Dia Sebenarnya

By bubblybunga

24.7K 1.5K 221

Kisah Jad dan Ally Hati ini tahu dimana harus ia berlabuh Plagiarism is a crime. Don't copy More

03
04
05
07
01
08
02
DIA SEBENARNYA

06

2.3K 241 31
By bubblybunga

JAD toleh pada jam tangan di pergelangan kiri. Lagi lima minit masuk jam 8 malam. Kelibat temannya masih belum muncul. Dia betulkan duduk. Tika itu juga dia ternampak Nurina sedang melangkah ke arahnya.

"Dah lama sampai?" Bibir wanita itu merekah dengan senyuman tatkala berlaga dengan anak mata hitam pekat Irfizzad. Senyuman nipis Jad buatkan rekahan bibirnya melebar.

"Dah lama sangat... penat I tunggu you." Jad sengih apabila Nurina sengaja buat muka. Tidak percaya dan tidak mahu melayan gurauannya.

"Ya lah tu. Yang you sampai awal buat apa? Kan janji pukul 8." Nurina berkata perlahan sambil menjeling Jad. Bibirnya mengukir senyum simpul, malu diusik.

Padanya, usai sahaja sesi merehatkan diri di spa petang tadi, mahu terus sahaja keluar makan. Tetapi memandangkan Jad ada hal lain yang perlu diselesaikan, jadi terpaksa di tunda pada malam hari. Itu pun Iqbal yang beritahu. Si adik yang beza dua tahun daripada si abang.

"Tak lah. I baru je sampai. Duduk pun tak panas punggung lagi ni."

Jad betulkan tubuhnya. Wajah manis itu dipandang. Ada lesung pipi penyeri wajah. Mata lelakinya atau sesiapa sahaja pasti tertangkap pada wajah Nurina.

Dia agak lapang hari ini sebenarnya. Dan dia hampir lupa dengan ajakan Nurina.

"I tahu. I dah boleh agak. Takkan punya you sampai awal sangat. Selalunya lambat aje." Nurina mencebik. Beg sandang diletakkan di bangku sebelah. Begitu juga dengan beg kertas berwarna coklat. Lipatan tudung dibetulkan sedikit.

Jad ketawa kecil. Memang dia agak culas bab temu janji. Tetapi hanya dengan teman terdekat sahaja. Kalau melibatkan hal kerja mahupun business, pastilah dia orang pertama yang sampai dahulu.

Jad pandang lama Nurina. Lama dia tidak berjumpa dengan wanita ini. Jumpa pun selalunya di pejabat. Itu pun bukan selalu memandangkan pejabat mereka berlainan aras. Jad berdeham. Tiba-tiba akalnya teringat akan Nurina walau sudah di depan mata.

"You dah oder ke?" Buku menu dibuka. Matanya jatuh pada menu yang terpampang.

"Belum lagi. Sekali oder lah." Ujar Jad lantas membaca menu yang tertera. Banyak kali buku menu diselak.

"I nak nasi putih dengan tomyam campur."

"Dengan orange juice." Buku menu ditutup lalu ditolak ke depan. Begitu juga dengan Nurina.

Jad angkat tangan memanggil pelayan. Memberitahu makanan yang ingin dipesan. Mata Jad mengerling pada keseluruhan restoran. Tidak terlalu ramai.

"Tapi Jad, bukan ke you suka makanan western?" Kalau bukan stik, pasta mahupun apa jenis makanan barat sekalipun. Tapi, bukan makan yang dioder tadi. Bertambah pelik Nurina rasakan apabila Jad menukar tempat pertemuan mereka. Baru teringin melegakan tekak dengan hidangan western.

"Saja tukar selera. I kan orang Melayu." Jad sengih.

"Ceh!" Bibir Nurina sekali lagi mencebik. Jad ini jika datang angin mengusik, boleh buatkan orang senyum lebar sampai ke telinga. Dan dia paling suka dengan senyuman Jad yang manis.

"Melayu lah sangat kalau makan, pakai pun dah macam barat sana."

Jad tidak menyangkal kenyataan itu. Dunia berubah, begitu juga dengan isi dalamnya. Semua orang merasai.

"I kan Melayu moden." Jad peluk tubuh. Badannya bersandar santai pada kerusi. Memang betul. Rata-rata manusia zaman sekarang sudah terasimilasi dengan cara barat. Tengok sahajalah pakaian, lebih-lebih lagi pakaian wanita. Lebih banyak terbuka daripada tertutup. Boleh berpinar-pinar mata melihatnya. Yang menjalani hidup cara barat juga tidak kurang hebatnya. Berlambak. Semua benda dibolehkan.

Ingatannya melayang pada Ally. Jad buang renungan kosong sebelum anak matanya menyorot pada Nurina di hadapan. Untung Nurina tidak termasuk dalam golongan itu. Masih terpelihara dengan ciri-ciri ketimuran.

"Yalah, yalah..." Nurina menggeleng kecil. Umur dia dengan Jad hanya berbeza setahun. Jadi banyak perkara yang mereka selesa berbual bersama.

"Iqbal kata you ajak I keluar. Kenapa? Rindu I ke?"

"I teringat je, bukan rindu pun. Tak boleh ke I ajak you keluar? Macam tak biasa pula. Kata moden sangat." Nurina hadiahkan jelingan buat Jad sambil bibirnya mencebik.

"Whoa... whoa... marah nampak." Mereka memang begini. Selamba habis.

"I nak bagi ni untuk you." Malas mahu memanjangkan 'gurauan' mereka, tangan Nurina mencapai beg kertas di sisi.

"Nah." Beg kertas dihulurkan.

"Apa ni?"

"Hadiah I dari Indonesia." Mata Nurina berkerdip.

"Selama ni you pergi Indonesia ke? Tak tahu pun." Baju yang berada di dalam beg dikeluarkan. Batik eksklusif Indonesia. Cantik.

"Buat apa I nak beritahu you." Air tembikai disisip perlahan. Dahaga.

"Ni mesti pergi dengan boyfriend. Tu yang tak nak beritahu I."

"Jad..." suara Nurina meleret. Memberi amaran.

"Mana ada. I pergi bercuti dengan kawan-kawan I. Semua perempuan." Sambung Nurina lagi.

"Thank you." Beg kertas diletakkan ke tepi tatkala makanan mereka sampai. Dan mereka diam seketika bagi memberi laluan mengisi perut yang lapar.

"I tengok you macam..." Nurina ketap bibir. Matanya mengecil. Melepaskan pandangan pelik.

"You sakit ke? Macam tak sihat." Dia nampak wajah Jad agak penat. Lagi-lagi pada matanya. Mulanya dia mahu menegur, tetapi disimpan sahaja di dalam hati.

Jad geleng kepala.

"Tak. I memang macam ni. Kerja banyaklah."

"Kerja memang banyak. Sampai bila-bila pun tak pernah habis. I tahu you kuat kerja. But, remember... kesihatan kena jaga." Panjang Nurina menasihati. Nasi disuap masuk ke dalam mulut. Kuah disudu masuk ke dalam pinggan.

"Caring nampak." Jad jongket kening. Sebetulnya memang dia rasa letih sedikit sejak akhir-akhir ini. Semua akibat penangan Ally. Sakit kepalanya dengan wanita itu.

"I nasihat sebagai seorang kawan."

Jad senyum.

"I'm okay. Don't worry."

Jad senyap. Membiarkan Nurina menjamu selera. Seketika telefon bimbit yang berada di kocek seluar dikeluarkan sambil dia melihat waktu yang tertera. Aplikasi WhatsApp dibuka. Nama Ally dicari. Berkira-kira mahu menghantar pesanan. Halkum Jad bergerak. Tidak betah dia duduk begini tatkala fikiran sudah melayang ke tempat lain.

"I nak pergi tandas kejap." Jad meminta diri seketika.

Nurina hanya mengangguk.





TANGAN dibersihkan lalu Jad melangkah keluar dari tandas. Berjalan menuju ke mejanya. Langkahnya terhenti seketika. Sisi wajah yang tidak jauh darinya dipandang. Sekitar meja juga diperhati. Hanya ada segelas air sahaja.

Riak wajah Jad biasa. Telefon bimbit dikeluarkan lantas menaip sesuatu.

Dekat mana?

Jad masih lagi tercegat di situ menanti balasan.

Luar

Jad kerut dahi. Jemarinya menari lagi pada skrin sentuh.

Luar tu dekat mana?

Dia nampak Ally menunduk. Membaca setiap mesejnya. Kalau Ally tidak membalas mesejnya, pasti dia akan terus menghubungi wanita itu.

Dekat luar. Tak payah tahu. Makan. Seorang diri. Puas?

Mengapa dia rasa dia tidak puas hati dengan Ally? Mata dialihkan tatkala pandangan Ally melilau pada keliling restoran. Segera Jad bergerak menuju ke tempat Nurina lalu dia duduk semula.

"Dah ke?"

"I dah lama siap. Tunggu you tu yang lama." Nurina angkat muka. Dia sudah lama habis makan. Bibir dilapkan dengan tisu. Entah apa yang dibuat lelaki itu di dalam tandas. Buang air besar agaknya.

"Ok lah. Jom kita balik." Ujar Jad kekok.

"Balik dah?"

"Haah. You nak pergi mana lagi?" Jad menyoal pelik. Tubuhnya sudah bangun daripada duduk.

"Tak adalah. Saja je. Dah malam macam ni nak lepak mana je." Akhirnya Nurina ikut bangun. Lagipun esok dia kerja. Begitu juga dengan Jad.

"Jom." Jad bergerak. Langkahnya tertuju pada kaunter pembayaran. Dibiarkan Nurina di belakang. Saat duit dihulurkan, kedengaran kaca pecah jatuh ke lantai. Tubuhnya berpaling ke belakang. Kaku dia seketika.

"Tak nampak ke?!" Suara Ally naik seoktaf. Habis basah bajunya. Ah! mengganggu ketenteraman betul. Sudahlah dia bengang dengan Hairul. Sampai sekarang tidak tahu di mana keberadaan lelaki itu. Dia nak cepat-cepat selesaikan masalahnya.

"Sorry. Saya terlanggar waitress ni tadi." Terkebil-kebil wajah Nurina. Salahnya kerana melayan telefon bimbit sehingga terlanggar pelayan yang sedang membawa air. Dan malang sekali apabila air tertumpah berdekatan dengan pelanggan lain. Menyebabkan gelas juga pecah. Kelam kabut pelayan itu mengemas. Dibantu juga dengan pekerja yang lain.

"Lain kali mata tengok depan. Bukan main telefon." Tutur Ally datar. Suaranya menahan geram.

"Sorry miss. Sorry." Tertunduk pelayan wanita itu meminta maaf. Habislah dia lepas ini.

"Kenapa ni?" Jad mendekat. Matanya beralih pada Ally di hadapan. Mata mereka berlaga. Aura kedua-duanya terasa.

"I terlanggar dia tadi. Air tumpah dekat dia." Nurina menjawab perlahan. Pakaiannya juga sedikit basah terkena percikan air.

"You ok?" Jad sekadar bertanya sebelum matanya melihat Ally yang kebasahan.

"I ok je." Nurina sedapkan hati. Pandangan wanita yang berdiri di hadapannya ini beku.

"Nasib baik air. Kalau sup panas jatuh dekat I?" Ally bertanya bengang. Hatinya jadi panas dengan hadirnya Jad di sisi wanita itu. Jad pun sama saja. Dua kali lima. Apa yang bagus sangat dengan wanita tu?

Nurina terkebil-kebil.

"Miss, dia tak sengaja. Dia dah minta maaf." Jad menyampuk. Tubuhnya bergerak ke hadapan sedikit. Membuatkan Nurina berada di belakangnya.

Ally mencerlung. Pandangannya silih berganti pada kedua-dua manusia di hadapannya. Selangkah dia melangkah.

Jad tenang menanti.

Buk!

Bahu Nurina dilanggar kasar dan kuat. Membuatkan wanita itu meringis. Terkejut dengan perbuatan orang yang tidak dikenali. Sampai begitu sekali dia diperlakukan? Wajahnya dibawa memandang Jad.

"Semak. Maaflah konon." Ally berdesis.

Dia tahu langkahnya diperhatikan. Pasti ada habuan untuknya selepas ini.

PINTU rumah dikunci. Ruang tamu sudah gelap. Hanya lampu kecil yang terbuka, membantunya untuk bergerak.

"Ally." Jad memanggil. Tiada sahutan. Kakinya bergerak lagi. Kali ini tubuh isterinya muncul dari dapur. Mata mereka bertentangan. Namun, Ally hanya membiarkan dan terus melangkah.

"Nak pergi mana?"

Suara Jad buatkan langkahnya mati. Ally merengus.

"Nak masuk bilik. Tidur." Ally menjawab malas. Kakinya mula bergerak menuju ke bilik.

"Nanti dulu." Suara Jad kedengaran lagi lantas memberhentikan langkah Ally.

"You nak apa lagi? I mengantuk ni." Ally lepas nafas kasar. Malas mahu berhadapan dengan lelaki ini.

"Kenapa tadi buat macam tu?" Jad bergerak ke hadapan buatkan jarak antara mereka mengecil. Berdirinya di hadapan Ally buatkan matanya mencerun ke bawah, menatap wajah tanpa perasaan ini.

"Buat apa?" Dahi Ally berkerut halus. Sengaja mempamerkan wajah begitu walau dia sendiri tahu maksud soalan itu.

"Jangan buat tak tahu..."

"I tak tahu." Ally larikan anak mata. Tak betah dengan renungan tajam Jad.

Wajah Ally dipandang. Anak mata Ally dicari tetapi wanita ini melarikan matanya semula.

"You langgar bahu Nurina."

"Oh, nama perempuan tu Nurina..." Ally anggukkan kepala. Pasti wanita itu teman istimewa Jad. Dia tidak peduli sebenarnya. Hakikatnya dia lebih berharap untuk tidak bertemu muka dengan Nurina.

Tadi dia terkejut apabila bertembung dengan Jad di bawah bumbung restoran yang sama. Huh, pasti Jad sudah lama perasan dia juga ada di sana.

Usai sahaja keluar dari tandas, kelibat Jad dan Nurina sudah tiada. Makanan yang tidak habis dibiarkan begitu sahaja. Moodnya hilang setelah apa yang terjadi.

"Okey..." Ally pusingkan tubuh, mahu berlalu dari situ namun pergelangan tangannya ditarik kuat.

"Apa lagi Jad? Main tarik-tarik tangan orang ni." Ally bengang. Suaranya melengking. Apa lagi yang ingin dibahaskan tentang Nurina? Pantas tangannya ditarik semula.

"You ni dah kenapa? Tak reti nak hormat orang? Main senggol-senggol macam tu." Jad juga tinggikan suara.

"Dah dia tumpahkan air atas seluar I. Marahlah..."

"Dia tak sengaja."

"Tetap dia yang tumpahkan." Suara Ally keras. Kedua-dua tangannya naik bersilang pada tengah dada.

"Tapi kan..." Mata Ally naik pada wajah Jad.

"Jangan pandai nasihat orang kalau diri sendiri pun sama tak reti nak hormat orang."

Halkum Jad bergerak atas bawah. Bibirnya diketap geram. Bukan kerana geram disebabkan Nurina yang disenggol Ally tetapi lebih geram dengan wanita ini yang menjawab ikut sedap mulut. Lantang. Berbisa. Degil. Kalau dia teruskan dengan berbicara kasar, pasti wanita ini lagi kasar dengannya. Dia sendiri yang sakit hati.

"Lain kali jangan buat lagi." Jad tahan sabar.

"You back up dia?" Kening Ally ternaik. Tidak menyangka lelaki ini pandai memberi nasihat.

"I cuma cakap je... dia tak sengaja. Tak payahlah sampai nak buat macam tu." Jad hela nafas. Entah apa yang berada dalam kepala Ally sampai sanggup buat begitu. Cemburu? Mana mungkin.

"Tengoklah kalau rasa nak jadi orang baik." Ujar Ally sarkastik. Perkataan baik ditekan. Dia juga malas mahu bertegang urat dengan Jad. Baik dia masuk bilik. 







Ally vs Nurina

Continue Reading

You'll Also Like

33.4K 3.8K 26
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
1.2M 60.6K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
4.1M 247K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
1.3M 51.8K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...