercabut jantung I tengok you lemas tadi tahu tak?! Sendiri tau tak reti berenang,yang gatal sangat pergi masuk sampai tengah laut buat apa?" aku buka mata luas luas. Mencari empunya suara yang menengking.

"Raz, janganlah marah dia. Baru sedar, kot!" suara sama yang memarahi Fyraz tadi. Aku lihat sekeliling. Rakan rakan sekelasku dan beberapa orang awam mengerumuni aku yang baru terselamat. Aku masih mencari nafas. Lelah yang teramat.

Sekali lagi, Fyraz mencempung tubuhku. Aku ditarik semakin rapat ke dadanya yang tidak berlapik. Ke mana mahu dibawa, aku sendiri tidak tahu. Kedua dua belah tanganku memegang bahunya. Mata aku pejamkan. Ya, aku rasa selamat dalam pelukannya.

~~~

"Sya, kau okay tak? Nak air ke?" Sofea bertanya apabila aku mula membuka mata. Aku lihat sekeliling. Suasana seperti di dalam chalet. Tanpa dipinta, Sofea menghulurkan botol air mineral. Aku sisip dengan perlahan. Tekak masih terasa perit.

"Fyraz nampak risau betul tengok kau tadi. Kau ada apa apa ke dengan dia?" Sofea mengetuk kepala Arin setelah soalannya diutarakan. Aku mengerutkan dahi. Fyraz risaukan aku?

"Macam mana Fyraz boleh ada? Aku tak bagitau dia pun kita datang sini."

Arin tersengih sengih pada Sofea sebelum memandang aku semula.

"Tadi kan.."

Sofea dan yang lain lain mula memenuhi ruang di atas tikar. Mahu mengisi perut terlebih dahulu sebelum mandi laut.

"Eh, aku tak nampak Sya pun. Mana dia pergi? Dia datang dengan korang, kan?" Adlina bertanya soalan yang jelas ditujukan kepada Arin dan Sofea memandangkan Arisya benar benar rapat dengan mereka.

Arin dan Sofea hanya berpandangan sesama sendiri sebelum mengangkat bahu. Boleh jadi Arisya ke tandas.
Mereka hanya berfikir acuh tak acuh sebelum satu suara menyergah.

"Hana Arisya mana?" Sofea dan Arin mengangkat muka sebelum mulut terlopong melihat Fyraz di situ. Pelajar perempuan masing masing berbisik sesama sendiri kerana tidak menyangka kemunculan Fyraz yang mencari Arisya.

Masing masing senyap dan ada yang menggeleng sebagai jawapan kepada soalan Fyraz.

"Takkan sorang pun tak tahu? Sofea, Arin, korang rapat dengan dia, kan?" soalan Fyraz bertukar kasar apabila tiada seorang pun memberi jawapan positif.

"Err...bang, tadi saya nampak dia pergi sana. Mungkin tengah mandi laut." teragak agak Amran menjawab. Takut dengan pandangan tajam Fyraz.

Mata Fyraz membulat. Terkedu dengan jawapan Amran.

"You tak tau ke Sya tak pandai berenang? Yang biarkan dia pergi sorang kenapa?"

"Mana la I tau! Dia pun tak cakap dia pergi mana." Sofea menjawab lantang soalan Fyraz. Sebal apabila ditengking sebegitu.

Fyraz meramas kasar rambutnya. Telefon di dalam poket dikeluarkan sebelum dicampak ke tanah. T shirt mahal jenama Polo yang tersarung selamba dibuka sebelum dia sendiri terjun ke dalam laut.

Sekali lagi aku terbatuk mendengar cerita Arin. Aku terfikir, dari mana Fyraz tahu yang aku tak boleh berenang? Setahu aku, Arin atau Sofea sendiri tidak tahu soal itu. Tapi bagaimana Fyraz yang baru aku kenal itu boleh tahu seolah olah sudah lama aku berkawan dengannya?

"Dia kat mana sekarang?"

"Ada kat luar tu. Dia kata nak tunggu sampai kau sedar."

Spontan aku bangun dan menolak selimut yang membalut tubuh. Pintu chalet aku buka sebelum aku dapat lihat Fyraz yang sedang duduk memeluk lutut menghadap laut. Bising mulutnya bersembang dengan seseorang yang aku tidak kenal. Sesekali terdengar ketawa kecil meletus di bibirnya.

Tapi, kenapa dia tak pakai baju lagi? Kulit buaya ke apa dia ni? Tak sejuk ke?

"Fyraz..." aku memanggil namanya. Terus terhenti perbualan mereka terhenti dan sepasang matanya merenung lembut anak mataku.

Continue Reading

You'll Also Like

190K 11.7K 46
Segalanya bertitik tolak daripada kerja paling gila aku pernah buat. Melamar Diff, kawan sendiri sebagai suami. "Kau nak kahwin dengan aku tak?" -Le...
8.7K 594 25
Jangan pandang rendah dengan si 'dia'. Walaupun berwajah suci,dia mampu menundukkan semua wanita walau hanya bernafas. Dialah Encik penggoda. [Comple...
1.4M 53K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
301K 18.8K 54
~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 •...