Hikayat Sang Pencinta ✔

_louvrees_ tarafından

137K 7.3K 296

Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cum... Daha Fazla

✘ Bab 1 ✘
✘ Bab 2 ✘
✘ Bab 3 ✘
✘ Bab 4 ✘
✘ Bab 5 ✘
✘ Bab 6 ✘
✘ Bab 7 ✘
✘ Bab 9 ✘
✘ Bab 10 ✘
✘ Bab 11 ✘
✘ Bab 12 ✘
✘ Bab 13 ✘
✘ Bab 14 ✘
✘ Bab 15 ✘
✘ Bab 16 ✘
✘ Bab 17 ✘
✘ Bab 18 ✘
✘ Bab 19 ✘
✘ Bab 20 ✘
✘ Bab 21 ✘
✘ Bab 22 ✘
✘ Bab 23 ✘
✘ Bab 24 ✘
✘ Bab 25 ✘
✘ Bab 26 ✘
✘ Bab 27 ✘
✘ Bab 28 ✘
✘ Bab 29 ✘
✘ Bab 30 ✘
✘ Bab 31 ✘
✘ Bab 32 ✘
✘ Bab 33 ✘
✘ Bab 34 ✘
✘ Bab 35 ✘
✘ Bab 36 ✘
✘ Bab 37 ✘
✘ Bab 38 ✘
✘ Bab 39 ✘
✘ Bab 40 ✘
✘ Bab 41 ✘
✘ Bab 42 ✘
NOTICE ALERT
✘ Bab 43 ✘
✘ Bab 44 ✘
✘ Bab 45 ✘
✘ Bab 46 ✘
TEASER
✘ Bab 47 ✘
✘ Bab 48 ✘
✘ Bab 49 ✘
✘ Bab 50 ✘
✘ Bab 51 ✘
✘ Bab 52✘
✘ Bab 53 ✘
✘ Bab 54 ✘
✘ Bab 55 ✘
✘ Bab 56 ✘
✘ Bab 57 ✘
✘ Special I ✘
Special II
New Books!

✘ Bab 8 ✘

1.9K 135 10
_louvrees_ tarafından

Sepanjang 1 jam 30 minit kelas Sir Irham di dalam dewan kuliah, aku langsung tak mampu untuk fokus pada lcd dan penerangan lecturer di hadapan. Minda asyik berfikir tentang Fyraz.

Aku yakin, coklat dan sticky note yang aku dapat selama empat hari berturut-turut ini adalah daripada dia. Sengaja dia meletakkan nama D...E pada setiap sticky note yang diberikan pada aku kerana dia tahu yang aku tahu nama panggilannya itu.

"Hana Arisya?"

Aku tersedar dari lamunan. Aku pandang sekeliling. Satu dewan kuliah memandang pelik. Ada juga yang sedang menahan ketawa. Diaorang ni, dah kenapa?

"Sya, tak sedar ke sir panggil kau banyak kali?" Arin di sebelah menyoal.

"Hana Arisya?" aku menoleh ke hadapan. Sir Irham sekali lagi memanggil namaku.

"Awak menungkan apa, Hana? Berangan saya masuk meminang awak, ke?" aku mengerutkan kening. Apa kaitan aku berangan dengan sir pulak ni?

Gurauan Sir Irham mengundang siulan nakal pelajar lelaki. Pelajar perempuan ada yang menjeling tak puas hati. Mana tidaknya, Sir Irham itu merupakan pensyarah paling muda dan boleh tahan kacak orangnya. Bukan aku tak tahu, ramai pelajar perempuan di universiti ini berminat mahu tackle sir memandangkan dia juga masih bujang.

"Pagi tadi ada secret admirer tinggalkan hadiah atas meja dia, sir! Itu yang angau semacam!" aku jeling Alep yang tidak jauh dari tempat dudukku. Bibirnya tersenyum senget pada aku. Mulut dia, memang nak kena dengan aku agaknya.

Ternyata, makin bising dewan kuliah ini dengan bisikan dan siulan nakal para pelajar baik lelaki mahupun perempuan. Aku sudah tertunduk malu.

"Students, enough with your joke. Kesian Hana, dah blushing sangat pipi tu." Sir Irham bersuara tegas di mikrofon sekaligus menghentikan gurauan yang sebenarnya bermula daripada dirinya sendiri.

Dan tak pasal pasal, seharian itu walaupun di luar kelas aku di ship kan dengan Sir Irham.

~~~

574 messages from 3 chats

Aku buka ruangan chat dengan Syafiq terlebih dahulu. Spontan, bibir mengukir senyum.

❤❤❤ :
Sayangggg
I miss youuu

Me :
Ye sayangggg
I miss you toooo 😘

Tanpa perlu menunggu lama, Syafiq sudah membalas mesejku.

❤❤❤ :
Weekend ni you free tak? I ingat nak ajak you keluar

Akibat terlalu teruja dengan ajakan Syafiq, bantal aku tekup pada muka sebelum menjerit kuat. Seronoknyaaa!

Me :
Emm...so sorry sayang. Weekend ni I ada kelas ganti. Sorry, okay?

Sengaja aku berkata begitu dengan niat mahu bergurau. Namun begitu, agak lama aku mahu menunggu dia membalas semula. Merajuk ke?

❤❤❤ :
It's okay sayang. I baru perasan weekend ni pun I busy. Hari lain la kita keluar.
Okay. I got to go. Bye

Terus mati senyuman aku tadi. Ini, fakehope atau apa? Sedikit sebanyak aku agak terasa dengan Syafiq. Kalau nak ajak keluar tu, check la organizer dulu baru buat keputusan. Aku yang mahu bergurau, alih alih aku juga yang terasa hati.

Haih, sekarang aku sudah jarang bertemu dengan Syafiq. Ada juga aku meminta pertolongannya untuk mengambil dari kampus namun ada saja alasannya untuk menolak. Kalau dulu di awal perhubungan, tidak kira sesibuk mana pun Syafiq, dia tetap akan mencari masa untuk aku. Tanpa sedar, bibir melepaskan keluhan berat.

Aku buka pula ruangan chat group kelas. Seperti biasa, group itu yang paling banyak mesej. Ada yang bertanya soal assignment, tak kurang juga yang masih kecoh hal aku dengan Sir Irham pagi tadi. Tak lain dan tak bukan, Alep dan Bad yang memulakan topik sebelum disambung hangat mereka yang lain. Kepala tergeleng perlahan. Diaorang ni, takde bahan lain ke nak dibuat gosip? Malas mahu melayan.

Akhir sekali, aku buka ruangan chat yang dihantar Fyraz. Apa, Fyraz? Mata terus membulat. Daripada posisi baring tadi, terus aku duduk menegak. Fyraz hantar mesej? Biar betul?

FYRAZ POYO 😒 :
AUD-20200502-WA0019 ▶

Butang play aku tekan. Suara Justin Bieber memenuhi ruang bilik.

Picture-perfect, you don't need no filter
Gorgeous, make 'em drop dead, you a killer
Shower you with all my attention
Yeah, these are my only intentions

Stay in the kitchen, cooking up, cut your own bread
Heart full of equity, you're an asset
Make sure that you don't need no mentions
Yeah, these are my only intentions

Shout out to your mom and dad for making you
Standing ovation, they did a great job raising you
When I create, you're my muse
The kind of smile that makes the news

Can't nobody throw shade on your name in these streets
Triple threat, you a boss, you a bae, you a beast
You make it easy to choose
You got a mean touch I can't refuse (no, I can't refuse it)

Picture-perfect, you don't need no filter
Gorgeous, make 'em drop dead, you a killer
Shower you with all my attention
Yeah, these are my only intentions
Stay in the kitchen, cooking up, cut your own bread
Heart full of equity, you're an asset
Make sure that you don't need no mentions
Yeah, these are my only intentions

Sambil mendengar, bibir ikut menyanyikan lagu Intentions itu. Lagu favourite, tu! Aku tekan butang stop apabila suara Justin Bieber tidak lagi kedengaran.

Dahi berkerut. Baru terfikir, dah kenapa tiba tiba hantar lagu ni? Nak tunjuk yang dia boleh menyanyi ke apa? Tapi tadi, memang sah suara Justin Bieber.

Me :
Kenapa you hantar lagu ni?

Sekali lagi, soalanku hanya di bluetick. Argh, sakit jiwa aku dibuatnya!

~~~

Esoknya, seperti hari hari sebelum ini aku menerima sticky note dari orang yang sama.

So, what's your answer for my question before?

Would you like to be my 'dearest girl friend?' Hope that I will hear your answer  : )

* I tau you boleh agak siapa I

Aku mengeluh berat. Memang aku dah tau siapa. Tapi aku mahu dia sendiri yang mengaku. Tak gentle okay walaupun niatnya cuma mahu jadikan aku kawannya.

"Sya, kau dah tau ke siapa yang bagi?" Sofea bertanya apabila dia terlihat sticky note yang aku pegang. Arin sudah sibuk mahu membaca apa yang ditulis pada kertas kecil itu.

"Kalau dia dah expose dia siapa baru aku cerita, okay?"

~~~

Tengah hari itu di kafeteria, Arin mengajak aku dan Sofea untuk makan. Memandangkan perut sudah berdangdut dari dalam kelas tadi, aku ikutkan saja.

Aku duduk di sebuah meja untuk menjaga tempat memandangkan agak ramai yang mahu mengisi perut sementara Sofea dan Arin membelikan makanan untuk aku juga.

Agak lama aku menunggu sebelum ada seseorang mengambil tempat di hadapanku. Aku dongakkan kepala sebelum jantung berlari kencang apabila dia tersenyum manis pada aku sehingga menampakkan lesung pipitnya. Gila, dah lama jantung aku tak rasa macam ni!

Ya, Fyraz Danial.

Cepat cepat aku kalihkan pandangan, mencari kelibat Arin dan Sofea. Tapi apa yang aku lihat, mereka berdua sedang enak makan di meja lain sambil tersengih tidak bersalah pada aku.

Sumpah rasa nak maki. Memang dah ada pakatan untuk kenakan aku ke apa?

"Sya..." mata rasa hendak pandang gerangan yang memanggil. Tapi akhirnya aku hanya menunduk dan melihat skrin telefon bimbit. Entah, rasa tak berani mahu bertentang mata dengannya.

"Sya..."

"Arisya..."

"Hana Arisya, you taknak pandang I ke?"

Fed up agaknya, itu yang dia panggil banyak kali bila aku tak pandang. Tapi, ah biarkan! Dia boleh bluetick mesej aku, kenapa aku tak boleh ignore dia?

"It's okay kalau you taknak pandang." aku ingatkan bila dia berkata begitu, dia mahu melangkah pergi. Namun tiba tiba...

Picture-perfect, you don't need no filter
Gorgeous, make 'em drop dead, you a killer
Shower you with all my attention
Yeah, these are my only intentions

Stay in the kitchen, cooking up, cut your own bread
Heart full of equity, you're an asset
Make sure that you don't need no mentions
Yeah, these are my only intentions

Aku tergamam apabila bibir itu mula menyanyi dengan suaranya yang husky. Aku beranikan diri, memandang tepat anak mata kelabunya yang turut merenung aku.

Matanya dikenyit nakal.

Yet, I didn't realize the time that I was drowning in that beautiful pair of eyes.






Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

154K 10K 32
Adam Hirdy | Azalea
8.7K 594 25
Jangan pandang rendah dengan si 'dia'. Walaupun berwajah suci,dia mampu menundukkan semua wanita walau hanya bernafas. Dialah Encik penggoda. [Comple...
190K 11.7K 46
Segalanya bertitik tolak daripada kerja paling gila aku pernah buat. Melamar Diff, kawan sendiri sebagai suami. "Kau nak kahwin dengan aku tak?" -Le...
752K 42K 76
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus d...