Mafia's Girl ©

Von cikmotor

636K 41K 2.5K

[COMPLETE]✓ MAFIA | ACTION Nurra Danisa Lee Puteri tunggal dalam keluarga. Sangat di sayangi oleh abang dan a... Mehr

PROLOG
BAB | 1
BAB | 2
BAB | 3
BAB | 5
BAB | 6
BAB | 7
BAB | 8
BAB | 9
BAB | 10
BAB | 11
BAB | 12
BAB | 13
BAB | 14
BAB | 15
BAB | 16
BAB | 17
BAB | 18
BAB | 19
BAB | 20
BAB | 21
BAB | 22
BAB | 23
BAB | 24
BAB | 25
BAB | 26
BAB | 27
BAB | 28
BAB | 29
BAB | 30
BAB | 31
BAB | 32
BAB | 33
BAB | 34
BAB | 35
BAB | 36
BAB | 37
BAB | 38
BAB | 39
BAB | 40
BAB | 41
BAB | 42
BAB | 43
BAB | 44
BAB | 45
BAB | 46
BAB | 47
BAB | 48
BAB | 49
BAB | 50
EPILOG
SPECIAL | CHAPTER
EBOOK FLASH SALES⚡ | 12/12

BAB | 4

16.5K 1.1K 61
Von cikmotor

Sahabat baiknya mengetuk pintu bilik Kane Dennis. Walaupun pintu bilik sahabat baiknya itu tidak tertutup tetapi dia masih lagi beradab untuk memohon izin masuk ke dalam. Usai makan malam bersama keluarga lelaki itu dia terus meminta izin naik ke tingkat atas.

Kane Dennis tidak bersama mereka untuk makan malam kerana menjaga adik perempuannya. Dia tidak sampai hati hendak meninggalkan adiknya Nurra Danisa di dalam bilik seorang diri.

Dia rela membawa masuk makanan ke dalam biliknya dan berkongsi nasi dengan adiknya dan menyuap adik perempuan dia itu dengan tangannya sendiri.

"Bro, boleh aku masuk?"soal sahabat baiknya di muka pintu.

"Masuk je lah yang kau tercegat lagi dekat situ kenapa?"soalan di balas soalan.

"Ayat kau! tak kan aku nak menonong masuk je ke dalam bilik kau."ujarnya dengan muka sedikit menyampah.

Aku minta izin masuk bilik kau, kau perli aku pula omelnya didalam hati. Kalau tak minta izin nanti dikatanya kita menceroboh masuk. Seorang Kane Dennis terkenal dengan ayat pedasnya. Sumpah!

"Jadi?"balasnya kejam.

"Kau ni! Aku ganyang juga nanti."kata lelaki itu.

"Kau jangan macam-macam bro, kau tak nampak adik aku ni tengah tidur."balasnya mendatar.

"Tak pasal-pasal aku lenyekkan muka kau dekat lubang jamban sana."Kane Dennis menjuih bibir ke arah pintu bilik air.

"Daripada kau lenyekkan muka aku yang kacak ni apa kata aku bagi ciuman dekat kau."Lelaki itu tersengih nakal.

"Woww! woww!"

"Apa ni."

Kane Dennis pula mengelak.

Matanya mencerlung tajam kepada sahabat baiknya itu. Auch! Takutnya boboi!

Itu adalah diri mereka. Bergurau dengan kasar itu sudah sebati dalam dunia persahabatan mereka. Mungkin nampak ganas dimata orang. Tetapi tidak bagi mereka. Mereka bukan bergurau dengan gurauan yang lembut.

Lelaki tersebut sudah terpacak dihadapan dia dan hanya melihat Kane Dennis tekun menepuk lembut bahu adik perempuan dia yang sedang lena diatas pahanya itu. Adiknya itu ibarat seorang anak kecil perlu didodoi dan ditidurkan setiap kali keadaan dia tidak stabil.

Lelaki itu tadi mengambil sebuah kerusi meja solek dan meletaknya berhadapan Kane Dennis yang duduk di lbirai katilnya tersebut. Lelaki itu membalikkan kerusi tadi dan duduk diatas kerusi tersebut dengan kedua tangannya di tongkat disisi belakang kerusi kayu jati itu.

Sejak dia melihat wajah bersih gadis muda itu siang tadi dia seakan tertarik. Ada sesuatu yang bermain difikirannya. Selama ini dia tidak tahu mengenai adik perempuan sahabat baiknya itu. Dia hanya mendapat tahu Kane Dennis mempunyai dua orang adik kembar.

Lelaki.

Selain itu juga, Kane Dennis jarang bercerita mengenai perihal keluarganya secara terbuka. Walaupun mereka bersahabat baik tetapi tiada siapa yang berani membuka cerita berkaitan lelaki itu. Sedang dia asyik merenung gadis itu Kane Dennis berdeham kecil.

"Dah puas kau cuci mata dekat adik perempuan aku?"soalnya agak kasar.

"Nak aku cungkil biji mata kau sekali ke?"perlinya sinis.

Aura dingin Kane Dennis jelas terasa!

Lelaki itu mengabaikan sahaja ayat yang di lontarkan oleh Kane Dennis kepadanya. Tidak habis-habis lelaki berusia ini dengan sikap dinginnya. Sebab itu tiada seorang pun wanita yang berani mahukan dia. Bujang terlajak!

Hahaha..

"Bro, aku tak pernah tahu pun yang kau ada adik perempuan."Sahabat baiknya itu memulakan bicara.

Kane Dennis yang sedang membetulkan cadar lembut di bahu adik perempuan dia itu merenung sahabat baik dengan pandangan mata tajam.

Tanjat boboi tajam sangat jelingan dia!

"Dah tu?"keningnya terjongkit ke atas.

"Kau tak pernah cerita dekat aku pun pasal adik kau ni."bibirnya dijuih kecil ke arah adik perempuan Kane Dennis.

Comel doh! adik kau.

Lelaki itu menghembus nafas kecil.

"Sebenarnya untuk pengetahuan kau, identiti sebenar adik perempuan aku dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Keluarga aku sangat terkenal bro, kau sendiri pun tahu kan?"jawabnya ringkas.

Lelaki itu mengangguk tanda setuju betul juga. Siapa tidak kenal keluarga Daniell De Vazquez seorang mafia yang sangat berpengaruh dan terkenal dimata orang. Seorang mafia yang sangat kejam. Sesiapa saja yang cuba-cuba mengganggu keluarga itu akan mendapat azab!

Hal itu, dia sudah sedia maklum.

Datuknya bersahabat baik dengan keluarga terkenal dan ternama ini. Keluarga ini bukan calang-calang orang. Namun, yang menjadi persoalan dimindanya sekarang ini apa yang terjadi kepada adik perempuan sahabat baiknya itu?

Seperti ada sesuatu.

Melihat wajah penuh persoalan lelaki itu Kane Dennis tersengih. Mamat seekor ini. Dia membetulkan duduknya. Adik perempuan dia yang tidur nyenyak diatas pangkuan dia itu ditilik sesaat. Comel! cantik macam mama dia!

Sikap dan perangai pun serupa Nawwar Khaulah. Lelaki itu mengukir senyuman nipis. Dia mengusap pipi mulus adik perempuan dia Nurra Danisa Lee. Mujur waktu itu dia sempat memakaikan adiknya tudung sewaktu sahabat baiknya itu masuk ke dalam bilik tidur dia tadi.

Sebagai seorang abang dia tetap menjaga aurat adik perempuan dia. Apatah lagi, dihadapan orang yang bukan mahram adiknya. Aurat adiknya tetap dipelihara dan dijaga sebaiknya.

"Bro, kau boleh cerita sikit apa yang jadi dengan adik perempuan kau ni."Lelaki itu masih lagi dengan muka tidak puas hatinya.

Dia begitu panasaran! Ingin mengetahui apa yang menimpa gadis itu. Harap dapat jawapan dari mulut abang kandung si gadis.

"Aku cerita tapi kau janji dengan aku yang kau akan rahsiakan perkara ni?"ujar Kane Dennis kepada lelaki tersebut.

"Aku janji bro."dia mengangkat jari tanda janjinya dengan serius.

"Aku pegang janji kau."balas Kane Dennis.

Lelaki itu tersenyum kecil.

Kane Dennis menceritakan apa yang berlaku kepada adiknya 5 tahun lalu. Kisah pahit yang menyebabkan keadaan adiknya menjadi seperti sekarang. Lelaki itu tekun mendengar satu-persatu cerita yang berlaku.

Kadang-kala berkerut dahinya mendengar setiap butir bicara yang keluar dari mulut abang kandung gadis muda tersebut.

Sungguh dia tidak menyangka bahawa gadis yang masih muda itu diuji dengan musibah yang sangat menyayat hati dan perasaan. Mendengar sahaja peristiwa pahit itu dia jatuh kesian.

Tanpa dia sedar, hadir satu perasaan halus.

"Patut lah adik kau jadi macam ni bro. Kawan baik dia mati, kalau aku ditempat adik kau pun aku boleh jadi gila dibuatnya."Lelaki itu pantas meluah rasa.

Dia memberi respon terhadap kisah yang di sampaikan oleh lelaki dihadapan dia dengan keluhan berat. Susah diterima dek akal. Sanggup memperdajjalkan orang lain di sebabkan kepentingan diri. Kalau dia jumpa orang itu mati dia kerjakan!

Huhu.

"Jadi sekarang kau dah tahu kan?"tutur Kane Dennis.

Sahabat baiknya itu mengangguk bersama senyuman pahit dibibir.

"Aku harap kau faham bro apa yang aku ceritakan semua tadi."tambah Kane Dennis dengan perasaan menahan amarah dan sedikit sebak.

Tetapi ditahankan saja, dia kuat di sebabkan adik perempuan dia.

"Aku faham bro."Lelaki itu memaut lembut bahu sahabat baiknya itu menyalurkan semangat.

Perbualan mereka tamat disitu.

Nurra Danisa Lee turun ke tingkat bawah mencari abang sulungnya. Keadaannya kembali baik dan emosinya tidak terganggu pagi itu. Bangun sahaja dari tidur dia pantas mencari kelibat abang sulungnya yang tidak kelihatan di dalam bilik.

Dia meniti anak tangga satu-persatu. Dia menuju ke ruang hadapan. Di ruang tamu kelihatan seorang lelaki duduk diatas sofa panjang sambil bermain telefon pintar miliknya.

Dia menghampiri lelaki yang tidak dikenali itu dengan langkah perlahan. Sampai sahaja dihadapan lelaki itu dia kemudian menegurnya.

"Kane mana? Awak siapa?"berkerut kening gadis muda itu memandangnya.

Lelaki itu mengangkat wajah dan ingin melihat siapa gerangan orang yang menegurnya itu.

Lelaki tersebut terkesima, lantas memandang si gadis tidak berkelip. Cantik! Bisik hati kecilnya.

Kane Dennis yang keluar dari arah dapur terkejut dengan batang hidung adiknya yang tiba-tiba muncul diruang tamu tersebut. Lagi mengejutkan dia, adiknya tidak memakai sebarang kain untuk menutup kepalanya. Aurat adiknya sudah dilihat orang.

Orang itu tersenyum kelat.

"Abang nak phone. Isa nak main game."sengihnya manja.

"Isa mana tudung?"katanya tegas masih dalam nada lembut.

Adiknya terkebil-kebil memandang si abang sebelum tangannya naik ke atas kepala. Gadis itu meraba kepalanya perlahan-lahan.

Alamak!

Tudung aku!

Dia mahu menangis sahaja saat ini. Macam mana boleh lupa? Padahal semalam abangnya sudah berpesan di dalam rumah mereka ada tetamu sedang menumpang dan bukan mahram jadi dia kena memakai tudung selama mana tetamu itu berada dirumah mereka. Gadis itu pun mengangguk tanda faham.

"Mamaaa.. Babaa.. Awwazz. Awwizz.. tolong Isa.. huarghhhh!"gadis itu sudah menjerit nyaring dan berlari pantas naik ke tingkat atas semula.

Dia malu! Rambutnya yang terdedah itu menjadi tatapan orang lain.


Re-edit 2023.

26 Disember 2019
2. 59am

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

545K 14.7K 53
❝𝑩𝒊𝒅𝒂𝒅𝒂𝒓𝒊 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑨𝒅𝒂𝒎 𝑯𝒂𝒓𝒓𝒊𝒔.❞ "Tengku Adam Harris!Lepaskan saya!"-ketus Sarah "In your dream!Aku takkan pernah lepaskan kau...
1.1M 83.4K 91
| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia...
1.3M 89.7K 57
AYLANA ILARIA Gadis kecil yang menyimpan perasaan suka terhadap seorang senior disekolahnya. Luahkan perasaan? Aylana tidak seberani itu. Hanya watt...
37.2K 3.8K 34
2024 Ini merupakan sambungan kepada HAZRAEL. H Series Buku 1: HAZRAEL Buku 2: Internet Death Angel Sila baca HAZRAEL dulu baru baca Internet Death An...