Hikayat Sang Pencinta ✔

By _louvrees_

137K 7.3K 296

Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cum... More

✘ Bab 2 ✘
✘ Bab 3 ✘
✘ Bab 4 ✘
✘ Bab 5 ✘
✘ Bab 6 ✘
✘ Bab 7 ✘
✘ Bab 8 ✘
✘ Bab 9 ✘
✘ Bab 10 ✘
✘ Bab 11 ✘
✘ Bab 12 ✘
✘ Bab 13 ✘
✘ Bab 14 ✘
✘ Bab 15 ✘
✘ Bab 16 ✘
✘ Bab 17 ✘
✘ Bab 18 ✘
✘ Bab 19 ✘
✘ Bab 20 ✘
✘ Bab 21 ✘
✘ Bab 22 ✘
✘ Bab 23 ✘
✘ Bab 24 ✘
✘ Bab 25 ✘
✘ Bab 26 ✘
✘ Bab 27 ✘
✘ Bab 28 ✘
✘ Bab 29 ✘
✘ Bab 30 ✘
✘ Bab 31 ✘
✘ Bab 32 ✘
✘ Bab 33 ✘
✘ Bab 34 ✘
✘ Bab 35 ✘
✘ Bab 36 ✘
✘ Bab 37 ✘
✘ Bab 38 ✘
✘ Bab 39 ✘
✘ Bab 40 ✘
✘ Bab 41 ✘
✘ Bab 42 ✘
NOTICE ALERT
✘ Bab 43 ✘
✘ Bab 44 ✘
✘ Bab 45 ✘
✘ Bab 46 ✘
TEASER
✘ Bab 47 ✘
✘ Bab 48 ✘
✘ Bab 49 ✘
✘ Bab 50 ✘
✘ Bab 51 ✘
✘ Bab 52✘
✘ Bab 53 ✘
✘ Bab 54 ✘
✘ Bab 55 ✘
✘ Bab 56 ✘
✘ Bab 57 ✘
✘ Special I ✘
Special II
New Books!

✘ Bab 1 ✘

6.8K 210 23
By _louvrees_

"Papa taknak hantar Sya harini?"

"Papa sibuk, Sya. Tak faham faham lagi ke? Lagipun papa dah call Syafiq suruh hantar Sya kejap lagi."

Jawapan dingin papa membuatkan aku terdiam. Sudah sebulan lebih aku menuntut di universiti. Dari hari aku mendapat tawaran lagi,beriya-iya aku memujuk papa untuk menghantar au ke kolej. Tetapi papa...itu saja alasannya.

Bukan aku tidak mahu mengerti papa begitu sibuk sebagai seorang businessman yang berjaya. Tapi takkan langsung tiada masa untuk aku, anaknya sendiri?

Sejak kematian mama ketika aku baru berusia tujuh tahun, papa memang langsung tiada masa untuk aku. Entah bila kali terakhir papa memeluk aku dengan penuh kasih sayang. Seingat aku juga, papa jarang tersenyum manis pada mama, apatah lagi mahu ketawa mesra. Seringkali aku lihat papa memarahi mama, dan malamnya mama akan menangis sendiri.

Apabila aku meningkat dewasa, lagi papa tidak mengambil tahu soalku. Ke mana aku pergi, dengan siapa aku berkawan. Sehingga aku sendiri membesar sebagai anak gadis yang terlebih sosial.

Aku hanya mahukan...sebuah keluarga yang sempurna.

Bunyi hon di luar rumah mematikan lamunan. Aku menoleh seketika ke arah pintu. Pasti Syafiq sudah sampai untuk menghantarku ke kolej. Aku pergi ke arah papa yang masih sibuk dengan telefon pintar di tangan. Sesekali air kopi disisip perlahan.

"Papa, Sya pergi dulu."Aku menghulurkan tangan untuk bersalam namun hanya dipandang sepi sebelum disambut hendak tak hendak.

Entah apa yang membuatkan papa dingin dengan aku dari dulu hingga sekarang.

~~~

"Harini I tak dapat ambil you untuk balik rumah. So sorry, sayang."

"It's okay." aku tersenyum padanya.

Syafiq. Sudah hampir 6 bulan aku menjalinkan hubungan dengannya. Itu pun atas desakan papa dengan alasan, sekiranya satu hari nanti aku berkahwin dengan Syafiq, makin mudah untuk papa melebarkan sayap businessnya.

Huh. So typical.

"Kalau I nak keluar lunch dengan you kat luar boleh?" soalku pada Syafiq, sekadar mahu mencuba nasib.

"Sya...I betul betul busy.You tak faham I ke?" sudah boleh diduga jawapan Syafiq pada pertanyaanku tadi.

Kalau dulu, setiap hari Syafiq akan meluangkan masa untuk aku. Setiap hari dikirim bunga demi menambat hati aku. Memang aku rimas pada mulanya. Namun lama-kelamaan aku jatuh hati juga dengan sikap romantisnya.

"I'm so sorry, okay? You jangan risau,I dapatkan projek juta juta untuk you jugak. I tak nak lepas kita kahwin nanti you hidup susah." Syafiq memujuk sambil sebelah tangannya menggenggam erat tangan kananku.

Kami...sama sama masih muda. Aku baru berumur 20 tahun dan Syafiq baru menginjak 25 tahun, tapi sudah menjawat jawatan besar di syarikat milik bapanya. Itu janjinya pada aku setiap kali aku bermasam muka dengannya apabila dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Janjinya, untuk membahagiakan aku satu hari nanti.

Tapi sekarang, seolah-olah aku seorang yang terhegeh-hegeh padanya. Katakan saja aku kurang kasih sayang kerana memang itu hakikatnya. Papa sendiri tidak mempedulikan aku. Kerana itu,aku selalu mengadu pada Syafiq.

~~~

"Eh, korang kenal tak pelakon Thailand nama Nadech Kugimiya?" Sofea,rakan baikku menyoal pada aku dan Arin.

"Gila tak kenal? Crush aku tu!" jawab Arin yang berada di sebelah kiriku sambil sibuk menghimpit aku ke arah Sofea. Aku hanya melihat seketika gambar pelakon yang ditunjukkan Sofea tadi sebelum kembali fokus pada buku di atas meja.

"Kenapa dengan dia?" Arin menyoal Sofea.

"Haa,kau kenal tak senior tahun last yang nama dia Fyraz Danial tu?" aku dan Arin berpandangan sesama sendiri sebelum menggeleng serentak.

"Muka diorang...sebijik weh!"

"Hah,seriuslah?!" Arin sudah terjerit. Mujur kami berada di cybercafe.Tidaklah terlalu ketara suara Arin itu.

"Aku dapat tau mula mula pun terkejut. Tapi...apa yang buat Fyraz tu nampak lagi hensem, mata dia warna kelabu." Sofea makin galak bergerita manakala Arin sudah menekup mulut gaya teruja.

"Entah entah dia pakai contact lens." aku mencelah. Seriuslah warna kelabu? Jarang nak jumpa orang yang anak matanya warna begitu.

"Hish,kau ni Sya! Kakak aku sekelas dengan dia, kot!Memang anak mata dia warna kelabu lah!" Sofea menjeling apabila aku mempertikai ceritanya.

"Dulu kakak aku pernah minat dia, tapi lepas tau dia macam mana,terus reject! Tak jadi nak buat pakwe!"

"Kenapa? Dia tidur pakai baju tidur barbie ke?" seperti biasa, soalan Arin yang paling sengal dan paling merepek.Sofea melihat ke kiri dan kanan sebelum menyambung tapi hanya berbisik.

"Dia pernah jadi drug dealer and weapon supplier kat sempadan. Samseng besar tu!"

Telingaku terangkat mendengar cerita Sofea. Apa tak kena tangkap polis ke mamat tu?

"Lepas tu, dia langsung tak layan perempuan.Yang tak tahu dia tu siapa berebut-rebut nak couple dengan dia tapi dia selamba reject mentah-mentah. Orang syak dia gay. Dengar cerita, member member dia kat sini pun geng mafia jugak."

"Selalunya gangster ada awek keliling pinggang."

"Itulah pasal. Tapi dia memang lain.Extraordinary lah senang cerita."

Sofea meyudahkan gosipnya. Entah mengapa,hati rasa tertarik mahu tahu bagaimana orangnya.Fyraz Danial. Tanpa sedar,namanya sudah melekat dalam ingatan.

~~~

Jam 3 petang dan kelas pada hari ini berakhir. Sofea dan Arin pulang sekali memandangkan mereka menyewa rumah yang sama. Hari ini aku perlu pulang sendiri memandangkan Syafiq tidak dapat menjemput. Aplikasi Grab pada telefon aku buka. Sebelah kanan penuh dengan buku buku rujukan dan assignment yang perlu disiapkan.

Tiba tiba, terasa bahu kananku dihentam kuat mengakibatkan buku buku milikku jatuh semuanya. Aku tunduk untuk mengambil buku buku aku yang jatuh sebelum telinga menangkap tengkingan kuat yang memecah sunyi.

"Oh my god,what have you done?!"

Tengkingan itu mengejutkan aku. Aku lihat lelaki itu juga tunduk mahu mengambil telefon pintarnya yang jatuh. Tapi,skrin telefon dia...pecah?Sudah...mati aku.

Serentak kami berdiri. Dia menurunkan sedikit sunglasses round metal jenama ray ban yang dipakainya. Aku kaku. Anak matanya...warna kelabu. Jangan jangan...

"You takde mata ehh? Sesuka hati langgar orang." suaranya tidak kuat, tapi cukup untuk buat jantung rasa nak luruh. Matanya juga masih tak lepas merenung aku. Bagaikan...ada satu aura pada mata kelabu itu.

"I'm really sorry. I tak perasan tadi. Nanti I ganti balik fon you.I...I pergi dulu."

Aura yang ada padanya, mampu membuatkan aku tergagap. Cepat cepat aku mahu menyambung langkah yang tergendala tadi. Entah, rasa tak sanggup nak eye contact lama lama dengan dia.

"Eh eh,you nak pergi mana?" malang sekali, lenganku sempat disambar sekaligus mematikan langkahku.

"You dah langgar I, pecahkan skrin fon I, minta maaf pun macam tak ikhlas, nama I pun you tak tanya,apa ke biadab sangat you ni?"

"019-461 ××××. That's my number.I janji nanti I ganti balik. Apa apa hal you call I." berdebar punya pasal,laju saja bibir menyebut nombor telefon sendiri. Lantaklah dia ingat atau tak. Yang penting aku mahu pergi sebelum jantung melompat keluar dari dada!

"Hei perempuan! You nak pergi mana? I tak habis lagi dengan you!"

Jeritannya di belakang tidak aku hiraukan. Pandai pandai la aku cari dia esok. Aku menoleh ke belakang. Risau jika dia turut mengejar sebelum aku mampu menarik nafas lega apabila dia aku lihat sedang berbual dengan dua orang lelaki sambil tangan menunjuk-nunjuk ke arah telefonnya. Mengutuk aku mungkin. Ah,yang penting jantung aku kembali berdenyut pada kadar normal.

Tapi kenapa...aku berdebar sangat bercakap dengan dia?

~~~

Kejadian petang tadi bermain di dalam fikiran. Gila ke apa aku ni, tak boleh tidur sebab fikir pasal lelaki itu?

Aku mula berfikir tentang senior tahun akhir yang diceritakan Sofea. Seorang drug dealer, muka macam artis Thailand, mata kelabu...dia, orang yang sama ke dengan yang aku langgar petang tadi?

Bunyi loceng rumah yang ditekan berkali-kali menarik perhatianku. Lantas aku turun ke tingkat bawah. Kelihatan Mak Eton, bibik yang diupah papa sudah membuka pintu utama. Dan papa, masuk dengan badannya terhuyung-hayang sambil bibirnya menggumam sesuatu yang aku tidak dapat tangkap.

Aku cukup yakin, papa mabuk apabila melihat keadaannya. Bau manis pada badan papa menguatkan lagi firasatku. Lagipun, ini bukan kali pertama papa pulang dengan begini keadaannya.

Segera aku bergerak ke arah papa dengan niat mahu memimpinnya naik ke bilik. Namun hampa apabila papa menolak kasar tanganku sebelum menengking kuat.

"Kau tak payah sibuk hal aku!"

Hanya satu ayat. Cukup untuk meretakkan hatiku sebelum air mata mengalir laju.

"Sya...sabar,ye?" Mak Eton memujuk. Hujung mataku melihat papa yang masih bersusah-payah mendaki anak tangga untuk sampai ke bilik.

Setiap hari, hanya Mak Eton yang melihat papa memarahi aku. Selepas kematian mama, di rumah aku hanya mampu menumpang kasih daripada Mak Eton kerana papa, mana pernah kisahkan aku.

"Betul ke dia papa Sya?" aku memeluk Mak Eton sambil menangis teresak-esak.

Ya. Setiap hari aku tertanya-tanya. Benarkah aku, Hana Arisya ini anak kandung Dato' Kadir?



Continue Reading

You'll Also Like

751K 42K 76
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus d...
109K 4.8K 44
SOFEA ARIANA wanita yang cekal, tabah, baik hati dan menerima segala keputusan yang telah ibu Dan bapanya tetapkan buat dirinya untuk mengahwini jeja...
645K 24.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
2M 57.7K 121
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru di...