Dionysus [The God Of Wine]

By taeteary

70.2K 9.2K 15.5K

[ᵏⁱᵐ ⁿᵃᵐʲᵒᵒⁿ ᶠᵃⁿᶠⁱᶜ] [15+] Apabila gadis ais + savage + expensive gurl + ganas ter'sangkut' dengan leader ku... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Finale

Chapter 64

868 104 381
By taeteary

Everyday, day, every, everyday
(With you, with you, with you)
Everyday, day, every, everyday
(With me, with me, with me)

ᴇᴠᴇʀʏᴅᴀʏ - ᴡɪɴɴᴇʀ

-----------------

Sang Ho menyuap akan kimbap yang dibawa olehnya sempena hari perkelahan diluar kawasan tadika.

Tambahan pula, musim sejuk bakal menjelma oleh itu Sang Ho memberi peluang kepada anak-anak bawah jagaannya untuk melukis pemandangan.

Tanpa diduga, bertemu pula dengan bekas rakan sekerjanya. Oleh itu, apa salahnya jika dia mengajak Min Young sekali untuk turut serta aktiviti mereka.

Min Young dengannya duduk ditengah padang dengan berlapikan tikar yang terbentang.

Mata milik Sang Ho berubah arah pada si gadis. Dia berdehem kecil seraya menguyah akan makanan yang terhidang.

Min Young lantas menoleh. "Youngie, makanlah sekali. Ini aku buat sendiri dengan resepi kau bagi tau!"

Pintanya lalu mengambil satu  potongan kimbap dan menghalakan pada bibir mulus milik Min Young.

"Takpelah. Aku kenyang. Tadi Seo Jung ada buat kek coklat." Kata Min Young. Sang Ho langsung tersedak sebalik mendengar nama Seo Jung diungkapkan.

"J-Jung dah balik jugak ke?? Dia apa khabar weh? Dia buat apa sekarang? Dia sihat tak? Dia rindu aku tak? Di ━"

Persoalan bertubi milik Sang Ho langsung tersentap sebaik Min Young menutup akan mulut murai sang jejaka.

Min Young sudah arif sangat dengan perasaan Sang Ho terhadap kakaknya. Tapi sayang, Seo Jung 'friendzone'kan si Sang Ho.

"Tolong berhenti taruh harapan kat dia. Dia langsung tak layan kau." Lantas tangan Min Young ditepis oleh Sang Ho.

Sang Ho mencebik marah. "Aku takkan menyerah walaupun seribu tahun aku kena tunggu dia!"

Min Young memutarkan matanya. "Baguslah kalau macam tu. Akhirnya, korang dua mampus sorang-sorang."

Sang Ho berdecit. Matanya tajam merenung figura Min Young. "Mentang-mentang dah kahwin dengan laki kacuk Amerika, kau berlagak ye sekarang!"

Keluhan langsung dihembus Min Young. Dia tidak tahan menipu si Sang Ho. "Weh, aku tak kahwin dengan mamat tu lah. Dia ada perempuan lain." Sang Ho terus tersedak.

"J-J-Jadi ini anak sia ━━" Kata-kata Sang Ho tergantung sebaik Min Young menunding jari kearah figura suaminya yang berada agak jauh dari mereka. Namjoon sibuk melayan budak-budak melukis pemandangan.

"Itu suami aku, Kim Namjoon."

----------------------

"Ouh begitu, Yerin pernah sampai kat hujung sana ke?" Soal Namjoon kepada kanak-kanak gadis kecil yang berusia 6 tahun. 

Si kecil tersebut memuncungkan bibirnya tanda sedih. Ditambah juga dengan gelengan kecil.

"Mama tak bagi Yerin pergi main jauh-jauh. Jadi, Yerin tak dapat cari periuk emas tu hm." 

Namjoon tidak tahu mahu memberi reaksi. Sama ada dia mahu gelak atau bersimpati dengan nasib si gadis kecil yang ingin pergi ke penghujung pelangi untuk mencari periuk emas.

"Yerin nak beli gula-gula tapi mama taknak bagi Yerin beli. Mama kata nanti gigi Yerin rosak hm." Luah si kecil lagi. Sedih sungguh nadanya.

Keluhan kecil dilepaskan oleh Namjoon seraya menilik sekali lagi akan lukisan milik Yerin.

Kelihatan beberapa jalur warna-warni yang dilukis dengan kayron bersempena menunjukkan ia adalah pelangi. Dihujung garisan tersebut turut disertakan objek yang digambarkan adalah periuk emas.

"Yerin, betul cakap mama kamu. Gula-gula tak elok untuk gigi." Nasihat Namjoon lalu menghulurkan akan lukisan tersebut kembali pada Yerin.

Yerin menunduk sedih tapi dia menerima nasihat tersebut.

"Dan, Yerin dah cukup manis. Tak perlu gula-gula dah." Langsung si kecil mengangkat akan wajahnya. Wajahnya tampak gembira sebaik mendengar pujian Namjoon.

"Yerin sambunglah lukisan ni, tambah pokok atau matahari lepastu oppa kasi autograf." Tambah Namjoon sambil mengusap-gusap rambut panjang milik Yerin.

"B-Betul ke?! Wah kejap, Yerin siapkan!!!" Langsung Yerin berlari semula ke rakan-rakannya.

Mereka duduk dalam bulatan bagi mengelakkan berlakunya kes yang tidak diinginkan.

Namjoon tersenyum kecil melihat telatah kanak-kanak yang sibuk menyiapkan lukisan mereka.

Sejenak Namjoon menjenguk kearah salah seorang kanak-kanak lelaki yang berada disebelahnya. Tekun sungguh kanak-kanak tersebut menyiapkan lukisannya. "Hyunsuk, lukis apa tu? Pesawah kat sana ke?" Soal Namjoon.

Hyunsuk langsung membuat mimik muka. "Ini ultraman."

Sesaat Namjoon terkelu. "Ouh, jadi ini raksasanya ke?" Soalnya seraya menunjuk ke figura orang lidi yang dilukis si Hyunsuk.

Hyunsuk mengerutkan wajah tanda Namjoon salah meneka akan lukisannya. "Ini ssaem Young!" Bidas si kecil dan Namjoon tersentap sekali lagi.

"E-E-Erh, ma-macam mana ssaem Young boleh duduk sebelah ultraman?" Buntu sungguh Namjoon akan kreativiti anak didik Sang Ho dengan Min Young.

Hyunsuk tersenyum riang. "Sebab ssaem Young adalah ssaem terkuat dalam alam semesta!" Jerit terujanya sehingga mengangkat tangannya tinggi ke langit.

Namjoon pula hanya mengangguk faham. Dia tertanya-tanya apalah yang Min Young telah ajar pada kanak-kanak kecil ini.

"Ouh, kalau macam tu, patutnya kamu lukis camni. Meh hyung tunjuk." Tanpa dipelawa, Namjoon mengambil sebatang karyon milik Hyunsuk lalu menokok tambah akan lukisan si kecil. 

"Kalau lukis ssaem Young, kamu patutnya tambah gigi taring dengan tanduk macam ni!" Nampaknya, Namjoon sedang mengajar benda entah bukan-bukan kat Hyunsuk.

Hyunsuk hanya memerhati lukisannya yang sudah diconteng Namjoon. Matanya tidak berkedip malah bersinar-sinar melihat lukisannya. "Wahhh! Cantiknya!" Puji Hyunsuk seraya berdiri. Namjoon pula tersenyum sinis.

Hyunsuk menilik lama akan lukisan tersebut. "WAH! NAK TUNJUK KAT SSAEM YOUNG!" Pekiknya langsung berlari.

Mampus Namjoon. Memang ada yang korek kubur sendiri kalau si singa jadian itu nampak lukisan yang Namjoon sudah ubahkan.

Oleh itu, pantas Namjoon bangkit dan mengejar si kecil yang berlari sepantas toyol. "D-D-Dapat!!"

Nasibnya sungguh baik kerana berjaya menangkap si kecil itu.

Hyunsuk tertawa riang apabila tubuhnya digeletek. Tubuh Hyunsuk langsung didukung oleh Namjoon. Si kecil tersenyum manis ditambah dengan aset lekuk di pipinya yang terserlah seperti Namjoon.

Manis budaknya ♡

"Uwu hyung. Bila hyung nak kahwin?" Soalan cepumas si kecil membuatkan mata milik Namjoon membuntang. "Erh, kenapa Hyunsuk tanya?" Namjoon bertanya dengan agak ragu-ragu.

Si kecil lantas memeluk pangkal tengkuk milik Namjoon dan langsung membuatkan dirinya tersentak dengan perbuatan Hyunsuk.

"Hyunsuk dapat rasakan hyung akan jadi appa yang hebat." Gumam si kecil dipangkal leher Namjoon. 

Namjoon mengetap bibirnya. Matanya sudah melirik kearah Min Young yang mengipas-gipas akan tubuh Sang Ho yang terbaring macam tak sedar diri. Hmm, apalah yang terjadi.

"Hyung nanti lamar isteri hyung dengan cincin yang paling cantik tau! Jangan beli cikai-cikai tau!" Nasihat Hyunsuk membuatkan Namjoon geli hati.

"Yelah. Nanti hyung beli." Balas Namjoon sambil mengusap belakang si kecil.

"Haish Namjoon, budak pun tahu lamar perempuan dengan cincin. Kau?" Getus Namjoon pada dirinya.

"Mungkin aku patut check saiz jari Min Young." 

----------------------

BOOM!

Anyways inilah Lee Sang Ho 😂
[이상호]
Salah seorang peserta Produce X 101
Hensem kan?

Hah, cukup. Meh aku belanja pic hero kita sikit 😂

Well, well, well, he looks so damn fine


Ok, bye and STAY TUNED

ʀᴏᴀᴅ ᴛᴏ ꜰɪɴᴀʟ ✔


Continue Reading

You'll Also Like

43.5M 1.3M 37
"You are mine," He murmured across my skin. He inhaled my scent deeply and kissed the mark he gave me. I shuddered as he lightly nipped it. "Danny, y...
2M 106K 62
↳ ❝ [ INSANITY ] ❞ ━ yandere alastor x fem! reader ┕ 𝐈𝐧 𝐰𝐡𝐢𝐜𝐡, (y/n) dies and for some strange reason, reincarnates as a ...
296K 6.5K 33
In wich a one night stand turns out to be a lot more than that.
1.5M 49.9K 66
In which the reader from our universe gets added to the UA staff chat For reasons the humor will be the same in both dimensions Dark Humor- Read at...