Short Story ✓

By lyakhalid

12.7K 799 174

Ini adalah cerpen maka status sentiasa complete. Hanyalah kompilasi beberapa cerpen. Buku ini mengandungi beb... More

"THE LIST"
0.1- One Day
0.2- Library
0.3-Missing You
0.5-You Are My Stars
0.6- Angel
0.7- Rooftop
0.8- Janji (1)
0.9- Janji (2)
1.0- Our Memories
1.1- Fools
1.2-Friend
1.3-The World is Not Beautiful
1.4- HER
1.5-Bintang Di Langit
1.6- Lies
1.7- Ghost
1.8 - Gael

0.4-Really

761 54 15
By lyakhalid

Dedicated to Nurul
































"Aku suka kau."

Diam.

"Maaf."
















>>>>>
















Naufal mengeluh. Surat yang diterima hampir 6 tahun lepas dia pandang lama. Walaupun perkara ni dah enam tahun berlalu. Dia takkan pernah lupakan dia.

Dia, perempuan yang paling kalut.

Perempuan yang paling berani.

Perempuan yang paling lembap.

Dan..

Perempuan yang paling dia sayang untuk lepaskan.

Tapi dia lepaskan juga.

Kerana masa depan bagi Naufal lebih penting. Luahan cinta si perempuan dia tolak. Dengan alasan dia suka akan perempuan lain.

Padahal dia tipu. Semuanya tipu.

Dia menipu kerana dia tak nak hati dia atau perempuan tersebut terluka. Kerana Naufal selalu dengar, hubungan yang bermula sewaktu di sekolah menengah takkan pernah bertahan lama. Maka dia takut untuk mulakan hubungan dengan si dia.

Akhirnya dia tolak luahan cinta si perempuan. Walaupun sebenarnya, dia sering perhatikan dia dari jauh. Sering jadikan kata-kata si perempuan sebagai motivasi untuk kejar impian dia sebagai seorang engineer. Akhirnya, selepas impian dia tercapai.

Dia rasa kosong.

Walaupun hampir enam tahun berlalu, hati Naufal masih tidak berubah. Dia masih harapkan cinta daripada si dia yang dia tolak.

Tapi, mana mungkin si dia masih mahukan lelaki yang dia tolak kan? Lagipun, mereka terputus hubungan selepas sahaja Naufal melanjutkan pelajaran ke German.

Jadi...

Adakah pergi ke reunion tahun ni adalah pilihan terbaik?

Naufal pandang lama surat yang diterima malam semalam. Invitation card untuk ke reunion sekolah menengah. Kalau dia pergi, kemungkinan dia untuk bertembung dengan si dia amatlah tinggi.

Mungkin juga Naufal akan terluka jika si dia dah berpunya. Tapi.. belum cuba belum tahu.

Dan Naufal tekad.

















>>>>>
















"Ya Allah, Nurul!! Lama tak jumpa!"

Dan tubuh aku disauk ke dalam pelukan oleh si Ain. Sudahlah dia pendek dari aku, terpaksa aku menunduk bila dia sauk aku ke dalam pelukan. Aku balas pelukan si kecil Ain sebelum belakangnya aku tepuk perlahan.

"Ya Ain. Lama kita tak jumpa."

Dan Ain lepaskan pelukan. Pipi aku dia picit kuat dengan wajah teruja.

"Eiiii, dah makin cantik ye kau. Cemburu aku tengok." Suara dia yang kuat buatkan aku agak tersentak.

Aku pandang wajah Ain dengan senyuman kecil. Kepala aku angguk perlahan. " Alhamdulilah. Kita tak nak masuk ke?" Aku halakan jari telunjuk kanan ke arah pintu dewan. Kedua kening aku angkat, bertanya.

Ain yang seakan sedar kami buat jejak kasih depan pintu dewan termalu sendiri. Dia segera tarik tangan aku sebelum heret aku ke tempat milik aku. Untung mereka dah susun meja.

Aku labuhkan duduk sebelum menyapa kawan-kawan lama. Semua orang teruja kerana dapat berjumpa dengan rakan lama. Dan aku hanya tersenyum.

Aku perasan, hampir semua perempuan akan tanya.

"Single ke?"

Dan soalan mereka memang buatkan aku tercekik. Almaklum, aku seorang perempuan yang single semenjak habis sekolah menengah. Bukan aku tak nak mulakan hubungan. Tapi semua lelaki yang aku jumpa perangai memang boleh campak lombong.

Kalau muka handsome takpe jugak.

Ni muka macam jalan tar tapi demand nak perempuan cantik. Aku yang sedar diri ni kenalah tarik diri.

Mungkin, kehidupan aku memang takkan ada lelaki kot.

Perhatian kami sedikit terganggu bila Arif, si gila-gila buat lawak atas pentas. Selepas itu persembahan mula berlangsung. Aku yang duduk di bawah agak terpingga-pingga bila semua orang sambung balik pasal kehidupan mereka dengan lelaki.

Sad to be single.

Tiap-tiap tahun, ini aje topik yang mereka selalu bincangkan.

"Nurul, nak ambil makanan tak?"

Soalan daripada Lea buatkan aku agak tersentak. Aku pandang Lea yang pakai baju kurung moden berwarna biru. Ayu aje dia. Mesti ramai lelaki yang nakkan dia kan?

"Ya?" Aku cuba berlagak biasa. Senyum kecil aku ukir pada dia.

"Tak nak ambil makanan ke?" Lea bertanya sekali lagi. Lembut aje suara dia.

Aku yang seakan tersedar semua orang dah bergerak untuk ambil makanan laju berdiri. Sengih dihulur sebelum aku paut lengan kanan dia. "Jom."

Kamu bergerak ke arah meja yang hidangkan makanan secara beriringan. Aku pilih beberapa lauk sebelum menunggu Lea yang agak tersekat sebab tubuh dia yang kecil. Waktu aku menunggu itu jugalah, ada suara kasar yang menegur.

Bahu aku ditepuk kasar dari belakang buatkan aku hampir terlepas pinggang berisi nasi yang dipegang. Laju aku berpusing ke belakang dengan wajah tak puas hati.

Dan wajah Aiman menyapa mata.

"Aiman!"

Dan mamat ni dengan selamba tayang wajah tak bersalah. Dia ketawa terbahak-bahak pada aku sampaikan wajahnya yang sedikit gelap berubah merah. Nampak tak betapa bersemangatnya dia gelakkan aku.

"Tak lawak langsung." Aku mendengus sebelum jeling Aiman yang pakai kemeja berwarna hitam. Aiman sengih pada aku, menampakkan barisan gigi miliknya.

"Alah, Nurul. Aku gurau aje." Dia ketawa lagi.

Eh, mamat ni. Tak padan dengan cikgu. Perangai macam budak kecik! Patutlah jadi cikgu sekolah rendah.

"Apa tengok-tengok orang macam tu? Tak puas hati ke?" Soalan dari Aiman aku jawab dengan anggukan.

Aiman pandang aku. Wajah dia agak bersalah kali ni. " Sorry."

"Ya." Aku jawab pendek sebelum nak berlalu. Tapi kali ini Aiman panggil nama aku sekali lagi.

Aku toleh ke arah dia sekali lagi. " Kau nak apa?"

"Kau single ke?"

Dan wajah aku masam. Ya Allah, sejak aku datang reunion ni. Tak henti-henti orang tanya aku pasal status aku. Salah ke kalau single?

Melihatkan perubahan wajah aku, Aiman seakan faham. Dia angkat ibu jari kanan dia pada aku. " Bagus. Nampaknya kau boleh masuk kelab single."

Dan aku sedikit terpana. " Kelab single? What the-"

Dan ayat aku mati bila Ain tiba-tiba sauk bahu aku. Hampir terlepas sekali lagi pinggan yang dibawa aku. Aku pandang tajam Ain yang sauk bahu aku.

"Kelab ni untuk batch kita yang masih single. Aku pun join. Harap tak jadi presiden aje." Dia ketawa kecil. Dan sebelum aku sempat jawab tak, aku dah diseret ke arah meja bulat yang berada agak jauh dari tempat asal aku.

Apasal agresif sangat orang kelab single ni?! Tak reti sabar ke?!

Aku didudukkan sebelah Ain. Semua yang berada di meja tersebut hulur senyum pada aku. Wei, ramai jugak yang single. Aku ingat aku seorang aje yang single. Yang lain kemudian terus sambung menjamu selera.

Aku teguk liur. Agak janggal. Aku tak berapa rapat dengan orang dalam kelab single ni. Almaklum, zaman sekolah dulu aku tak berapa suka bercakap dengan orang.

Hasilnya, aku jadi malu nak bercakap bila dah besar.

Aku tarik rapat kerusi aku ke arah Ain. Perlahan aku berbisik di telinga dia. " Ramai ke lelaki dalam kelab ni?"

Ain angkat wajah dari pinggan. Dia ambik tisu sebelum kesat bibir dia. Bibir diukir senyum kecil.

" Agak banyaklah. Biasanya hujung minggu, kitorang lepak main boling. Nak join?"

Dan aku terdiam.

Main boling. Macam menarik tapi aku tak berapa pandai.

"Ok, aku anggap kau terima."

Oh, sheets.

Aku terdiam lagi.

Aku bawa kepala ke depan sebelum makan. Ralit aku makan, aku tak sedar ada seorang manusia yang letakkan tangan di kerusi aku.

Waktu itu jugak Aiman panggil nama aku.

Aku angkat wajah, tapi mata aku bertembung dengan mata hitam yang memang lama aku cari. Aku kaku. Terlalu kaku.

Aku rasa lidah aku kelu.

"Nurul?"

Naufal dah tersenyum gembira di sebelah aku. Wajahnya jelas gembira. Dia tarik tangan kiri dia dari kerusi aku sebelum capai tisu atas meja. Tisu tersebut dia hulur pada aku.

Dan aku malu.

Mesti aku makan comot kan?

Damn it!

Aku rasa nak sorok wajah bawah pasir pun ada sekarang. Mak, malunya..

"Te.. terima kasih." Aku capai laju tisu di tangan dia sebelum lap laju bibir sendiri. Mata aku larikan dari memandang wajah dia. Malu tahap gaban.

" So, lama kita tak jumpa kan?"

Suara Naufal bergema di sebelah kanan aku. Aku gigit bibir sendiri. Mendengar suara dia pun dah buat aku malu. Inikan nak pandang mata dia.

Uwaa.. aku nak balik.

Menyesal aku datang reunion hari ni.

"Nurul?"

"Ya!" Aku jawab laju, automatik.

Tapi mata pandang pinggan atas meja. Sumpah tak lawak keadaan aku sekarang. Nampak sangat aku janggal dengan dia. Dan nampak sangat aku masih tak lupakan perkara enam tahun lepas.

Nurul.. kau kena move on.

Tapi dia ada depan mata kau.

Tak, dia dah tolak aku.

Takkan aku nak terhegeh dekat dia kan?

Suara Aiman yang memanggil nama aku buatkan aku tersedar. Aku angkat kepala, pandang wajah sugul Aiman.

" Kau palaukan dia Nurul? Kesian Naufal. Dari tadi dia kata dia cari kau." Suara Aiman sedih. Dia gelengkan kepala dia, tanda tak percaya dengan cara aku layan Naufal.

Aku gigit bibir. Naufal dah takde di sebelah aku.

Dia lari sebab dia merajuk ke?

Tak mungkinlah.

Buat apa dia cari aku? Kitorang takde apa-apa pun. Hubungan kami pun tak lebih dari murid dengan tutor lepas dia tolak luahan cinta aku enam tahun lepas.

Come on, Nurul. Kau kena move on dari cinta lama! Takkan kau nak membujang sampai tua.

Aku berdehem sebelum angkat bahu pada Aiman. Wajah aku tayang wajah selamba badak.

Dan Aiman mengeluh lemah.

Ain di sebelah aku terkekek-kekek ketawa pandang aku. Aku sendiri pun tak faham kenapa dia kuat sangat ketawa sekarang.
















>>>>>>

















"Korang ada hubungan ke?"

Kening aku berkerut. Aku pandang Ain yang sedang kepung aku dekat bucu tandas. "Errr.. korang? Siapa? Aku dengan siapa?" Mata aku berkedip-kedip tanda tak faham.

Yalah, baru aje keluar tandas dah kena tolak dekat dinding. Pastu siap kepung aku dekat bucu tandas.

Tandas kot. Minah ni takde common sense langsung.

Ain kerutkan hidung dia sebelum tutup mulut, tahan ketawa yang hampir meletus. " Alaa.. tak payah malu-malulah. Kau dengan Naufal, mesti ada apa-apakan?"

Erk.

Aku terdiam.

Dan Ain petik jari. Gembira dia tepuk tangan depan aku. Muka macam menang loteri pun ada. Aku aje yang pucat.

Pandai minah ni main teka-teka. Tepat pulak tu!

"Kan aku dah kata! Bagitahulah, benda yang jadi." Dia siku-siku pinggang aku. Aku terus tayang wajah biasa. Cuba cover.

" Takde apa pun yang berlaku. Serius."

"Tipu!"

"Takde."

"Tipu!"

Eh, bengang pulak aku dengan minah ni.

Akhirnya aku bagitahu jugak kisah sebenar. Namun Ain masih tersenyum-senyum. Boleh dia senyum bila tahu aku kena tolak.

Aku renung Ain yang tersenyum-senyum dengan pandangan pelik." Kau apahal senyum sorang-sorang ni?"

Dan Ain siku pinggang aku sekali lagi. " Cerita kau macam dramalah."

Kening aku berkerut. "Kenapa pulak?"

" Sebab aku rasa si Naufal tu masih tak boleh lupakan kau. Aku nampak cara dia pandang kau dekat meja makan. Tapi kau palau aje dia."

Aku diam. Mata bulat Ain tepat pandang aku.

"Kau masih suka dia ke?"

Dan aku diam. Otak laju berfikir.

Aku.

Suka.

Dia.

Macam tak logik aku masih suka dia lepas enam tahun.

Tapi.. aku masih berdebar bila nampak wajah dia.

Oh, sheets.

Aku masih suka dia.

"Tak."





















>>>>>>




























Aku cium pipi Leana sebelum melambai pada dia. Dia kena balik awal hari ni. Katanya ada urusan penting dekat rumah. Selesai aje melambai, aku pandang sekilas jam tangan.

Dah dekat hampir Zuhur. Aku pun kena bertolak balik ni. Sling bag aku capai sebelum aku sangkut pada bahu aku. Aku ucap selamat tinggal pada geng kelap single sebelum melangkah ke arah pintu keluar.

Tapi langkah aku mati.

Tepat dekat pintu keluar, aku lihat Naufal yang memakai baju kemeja hitam bersandar pada bingkai pintu. Ya Allah, takde tempat lain ke mamat ni nak lepak. Dekat siti jugak dia nak lepak!

Aku pandang sekeliling. Takde orang ke yang nak jalan sekalu dengan aku? Kalau aku jalan seorang diri, wajib dia panggil nama aku.

Macam mana ni?

Dan mata aku jatuh pada lelaki berkemeja merah.

Aimin!

"Aimin!"

Aimin yang berada tiga langkah jauh dari aku segera matikan langkah. Dia berpaling ke belakang. Sebaik sahaja matanya jatuh pada wajah aku, bibirnya tarik senyum.

"Nurul!" Dia angkat tangan kanan, tanda menyapa.

Aku laju berlari ke arah Aimin sebelum berjalan beriringan dengan dia. Kitorang berbual mengenai hidup masing-masing.

Dan Aimin seperti biasa, tak pernah tak buat lawak. Aku langsung tak sedar bila kitorang dah melepasi pintu keluar. Sedar-sedar aje, dah sampai dekat tangga.

Aimin melambai pergi pada aku. Aku balas lambaian dia sebelum keluarkan telefon bimbit daripada sling bag. Nak call ayah suruh datang jemput. Tapi sebelum sempat aku call ayah, suara Aimin memanggil nama aku bergema.

Aku angkat wajah.

Kereta Viva warna hitam menyapa mata. Dan Aimin keluar dari kereta tersebut.

"Nak tumpang?"

Emm.. why not? Aku dengan dia duduk sekampung kut.

Aku anggukkan kepala pada dia. Namun belum sempat aku melangkah, sling bag aku ditarik kuat dari belakang. Automatik aku toleh belakang.

Terkejut.

Wajah Naufal aku lihat mula berpeluh.

Kenapa dia berpeluh teruk ni?

Takkan dia berlari ke sini?

" Dah nak balik?" Dia bertanya kasual sebelum lap peluh di dahi dengan tangan kanan. Aku mula kasihan bila lihat wajah dia.

Segera aku keluarkan sampul tangan sebelum hulur pada dia.

Wajah Naufal seakan terkejut dengan tindakan aku tapi dia sambut huluran aku dengan senyuman lebar.

" Terima kasih."

Aku angguk. Tapi mata pandang leher dia. Malu nak pandang mata dia.

" Dah lama kita tak berbual. Sampai hati kau palau aku tadi." Suara Naufal sedih.

Aku diam.

Dan laju aku ketawa. Ketawa janggal.

Dan masing-masing diam.

Adoi, situasi sekarang tersangat janggal. Buatkan aku nak menangis tak berlagu pun ada.

" Kau... single lagi ke?"

Belum sempat aku jawab soalan Naufal, hon kereta Aimin bergema. Kalut aku bila aku teringat yang Aimin nak tumpangkan aku.

"Sorry!" Aku laju tunduk pada Naufal sebelum berlari ke arah kereta Aimin.

Langsung aku tak sempat lihat reaksi wajah Naufal.















>>>>>



















"Sorry?"

Naufal ketawa pahit. Sampul tangan yang dihulur oleh Nurul tadi dia renung lama. Hati dia pedih.

Sorry?

Takkanlah, dia dah berpunya.

Heh.

Nampaknya aku aje yang macam orang bodoh masih harapkan dia walaupun dah enam tahun berlalu.

Tapi... Kau juga yang tolak dia enam tahun lepas Naufal.

Sial!

Bam!

Naufal hentak kuat stereng kereta milik dia. Kalaulah dia tak tolak Nurul dulu.

Kalaulah dia terima luahan cinta Nurul dulu.

Mesti dia tak akan terhegeh-hegeh mahukan Nurul sekarang.

Mesti kitorang dah bahagia sekarang.

Damn it!

Bam!

Sekali lagi dia hentak stereng kereta sebelum sampul tangan tadi dia campak ke tempat duduk belakang.

Kecewa.

Naufal kecewa dengan dirinya.

Naufal hembus nafasnya kasar sebelum wajah diraup kasar dengan kedua tangan. Dia kemudian rehatkan kepalanya pada stereng kereta.

Sumpah.

Dia kecewa.


















>>>>>>>>





































Kenapa aku rasa aku macam orang bodoh sekarang? Dari tadi aku terkelip-kelip pandang mereka yang lain main boling. Aku nak bermain, langsung tak reti.

Tak naklah aku malukan diri sendiri depan mereka yang lain. Kan nanti jatuh maruah aku depan orang lain.

Akhirnya setelah dua jam terkelip-kelip macam orang bodoh, mereka mula bergerak untuk makan dekat KFC. Tipikal budak universiti.

Aku duduk sebelum Ain labuhkan duduk di sebelah aku. Dia kibas-kibas wajah dia. Nampak penat sangat Ain. Itulah, bersemangat sangat dia main boling tadi.

Tak padan dengan tubuh kecil langsung.

Aku ketawa kecil. Ain pandang aku pelik. Dia angkat kedua kening tanda bertanya namun aku hanya balas dengan gelengan. Malas nak bersuara.

Selesai saja makan, kami mula berbual sebelum mata aku jatuh pada seseorang yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam KFC.

Dan wajah aku berubah.

Aku lihat Naufal gembira bergelak ketawa dengan seorang perempuan cantik di sebelah dia. Mereka ambil makanan sebelum duduk berhadapan.

Sumpah, hati aku rasa sakit.

Nampaknya aku masih harapkan dia walaupun dah enam tahun berlalu.

Kau bodoh Nurul, sebab tunggu dia selama enam tahun. Tapi dia?

Boleh bergelak ketawa dengan perempuan lain.

Senang aja dia move on.

Oh, aku lupa.

Dia tak pernah suka aku dari awal.

Apa yang aku harapkan daripada Naufal sebenarnya? Aku sendiri tak faham.

Laju aku larikan pandangan daripada memandang Naufal sebelum fokus pada perbualan geng kelab single. Aku baru tersedar sesuatu.

Naufal bukan ahli kelab ni.

Jadi mesti dia bukan single kan?

Dan hati aku rasa sakit.

Mata aku mula berpasir.

Damn it, Nurul!

Kenapa hati kau ni lembut sangat?

Kumbang bukan seekor. Mesti akan ada yang lain untuk kau.

"Kau ok tak ni Nurul?"

Soalan tiba-tiba daripada Ain buatkan aku jadi tumpuan. Aku sedikit kalut namun segera aku tarik wajah bosan.

"Ok aje. Cuma bosan."

Dan yang lain anggukkan kepala mereka. Tanda faham.

Tapi Ain tak. Wajahnya berkerut, macam tak puas hati.

Tapi aku abaikan renungan tajam Ain.

Lama jugak dia renung aku. Sampaikan semua orang mula beredar daripada KFC. Tinggal aku dan dia saja.

Aku berpaling ke arah Ain. Kedua kening aku angkat. Mata bulatnya aku tentang. "Kau apahal renung aku dari tadi? Tak puas hati dengan aku ke?"

Ain muncungkan bibir. Dia tampung dagu dengan tangan kanan dia sebelum sambung merenung aku dengan mata bulatnya.

" Aku tahu kau ada sorok benda lain. Bagitahulah."

Kali ini aku diam. Berfikir agak lama.

Sempat aku curi-curi pandang ke arah tempat Naufal. Dia masih lagi berbual dengan perempuan cantik tadi. Aku ketap kuat gigi aku.

Sabar Nurul. Bukan kau kata nak berubah kan?

"Aku.. aku nak boyfriend."

Tanpa sedar ayat itu yang terkeluar.

Aku dan Ain sama-sama terkejut dengan ayat kenyataan daripada aku. Ain pandang aku dengan wajah tak percaya.

"What?! Itu dah melanggar polisi kelab single." Suara Ain naik. Terus tegak badan dia.

Aku pula dah tergaru-garu belakang leher. Malu sendiri. Senyum malu aku tayang. Sekurang-kurangnya minah ni percaya.

Ain berpeluk tubuh. Dia ketuk dagu dengan jari telunjuk kanan sebelum bibirnya tiba-tiba tarik senyum manis pada aku. "Kalau kau nak, aku boleh tolong kau. Aku boleh set date untuk kau minggu depan. Nak?"

Aku terdiam.

"Nak tak?"

Ain angkat-angkat nakal kedua kening dia. Nampak sangat nak provok aku. Minah ni.

Aku ketap bibir.

Why not?

Kalau si Naufal boleh lupakan aku.

Kenapa aku tak boleh lupakan dia kan?

"Ok."

Dan Ain menjerit keriangan. Ya Allah, macam dia aje yang nak pergi date. Ketawa kecil aku terletus bila lihat perangai tak semenggah dia. Sebiji macam budak-budak.

"Ain? Nurul?"

Tubuh aku kaku.

Suara garau itu.

Aku kenal.

Dan aku rasa lidah aku kelu.

Mata Ain jatuh pada lelaki yang berdiri belakang aku. " Eh, Naufal. Kau buat apa datang sini?"

Dan ketawa kecik Naufal terletus. Bunyi ketawa dia betul-betul dari belakang aku. Aduh.. nak berpaling tapi aku tak sanggup nak pandang dia.

Makanya aku cuma berlagak sibuk dengan main telefon.

"Datang makanlah. Nak buat apa lagi?"

Diam.

"Nurul?"

Dan aku laju pandang Naufal. Senyum kecil aku cuba ukir. " Ya?"

Dan wajah dia langsung tak terkejut. Naufal ukir senyum manis pada aku menggunakan bibir merahnya. " Kita jumpa lagi nampaknya."

Aku angguk pada dia.

Dan serentak telefon aku berbunyi. Panggilan daripada ayah aku.

Bagus!

Memang timing betul waktu ayah aku datang.

Laju aku berdiri. Sling bag aku capai sebelum sangkut pada bahu. "Sorry, ayah datang jemput."

Dan kaki aku laju melangkah keluar. Langsung aku tak menoleh kembali pada Naufal atau Ain.

Mungkin, ini yang terbaik untuk kami. Memandangkan Naufal sudah berpunya.

Lebih baik aku jauhkan diri daripada dia.

Orang kata, cinta tak semestinya memiliki. Jadi, lebih baik aku lepaskan Naufal dan cari cinta baru.

Cerita cinta tak semestinya berakhir dengan happy ending.

















>>>>>>

























Dada aku tak berhenti berdebar. Aku tak berhenti tilik wajah sendiri pada cermin kecil. Berulang kali juga aku pandang sekeliling kafe, mencari date aku yang datang lambat.

First impression nampaknya memang dah out.

Datang lambat, ingat aku sanggup tunggu kau ke?

Aku pun salah jugak. Langsung tak tanya siapa nama date aku.

Membuta tuli je aku ikut arahan Ain.

Waktu nilah baru nak menyesal. Alang-alang aku dah ada dekat kafe ni, baik aku tunggu aje date aku yang lambat.

Seminit.

Dua minit.

Lima minit.

Dan sepuluh minit.

Aku pandang telefon sendiri. Nombor si lelaki aku pandang. Patut tak aku call lelaki nama Ahmad ni?

Tahap kesabaran aku bukannya tinggi.

Laju aku tekan nombor Ahmad.

Apa yang buat aku tetkejut, si dia laju jawab panggilan aku.

" Assalamualaikum."

Si lelaki diam.

"Awak dah sampai belum?"

"Behind you."

Dan aku kaku.

Kerana yang menjawab soalan aku bukannya si dia yang berada di telefon. Tapi suara garau di belakang aku.

Suara garau ni.. aku kenal.

Kalut aku berpaling ke arah belakang.

Dan aku rasa jantung aku hampir jatuh ke lantai.

Selamba Naufal berdiri di depan aku. Tangan kanan dia memegang telefon Oppo miliknya. Dan aku lihat nama si pemanggil ialah 'Nuyul'.

Aku hampir terngadah. Paling buat aku rasa nak pengsan bila dia sikat rambutnya ke belakang. Lengan baju kemeja miliknya dia lipat ke siku. Bibir merahnya tersenyum senget.

Perlahan dia melangkah sebelum labuhkan duduk di atas kerusi di hadapan aku. Wajahnya selamba. Macam jumpa aku dekat kafe ni bukan perkara besar.

Aku rapatkan badan aku pada kerusi. Wajah aku sumpat pucat gila sekarang. " Apa.. apa kau buat dekat sini?"

Naufal tak balas soalan aku. Sebaliknya dia panggil waiter sebelum order makanan untuk aku dan dia. Setelah selesai, dia tampung dagu dia dengan tangan kanan sebelum renung aku dengan renungan nakal. Senyum senget masih bergayut di bibirnya.

"Mestilah datang untuk jumpa kau. I'm your date."sensual suara dia buatkan aku rasa nak menangis tak berlagu dekat sini.

Dia ingat benda ni lawak ke?

Dia ingat lawak ke dia mainkan perasaan aku?

Cukuplah dia tolak aku enam tahum lepas. Aku tak sanggup ditolak untuk kali kedua!

"This is not funny Naufal!" Aku jerkah marah dia.

Diam.

Wajah Naufal berubah.

Dan kami jadi tumpuan dalam kafe.

Aku rasa mata aku mula berpasir. Laju aku capai sling bag aku sebelum meluru ke arah pintu keluar. Sumpah, aku tak nak titiskan air mata depan dia. Aku tak nak dia nampak sisi lemah aku!

"Nurul!" Kuat suara garaunya memanggil nama aku namun aku abaikan.

Kaki aku laju lari dari dia.

Namun belum sempat aku lari dari depan kafe, Naufal pagut lengan kanan aku. Kuat aku meronta.

"Lepaslah Naufal! Tak kelakar kau buat aku macam ni!!" Suara aku naik. Kali ini sekali dengan air mata yang turun.

Naufal yang perasan akan air mata aku longgarkan pegangan dia pada lengan aku namun dia tak lepaskan sepenuhnya. Aku palingkan wajah aku dari dia, malu.

"Listen Nurul. Aku tak buat lawak pada kau. Kenapa kau nak naik angin macam ni?" Dia cuba memujuk tapi aku ni tengah marah. Makin marah adalah bila dengar suara dia.

Aku cuba rentap lengan aku namun pegangan Naufal terlalu kuat. Akhirnya aku mengalah. Aku ketap kuat bibir aku sebelum kepala diangkat memandang wajah Naufal.

" Kau dah tolak aku enam tahun lepas. Apa lagi yang kau nak dari aku Naufal?!" Sekali lagi air mata aku tumpah.

Wajah Naufal berubah lembut. Perlahan dia keluarkan sampul tangan yang aku berikan pada dia bulan lepas sebelum gunakannya untuk lap air mata aku.

Lembut ibu jari kirinya mengesat sisa air mata aku.

"Hey." Dia bersuara lembut, cuba tarik perhatian aku.

" Aku menyesal pernah tolak kau dulu Nurul. Percayalah, aku suka kau sejak enam tahun lepas. Sekarang pun aku masih sukakan kau."

Kelu.

Kaku.

Mata aku bulat.

"Ta.. tak."

"Ya." Dia potong ayat aku. " Dulu, kini dan selamanya aku suka kau. Cuma kau yang tak tahu, Nurul."

Automatik air mata aku berhenti mengalir.

Dan hati aku rasa lega.

Sebelum aku rasa suam.

Dia suka aku... selama ni?

Aku ketap kuat bibir aku.

Sekali lagi air mata aku tumpah.

"Lembap!"

Naufal pula kalut bila lihat aku menangis kembali. Berusaha dia kesat air mata aku.

"Kau dah tak sukakan aku ke?" Takut-takut dia soal aku.

Aku cuba tarik senyum namun tak berjaya sebab air mata masih lagi mengalir. Perlahan aku tarik sampul tangan yang Naufal gunakan untuk kesat air mata aku, cuba tarik perhatian dia.

"Dulu, kini dan selamanya."

Dan bibir merah Naufal tersenyum.


















>>>>>>>




















"Wei! Apa yang kau tengok anak dara orang macam nak telan?" Ain campak tisu pada Naufal yang ralit merenung kelibat belakang Nurul. Dia tenung Nurul macam nak telan aja.

Risau pulak aku.

Naufal pandang Ain sebelum dia usap belakang leher dia. Malu.

"Kau datang dengan siapa?" Ain jatuhkan pandangan pada perempuan cantik yang menunggu Naufal sejak tadi.

Naufal pandang si perempuan yang menunggu dia sebelum pandang Ain kembali. "Dia sepupu aku. Sibuk suruh aku belanja dia. Itu yang aku datang KFC."

Ayat Naufal buatkan Ain mencebik.

" Kau ni kalau sepupu ajak kau ikut. Kalau aku ajak kau tak nak. Takde guna kau masuk kelab single ni Naufal." Ain dah membebel. Dia berpeluk tubuh.

Naufal ketawa kecil. " Alah, macam tak kenal aku. Aku tak suka terlibat dalam aktiviti luar."

Ain anggukkan kepala tanda faham. " Ya..."

Naufal labuhkan duduk depan Ain sebelum dia angkat kening. " Kau berbual pasal apa dengan Nurul?"

" Kau apahal nak ambik tahu pasal dia?" Kening Ain berkerut. Dia peluk tubuh.

Soalan Ain buatkan bibir merah Naufal tersenyum.

" Sebab aku suka dia."jujur Naufal bersuara

"Oh my god!!"

Bergegar KFC dengan jeritan daripada Ain.

































=Tamat=
















Cerita paling pendek antara yang lain. Tapi cerita yang paling aku enjoy tulis.

😁😁😁

Typo banyak. Ampun maaf😂😂

Continue Reading

You'll Also Like

36.9K 3.3K 28
❝ love is the most powerful and still most unknown energy in the world ❞
365K 9.7K 21
"Lia, abang ada benda nak bagitahu", dia cakap sambil pandang tepat dekat mata aku. Aku tengok tangan dia yang tengah genggam kedua-dua tangan aku tu...
1.1M 3.2K 11
"Mama, adik nak tidur rumah tok boleh?" tanyaku kepada mama. "Boleh. Jaga diri elok2. Esok mama amik" balas mama kepadaku. "Okay mama" jawabku gembir...
1.8K 337 8
Sembilan orang lelaki dari berbeza kumpulan dipilih untuk menjalani sebuah penggambaran sepanjang bulan Ramadhan al Mubarak. Para peminat boleh menya...