RASMI MILIKKU

Od LaylaInhara

737K 16.6K 1.9K

Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah... Více

CAST
Prolog
1 •• Nikah
3 •• Sakit
4 •• Borang
5 •• Pergi
6 •• Pulang
7 •• Interview
8 •• Effa Amalin
9 •• Kerja
10 •• LRT
11 •• Bincang
12 •• Ayah
13 •• Diari
14 •• Pecah
15 •• Pinangan
16 •• Staff
🌹 GOOD NEWS 🌹
🎊 EBOOK SALE 🎊

2 •• Resah

23K 872 77
Od LaylaInhara

"Dira, malam ni tidur bilik ibu dulu. Mata dah letih tu. Pergi rehat, sayang." Ibu datang berbisik padaku yang leka berbual dengan Hanna dan Rubiena. Raez entah kemana menghilang sejak sejam yang lalu.

Menurut apa yang diperkatakan ibu, aku melangkah menuju ke kamar. Menanggalkan baju persalinan akad nikah ini lalu digantung di dalam almari. Selesai majlis nanti aku akan hantar ke dobi. Baju akad nikah, haruslah sayang. Memorable. Orang yang nikah tadi pun sayang jugak.

Selesai berpakaian tidur, aku membentangkan toto. Tempat aku beradu beberapa malam ini. Rumah ni besar dan banyak bilik. Tapi bila kenduri macam ni dan ramai saudara yang datang, jadi kena kongsi bilik.

Duduk berbaring sambil merenung cincin yang tersarung di jari manisku, perlahan-lahan bibirku mengukir senyum indah. Rasa bersyukur kerana orang yang aku cinta selama ini sudah menjadi halal buat ku. Aku berkhayal seperti orang yang mabuk sambil tersengih.

"Puteri, tak tidur lagi?" Ayah menegur membuatkan aku tergadah sendiri. Haruslah malu kerana pasti ayah lihat perangai anak perempuannya yang tersenyum-senyum sejak tadi. Ayah memang suka panggil aku puteri. Sejak kecil lagi. Kata ibu, ayah memang menantikan kehadiran anak perempuan. Jarak umur aku dan abang agak jauh berbeza. Jadi, bila aku dilahirkan, ayah terlalu gembira.

"A—Ayah.. Baru nak tidur. Ibu mana?" Tanya aku sambil mengawal kegugupan.

"Ibu masih di dapur tadi. Sekejap lagi naiklah. Tidur dulu. Esok pagi-pagi kena bangun awal." Saran ayah padaku. Setuju dengan kata-kata ayah, aku bangun bersalam dengan dia dan mengucup lembut pipinya. Rutin yang aku selalu lakukan jika berkesempatan untuk mengucapkan selamat malam.

"Selamat malam, ayah." Ucapku penuh jujur.

"Selamat malam, cinta hati ayah." Kali ini langkahku yang mahu kembali membaringkan badan terhenti. Ucapan balas dari ayah malam ini berbeza sekali. Selalu dia akan mengucapkan 'selamat malam, puteri' sebagai balasan. Kerana 'selamat malam, cinta' hanya untuk ibu. Itu yang aku selalu dengar dari setiap ucapan ayah sejak kecil. Aku terkaku dan menoleh seketika pada ayah. Tapi ayah kelihatan sudah membaringkan badannya.

'Kenapa dengan ayah? Apa mungkin dia masih rasa keberatan melepaskan aku untuk menjadi isteri orang?'

Akhirnya aku tertidur sendiri. Tidak sedar hingga subuh kian menjelma. Aku terjaga, sambil menenyeh mata. Kelihatan ibu dipeluk erat oleh ayah berserta dengkuran halus ayah. Bila ibu masuk, aku langsung tidak kesedaran kerana aku sangat letih.

Melihat jam di telefon pintarku menunjukkan pukul 5.30 pagi, aku tidak jadi mahu mengejutkan ibu. Ingin membiarkan ibu melanjutkan istirehatnya sedikit waktu lagi. Ibu sudah tentu kepenatan menguruskan majlis semalam dan majlis yang akan bersambung hari ini. Leka aku memandang kedua wajah yang aku paling sayang sedang lena pulas.

Ayah, lelaki yang berusia separuh abad sangat tulus mencintai ibu. Selama aku hidup menjadi anak mereka, aku tak pernah langsung melihat ayah meninggikan suada pada ibu di hadapan aku. Kata-katanya lembut sekali. Bicaranya tidak pernah ada yang kasar. Jika ada yang tak dipersetujui oleh hatinya, ayah akan tinggal diam. Begitu juga ibu. Ibu juga wanita yang lembut dan sentiasa taat pada ayah. Ibu sangat menyanjung ayah sebagai suaminya.

Aku hidup dalam kasih sayang yang sangat lembut. Bagaimanakah corak rumah tanggaku pula di masa hadapan? Jika tanya aku, sudah pasti aku mengimpikan suami seperti ayah.

Melepaskan keluhan, aku bergerak ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan bersiap-siap menanti subuh.

Keluar dari bilik air, aku lihat ayah sudah bangun dan sedang mengejutkan ibu. Tangan ayah mengelus-elus rambut ibu. Terus ibu bangun dan melihat ke arahku.

"Awal Dira bangun. Tak kejutkan ibu pun." Ibu tersenyum padaku.

"Dira tengok ibu letih sangat. Semalam ibu masuk pun Dira tak sedar pukul berapa. Mesti dah lewat."

"Cepat sayang, kita berjemaah. Dira pun bersiap, ya." Ayah sudah menggesa ibu. Lalu ibu mengikat rambutnya yang panjang dan menuju ke bilik air.

Turun ke bawah, segala persiapan sedang dijalankan. Pelamin tersergam indah di perkarangan luar rumah agam itu berserta khemah-khemah yang telah siap dipasang. Aku ditarik oleh ibu menuju ke meja makan untuk bersarapan.

"Dira.. makan kenyang-kenyang. Nanti dah nak bersiap. Abang! Sini teman Dira makan." Ibu mertuaku yang sedang memegang beberapa kotak doorgift untuk dibawa keluar memanggil Raez yang entah dari mana datangnya.

Dia menarik kerusi di sebelahku lalu duduk pegun. Tanpa sebarang bunyi. Aku yang terkaku akhirnya membuat keputusan untuk menoleh pandang seketika pada dia yang sedang memerhatikanku.

"Abang Raez nak makan apa? Mee atau roti?" Tanya aku perlahan. Aku memang memanggil dia dengan gelaran 'abang Raez' sejak dulu.

"Abang dah makan tadi. Kenapa lambat turun?" Tanya dia yang bersahaja sambil menarik cawan air aku lalu diteguk air teh o suam hingga tinggal separuh. Aku pelik dengan bahasa panggilannya. Selalunya dia juga akan bahasakan dirinya 'abang Raez'. Tapi kali ini hanya kedengaran 'abang.'

"Tadi Kak Mun suruh buat facial dulu." Beritahu aku sambil menyuapkan roti yang telah disapukan butter dan kaya. Kami hanya diam selepas itu. Aku rasa terlalu kekok makan sorang-sorang sambil diperhati oleh dia.

Menghabiskan baki roti di pinggan, aku mengelap mulut dengan tisu yang disediakan. Raez kemudian mengangkat punggung dan berlalu tanpa kata.

Menjelang hampir tengah hari aku disiapkan, disolek dan didandan dengan baju pengantin yang serba mewah bergemerlapan. Hanna yang akan menjadi pengapitku telah bersedia mengiringi aku.

Turun ke tingkat bawah, Raez telah siap menunggu dengan busana pengantin yang sedondon denganku berwarna gold-silver.

Veil aku yang sepanjang 2 meter itu menyebabkan pergerakan aku terlalu perlahan. Risau jika tersekat dan tertarik sanggul di kepalaku. Raez memandang aku tanpa lepas dari anak tangga paling atas hingga aku tiba di sebelahnya.

Senyum ringkas aku hulurkan kepadanya kerana aku rasa tidak selesa dengan kasut yang dipakai olehku. Keningku yang sedikit berkerut tetangkap oleh mata Raez yang sedari tadi memandangku.

"Kenapa?" Tanya dia. Aku hanya menggelengkan kepalaku. Hannah juga turut memerhatikan mukaku yang menggambarkan ketidakselesaan itu.

"Dira pakai kasut yang asal ditempah oleh kak Effa. Kasut tu besar sikit. Dah letak tisu, mungkin bergesel." Beritahu Hanna perlahan.

"Buka!" Tegas Raez memberikan arahan.

"Hah?" Aku tercengang.

"Buka kasut Dira. Tak selesa kenapa pakai?" Raez berpusing seperti mencari seseorang.

"Mama mana?" Tanya Raez kepada adiknya Rubiena.

"Abang.. Tak payahlah. Nanti lambat. Dira boleh tahan." Aku bersuara kerana orang di luar sudah memberikan arahan supaya kami berjalan.

"Kenapa Raez?" Ibuku datang dan bertanya apabila melihat Raez yang tercari-cari.

"Mak Cik-" Raez berjeda kerana dia tersasul. "Ibu, kasut lain ada tak? Kasut ni bukan saiz Dira. Kaki dia sakit." Ibu memandang kakiku yang sedikit dikepit.

"Sekejap.." Ibu terus menghilang dan aku mengangkat wajah memandang Raez. Dia kemudian menarik nafas panjang.

"I'm sorry."

"Kenapa sorry?" Tanya aku kehairanan. Pelik kenapa dia meminta maaf. Tapi dia hanya menggeleng dan pandangan dialih ke hadapan. Tidak lama menunggu, ibu dan mama datang membawa sepasang kasut.

"Dira.. Pakai kasut Hannah ni, muat tak? Simple aja la kasut ni. Yang lain tak sesuai." Ibu mertuaku menghulur sepasang kasut. Tapi pantas disambut oleh Raez.

"Tak apa mama. Kain labuh tak nampak sangat." Raez terus mencangkung di hadapan aku membuatkan aku sedikit teranjak ke belakang.

"Bak kaki.." Minta Raez sambil mendongak ke mukaku. Aku tak menyangka yang dia akan mencangkung seperti ini. Perlahan-lahan dia tanggalkan kasut yang aku pakai dan sarungkan kasut Hannah. Muat elok dengan kakiku kerana aku dan Hannah memang sama saiz. Tinggi pun lebih kurang.

Raez kembali berdiri dan membetulkan bajunya. Dia kemudian memangdang ke arahku sambil mengangguk.

"Tangan.." Dia menghulurkan tangannya seperti meminta. Aku toleh pandang ke arah dia. Kenapa aku selalu blur kalau berdepan dengan dia? Sebenarnya aku nervous.

"Bagi abang tangan Dira tu. Kita nak jalan dah." Minta dia lagi. Laju aku hulurkan tangan dan dia capai lalu disangkut pada lengannya.

"Senyum.." Pesan dia lagi.

Kami melangkah keluar, berjalan di atas karpet merah yang dihampar menuju ke pelamin. Photographer berebut-rebut mengambil peluang untuk merakam gambar kami.

Selesai majlis, tetamu kebanyakkan sudah beransur pulang. Begitu juga dengan saudara mara yang lain. Hanya tinggal Nenek, Tok Ma, keluargaku dan keluarga Pak Ngah.

Raez menolak untuk meneruskan shooting outdoor. Mungkin dia sendiri tidak rela dengan perkahwinan ini. Tapi aku turutkan sahaja. Kerana aku hanya menggantikan pengantin.

Semasa aku mahu menuju ke kamar ibu, Raez kelihatan sedang leka berbual dengan abang Danny. Ke mana arah ku selepas ini aku sendiri pun tak pasti. Menetap di rumah ini, atau mengikut ayah pulang, dua pilihan untuk aku. Yang pastinya, aku akan menurut apa yang ditentukan oleh Raez.

Aku duduk di meja solek. Menanggalkan crown di atas kepala dan seterusnya veil pendek. Veil panjang telah ditanggalkan semasa aku duduk bersanding tadi.

Sedang leka menanggalkan make-up, pintu bilik terkuak dan aku terus menoleh. Raez berdiri tercegat di muka pintu.

"Pak Ngah nak balik dah, jom." Dia memanggil aku. Terus aku bangun dan melangkah ke arahnya.

Turun ke bawah, aku bersalaman dan berpelukan dengan Mak Ngah. Dia mengucapkan selamat pengantin baru buat kami sebelum kami menghantar kepulangan mereka di laman rumah.

"Ibu.. ibu balik malam ni jugak ke?" Aku mencebik semasa berjumpa ibu di dapur.

"Plan asal macam tu, tapi ayah sambung cuti lagi sehari. Esok baru pulang. Abang je yang balik malam ni. Abang tak boleh cuti lama-lama." Gembira aku mendengar perkhabaran itu lalu aku melangkah untuk mencari abang Danny.

Belum sempat bertemu dengan abang Danny, langkahku di halang. Raiq baru kelihatan. Semenjak majlis tadi aku tak nampak kelibat dia.

"Dira akan menyesal nanti!" Bicaranya masih kasar.

"Ke—Kenapa?"

"Dira sedar tak, Dira bukan orang yang Raez nak! Dia nakkan Effa. Dan Dira perjudikan hidup Dira hanya untuk cadangan tak masuk akal ini?"

'Tapi, Dira nak Raez. Dan Dira hanya mencuba.' Rintih aku di dalam hati.

"Raiq.." Bicaraku tetap tersekat.

"Raiq tak nak tengok Dira terluka sebab Raiq-"

"Dira?" Raez muncul di tengah-tengah ketegangan kami.

"Come." Dia menarik tangan aku dan terus berlalu tanpa menghiraukan Raiq di situ.

Aku diheret hingga ke bilik tidurnya yang juga dijadikan bilik pengantin. Sebaik melangkah masuk, pintu bilik terus dikuci menyebabkan aku sedikit tersentak.

Pantas aku memandang tingkahnya yang kelihatan tenang menanggalkan baju. Hanya tinggal singlet putih di badannya. Dia kemudian mengambil tuala di dalam closet dan diserahkan pada aku.

"Mandi." Dia arahkan aku seperti ayah menyuruh anak.

"Tapi— Baju Dira ada kat bilik ibu." Aku berdalih. Selebihnya, aku gementar.

"Abang ambilkan." Dia terus bangun dan keluar dari bilik. Sehingga dia tiba, aku masih tak bergerak ke bilik air. Terlihat beg pakaian aku yang diletakkan di tepi bilik, aku terus mencari baju yang sesuai untuk dipakai dan dibawa ke bilik air.

Lengkap berpakaian, aku terus keluar dari bilik air dan dia pula yang masuk ke bilik air. Ketika aku sedang menyapu losyen pada lengan, dia keluar dari bilik air hanya dengan tuala yang terlilit di pinggang. Terkejut, cepat-cepat aku larikan mata pada tanganku yang sedang menyapu losyen.

Dia pula hanya riak bersahaja terus menuju ke closet. Siap mengemas peralatan yang aku gunakan, aku bangun mahu ke bilik yang dihuni oleh ibu.

"Nak ke mana?" Tiba-tiba dia bersuara di hadapan laluan menuju ke closet.

"Nak ke bilik ibu." Jawab ku jujur.

"Dira tidur sini malam ni. Abang ada perkara nak bincang."

"Ya. Dira nak ambil charger telefon sekejap." Aku lihat dia mengangguk dan aku pun terus keluar menuju ke bilik ibu.

Sambil melangkah ke bilik ibu, aku berfikir bagaimana keadaan dan suasana kami maam ni. Sudah tentu aku yang akan berasa awkward terlebih.

Sesudah mengambil barang yang aku perlukan dan aku kembali ke bilik Raez. Dia kelihatan sedang berbaring di atas tilam dengan hanya memakai short pants dan tshirt round neck berwarna biru.

Melihat aku masuk, dia terus bangun dan duduk bersila. Telefon yang dipegang diletakkan di atas meja sebelah katil. Dia mengarahkan aku duduk di katil sebelah sana. Perlahan aku melangkah dan melabuhkan punggung.

"Dira..." Dia menyebut nama ku dan mengalih pandang untuk duduk bertentang dengan ku.

"Sorry sebab heret Dira sekali dalam masalah abang.." Dia memulakan mukadimah topik yang dibincangkan. Sudah ku tahu hala tuju isu perbincangan kami yang seterusnya.

Terus detak jantung mula berdebar tak menentu. Macam-macam fikiran positif dan negatif menerobos masuk ke ruang fikiran ku. Kebanyakkan adalah negatif. Nafas terasa tidak lepas dari kerongkong. Udara di bilik seperti tidak mencukupi. Jemariku meramas sesama sendiri.

"Abang faham kita terpaksa dan dipaksa. Abang dipaksa dan Dira mungkin terpaksa. Jenis abang, abang tak suka paksa-paksa ni. Dira jangan risau, nanti bila abang dah jumpa Kak Effa abang akan lepaskan Dira." Pernyataan Raez itu begitu lancar tanpa ada sebarang halangan. Tapi dia tidak sedar, lancar bicaranya itu telah meranapkan semua harapan aku yang mula bertunas sejak sah diijab kabul.

Liur ditelan terasa payah sekali. Mata ku tak berani nak diangkat supaya setentang dengannya. Mata mula membahang namun ku tahan kuat agar air mata tidak hadir menakung ditubir mata.

'Dira tahu Dira ni peganti jer. Tapi adil ke abang buat kesimpulan macam tu?'

Rasa hiba yang baru muncul ini menghiris hatiku menjadi keping-keping yang menyakitkan. Bisu menyepi, itu yang aku lakukan saat ini. Kerana suku kata yang ada tak dapat menghimpun menjadi sebuah ayat yang lengkap untuk diperdengarkan.

"Abang minta maaf lagi sekali. Kita harungi perkahwinan ini hingga tiba masa untuk abang lepaskan Dira." Ucap dia lalu aku memejam mata lama. Cukuplah. Berhenti di sini. Jangan lanjutkan perkataan-perkataan yang lain kerana ianya menjadi peluru yang membunuhku ketika ini.

Di malam pertama kami sebilik, luahan ini sangat menyakitkan hatiku. Apa makna ijab dan kabul yang dilafazkan semalam jika keputusan untuk melepaskan yang dipilih akhirnya.

"Dira ada apa-apa nak cakap pada abang?" Tanya dia lagi. Kali ini wajahnya sedikit ditundukkan kerana cuba untuk mencari wajahku yang menunduk tadi.

Soalannya aku jawab dengan gelengan beberapa kali. Kalau tadi aku terasa teruja untuk bermalam di bilik ini, tapi kini perasaan ingin menghilang dari rumah ini yang aku rasakan.

"Tidurlah.." Ucap dia sepatah lalu terus keluar dari bilik. Nafas aku hela panjang saat kelibatnya menghilang. Dan badan direbah ke tilam. Aku menghamburkan tangisan yang tertahan sejak tadi.

Seketika cuma, aku terus terlelap disebabkan badan yang terlalu keletihan. Letih jasad dan letih fikiran. Lena ku pulas langsung tidak kesedaran. Hingga subuh menjelma, bahuku di goyang perlahan.

Mataku mengecil saat terjaga. Jari ku bawa memisat-misat mata hingga terbuka luas. Raez telah lengkap berkain pelikat.

"Jom. Subuh." Dua perkataan membawa aku ke dunia nyata. Aku toleh ke sebelah, cadar di ruangan sebelahku langsung tidak berkedut. Makna yang boleh aku simpulkan, Raez tidak tidur di sebelahku semalam. Mungkin tidur di sofa atau mungkin di kamar yang lain.

Berimamkan suamiku, solat subuh kali ini sangat indah di mataku. Siap melipat sejadah, aku bersiap ala kadar dan terus turun ke bawah. Raez ketika itu hanya duduk di birai katil sambil memeriksa telefon bimbitnya.

Tidak lama kemudian, Raez juga turun ke bawah menyertai kami kaum ibu yang tengah menghidangkan sarapan. Dia menarik kerusi di sebelahku.

"Abang nak makan sekarang ke? Atau nak tunggu yang lain?" Tanya aku apabila memandang dia yang hanya duduk diam.

"Makan sekarang. Kejap lagi abang nak keluar sebentar." Dia menjawab tanpa memandang ke arah ku.

Aku mengambil roti bakar lalu meletakkan ke dalan pinggan Raez lalu menuangkan jus orrange ke gelas Raez.

"Tok Ma balik dengan ibu ke?" Aku tanya ibu.

"Ya. Tok Ma balik dengan ibu dan ayah kejap lagi. Kebetulan ayah cuti lagi. Boleh terus hantarkan Tok Ma." Jawab ibu yang duduk di hadapan ku. Ayah duduk di sebelah ibu bersama kedua mertuaku.

"Raez cuti berapa hari?" Tanya ayah.

"Esok dah masuk kerja ayah. Tak boleh nak cuti panjang, Resort tengah under construction sekarang."

"Tak apa. Nanti ayah datang semula hantarkan barang-barang Dira yang lain. Puteri ayah cuma bawa baju beberapa helai saja masa datang hari tu."

"Ayah.. Tak payah la. Jauh ayah nak drive. Nanti Dira balik ambil." Aku mencelah apabila memikirkan yang ayah perlu berulang alik datang sini hanya untuk menghantar barang-barangku.

"Nanti abang bawa Dira balik rumah ayah dan ibu." Aku akhirnya mengangguk setuju dan dia tersenyum sebaris.

Sesudah menghantar kepulangan ayah dan ibu, Raez menghilang entah ke mana. Keretanya juga tak kelihatan di garaj. Aku berada di ruangan bawah membantu mama dan papa mengemas barang-barang kenduri.

"Dira.. pergilah rehat dulu. Dari tadi buat kerja tak berhenti." Papa menegurku sewaktu aku sedang menyimpan bunga-bunga dan dimasukkan ke dalam kotak.

"Tak apa papa, Dira habiskan kerja ni dulu." Jawabku lalu terlihat Raez yang baru pulang dan terus melangkah naik ke tingkat atas.

***

Selesai mengemas semuanya aku berehat seketika di dapur. Mama sudah berkali-kali meleteri aku supaya aku berehat tapi tetap juga aku enggan dan ingin menemaninya mengemas rumah.

"Buat apa tu?" Tanya seseorang di belakangku lalu pantas aku menoleh. Raiq sedang merenungku dengan pandangan yang serius.

"Dira baru nak bancuh air. Raiq nak air?" Dan aku lihat dia mengangguk. Lalu aku capai satu lagi mug dan membancuh nescafe panas.

Raiq menarik kerusi dan duduk di island table tang terdapat di ruangan dapur itu. Dua mug aku letak di atas meja itu.

"Kenapa buat kerja teruk macam rumah ni tak ada orang gaji?" Tanya dia kepada aku.

"Dira kesian tengok mama mengemas. Dira nak tolong mama." Jawabku sambil meniup nescafe. Raiq juga kelihatan menyisip minumannya.

"Dira.. Nanti kalau tak bahagia, beritahu Raiq. Jangan seksa diri sorang-sorang."

"Kenapa cakap macam tu?" Tanya aku pelik. Dia kelihatan melepaskan keluhan.

"Raez tu sayang sangat dengan Effa. Mereka bercinta dah lama, Dira. Tak mungkin Raez akan lupakan Effa macam tu saja."

"Dira- Dira juga tahu tentang hal itu." Jawab ku perlahan.

"Kalau dah tahu kenapa setuju kahwin?! Raez tak layak untuk Dira!" Raiq terus-terusan menggasakku.

"Habis siapa yang layak? Kau?" Raez tiba-tiba muncul di ruangan itu membuatkan aku terkejut hingga terbangun.

"Kalau dah tahu, baguslah." Jawab Raiq lalu bangun dan mug miliknya di bawa ke sinki sebelum menoleh untuk keluar dari dapur.

"Selagi Dira milik aku, buang semua mimpi yang muncul dalam kepala otak kau tu!" Langkah kaki Raiq terhenti apabila mendengar bicara kasar abangnya. Raiq hanya tersenyum sinis.

"One day, you'll see." Jawab Raiq lalu meninggalkan kami berdua. Raez kemudian mendengus lalu bergerak meninggalkanku.

Ada apa dengan kedua lelaki ini? Mereka jarang bergaduh sebelum ini. Malah hubungan mereka agak rapat dan baik. Raiq memang rapat dengan aku sebelum ini. Tapi dia tak pernah berkelakuan seperti sekarang. Yang mana matanya penuh dengan amarah. Bicaranya penuh dengan ketegangan.

Melangkah naik ke bilik, aku lihat sliding door menuju ke balkoni sedikit terbuka. Langsir juga bergerak-gerak ditiup angin. Pantas kakiku melangkah merapat dan bersembunyi di balik langsir. Ingin melihat apa yang dilakukan oleh Raez.

"Sayang... Tell me you kat mana? Kenapa buat I macam ni?" Suara Raez kedengaran sayu seperti sedang merayu.

"No! Apa pun, I nak kita bincang dulu. Kita baik-baik saja kan? I sayang you. Please.. tell me you kat mana?" Terus aku memegang jantungku yang berdegup kencang. Raez dah jumpa Kak Effa. Mungkin dia akan melepaskan aku tidak lama lagi.

"I tetap akan tunggu you. I tahu you pun masih cintakan I. Kalau ada masalah, kita bincang. Jangan larikan diri macam ni." Raez masih tak berputus asa memujuk dengan lembut. Dan aku sudah tidak kuat untuk berada di situ lama-lama. Lalu kaki ku bawa menuju ke bilik Hannah. Berharap Hannah akan berada di biliknya. Saat ini aku hanya mahu bertenang sebentar. Menghilangkan kekacauan hati yang sedang bergolak hebat.

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

38K 231 5
🐬PAID VERSION. DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 "You disgust me Grey Lawson!" "How is it when you sleep with my husband in the night our anniversary?" *****...
97K 2.7K 10
꧁༒•COMPLETE•༒꧂ 🌼 *•.¸♡ SHORT STORY ♡¸.•* 🌼 Perkahwinan 3 tahun tanpa zuriat sendiri? Suami kahwin senyap². Terlalu memilih kasih...
1.9K 55 5
"Aku suka kau!" "Awak cakap apa ni? Jangan merepek boleh tak? Saya nak tidur." "Aku tak merepek, sayang." *Gulp* Siapa sangka pertengkaran bagai anji...
1.7K 77 11
18 tahun dia hidup sebagai rakyat biasa. Dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibu dan bapanya. Namun semuanya berubah ketika dia menyambut hari jadi...