Short Story ✓

De lyakhalid

12.7K 799 174

Ini adalah cerpen maka status sentiasa complete. Hanyalah kompilasi beberapa cerpen. Buku ini mengandungi beb... Mai multe

"THE LIST"
0.1- One Day
0.2- Library
0.3-Missing You
0.4-Really
0.5-You Are My Stars
0.6- Angel
0.7- Rooftop
0.9- Janji (2)
1.0- Our Memories
1.1- Fools
1.2-Friend
1.3-The World is Not Beautiful
1.4- HER
1.5-Bintang Di Langit
1.6- Lies
1.7- Ghost
1.8 - Gael

0.8- Janji (1)

536 36 2
De lyakhalid

Cerita kali ini tak berkait dengan sesiapa. Hanyalah mimpi ngeri saya.

Warning: cerita ni mengandungi unsur bunuh yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Baca dengan risiko sendiri.
















>>>>>>>>













"" Monsters are real,
ghost are real too,
they live inside us,
and sometimes they win."
Stephen King.
















>>>>>>>









"Yuri!! Kita dah lewat ni!"

Shit!

Yuri capai laju beg yang berada di atas meja sebelum segala alat mekap di atas meja dia sumbat ke dalam beg miliknya. Nina yang melihat setiap tindakan Yuri mula tidak sabar.dia mengeluh keras sebelum mata tak berhenti mengerling jam tangan.

Yuri yang perasan akan Nina yang mula gelabah mula terasa serba salah. Yuri teguk liur kuat.

Bersalah. Dia hentikan pergerakan dia sebelum toleh ke arah Nina.

"Pergilah turun dulu. Nanti aku follow. Tak pun aku ambik bas kedua."

Wajah Nina bercahaya sebaik sahaja mendengar ayat Yuri. Segera senyum diukir sebelum dia tepuk perlahan bahu Yuri yang bertenggek di sebelah katil hotel.

"Nanti aku inform dekat cikgu yang kau lambat sikit. Ok?"

Dan Yuri angguk lemah. Pasrah.

Dia dah tak mampu untuk berkata apa-apa kerana ini salah dia. Sebaik sahaja kelibat Nina hilang di sebalik pintu hotel, Yuri mengeluh lemah. Telefon dicapai sebelum dia tilik.

Hampir pukul 5 petang. Pasti takkan ada yang sanggup tunggu dia. Maka, Yuri ambil keputusan sendiri. Nombor cikgu sekolahnya, Anya dicari sebelum dia menghantar mesej bahawa keluarga dia akan ambil dia.

Selesai sahaja mengemas semua barang, Yuri kalut melangkah ke arah dobi hotel sebelum menjenguk ke luar. Masih tiada tanda bahawa ibu bapanya akan datang. Jam tangan sekali lagi dikerling.

Damn it!

Dah hampir malam.

Ke mana pulak mak ayah dia ni? Katanya tadi on the way. Yuri gigit kuku.

Gelisah.

Tak sampai lima minit, dia mendapat panggilan masuk.

Adam?

Apa yang ketua kelas dia nak ni?

Dan panggilan tetap dijawab. Butang hijau Yuri tekan.

" Helo?"

"Yuri ..?"

Dan Yuri agak keliru. Suara ceria Adam kali ini hilang. Malahan berganti dengan suara serak yang bergetar.

" Kau nak apa ni?"

Adam diam sebelum nafas dihembus perlahan." Kau ada dekat mana sekarang?"

"Hotel. Aku belum balik lagi."

Dan Adam di hujun sana juga diam.

" Yuri."

Diam.

Dan Yuri makin pelik.

" Kau nak apa?"

" Ibu bapa kau kemalangan."

Bam!

Jantung Yuri hampir berhenti. Seluruh badan Yuri menggelatar. Nafas Yuri mula tersekat.

" Ibu bapa kau kemalangan dan mati di tempat kejadian sewaktu menuju ke hotel."

Dan telefon di tangan Yuri terlepas.

Dan Yuri jatuh terduduk. Mata mula terasa panas sebelum Yuri hamburkan tangisan dia sepuas-puasnya.











>>>>>>>

Few years passed










Yuri buka kelopak matanya perlahan. Cahaya dari tingkap yang masuk ke dalam biliknya buatkan Yuri menutup kembali matanya. Nafas yang tidak teratur Yuri cuba tenangkan.

Mimpi itu lagi.

Walaupun hampir enam tahun berlalu, Yuri masih tak mampu lupakan peristiwa sewaktu kematian ibu bapa dia.

Yuri hilang ibu bapanya. Dia malahan hilang adik lelaki yang berusia enam tahun.

Kalau.. Yuri tak lewat.

Kalau.. dia tak telefon ibu bapa dia.

Dan kalau, dia tak pergi bercuti dengan rakan-rakan sekelas.

"Meow.."

Dan mata Yuri terbuka. Pipi Yuri bergesel dengan kucing berwarna putih miliknya. Mata kelabu kucing itu bulat memandang anak mata Yuri.

Yuri senyum kecil.

Leo.

Kucing ini dah lama bersama dengan dia. Semenjak kehilangan ahli keluarga Yuri, dia tinggal dengan mak dan ayah saudaranya. Selain rapat dengan sepupu dia, Leo adalah benda pertama yang Yuri cari sekiranya dia sedih.

Leo ibarat keluarga dia.

Sentiasa dengan dia.

Walaupun Leo hanyalah kucing.

Namun kucing ini sentiasa menemani dia.

Yuri bangun dari perbaringan sebelum dia peluk erat tubuh Leo. Kucing tersebut mula mengiau perlahan sebelum melompat dari pelukan Yuri. Mengajak Yuri agar mengikut dia.

Yuri gelak kecil. Faham akan tindakan kucing miliknya. Segera Yuri turun dari katil sebelum kardigan tergantung di belakang pintu dia capai sebelum disarung ke tubuh.

Tahu siapa yang suka melawat dia pada waktu malam.

Rambut diikat malas sebelum Yuri melangkah mengikut Leo yang berjalan ke arah pintu dapur. Sebaik sahaja kaki Yuri melangkah masuk ke dapur, mata Yuri disapa wajah si lelaki berambut merah.

Yuri hela nafas kecil bila lihat si lelaki ralit mencari makanan di dalam peti sejuk miliknya. Perlahan kaki dilangkah ke arah si lelaki namun sebelum sempat dia tampar belakang badan si lelaki, si lelaki berpaling.

Zap!

Dan pergelangan tangan kanan Yuri erat dipegang oleh si lelaki berambut merah.

Wajah Yuri bosan.

" Kau dah takde kerja lain ke daripada merompak makanan rumah aku? "

Si lelaki ketawa kecil sebelum dia pandang tubuh Yuri atas bawah. Wajah si lelaki berubah lembut sebaik sahaja dia perasan kesan air mata di pipi Yuri.

" Nightmare lagi?"

Yuri diam.

Dan Damien tahu akan jawapan Yuri. Itu bermakna ya. Perlahan pergelangan tangan Yuri dilepas sebelum Damien tutup peti di belakangnya. Damien teliti setiap inci badan Yuri.

Bersih.

Yuri masih kaku tidak bergerak. Setelah Damien selesai, Yuri melangkah ke arah table island sebelum labuhkan duduk di atas kerusi. Leo bergesel di kakinya.

Damien mengikut langkah Yuri sebelum duduk dilabuh di hadapan Yuri. Wajah perempuan di hadapannya kali ini tidak sepucat sebelum ini. Buatkan Damien sedikit lega.

Damien tampungkan dagu sebelum wajah kaku milik Yuri dia tenung.

"Kau tak nak tanya aku apa-apa?"

Yuri diam. Dia gelengkan kepala sebelum selitkan rambut yang terjuntai di dahi ke belakang telinga. Bahu Yuri jatuh.

Dia tak tahu nak kata apa. Sudah biasa dengan Damien. Sekejap ada, sekejap tidak.

Damien senyum pahit. Nampaknya kehadiran dia masih tak berbekas di hati Yuri. Susah benar nak dapatkan perhatian perempuan di hadapan dia ni.

"Kau masih kerja dengan publisher tu ke?"

Yuri angguk. Mata jatuh pada tangan yang bersulam di atas meja. Bosan.

"Kali ini aku tinggal lama sikit dekat sini. Kau tak kisah?"

Yuri angguk.

Masih diam.

Dan Damien hampir mengalah.

" Kau memang tak nak bercakap dengan aku ke?"

Yuri angkat wajah dia. Jelas wajah Yuri bosan. " Kau nak suruh aku bercakap apa lagi Damien Sokolov?"

Dan Damien hanya mampu senyum.

" Ini rumah kau dan aku. Kau boleh pergi bila-bila masa dan kembali bila-bila masa. Aku tak kisah. "

Bam! Meja dihentak lemah sebelum Yuri berdiri tegak.

Dan Damien senyum lebar.

Akhirnya! Mengaku jugak dia terasa hati. Wajah cemberut Yuri, Damien renung lama.

Walaupun biasanya wajah Yuri kelihatan tiada perasaan, tapi Yuri amatlah cantik. Lagi-lagi bila marah. Belum sempat si Yuri larikan diri ke tingkat atas, laju tubuh kecil Yuri dipeluk dari belakang oleh Damien.

Yuri sedikit terkejut namun dia tak bersuara. Makin Yuri marah bila Damien jatuhkan kepalanya pada bahu kanannya. Hidung si dia gatal mencium bahu Yuri buatkan Yuri menggeliat marah.

Buk!

Pinggang Damien disiku kuat oleh Yuri. Dan pelukan terlepas. Wajah berkerut Damien, Yuri pandang tajam.

Damien sedikit kecut. Sudah, Yuri nak mengamuk ke?

Tap. Tap. Tap.

Yuri tegak berdiri di hadapan Damien yang masih berkerut wajahnya. Dan tanpa Damien sangka tangan kecil Yuri naik mengusap pinggang kanannya.

" Sorry."

Agak kasar namun Damien tahu perempuan di hadapannya jujur. Damien gelak kecil.

Gembira.

Tangan Damien naik mengusap pipi Yuri. Wajah Yuri masih cemberut namun dapat Damien lihat pinggir bibir Yuri yang sedikit naik. Mata Yuri terpejam. Selesa dengan usapan Damien.

Damien gelak kecil. Wajah Yuri di hadapannya buatkan dia geram. Dagu Yuri dia pagut sebelum wajah mereka mendekat. Hampir sahaja nafas mereka bertemu, Yuri tahan dada Damien.

Dan Damien hampir menyumpah. Kecewa. Dia pandang lemah wajah Yuri yang kembali kosong.

"Kau baru balik dari outstation. Aku yakin kau penat."

Dan Damien baru sedar yang dia masih lagi memakai sut. Perlahan tangan Yuri naik menjalar sebelum merungkai tali leher milik Damien. Damien mengeluh lemah.

" Tapi aku rindu kau."

" Dan ibu kau pun rindu kau."

Damien diam. Mati kata bila ibunya disebut. Tahu dia salah sebab lupa maklumkan pada ibunya yang dia sudah kembali.

Blazer sudah dilucut, begitu juga dengan tali leher milik Damien. Yuri mengeluh lemah sebaik sahaja dia selesai meletakkan pakaian kotor milik Damien ke dalam bakul. Si lelaki masih tegak di tengah dapur dengan muka tak puas hati.

Yuri kembali melangkah ke arah Damien sebelum berpeluk tubuh. Damien yang hanya memakai seluar slek hitam dan kemeja putih Yuri pandang tajam.

" Kau nak apa lagi? Pergilah naik berehat."

Mata Damien masih tak berkelip. Seakan termenung. Dan Yuri tahu kenapa.

Perlahan Yuri mendekat sebelum dia selitkan kedua tangannya di sekeliling tubuh Damien. Damien kaku. Terkejut.

Kepala menunduk memandang Yuri yang elok memeluknya.

" Aku minta maaf. Aku yakin ibu kau tak marah pada kau." Perlahan suara Yuri, seakan memujuk.

Buatkan Damien ukir senyum kecil. Ini apa yang buat dia suka pada Yuri.
Walaupun kelihatan kaku, namun dia seorang yang baik hati.

Tangan kiri Damien menarik rapat Yuri pada tubuhnya. Tangan kanan memagut dagu Yuri agar mendongak memandang wajahnya.

Mata mereka bertembung. Dan dapat Damien lihat mata bundar itu berkelip memohon maaf. Damien gelak kecil. Bahagia.

Perlahan Damien menunduk buatkan Yuri pejamkan mata. Dan dapat Yuri rasakan panas pada dahinya. Lama.

Hampir dia senyum namun ditahan. Dia tak nak tunjuk pada Damien bahawa dia terkesan dengan kehadiran dia.

" Aku sayang kau." Garau suara Damien.

Dan belum sempat Yuri buka kelopak mata, nafas mereka berlanggar.




>>>>>>>





Damien senyum lebar sebaik sahaja pintu bilik Yuri dibuka. Nampaknya Yuri masih belum terjaga walaupun dah hampir pukul 9 pagi.

Kejam sangat ke dia semalam?

Damien ketawa kecil bila teringat dia paksa Yuri teman dia maraton movie. Siap pujuk bagitahu benda ni bagus untuk dapatkan idea bagi novel baru Yuri.

Yuri hanya pasrah menemani Damien sehinggalah tertidur pada bahu Damien. Damien melangkah masuk ke dalan bilik Yuri. Leo masih makan di dapur. Kalau tidak jangan harap kucing jantan tu nak benarkan dia masuk ke bilik Yuri.

Perlahan Damien labuhkan duduk di birai katil sebelum rambut milik Yuri diluruskan. Yuri sentiasa kelihatan cantik di mata dia. Satu-satunya perempuan yang memahami dia dan tugasan dia yang terpaksa tinggalkan negeri hampir setiap bulan.

Damien menunduk sebelum dia rapatkan wajah pada dahi Yuri. Perlahan dahi Yuri dia cium lembut. Lama.

Rasa sayang dia pada Yuri tak pernah luntur.

" Ermm."

Dan Damien angkat wajah. Senyum kacak diukir sebaik sahaja kelopak mata Yuri terbuka. " Good morning."

Zap!

Tegak Yuri duduk sebelum menjauh daripada Damien. Mata Yuri yang sepet akibat baru bangun tidur tak henti berkelip. Damien ketawa lepas. Sudah biasa dengan keadaan Yuri. Perlahan Damien capai tangan kanan Yuri sebelum dicium hujung jarinya.

Wajah Yuri cemberut, faham akan maksud ciuman tersebut.

"Kau nak pergi mana?" Serak suara Yuri buatkan Damien tahan ketawa. Comel.

Mata Damien tajam merenung wajah cemberut Yuri. " Aku kena pergi hospital hari ni. Maaf."

Yuri hela nafas berat. Kecewa.

"Bukan kau baru balikkan semalam? Kau tak penat ke?"

Damien geleng. Tangan Yuri dilepas sebelum dia tarik wajah Yuri. Ciuman ditampal pada pipi kanan Yuri. Sempat Yuri hidu bau mint dari Damien.

" Aku balik lewat hari ni. Kau tak payah tunggu aku."

" Ok."

" Yuri." Tangan Damien menjalar memegang erat tangan kanan Yuri. "Aku sayang kau."

Yuri diam.

" Kau?"

Masih lagi diam.

Dan Damien faham.

Yuri masih lagi kekok dengannya walaupun sudah lama mereka kenal. Perlahan tangan Yuri dilepas. Baru sahaja Damien ingin berlalu, lengan kirinya dipaut.

" Aku tunggu kau dekat rumah. Hati-hati balik."

Dan Damien senyum. Sekurang-kurangnya kali ini Yuri tidak menolak dia. Damien angguk perlahan.

" Aku pergi dulu. Jangan lupa makan sarapan pagi yang aku sediakan untuk kau."

Dan tubuh Damien menghilang di sebalik pintu bilik milik Yuri.








>>>>>>>





"Awal kau datang hari ni."

Damien senyum pada Adam sebelum mereka bersalam. Damien labuhkan duduk di hadapan Adam. Sempat Damien lihat Adam pesan kopi untuk mereka berdua sebelum mereka saling berpandangan.

" Macam mana dengan kau? Masih sibuk dengan kerja?" Adam sengaja berbasa basi sebelum tangannya lincah mengeluarkan kertas daripada fail yang dibawa.

Damien angguk perlahan. Badan disandar pada kerusi kafe sebelum dia berdehem perlahan. Kali ini mata Damien berubah tajam. Hilang sinar lembut sebaik sahaja kelibat Yuri hilang dari pandangan mata.

" Aku masih kerja dengan pihak hospital." Damien berdehem. " Aku nak bincang pasal 'dia' hari ni."

Dan wajah Adam masih tidak berubah. Dia angguk perlahan, faham akan maksud Damien.

" Apa yang kau nak tahu kali ini? 'Dia' masih lagi ikut kaunseling di hospital tempat aku bekerja. Aku yakin dia takkan apa-apa Damien."

Damien geleng.

" Aku tak tahu Adam tapi sejak dua menjak ni dia makin kerap mimpi ngeri. Aku risau. Aku takut dia akan berubah balik." Damien hela nafas berat.

Adam berdehem.

" Selagi dia setia ikuti kaunseling yang disediakan dan makan ubat mengikut waktu. Aku yakin dia akan sembuh. Tapi kau kena tahu, penyakit ni payah untuk diubati."

Damien diam.

Dia faham. Dia tahu.

" Dia masih makan ubat yang aku sediakan?"

Damien angguk. Damien takkan pernah lupa menyuruh 'dia' makan vitamin yang sudah ditukar menjadi ubat. Malahan dia takkan pernah lupa untuk masukkan ubat ke dalam air yang diminum oleh 'dia'.





>>>>>>










Yuri urut bahunya yang terasa sedikit lenguh. Bekerja di pejabat memang buatkan dia sedikit penat namun dia perlu bekerja untuk dapatkan duit. Takkan dia hanya nak berharap pada Damien saja.

Perlahan Yuri masukkan kunci pada pintu rumahnya. Sebaik sahaja pintu ditolak, Yuri perasan akan sesuatu. Ruang tamu rumahnya sedikit berselerak. Paling Yuri pelik bila Leo tidak menunggu dia di hadapan pintu.

Kucingnya tak pernah lupa untuk menunggu dia. Takkanlah dia tidur. Takpun bermain dengan Damien.

Pintu kembali ditutup sebelum Yuri melangkah ke arah dapur, mencari kelibat Leo. Kelibat kucingnya masih tidak dijumpai. Yuri mengeluh perlahan, mungkin Leo menyelinap keluar dari rumah.

Kalut Yuri melangkah ke tingkat atas sebelum menukar pakaian di dalam biliknya. Sebaik sahaja selesai, Yuri bersedia untuk mencari Leo. Namun langkah Yuri mati sebaik sahaja dia melangkah di hadapan bilik yang digunakan Damien.

Bau yang keluar daripada bilik Damien buatkan kening Yuri berkerut. Ini bau darah.

Tapi apa yang ada di dalam bilik Damien sampai keluar bau darah?

Dan Yuri mengeluh lemah.

Damien.

Baru semalam balik dah buat hal. Perlahan tangan Yuri naik memulas tombol pintu bilik milik Damie. Pintu ditolak perlahan.

Dan Yuri kaku.

Kakinya seakan terpasak di atas tanah. Pemandangan lantai bilik Damien buatkan Yuri hampir gila.

Leo.

Terbaring kaku di atas lantai.

Bulu putih milik Leo dibasahi warna merah pekat yang Yuri yakin masih panas.

" Leo!"

Yuri berlari ke arah Leo sebelum jatu terduduk di sebelah Leo. Kucing itu kaku tidak bergerak. Mata Yuri panas. Menggeletar tangan Yuri cuba menyentuh lembut badan Leo.

Panas. Suam.

Dan Yuri tarik nafas lega.

Leo masih bernafas!

Krek.

Mata Yuri bulat. Bunyi bilik air di dalam bilik Damien terbuka buatkan serentak kepala Yuri terangkat. Dan nafas Yuri sesak sebaik sahaja melihat kelibat lelaki berwarna hitam di hadapannya.

Lelaki tersebut memakai topeng.

Dan Yuri yakin lelaki ini bukan Damien.

" Kau nak apa sial?!" Yuri jerkah marah. Laju Yuri berdiri sebelum jeling tajam kelibat lelaki yang berjalan menghampiri dia.

" Maaf."

Dan, bam!

Kepala Yuri dihentak dengan bet besbol.








>>>>>>>














"Shit." Elai menyumpah perlahan. Tubuh perempuan yang terbaring kaku di hadapannya buatkan Elai makin menggelebah. Sudahlah dia belum dapat barang berharga lagi, tapi kini kena selesaikan perempuan di hadapan dia.

Elai duduk bertenggek di sebelah tubuh milik Yuri yang terbaring menelentang di atas lantai. Wajah Yuri pucat dan ada darah yang keluar daripada luka di kepalanya akibat dihentak oleh bet besbol milik Elai.

Elai pagut kasar dagu si Yuri. Wajah Yuri dia tilik lama.

Cantik.

Tapi malangnya dia kena diamkan perempuan ni. Kalau tidak dia akan ditangkap oleh oleh polis.

Elai kembali berdiri sebelum matanya meliar mencari apa-apa yang boleh digunakan untuk mengikat tubuh Yuri agar tidak lari. Perlahan almari pakaian milik Damien didekati sebelum digeledah.

Hampir sepuluh minit menggeledah, Elai jumpa sesuatu.

Tali pinggang.

Dan bibir merah Elai senyum sinis. Tali pinggang tersebut dicapai sebelum dia toleh. Yuri masih lagi kaku di atas lantai bersama dengan kucing putih yang sudah tidak bernyawa.

Perlahan Elai angkat tubuh Yuri sebelum disandar pada katil. Perlahan kaki milik Yuri dia ikat pada kaki katil. Sempat Elai ambil telefon bimbit di dalam poket seluar Yuri. Setelah selesai, Elai kembali ke dalam tandas milik Damien.

Dia tegak berdiri di hadapan cermin.

Baju hitamnya kini berbau hanyir darah. Shit. Dia benci bau darah. Akhirnya Elai capai sehelai baju putih milik Damien sebelum dipakai.

Elai keluar daripada bilik Damien setelah selesai mengambil barang-barang berharga. Barang tersebut dia letakkan di hujung tangga sebelum dia kembali ke bilik Yuri. Kali ini dia akan geledah bilik milik Yuri.

Nama pun perompak.

Bilik Yuri adalah bilik master bedroom dan agak besar. Tempat pertama yang dituju oleh Elai ialah almari pakaian milik Yuri. Baru sahaja dia duduk bertenggek.

Bam!

Pintu bilik Yuri ditutup rapat dari luar.

Elai terkejut. Dia berdiri tegak sebelum laju kaki berlari ke arah pintu bilik. Tombol dipulas sebelum pintu ditolak.

Shit.

Pintu ni tak terbuka. Siapa pulak yang kunci aku dari dalam?!

"Hei! Siapa ada dekat luar?!"

Diam.

Dan dapat Elai dengar suara ketawa halus di sebalik pintu. Suara ketawa itu bercampur dengan bunyi tangisan. Dan ini suara perempuan.

Sial!

Jangan kata perempuan tadi yang kunci aku dari dalam!

Bam!

Bam!

Bam!

Elai berusaha kuat untuk buka pintu tersebut dari luar namun usahanya hanyalah sia-sia. Pintu bilik tersebut langsung tidak terbuka atau retak. Elai menyumpah marah. Marah akan dirinya yang mengambil mudah akan Yuri hanya kerana dia seorang perempuan.

Akhirnya Elai penat berusaha. Dia usap peluh yang jatuh menuruni dahi sebelum tumbuk kuat pintu bilik tersebut.

" Kau nak apa dari aku? Kalau kau lepaskan aku, aku takkan munculkan diri depan kau lagi!!" Elai sudah terdesak. Dan dia hilang pertimbangan.

Dia tak rela masuk penjara!

Diam.

"Hei! Kau dengar tak ni?!"

Bang!!

Telinga Elai berdesing.

Dan Elai jatuh terduduk sebelum menekup telinga kanannya yang mula mengalirkan darah. Tubuh Elai kaku dan kakinya seakan hilang fungsi. Elai kedu.

Dan dia takut!

Peluru yang melintasi sipi di sebelah telinga kanan miliknya buatkan Elai terduduk lemah.

Shit! Perempuan ni ada senjata!

Bibir Elai menggelatar ketakutan.

" Aku bagi kau lima minit. Lima minit untuk menyorok dalam bilik aku. Kalau aku jumpa kau dalam masa 10 minit, maknanya game over. Aku akan lepaskan kau. Deal?"

Suara Yuri berbunyi perlahan di sebalik pintu.

Langsung tiada nada di sebalik suara Yuri. Yuri seakan sudah hilang pertimbangan. Apa yang berada di fikirannya hanyalah bunuh lelaki yang menetak mati kucingnya.

Yuri sandar perlahan badannya pada pintu biliknya. Senapang patah milik Damien dia bawa rapat pada badan sebelum dia raup wajahnya.

Kesal atas apa yang berlaku pada Leo.

Elai pula hampir menjerit sebaik sahaja mendengar ayat daripada Yuri. Tubuhnya menggeletar kuat. Perempuan ni gila ke apa?!

" Kau ni dah gila ke apa?!"

Diam.

Tuk! Tuk!

Kedengaran bunyi pintu bilik diketuk dari luar.

" Kau ada 4 minit 27 saat lagi."

Gulp!

Elai telan liur sebaik sahaja mendegar ayat Yuri.

Gila! Perempuan ni memang gila!

Elai berdiri tegak sebelum berpusing di sekeliling bilik milik Yuri. Ya, bilik ni memang besar, tapi tak ada banyak tempat dia boleh menyorok.

"4 minit ."

Suara Yuri kembali berbunyi.

Damn!

Elai menyumpah marah. Dia takkan mampu untuk melawan Yuri! Dia hanya bersenjatakan pisau dapur dan bet besbol manakala Yuri mempunyai senapang. Laju Elai meneroka bilik Yuri sebelum dia perasan akan sesuatu.

Dan dia dapat idea.

Yuri di luar masih setia mengira masa yang berlalu sambil merenung kosong ke arah siling. Mata Yuri sudah penat menitiskan air mata dan kini dia dahagakan balas dendam.

Dan dia memang takkan pernah lepaskan manusia yang bunuh Leo.

Leo sudah lama menemani dia. Semenjak kehilangan ahli keluarga dia, hanya Leo yang setia menanti Yuri.

Dan kini masa lima minit sudah berlalu. Dengan wajah kosong, Yuri buka pintu biliknya dengan kunci di tangan.

Krek.

Dan bilik Yuri yang sedikit bersepah menyapa mata. Diam. Langsung tiada suara yang keluar dari Yuri mahupun Elai. Yuri mengeluh lemah. Dia berdiri tegak di tengah biliknya sebelum meneliti keadaan biliknya.

Almari?

Lelaki dewasa tak akan muat berada di dalam almari milik dia.

Bawah katil?

Katil Yuri rapat ke lantai.

Bilik air?

Tak, pintu bilik air terbentang luas.

Bilik simpanan?

Dan Yuri ketawa sinis. Bilik simpanan Yuri sentiasa penuh dengan barang dan Yuri perasan akan satu perkara. Langsir balkoni biliknya terbuka. Dan balkoni bilik Yuri bersambung dengan bilik Damien.

Dan Yuri pusingkan badannya sebelum melangkah ke arah bilik Damien yang tertutup rapat. Yuri dah agak. Tadi sewaktu dia keluar dari bilik Damien, dia tak kunci pintu.

Krek.

Pintu bilik Damien ditolak perlahan.

Dan dapat Yuri rasakan satu objek sejuk di lehernya. Tajam menikam kulit lehernya.

Dan dapat Yuri dengar ketawa sini yang keluar dari mulut lelaki yang cuba merompak rumahnya.

"Kalau kau bergerak selangkah, aku akan hiris leher kau."Perlahan Elai mengugut Yuri. Namun Elai terkejut apabila melihat wajah Yuri masih tidak berubah.

Masih lagi tenang. Biarpun lehernya sedang ditekan dengan pisau dapur.

" Bagi aku senapang tu!"

Yuri akur. Perlahan senapang patah tadi diserahkan kepada Elai. Elai pula langsung tak berlengah, sebaik sahaja senapang dicapai, Elai campak ke tengah bilik, jauh dari Yuri dan dia.

" Bagi aku barang berharga milik kau." Berani Elai mengugut kerana dia tahu Yuri tidak akan berani melawan selagi pisau melekat di lehernya.

Yuri kekal statik. Seakan tidak terkesan dengan arahan daripada Elai.

Elai berang! Dia tarik kuat rambut milik Yuri namun pisau masih lagi melekat di leher Yuri.

"Kenapa kau ni degil sangat ha?! Aku kata bagi aku barang berharga faham?!"

Dan pinggir bibir Yuri naik.

Senyum tajam terbentuk, buatkan tubuh Elai meremang.

Zap!

Dan Elai terlepas pisau di tangannya. Mata yang ditoreh dengan pisau lipat Elai tutup sebelum Elai jatuh terduduk.

" Arghhh!" Kuat Elai menjerit.

Terkejut.

Yuri masih tidak bergerak. Dia usap lehernya yang masih mengalirkan darah. Shit. Mesti lehernya akan berparut. Damien wajib akan marah pada dia.

Dan ini buatkan Yuri makin bengang pada Elai.









>>>>>>>










Damien menguap lemah. Matanya sedikit berair buatkan dia hampir terlanggar rakan setugas dia di dalam hospital. Tajam Irvin jeling Damien buatkan Damien hanya buat bodoh.

Sebaik sahaja Damien labuhkan duduk di atas kubikel miliknya, Damien jatuhkan kepalanya. Matanya dipejam erat. Sudahlah dia baru balik outstation akibat sibuk bentang thesis pada pihak hospital lain. Balik rumah aja dah kena on call.

Dia rindu ibu dia.

Dan dia rindu wajah masam Yuri.

Dan Damien baru sedar akan sesuatu. Dia masih belum telefon Yuri hari ni. Dan perkara ni buatkan Damien gembira.

Akhirnya dapat jugak dia dengar suara Yuri.

Segera nombor Yuri didail namun laju panggilannya ditolak.

Damien naik pelik. Sedikit terkejut. Buat pertama kalinya Yuri menolak panggilan dia. Sekali lagi Damien telefon nombor Yuri.

Tetap sama.

Setelah menelefon hampir 10 kali, barulah panggilannya dijawab. Tak sempat Damien buka mulut, ada suara lain yang laju mencelah.

" Can you stop fucking call me?!"

Kaku.

Tubuh Damien keras.

Tett!

Panggilan dimatikan. Mata Damien berkedip, seakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku. Shoot. That's man voice.

Yuri curang dengan dia ke?

Tak.

Tak mungkin.

Dia dengan Yuri masih lagi belum declare apa-apa.

Shit! Patutnya dia lamar Yuri dari awal untuk jadi kekasih dia! Tapi ini bukan masanya.

Dan baru Damien sedar akan sesuatu.

Suara lelaki tadi berbunyi sedikit takut.

Dan Yuri bukanlah seorang manusia yang suka berinteraksi dengan manusia lain. Dan kalau dia berinteraksi..

Shit!

Damien laju berdiri tegak.

Dia kena balik rumah!

Sebelum lelaki tadi mati dikerjakan.










>>>>>>>









To be continued.










Maaf sangat-sangat. Sibuk dengan urusan universiti jadi agak lambat update.

Continuă lectura

O să-ți placă și

ADIK De symeimei

Proză scurtă

325K 3.3K 23
Salah ke kalau minat abang sendiri? well dia abang aku kan? abang.. adik? kalau ikutkan.. akulah adik. Tu nama panggilan aku sejak dulu. Aku anak tun...
5.8K 222 19
Najuwa Farhana, seorang tentera laut diraja Malaysia yang berpangkat leftenan komando. Fateh El Mukmin, seorang lecturer yang mengajar dalam bidang s...
356K 5.6K 14
Kena kahwin paksa dengan Duda anak satu?omaigod dah future husband dia tu "lecturer hot" dekat kolejnya.Namun Ainnur Melrose terpaksa juga bak kata m...
365K 9.7K 21
"Lia, abang ada benda nak bagitahu", dia cakap sambil pandang tepat dekat mata aku. Aku tengok tangan dia yang tengah genggam kedua-dua tangan aku tu...